ads

Khamis, 14 Februari 2013

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Jambatan baru <b>Seberang Takir</b> ditender Jun ini

Posted: 13 Feb 2013 01:15 AM PST

Oleh: Aida Abd Rahman


Terengganu bakal memiliki sebuah jambatan moden baru bagi menghubungkan Seberang Takir ke pusat bandar tidak lama lagi berikutan projek itu bakal ditender pada Jun ini.

Projek yang dibangunkan menerusi pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dijangka akan siap dalam tempoh tiga tahun selepas penyerahan menjalankan kerja kepada pemaju terlibat dikeluarkan pada September nanti.


Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, berkata jambatan yang unik kerana boleh dibuka dan ditutup sebagai laluan kapal ke muara sungai Terengganu itu menjadi laluan alternatif yang baru kepada orang ramai dari Seberang Takir untuk ke Bandar Raya Kuala Terengganu.

"Jambatan itu akan menjadi jalan lingkaran kedua yang melibatkan dari Bulatan Ladang, seterusnya menghala ke muara Sungai Terengganu melalui jambatan berkenaan sampai ke Seberang Takir. Selain itu, terdapat laluan baru empat lorong yang akan dibina daripada Seberang Takir menghala ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

"Daripada Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan menggunakan laluan empat lorong sedia ada menghala ke Semarak, daripada Semarak terus menghala ke Jambatan Sultan Mahmud, daripada Jambatan Sultan Mahmud ke Bukit Besar, seterusnya ke Jalan Pasir Panjang diikuti ke Kediaman Seri Iman," katanya di sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Haji Mazlan Ngah. Menteri Besar berkata, pembinaan jambatan itu nanti pastinya memberi keselesaan dan faedah kepada rakyat di negeri ini terutama bagi yang tinggal di utara dan selatan Kuala Terengganu untuk mengelak kesesakan menghala ke bandar Kuala Terengganu, selain mampu menjimatkan kos dan masa.

Katanya, jambatan baru itu nanti akan menjadikan Terengganu mempunyai empat jambatan semuanya, selain Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Sekati dan Jambatan Manir.

 "Projek pembinaan Jambatan Manir sedang menunggu peruntukan daripada Kerajaan Pusat untuk dijadikan empat lorong dan ditinggikan arasnya sebagaimana Jambatan Sultan Mahmud dan Jambatan Pulau Sekati bagi membolehkan laluan bot," katanya.


13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


Welcome to DCC: DCC ~ Ride Satay , TTS satay Kak Mah <b>RanTau</b> <b>...</b>

Posted: 02 Feb 2013 06:24 AM PST

VrOoooommmm.. Panas enjin..



























13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


Demam Durian Crepe aka Homemade <b>di Setiu</b>.. - Dapur Riuh Ibu <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2012 05:51 PM PST

salam semua.. lamanya tak update blog.. sejak akhir2 ni sibuk dengan tempahan durian crepe, pastu sibuk packing barang. untuk pengetahuan semua pelanggan saya, saya dah pon berpindah ke setiu, terenggganu.. so semua tempahan di selangor di tutup serapat2nya.. hehe.. dan ber'homemade' di setiu.. so sape2 yg area besut, setiu ni boleh lah kalau nak tempah kek2 atau ape je.. call je 019-2993334..




13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


SK <b>Pulau Redang</b> dipilih sebagai sekolah perintis K-9 - teganuki ta

Posted: 18 Dec 2012 12:20 AM PST

Oleh; Esah Abdullah

Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Redang, Setiu akan menjadi sekolah perintis di negeri ini bagi pelaksanaan konsep Sekolah Model Khas Komprehensif (K-9) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran.


Pengarah Jabatan Pelajaran negeri, Encik Zakaria Hussin berkata, setakat ini pihak kementerian pada dasarnya sudah meluluskan pelaksanaan model sekolah itu dan berharap proses itu dapat disegerakan dengan pembinaan bangunan tambahan, penyediaan kemudahan sokongan, penempatan guru serta kakitangan pentadbiran.


Menurutnya, konsep baru K-9 itu bertujuan menangani kes keciciran pelajar sewaktu transisi dari tahun enam ke tingkatan satu serta memastikan kemudahan sekolah kurang murid (SKM) digunakan secara optimum.

Katanya,melalui konsep itu sekolah berkenaan akan menyediakan kemudahan pembelajaran selama sembilan tahun, dari tahun satu hingga tingkatan tiga.

''Bagaimanapun untuk menyambung pelajaran ke tingkatan empat dan seterusnya mereka terpaksa belajar di sekolah menengah di tanah besar.

 ''Dua sekolah menengah yang sering menjadi penempatan pelajar sekolah berkenaan adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Mengabang Telipot dan SMK Bukit Besar Kuala Terengganu,'' katanya.

Tambahnya, langkah itu pastinya dapat membantu memberi keselesaan kepada pelajar di Pulau Redang untuk mendapatkan pendidikan di kawasan mereka sehingga tamat tingkatan tiga.

''Ini kerana pelajar yang menyambung pelajaran ke tingkatan satu terpaksa meredah laut, tinggal berjauhan dengan keluarga, selain mengurangkan bebanan ibu bapa,'' katanya.

Pada masa ini katanya, SK Pulau Redang mempunyai 234 murid dengan 10 buah kelas yang menempatkan murid tahun satu hingga enam termasuk satu kelas prasekolah.

Beliau berkata, selain di Pulau Redang, JPNT akan berusaha untuk memperkenalkan konsep yang sama di Pulau Perhentian dan sebelum ini telah memperkenalkannya di SMK Chalok, Setiu dengan menempatkan murid sekolah rendah dan menengah di dalam kawasan sekolah yang sama.

 

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


Sekitar Kempen PAS DUN <b>BATU RAKIT</b> Januari 2013

Posted: 22 Jan 2013 12:58 AM PST

 Leman Raja Lawak di Gelung Gajah Batu Rakit(19/3/2013





Ustaz Khairul Ikhwan(Budok Besar) Kg. Mengabang Lekar  Batu Rakit (21/01/2013)


13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


TEBING RUNTUH <b>DI</b> JALAN <b>JERANGAU</b>-JABOR, 8 KENDERAAN <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 01:12 AM PST

MO,KEMAMAN,26/12/2012 — Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di sini runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Che Suza Che Hitam berkata, tebing jalan setinggi 12 meter itu runtuh kira-kira 3.30 pagi tadi lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan.

"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Che Suza berkata, jalan itu tertimbus sepanjang kira-kira 50 meter dan pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak.

Katanya, kejadian itu berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan itu. — BERNAMA

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


2 NGO <b>Kuala Terengganu</b> Bantah Himpunan <b>di</b> Stadium Merdeka.

Posted: 11 Jan 2013 01:33 AM PST

alt

 

KUALA TERENGGANU 11 Jan. - Persatuan Generasi Prihatin & Persatuan Penarik Beca yang dihadiri seramai 40 orang di Kuala Terengganu hari ini berhimpun secara aman bagi membantah penganjuran 'Himpunan Kebangkitan Rakyat' HKR KL112 yang bakal diadakan esok di Kuala Lumpur.

 

Menurut Mohd Fadzlong Bin Yusof  "perhimpunan aman yang diadakan ini adalah untuk membantah himpunan esok yang mana boleh mencetuskan insiden tidak diingini sepertimana demo bersih 3.0 yang lalu".

 

Beliau juga mengesa agar rakyat tidak memberikan sokongan kepada himpunan KL112 esok yang bakal memberikan kesan negatif kepada imej Negara serta mengundang huru hara.

 

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


ALTELAGHANI: Kemalangan maut ke atas seorang pendidik.

Posted: 14 Feb 2013 12:12 AM PST

Photo: Keadaan kereta gb pn.kamsaini yg terlibat dlm kemalangan. Takziah untuk keluarga allahyarhamah atas pemergian beliau. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Pemergian beliau satu kehilangan yg besar terhadap dunia pendidikan... Amin... Al Fatihah...Kejadian berlaku di Jalan Bukit Sejuk,Jalan Ketengah Jaya ke simpang Mek Bulu di Bandar Almuktafi Billah Shah,Ketengah.Dungun.Terengganu.

Kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sebuah sekolah di AMBS pada waktu pagi sekitar jam 7.00 a.m.Jalan raya basah disamping laluan yang berselekoh dan bersifat menurun.

Almarhummah Pn Kamsaini ialah seorang pendidik menjawat sebagai Guru Besar di SK Durian Mas 1.AMBS.Ketengah.

Semoga Allah s.w.t. mencucuri rohnya dan ditempat roh HambanNya yang beriman.Amin.


13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


TEBING RUNTUH <b>DI</b> JALAN JERANGAU-<b>JABOR</b>, 8 KENDERAAN <b>...</b>

Posted: 26 Dec 2012 01:12 AM PST

MO,KEMAMAN,26/12/2012 — Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di sini runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Che Suza Che Hitam berkata, tebing jalan setinggi 12 meter itu runtuh kira-kira 3.30 pagi tadi lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan.

"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Che Suza berkata, jalan itu tertimbus sepanjang kira-kira 50 meter dan pihaknya telah menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak.

Katanya, kejadian itu berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan itu. — BERNAMA

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Tinta Asyraf: TERKINI: 2 Peragut Mati Disembelih <b>Di</b> Kg Jerong <b>...</b>

Posted: 18 Oct 2012 04:05 AM PDT


MARANG- 18/10/12. Begitulah nasib malang kepada 2 peragut yang telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung Jerong Surau, Wakaf Tapai, menurut saksi, Haji Zull 48, salah seorang penduduk tempatan yang berang dengan kedua-dua peragut ini telah membawa keluar parang tajam yang berkilat lalu mahu menetak leher peragut itu. Tetapi sempat dihalang oleh jirannya. Namun ketika peragut itu ditangkap, pihak saksi mengatakan tidak ada apa-apa barang yang berharga yang didapati pada peragut itu.

Salah seorang penduduk tempatan juga ketua kampung di situ pula yang berang pada peragut itu telah memerintahkan anak buahnya menyembelih kedua-dua peragut itu, kaki-kaki peragut itu diikat. Kedengaran takbir bergema. Dia telah menyembelih peragut tanpa rasa belas kasihan. Darah menyembur keluar, orang tempatan tidak berani menghalang perbuatan ketua kampung itu kerana yang disembelih itu ialah seekor kambing dan seekor lembu yang meragut rumput untuk disembelih  di hari raya korban.
Salam Aidiladha kepada Muslimin dan Muslimat...Jangan Marah ha...
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved