ads

Rabu, 6 Mac 2013

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


ICT Dan i-City <b>Kuala Terengganu</b> | Hidup Biar Sedap

Posted: 04 Jan 2013 08:08 PM PST

Ni cerita percutian hujung tahun ke Pantai Timur yang tak habis lagi. Selepas ke Muzium Sungai Lembing , ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan , melawat Tanjung Agas dan makan Murtabak Mengkasar, kami  check out dari Legend Resort Cherating dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Saya merancang untuk balik ke KL melalui Kuala Terengganu dan suami akan terus balik ke tempat kerja di Hulu Terengganu.

Dari Cherating ke Kuala Terengganu lebih kurang 170 KM .

Dijangkakan kesesakan teruk  kerana  projek pembinaan jambatan baru Bukit Kuang, kami mengambil jalan alternatif  Chukai- Kampung Ibok- Kijal .  Bukannya pernah lalu pun jalan tu, tapi sempat baca papantanda jalan alternatif ke Kuala Terengganu.

Bila lalu jalan ni, terjumpa Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman yang terletak di Kampung Ibok/Bukit Takal. Baru bercadang-cadang nak berhenti, hujan turun betul-betul di depan mini zoo.

Sampai di Kuala Terengganu hampir jam 5.00 petang.  Cari hotel yang berdekatan stesen bas kerana senang nak balik ke KL esok paginya.  Lepas Check in di DJ Citi Point Hotel Kuala Terengganu, kami mengoogle maps mencari Teluk Ketapang. Kata orang ada ICT di situ. Orang bercerita tempat ini sangat popular di Kuala Terengganu kerana menu ICTnya.

Hari hotel,  melalui Jambatan Tengku Mizan .  Selepas jambatan, belok kanan ke arah Seberang Takir.  Teluk Ketapang berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

ICT Pok LOngAkhirnya sampai sejam sebelum kedai ditutup. ICT – Ikan Celup Tepung Pok Long, Teluk Ketapang.

Memang ramai orang walaupun hujan selebat-lebatnya.  Bukan saja kereta persendirian,  pelawat dengan bas pelancongan pun ada.

ikan celup tepungKalau kat sini, memang tak 'lalu' sangat nak makan ikan celup tepung.  Maklum ikan dah seminggu sejuk beku.  Tapi di sini ikan dan makanan laut sangat segar.   Kami ambil kan kembung dan ikan pari celup tepung.

udang goreng tepung sedapUdang Celup Tepung ini sepinggan RM 5

keropok losong sedapKeropok ikan .  Kalau kat sini kita makan keropok tepung perasa ikan.  Kat ICT Pok Lang,  memang keropok ikan yang betul-betul mengandungi  kandungan ikan.  Satu tu harganya RM 0.50.  Sos cicah pun sedap.

Kami juga ambil sotong celup tepung.  Tak sempat nak ambil banyak gambar kerana melayan nafsu…hiks!

Tetapi…….  Kuala Terengganu memang mempunyai i-Citynya.

Balik dari Teluk Ketapang , kami luangkan masa pusing-pusing bandar Kuala Terengganu.

kuala terengganu waktu malamNampak saja pokok berlampu warna warni , mesti akan cakap i-city.

lampu ictLokasinya terletak di Pulau Warisan , Jalan Hiliran berdekatan dengan Chinatown.  Kuala Terengganu .   Saya tak pernah ke i-City Shah Alam walaupun dekat , tetapi dapat pula melawat i-City Kuala Terengganu walaupun tidaklah sehebat i-City Shah Alam.

Yang pasti percuma, tak semahal i-city Shah Alam.  Parking pun percuma.

tempat menarik di  kuala terengganuMerentangi terusan ini ada satu jambatan besi yang cantik.  Bukan Putrajaya saja ada jambatan gagah menarik, Kuala Terengganu pun ada.

penyu terengganu Penyu pun ada kat Kuala Terengganu.  Kedudukan tersorok arca ini masih dapat kami kesan!

kampung cina di kuala terengganuPulau Warisan ini terletak di belakang Kampung   Cina  di muara Kuala Terengganu berselebelahan  Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu

jagung bakar

Dua kali pusing melalui kawasan ini, kami ke Pantai Batu Buruk.  Beli jagung bakar dan  luangkan 15 minit di pesisir pantai ini.

Kuala Terengganu betul-betul ada i-city  dan ICT ( Ikan Celup Tepung )

©kujie – ada banyak gambar tetapi tak berapa rajin nak menulis. :(

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Taman-Eko Burung Walit <b>di Jerangau</b>

Posted: 16 Oct 2010 05:41 PM PDT

Oleh : AIDA ABD RAHMAN


Sebuah syarikat Bumiputera akan membangunkan kawasan di Cermin Kiri, Jerangau, Dungun sebagai Taman-Eco Burung Walit.

Industri burung walit yang semakin popular di seluruh dunia mendorong sebuah syarikat Bumiputera merancang membangunkan kawasan Cermin Kiri, di Jerangau, Dungun sebagai Taman-Eko Burung Walit.


Syarikat itu berhasrat membina antara 20 dan 25 unit rumah burung walit serta kilang dalam taman- eko itu nanti.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu, Dr Azizol Mohd Sharom, berkata jabatannya menerima pelbagai permohonan daripada pihak swasta untuk melabur dalam industri burung walit di Terengganu.

Dianggarkan kira-kira 800 pengusaha burung walit di Terengganu sehingga hari ini, tetapi separuh daripada mereka dikatakan tidak aktif.

Mengenai makmal itu, Dr Azizol berkata ia dibina untuk menjadi contoh kepada mereka yang baru hendak menceburkan diri dalam bidang berkenaan.

Sementara itu, JPV bakal memperkenalkan model rumah burung walit yang lebih kecil dan lebih murah berbanding rumah burung yang biasa dibina di sini.

Rumah contoh itu dibina di Pusat Veterinar Jerangau, Dungun dengan kos kira-kira RM28,000 seunit.
Dr Azizol menyasarkan industri sarang burung walit di kalangan Bumiputera di Terengganu akan meningkat kepada 10 peratus menjelang 2015 berbanding lebih 4 peratus sekarang.

Beliau berkata pihaknya mengenal pasti beberapa daerah di Terengganu berpotensi untuk mengusahakan ternakan itu termasuk di Hulu Terengganu, Besut, Setiu dan Kuala Terengganu.

Daripada kajian yang dijalankan, katanya kebanyakan burung walit dari Indonesia berhijrah ke Terengganu setelah berlaku kebakaran hutan di negara berkenaan.

Dr Azizol berkata nilai industri burung walit di dunia sekarang mencecah RM60 bilion dan Malaysia menduduki tempat ketiga dalam industri itu selepas Indonesia dan Thailand.

TEGANUKITA

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


saya pengedar shaklee anda <b>di Batu Rakit</b>, Kuala Terengganu <b>...</b>

Posted: 29 May 2012 07:02 AM PDT

Saya adalah Siti Rashidah, adalah pengedar sah Shaklee di Malaysia. ID: 867851. 
Kepakaran saya adalah membantu anda mencari makanan tambahan yang sesuai utk masalah kesihatan anda dengan harga yang berpatutan
Saya menyediakan khidmat Cash on Delivery untuk customer sekitar Kuala Terengganu (Batu Rakit - Bandar Kuala Terengganu). Selain dari Kuala Terengganu, penghantaran adalah melalui PosLaju/Gdex.

Jika anda perlukan supplement semulajadi bagi SKINCARE,PENYUSUAN BAYI, IBU MENGANDUNG, BERPANTANG, MASALAH BERAT BADAN,KESUBURAN, ANAK KURANG SELERA MAKAN, UNTUK IBU BAPA, dan banyak lagi, anda bolehlah hubungi saya melalui:


SHAKLEE, terbukti Selamat, berkesan dan mesra alam. Ianya telah dipercayai sejak 50 tahun yang lalu!
SHAKLEE, CREATING HEALTHIER LIVES~~

Rashidah (013-4404869)

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Pakej untuk 2 Orang <b>Pulau Perhentian</b> Kecil 2013

Posted: 25 Feb 2013 01:24 AM PST

Masa untuk ke Pulau Perhentian Kecil ! inilah tempat untuk  berehat, snorkeling dan berjemur di waktu siang dan  berpesta di waktu malam.
kepada yang  Mencari pakej Percutian merah untuk  2 Orang Pulau Perhentian Kecil 2013. Dapatkan Pakej Murah Pulau Perhentian Kecil 2013.Bilik terhad,kita akan buat first come first serve basis.Kepada yang berminat boleh booking sekarang.

Ingin Bercuti ke Pulau Perhentian Kecil ? Mencari pakej untuk 2 orang?  Dapatkan Pakej Percutian untuk 2 Orang selama 3hari 2 Malam Pulau Perhentian Kecil 2013.




Pakej Snorkeling 3hari 2 Malam Pulau Perhentian Kecil  2013




  • 1 bilik 2 Orang  
  • RM445 seorang 

Kepada yang nak bercuti di pulau perhentian kecil selama 4 hari 3 malam ;

Pakej Snorkeling 4hari 3 Malam Pulau Perhentian Kecil  2013


  • 1 bilik 2 Orang  
  • RM565 seorang 


Pakej Termasuk ;


  • Tiket Speed Boat Pergi Balik
  • 5 Snorkerling Site ( Full day ) 
  • 2 Breakfast,1 Dinner dan 1 BBQ Dinner.
  • Elektrik 24 jam.
  • Water heater.
  • Bilik aircond atau kipas.


Pakej Tak Termasuk ;



  • Tiket Marine Park rm5.00 bayar dekat jeti besut 
  • Deposit untuk bilik rm200 ( Kalau barang dalam tak ada yang hilang tau rosak. Deposit bilik akan dipulangkan semasa time check out.) 


Deposit 50% untuk booking bilik.Kita tak akan book bilik selagi tidak menerima sebarang deposit 1st come 1serve basis.



  • Waktu Check in pukul 2 Petang 
  • Waktu Check out 11 pagi.



Untuk anda yang tak mahu terlibat dengan aktiviti snorkeling anda boleh pilih untuk amik free n easy sahaja.Klau nak snorkeling anda boleh ke ombak divers dan request snorkerling cuma rm40.


Pakej Free & Easy  3hari 2 Malam Pulau Perhentian Kecil  2013




  • 1 bilik 2 Orang  
  • RM405 seorang 


Pakej Free & Easy  4hari 3 Malam Pulau Perhentian Kecil  2013





  • 1 bilik 2 Orang  
  • RM525 seorang 



Apa boleh buat atau aktiviti di perhentian kecil?



  • Snorkeling.
  • Kayak 
  • Hiking ke de lagoon dan Kampung Nelayan
  • Scuba Diving Bersama Ombak Divers.
  • Sewa payung dekat long beach dan berjemur.
Bilik Terhad dan So Booking sekarang!
Untuk booking anda boleh call @ enshahdi @ 016 900 1228 atau 019 310 1910



13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Rindu Rinduan ( Gambar Fly ) | Syazwan Che Deraman

Posted: 30 Aug 2012 01:47 AM PDT

Rindu rinduan, jadi kenang, kenangan...lirik lagu ape dah?..lupee.
Semalam, ada bukak folder flight training, saje nak tengok gambar fly dulu.Rindu nak fly, rindu nak fly ngan kawan ( kawan duk sebelah )..
Cantik kan gambar awan di atas?..bottom left tu, gambar fly di Pulau Perhentian, and bottom right, masa final for runway 10 Kota Bharu.

Bila fly kan, actually, makin tinggi, makin selamat sebab if engine mati, we have more gliding distance and enough time to identify and solve the problem. Pernah sekali tu, we ( aku dan rakan ) fly at 1000feet ke Pulau Perhentian..memang risau jugak, if something bad happen, masuk laut la jawabnya.

Top picture is piper cockpit layout. Ramai orang tanya, tak pening ke bila flying tengok benda tu semua.
Sebenarnya, masa fly, kita bukan refer semua panels, setiap panels tu ada keguaan yang tertentu. Contohnya, masa climbing, aku just refer attitude ( Artificial Horizon, bila fly instrument ), Aispeed,Altimeter, Vertical Speed and Heading..tak banyak..setiap panels ( instruments ) ada keguaan tertentu untuk masa tertentu..

Paling seronok bila fly di Pulau Perhentian :)..untunglah, kat Terengganu ada banyak pulau, antara pulau yang aku pernah singgah ( fly overhead ) are, Pulau Perhentian, Pulau Rhu ( small island ), Pulau Redang, Pulau Kapas.

Ada jugak member tanya, " masa fly, boleh ambik gambar ke? "..Boleeehhhh jeee, tapi agak agak la kalo nak bergambar. yang penting, aircraft tu dalam keadaan terkawal and kitorang mesti dalam position yang betul la..takkan dalam aircraft nak bergambar dalam posisi baring baring kan?..padah laaa..

Kota Bharu airport, runway in use, runway 10 and 28. Macam mana nak tahu?..okey, meh nak explain, jumlah sudut yang ada adalah 360 degree kan?..Kalo runway 10, bermaksud, masa final approach, the aicraft heading is 100 degree, maka jadilah 10 ( potong dan genapkan the last digit ), dan untuk arah bertentangan, we must reciprocate it, bermakna 100 + 180, maka jadilah 280 ( runway 28 )..paham tak?..

Duhai awan, bila kita akan berjumpa lagi?..

Lesen CPL belum siap lagi ni..hhhmmmmmm.

Have a good daayyy.
Assalamualaikum.
See you inbound.

.

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


Pembiayaan Perumahan Islamik <b>di</b> Malaysia | NurussalamAziz

Posted: 05 Mar 2013 11:35 PM PST

Terima kasih di ucapkan kepada para pembaca yang setia membaca blog ini dan minta maaf juga kerana anda mungkin tertunggu-tunggu untuk saya mengemaskini informasi-informasi yang berilimiah. Insya'allah.

Sewaktu saya mencari-cari pembiayaan perumahan dahulu, kedengaran juga bahawa pembiayaan secara islamik ini adalah mahal jika dibandingkan dengan pembiayaan perumahan konvensional. Mungkin pada waktu itu, tidak banyak pembiayaan islamik yang ditawarkan oleh pihak-pihak bank di Malaysia. Ini merupakan satu cabaran kepada saya untuk mencari pembiayaan islamik yang sesuai dengan kehendak poket saya. Dari situ, saya mula mencari infomasi mengenai pembiayaan islamik dan saya mencari juga apa kelebihan pembiayaan konvensional. Ternyata, pada pengiraan awal.. pembiayaan konvensional ada kelebihan. Tapi alhamdulillah, selepas permintaan kepada pembiayaan islamik dari pengguna seperti saya ini, maka terbitlah 2 jenis pembiayaan islamik iaitu Bai' Bithaman Ajil (BBA) dan Musyarakah Mutanaqisah (MM).

Ketika pelancaran pembiayaan perumahan islamik, banyak kaedah secara Bai' Bithaman Ajil (BBA) di guna pakai. Pada waktu itu, pembiayaan BBA adalah jalan keluar untuk masyarakat islam dari mengelakkan riba pembiayaan. Tapi hakikatnya, pada waktu itu.. pembiayaan ini masih lemah dan dilihat agak menindas kepada pembiayaan. Alhamdulillah, sekarang pembiayaan ini sudah dinaiktaraf mengikut tekanan pemimjam. Mungkin anda pening dan keliru dengan terma-terma BBA dan MM. Jadi untuk memudahkan anda dari membelek-belek google dan mengaru-garu kepala, biar saya buat penerangan semudah ABC.

Bai' Bithaman Ajil (BBA)
- akad di buat dari keseluruhan pembiayaan + keuntungan pembiayaan.

- kadar Base Financing Rate (BFR)
digunapakai. Pembiayaan konvensional akan menggunakan Base Lending Rate (BLR). Pada waktu ini, kadar BFR dan BLR adalah 6.6% setahun.
- kadar keuntungan juga akan berbeza sekiranya kadar BFR ini berubah-ubah tetapi selalunya pihak bank akan memberi anda takat siling BFR. Sebagai contoh: Bank A kadar takat siling sehingga 10% dan kemungkinan bank B kadar takat siling 11%. Sekiranya kadar BFR lebih dari harga takat siling ini, lebihan BFR akan ditanggung oleh bank. Jadi, anda harus meneliti dari banyak bank tentang ini.
- kadar keuntungan selalunya sama sahaja sehingga pembiayaan pinjaman selesai.

Musyarakah Mutanaqisah (MM)
- akad dibuat berdasarkan perkongsian. Sekiranya anda membayar 10% dari jumlah pinjaman, maka itulah perkongsian anda iaitu 10% anda + 90% bank.
- kadar Base Financing Rate (BFR)
juga digunapakai.
- kadar keuntungan berubah mengikut jumlah baki pembiayaan anda.
-
terdapat semi flexi atau

Sekiranya anda tanya saya pembiayaan mana yang saya akan pilih, saya akan beritahu bahawa BBA adalah sesuai untuk anda yang tidak mahu fikir tentang kenaikkan atau penurunan BFR, dengan kata lain..pembayaran pembiayaan anda akan sama sehingga tamat pembiayaan. Sekiranya anda tidak kisah tentang naik turun BFR, MM adalah sesuai untuk anda kerana pembayaran pembiayaan berubah-ubah berdasarkan kadar BFR dan baki pembiayaan.

"Tetapi saya lebih mengemari kadar pembiayaan MM, kerana ada tips dan trick dengan pembiayaan ini."

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Permata Wangi: Pelajar Sekolah Gaduh <b>Di</b> Surau <b>Ketengah Jaya</b>

Posted: 15 Jul 2009 07:11 AM PDT

Kerana cantik dan bijak, dua pelajar perempuan yang juga sahabat baik dihasut supaya bertumbuk di sebuah surau di Ketengah Jaya, Dungun 18 Jun lalu.

Aksi bergasak pelajar tingkatan satu berpakaian seragam itu dirakam menggunakan kamera telefon bimbit dan bukan sahaja tersebar di kalangan pelajar tetapi boleh ditonton di laman web perkongsian YouTube.

Rakaman 30 minit itu bermula dengan tiga remaja perempuan tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ketengah Jaya, Dungun di sini melahirkan rasa tidak puas hati terhadap dua pelajar yang dikatakan menjadi kesukaan ramai.

Dua pelajar cantik dan bijak itu masing-masing pelajar tingkatan satu. Seorang dari SMK Ketengah Jaya manakala seorang lagi dari SMK Rasau Kerteh, Kemaman.

Rakaman seterusnya menunjukkan tiga pelajar senior itu membuli dan memukul pelajar dari Rasau Kerteh kerana dia didakwa bercakap besar. Pihak polis telah pun memanggil enam orang pelajar tersebut untuk memberi keterangan. Difahamkan juga pihak sekolah telah pun menggantung pembelajaran beberapa orang pelajar yang terbabit.

Tiga pelajar itu turut memaki hamun gadis berkenaan dalam dialek Terengganu. Mereka turut menampar, menarik tudung dan rambut selain menendang pelajar dari Rasau Kerteh itu beberapa kali.

Rakaman kemudian menunjukkan pergaduhan melibatkan dua sahabat baik itu selepas mereka dihasut oleh ketiga-tiga pelajar senior itu.

Aksi tarik rambut dan sepak terajang antara dua sahabat itu bukan sahaja disorak oleh tiga pelajar itu malah dirakam.- KOSMO

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Pertandingan Bola Baling L12 Peringkat PKG Cheneh 2013

Posted: 05 Mar 2013 09:55 PM PST





Pertandingan Bola Baling B12 Peringkat PKG Cheneh  SKKBFN1  telah berjaya menjadi Naib Juara Pertandingan   pada 05 Mac 2013. SKKBFN1 tewas kepada SK Lembah Jabor 0-3 pada perlawanan akhir yang berlansung di Padang SK Lembah Jabor. Seramai 13 orang murid SKKBFN1 telah mewakili sekolah pada pertandingan tersebut. Tahniah kepada cikgu Mohd Nadzlin ( PK 1) dan Cikgu Mohd Fizari sebagai pengurus dan jurulatih sekolah atas kejayaan pasukan. 

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Iklan <b>di</b> Mudah PERCUMA – Senang, Tak Perlu Daftar » Blog <b>...</b>

Posted: 24 Jan 2013 08:42 AM PST

We are the 'plant people' and we are established since 2001. GREENERY GARDEN takes the opportunity in inviting you to start a 'Floral Affair' with us. Let us enhance your corporate and business image with our Excellent selection of fine foliagefresh plants.Indoor plants not only act as quick decorating tool to officers or residences, but they also help to clean the environment around them. Indoor plants…


di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


IdaMan: Stadium Runtuh : Raja Bahrin Bidas Kerajaan <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2013 04:00 PM PST

Arkitek terkemuka, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah membidas kerajaan negeri yang didakwa lewat bertindak membaik pulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak di sini, hingga mengakibatkan kejadian bumbung runtuh berulang lagi semalam.

Beliau menyifatkan kejadian yang berlaku yang mengakibatkan tiga pekerja kontrak warga tempatan cedera itu sebagai sesuatu yang amat mendukacitakan di samping kerajaan negeri tidak mengambil iktibar daripada tragedi pertama yang berlaku Jun 2009.

Raja Kamarul Bahrin, salah seorang arkitek perunding yang dilantik dalam pembinaan bumbung stadium yang bernilai RM295 juta itu pernah mengemukakan cadangan bertulis kepada kerajaan negeri supaya segera menanggalkan struktur bumbung yang tidak runtuh kerana dipercayai tidak lagi selamat untuk digunakan.

"Selepas runtuhan pertama di bahagian tempat duduk tetamu kenamaan sebelum ini (2 Jun 2009) saya mencadangkan secara bertulis kepada kerajaan supaya bumbung yang tidak runtuh diturunkan segera kerana yang buat bumbung adalah kontraktor yang sama, pereka yang sama dan pekerja yang sama.

"Jadi kalau yang itu (bumbung) bermasalah (sebelum runtuh), yang ini (selepas runtuh) juga bermasalah, tunggu masa saja. Soalnya apabila kita beri cadangan, kenapa perlu tunggu sampai tiga tahun?

Syukur tiada yang meninggal, tapi kita tidak ambil iktibar lagi," katanya ketika melawat stadium berkenaan semalam.

Beliau turut meminta kerajaan negeri menampilkan pereka bumbung stadium berkenaan yang berasal dari Korea Selatan kerana sehingga kini, identiti individu berkenaan tidak jelas.

"Sehingga kini, kita tidak tahu siapa sebenarnya orang Korea yang mereka bumbung ini (stadium). Apa nama dia kerana rakyat berhak tahu. Jadi kita minta kerajaan tampilkan orang ini (pereka bumbung).

"Apa perjanjian kerajaan (Terengganu) dengan pereka tersebut (Korea), kita minta kerajaan jelaskan kerana ia mesti ada pertalian kontrak dengan pereka asal," katanya.

Beliau turut menyatakan kekesalan kerana kerajaan tidak pernah memanggil dan berbincang dengan konsultan asal dalam pembinaan stadium berkenaan selepas ia runtuh kali pertama pada Jun 2009.~ Sinar


'Ahmad Said nafi Stadium Sultan Mizan runtuh'

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh buat kali kedua semalam, selepas kejadian runtuhan berlaku pada Jun 2009, yang menyebabkan sebahagian bumbung di granstand utama stadium itu runtuh.

Menurut beliau, kejadian yang menyebabkan pekerja di stadium berkenaan cedera selepas struktur keluli pada bumbung stadium yang sedang diperbaiki dikatakan runtuh itu adalah berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor menjalankan kerja.

"Bukan runtuh, ini tak betul (jika stadium itu dikatakan) runtuh. Dia (pekerja kontraktor) sedang angkat (peralatan pembinaan) menggunakan kren tetapi terlepas (dan menyebabkan kecederaan itu).

Dan itu adalah tanggungjawab dia (kontraktor). "Bukan runtuhan, itu tanggungjawab kontraktor (kerana) tidak menjaga keselamatan.

Ini yang tidak betul (mengenai runtuhan itu) kerana kerja-kerja sedang berjalan, jadi benda yang dipegang (kren) terlepas menyebabkan ia berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu yang sedang diperbaiki, dikatakan runtuh semalam, selepas melawat dua mangsa kebakaran di Kampung Titian Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, tiga pekerja terperangkap di bawah runtuhan namun berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved