ads

Khamis, 2 Jun 2011

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Peruntukan RM3 juta Untuk Prasarana DUN <b>di Marang</b> - Teganuku..

Posted: 31 May 2011 06:36 PM PDT


Kerajaan negeri meluluskan peruntukan kira-kira RM3 juta bagi membiayai pelbagai projek menaiktaraf kemudahan jalan raya dan sistem perparitan di seluruh daerah Mar
ang, tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata daripada jumlah tersebut masing-masing RM200,000 akan diagihkan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat dan Bukit Payong.

"Sebelum ini sewaktu saya mengadakan lawatan di daerah Kuala Terengganu, kita sudah meluluskan peruntukan RM500,000 setiap satu bagi DUN Bukit Payong dan Alor Limbat kerana sebahagian daripada kawasan dua DUN berkenaan termasuk dalam daerah Kuala Terengganu.

"Bagi lawatan saya ke daerah Marang kali ini, kita beri peruntukan tambahan RM200,000 setiap satu bagi DUN Bukit Payong dan Alor Limbat untuk projek pembesaran jalan dan membina longkang di kawasan tersebut," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu selepas lawatan bagi meninjau masalah jalan dan parit bagi daerah Marang, tegha hari semalam.

Sebelum ini Menteri Besar melawat enam daerah seluruh negeri bagi meninjau sendiri masalah jalan dan parit, terutama yang menyebabkan banjir bagi membolehkan tindakan segera diambil untuk mengatasi masalah berkenaan.

Menteri Besar berkata, bagi lawatan terakhir di daerah Mara
ng peruntukan RM1.5 juta diluluskan bagi DUN Rhu Rendang di mana sebanyak RM1 juta akan digunakan bagi meluruskan jalan Alur Tuman, di Pulau Kerengga yang merupakan selekoh maut.

"Manakala bagi DUN Pengkalan Berangan kita akan menyediakan peruntukan sebanyak RM1,050,000 bagi tujuan yang sama," ujarnya.

Beliau berharap projek berkenaan dapat dilaksanakan segera agar masalah yang dihadapi rakyat di kawasan berkenaan dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.

Unit Komunikasi Negeri

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved