ads

Khamis, 27 Disember 2012

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Sultan Terengganu melawat mangsa banjir <b>di Besut</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 25 Dec 2012 06:19 PM PST

SUASANA sedih yang menyelubungi mangsa banjir di daerah Besut bertukar kegembiraan apabila nasib malang mereka mendapat perhatian Duli Yang Maha Mulia, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.yang berkenan melawat mangsa banjir.

Pusat Pemindahan Banjir Kampung Bukit Rambutan dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, menjadi lokasi kunjungan pertama Baginda Sultan melawat mangsa banjir di negeri ini tahun ini.

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Mizan diiringi Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said serta Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh.

ADUN Jabi,Ramlan Ali bersama pemimpin masyarakat menyambut rombongan Sultan dan Menteri Besar yang tiba kira-kira jam 6 petang tadi.

Penduduk dan mangsa banjir kelihatan gembira dan ceria apabila dikunjungi Baginda Sultan ketika mereka masih lagi tinggal di pusat pemindahan Kampung Bukir Rambutan.

Seramai 30 keluarga dari kampung berkenaan dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan selepas hujan lebat dan air sungai berhampiran melimpah kira-kira jam 6 petang semalam.

Kehadiran Baginda Sultan yang ditunggu rakyat membangkitkan semangat kerana dapat bersua muka dan bersalaman dengan seorang Sultan yang berjiwa rakyat.

Sempena keberangkatan Sultan ke pusat itu, Baginda sempat menyampaikan sumbangan hamper dan makanan kepada mangsa banjir yang berpindah di situ.

Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh berkata, walaupun semua kakitangan pejabat bercuti sempena Krismas tetapi mereka tetap menjalankan tugas seperti biasa berikutan banjir yang melanda daerah itu sejak dua hari lalu.

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


teganuku: Bandar Baru Bakal &#39;Hidupkan&#39; Semula Ekonomi <b>Di Ajil</b>

Posted: 17 Oct 2012 10:14 AM PDT

Bandar Baharu Ajil yang sedang dalam pembinaan dijangka mampu 'menghidupkan' semula aktiviti ekonomi di pekan itu yang dikatakan suram sejak Lebuhraya Pantai Timur (LPT) mula beroperasi akhir tahun lalu.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil Datuk Rosol Wahid berkata ada peniaga mengadu perniagaan mereka merosot hingga 40 peratus apabila jalan alternatif Jerangau-Jabor tidak lagi menjadi pilihan utama pengguna yang lebih selesa menggunakan LPT.

"Bandar Baharu Ajil yang menelan belanja RM4 juta akan menjadi pusat sehenti yang menempatkan 70 lot kedai dua tingkat, medan selera, stesen bas dan teksi dijangka siap awal 2014," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Amanah Masyarakat Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di Kampung Landas di Hulu Terengganu, semalam.

Bandar Baharu Ajil itu kelak dijangka mampu menarik pelabur ke pekan ini, katanya.

Mengenai penempatan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Bukit Ara, Rosol berkata ia adalah penempatan tersusun yang mampu menampung 100 keluarga.

Pengurus Besar Ketengah Wan Mat Amin Wan Daud berkata Ketengah memperuntukkan sebanyak RM800,000 kepada 3,416 penduduk wilayah itu yang layak menerima bantuan pada tahun ini.

"Tahun ini menyaksikan peningkatan sumbangan ke dalam tabung berkenaan sebanyak RM100,000 berbanding RM700,000 yang kita serahkan kepada orang miskin pada tahun lalu.

"Sumbangan ini adalah hasil keuntungan anak-anak syarikat Ketengah dengan sumbangan terbesar adalah dari syarikat perladangan milik kami," katanya.

 Pada majlis itu, seramai 81 penduduk miskin menerima RM300 setiap orang manakala 245 anak yatim dan pelajar miskin pula menerima RM100 atau RM200 seorang.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


(Gambar) Tanah Runtuh <b>Di Jabor</b>, Tiada Mangsa Korban | blogr.my

Posted: 26 Dec 2012 03:28 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


myMetroLapan kenderaan tertimbus <b>di Kemaman</b>

Posted: 25 Dec 2012 05:49 PM PST

thumbnail

KEPUTUSAN Penilaian Menengah Rendah (PMR) sudah diketahui minggu lalu. Daripada 481,424 pelajar yang mengambil peperiksaan itu, seramai 30,474 memperolehi keputusan paling cemerlang.

»

LAGI . BESTARI
  • Profesional pengurusan PTPL

    MENYEDARI betapa pentingnya bidang pengurusan yang menjadi entiti dalam mencapai matlamat organisasi, Kolej PTPL menawarkan Diploma Pengurusan kepada mereka yang berminat.

  • Asuh pelajar jadi warga global

    MENYEDARI program aktiviti bertaraf antarabangsa boleh memberi pendedahan dan pengalaman baru selain membantu memperkasakan kemahiran insaniah, Sekolah Hospitaliti & Seni Kulinari (SCA), Kolej PTPL, Shah Alam, menganjurkan program lawatan ke Thailand, baru-baru ini.

  • Rahsia hilang mengantuk

    RAMAI pelajar apabila mahu belajar terasa mengantuk. Ada tidak sampai 10 minit berada depan buku, mata terasa berat. Tidak tahu apa yang dibaca dan ini merugikan diri pelajar itu sendiri.

thumbnail

MEMANDU kenderaan hibrid sport, Honda CR-Z pastinya memberi sesuatu pengalaman yang sukar dilupakan ...

»

LAGI . VROOM
  • Kumpul bawah satu bumbung

    ACARA tahunan peminat motosikal tempatan mendapat sambutan meriah apabila lebih 30,000 pe­ngunjung menyertai Kuala Lumpur Bike Week (KLBW) 2012, hujung minggu lalu.

  • Klasik, sporty dan unik

    BIAR pun motosikalnya pernah ditawar melebihi RM30,000, datuk kepada dua cucu mengakui masih sukar untuk melepaskan koleksi peribadinya yang kini berumur 40 tahun.

  • Hos bocor, radiator tak berfungsi

    HOS getah penyalur air dan penutup kerap menjadi punca kegagalan radiator yang berfungsi menyejukkan enjin dengan sempurna.

thumbnail

TAHUN 2012 bakal berakhir tidak lama lagi dengan meninggalkan kita 1,001 memori berkaitan teknologi ...

»

LAGI . it@METRO
  • Produk Baru: Akhirnya tiba

    RAMAI menunggu Apple melancarkan tablet iPad versi kompak yang memudahkan pengguna memasukkannya dalam beg kecil malah poket seluar sekalipun pasti lega dengan pengumuman baru di seluruh Malaysia baru-baru ini.

  • Produk Baru: Helikopter rakam video

    SALAH satu idea untuk menghabiskan baki cuti sekolah pastinya boleh dilakukan dengan bermain helikopter mini yang mampu terbang di angkasa dengan dikawal sepenuhnya menggunakan iPhone atau peranti Android anda.

  • Produk Baru: Teknologi mantap Aspire S7

    SELEPAS cemerlang dengan siri Acer Aspire S5 yang diperkenalkan beberapa bulan lalu, penampilan ultrabook terbaru S7 kali ini pula menjanjikan sesuatu yang cukup mantap baik daripada segi rekaan mahu pun fungsinya.

thumbnail

SESI persekolahan untuk 2013 bakal bermula beberapa hari saja lagi. Semua persiapan tentunya sudah ...

»

LAGI . SANTAI
  • Ada kelas tersendiri

    LOKASI terbaik terutama peminat golf, perniagaan dan tetamu yang mementingkan kesihatan, meletakkan Palace of the Golden Horses sebagai penginapan mewah serta mempesona dalam kelas tersendiri.

  • Percutian romantis

    TANGGAL 12.12.2012 baru-baru ini menjadi saksi ikatan suci perkahwinan beratus pasangan kekasih di seluruh dunia. Tarikh yang cukup menarik itu dan pastinya tidak akan pernah menjelma lagi menjadi tarikh keramat buat semua pasangan yang melangsungkan perkahwinan ketika itu.

  • Cabaran tidur dalam pesawat

    SELEPAS perjalanan jauh, berbaring di atas katil dan tidur cukup nikmat. Namun, bagaimana jika waktu tidur anda habis di dalam pesawat?

thumbnail

SEPANJANG tahun ini, perkara yang paling mencuri tumpuan ialah ramalan mengenai kiamat yang ...

»

LAGI . AD-DIN
  • Minyak Anugerah halang sihir

    SIHIR sering dikaitkan dengan bomoh atau dukun. Keris, darah, telur, jarum dan patung antara bahan popular digunakan dalam kalangan bomoh atau dukun yang dibantu jin.

  • Sentiasa syukur nikmat Allah

    UMAT Islam kini berdepan pelbagai isu membabitkan akidah dan iman. Fahaman pluralisme dan liberalisme yang mula menapak dilihat antara ancaman besar kepada umat Islam.

  • Beribadah sambil ziarah

    MASholidays adalah pengendali pakej-pakej percutian bagi Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) merangkumi keseluruhan rangkaian penerbangan MAS untuk lebih 100 destinasi di seluruh dunia.

thumbnail

APABILA berbicara mengenai landskap, terbayang di mata kita keindahan panorama semula jadi yang ...

»

LAGI . DEKOTAMAN
  • Pancuran air Bali

    SELAIN menjadi sumber alam semula jadi yang penting dalam kehidupan, air juga sering dikaitkan dengan sifat yang nyaman dan menyejukkan.

  • Pelihara tekstil warisan

    NEGARA kita memang kaya dengan pelbagai jenis tekstil warisan yang banyak menyimpan sejarah perkembangan tamadun bangsa.

  • Pembangunan berpusat

    LATAR landskap dan seni bina yang menarik antara tarikan projek hartanah terbaru, Lavender Heights yang terletak di Senawang, Negeri Sembilan.

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


En.Hubby & <b>Wakaf Tapai</b>.... - Ini Satu Kisah...

Posted: 05 Dec 2012 12:49 AM PST

Hye...Hye...December.....=)
terlambat sikit nak post mase first day December kan...
mane nak sempat post....yela....busy kan....
busy melawat en.Hubby di Penang, Bayan Lepas...
~~~~~~hehehehehehehe~~~~~~
Alhamdulillah.....bertolak hari sabtu pagi.....
balik sini balik hari ahad, petang sampai rumah.....
Pergi sana ber 3....wif Aini and Heina....
 Terima Kasih sangat-sangat dekat 2 orang sahabat ni kan...
yela...sanggup teman kan saya melawat en.Hubby...
korang memang best dan terbaeekkkk lahhhh...=)
nanti post cite n gambar g Penang tu k....
~~~~~~hehehehehehehe~~~~~
Now, en.Hubby dah selamat sampai Wakaf Tapai, Terengganu...
Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Wakaf Tapai Terengganu....
lagi details....bace bawah ni...hehehehehe 
Hari ini, 3 Disember 2012, Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai begitu meriah dengan kedatangan pelatih -pelatih baru . Seawal 7 pagi lagi kakitangan Akademi telah bersedia menyambut kedatangan tetamu dan penghuni baru.
Jam 8 pagi auditorium yang mampu memuatkan 500 orang pada satu masa telah dipenuhi. Taklimat kemasukan pelatih telah disampaikan oleh Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu , PKPjB Haron bin Hj Tahir selaku wakil dari pihak Pengurusan Tertinggi Jabatan . Seterusnya Taklimat Khas latihan telah disampaikan sendiri oleh PPjB Norazam bin Khamis Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wakaf Tapai. Maklumat berkenaan latihan dan proses yang akan dijalani sepanjang latihan telah disampaikan dengan jelas oleh komandan sendiri. Sehingga jam 5 petang jumlah keseluruhan pelatih adalah seramai 614 orang terdiri dari 152  Pegawai Bomba KB gred  29 , 437 orang pegawai gred KB 17  dan 25 pelatih dari Malaysia Airport Berhad.
 so...disimpulkan cerita, en.Hubby tergolong dalam 25 Pelatih dari Malaysia Airport Berhad...
hanya Pegawai dan Eksekutif saja yang pergi kursus ni...
rekrut MAB still training dalam MATC Bayan Lepas...
kalau ikut surat asal tawaran en.Hubby, patutnya pergi ke Kuala Kubu Bharu...
tapi...last minit dapat tahu...kena lapor diri dekat Wakaf Tapai...
mungkin yang Kuala Kubu tu tak dapat menampung ramai pelatih kot...
huhuhuhuhuhu......takpe lah......
yang penting semoga semuanya baik-baik sahaja dekat sana.....
♥ Ya Allah ya Tuhanku....dekatkanlah rezeki yang suamiku cari...kuatkanlah kasih sayang suamiku hanya padaku seorang...bantulah suamiku ketika aku tidak mampu membantunya...elakkanlah suamiku daripada teringin kepada apa yang Engkau tegah...cenderungkanlah hatinya kepada apa yang Engkau perintahkan...♥

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


92 mangsa banjir dipindahkan <b>di Dungun</b> | blogr.my

Posted: 23 Dec 2012 12:01 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Sebanyak 92 penduduk membabitkan 16 keluarga dari tiga buah kampung di daerah ini dipindahkan ke tiga pusat penempatan sementara selepas di naiki air semalam.

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


4 Beranak Rentung Bertembung Bas Ekspres <b>Di Chukai</b> - Terbakor

Posted: 23 Dec 2012 05:10 PM PST

"Sangat menyayat hati melihat keadaan semua mangsa yang rentung, termasuk hancur seluruh badan, malah ada sebahagian cebisan daging yang terbakar melekat dalam kereta," kata saksi kejadian empat beranak terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, awal pagi semalam. Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.

4 Beranak Rentung Bertembung Bas Ekspres Di Chukai - Terbakor

Wan Mohd Faiz Wan Ahmad, 27, yang dalam perjalanan ke Kemaman berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia bersama rakannya cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berupaya memandangkan api marak membakar kedua-dua kenderaan.

"Saya menghubungi bomba, tetapi tidak berani mendekati tempat kejadian kerana bimbang kedua-dua kenderaan itu meletup," katanya menganggap kemalangan itu paling ngeri yang pernah dilihatnya.

Dia yang ditemui di tempat kejadian berkata, selepas kebakaran dipadamkan keseluruhannya oleh anggota bomba, dia terkejut dan sedih apabila dimaklumkan empat beranak rentung dalam kenderaan itu.

Penumpang bas ekspres itu, Wan Mohd Al-Hakim Wan Yusoff, 27, berkata, dia sempat mendengar seorang penumpang dalam kereta yang terbakar itu menjerit meminta tolong sebelum mengetahui empat beranak rentung di dalamnya.

-Metro-

 

 Nak tahu teknik buat Ratusan USD percuma ?? klik sini!  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Beranak Rentung Bertembung Bas Ekspres <b>Di Chukai</b> – Terbakor <b>...</b>

Posted: 24 Dec 2012 01:12 AM PST

[unable to retrieve full-text content]Sangat menyayat hati melihat keadaan semua mangsa yang rentung, termasuk hancur seluruh badan.

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


Kompleks Tekstil <b>Kijal</b> Tarik Pelabur China | Terengganu Today

Posted: 11 Dec 2012 06:06 PM PST

KOMPLEKS Tekstil Kijal yang dijangka dibuka April tahun depan berjaya menarik pelaburan baru dari syarikat tekstil Guangzhou, China, sekali gus menjadikan Bandar Baru Kijal sebagai hab tekstil di Asia Tenggara.

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berkata, syarikat berkenaan bukan sahaja akan beroperasi di kompleks tekstil yang telah siap, malah syarikat itu juga akan membina sebuah lagi bangunan reka bentuk sama dengan kompleks tekstil tersebut.

Menurutnya, bangunan reka bentuk sama itu akan dibina bersebelahan Kompleks Tekstil Kijal yang sedia ada.

"Pelabur dari China ini akan membawa masuk pelbagai produk termasuk kain, zip dan sebagainya yang dikeluarkan mereka dan akan memasarkannya di Bandar Baru Kijal, seterusnya menjadikan kawasan ini sebagai hab tekstil negara.

"Syarikat ini akan memindahkan operasinya di Singapura ke Bandar Baru Kijal," katanya selepas menyempurnakan perasmian penutup dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Memasak Bubur Asyura Peringkat Daerah Kemaman 2012, anjuran Pejabat Daerah Kemaman di Padang Bola Sepak Binjai, dekat sini, semalam.

Mengulas lanjut, kata Ahmad Said, bangunan baru berkenaan dijangka mula dibina tahun depan, sekali gus membantu merancakkan lagi pembangunan di kawasan berkenaan.

Katanya, syarikat tersebut adalah pengilang tekstil terbesar dan untuk sebuah kilang sahaja, mereka mempunyai seramai 10,000 pekerja.

Ditanya mengenai sambutan peniaga tempatan terhadap lot kedai yang disediakan di kompleks tekstil itu, beliau berkata, setakat ini tidak sampai 10 peniaga Bumiputera yang berminat untuk menyewa lot kedai.

"Jadi yang selebihnya diberikan kepada syarikat dari China ini. Kita telah buka peluang kepada orang tempatan untuk menyewa tetapi nampaknya tak ramai yang berminat," katanya. – teganukita.blogspot.com

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved