ads

Khamis, 6 Oktober 2011

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Dataran WiFi <b>di Seberang Takir</b>

Posted: 06 Oct 2011 01:00 AM PDT

Oleh FAUZI MOHD

Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir membelanjakan RM250,000 bagi menjadikan Dataran Belia Permata di Seberang Takir sebagai Dataran WiFi.

ADUN berkenaan, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, peruntukan itu bagi membina sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi dewan terbuka dan bilik khas untuk pembelajaran kelas komputer.


Menurutnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, projek yang dijangka siap dua bulan lagi itu turut melibatkan pembinaan sebuah kiosk perkhidmatan baik pulih e-Book pelajar sekolah secara percuma.

"Selain restoran dan pusat tertentu yang menyediakan perkhidmatan itu, kita mengambil inisiatif agar kemudahan WiFi ini memberi manfaat untuk perkhidmatan melayari internet tanpa wayar secara percuma," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan e-Book Tahun 4 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di Kampung Baru Seberang Takir hari ini.

Pada majlis itu, seramai 608 murid dari lima buah sekolah di DUN berkenaan menerima agihan e-Book percuma yang melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Takir seramai 83 orang dan SK Bukit Tok Beng (108 orang).

Selain itu, SK Kompleks Seberang Takir (128 orang) dan SK Teluk Ketapang (171 orang) dan SK Tok Jembal (119 orang).

Tambah Ahmad Razif, kemudahan itu dibangunkan bagi memastikan penduduk luar bandar menikmati kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selain merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan desa.

"Walaupun kosnya agak tinggi, ia sedikit sebanyak melengkapkan kawasan luar bandar dengan jalur lebar bagi membolehkan rakyat di kawasan berkenaan mempunyai akses kepada teknologi maklumat sama seperti penduduk bandar," katanya.

Dataran WiFi baru <b>di Seberang Takir</b> | Darul Iman

Posted: 06 Oct 2011 09:25 PM PDT

KUALA TERENGGANU 6 Okt. (Utusan) – Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir membelanjakan RM250,000 bagi menjadikan Dataran Belia Permata di Seberang Takir, dekat sini sebagai Dataran WiFi.

ADUN berkenaan, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, peruntukan itu bagi membina sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi dewan terbuka dan bilik khas untuk kelas komputer.

Menurutnya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, projek yang dijangka siap dua bulan lagi itu turut melibatkan pembinaan sebuah kios perkhidmatan baik pulih e-Book pelajar sekolah secara percuma.

"Selain restoran dan pusat tertentu yang menyediakan perkhidmatan itu, kita mengambil inisiatif agar kemudahan WiFi ini memberi manfaat untuk perkhidmatan Internet tanpa wayar secara percuma," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan e-Book Tahun 4 peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir di Kampung Baru Seberang Takir hari ini.

Pada majlis itu, seramai 608 murid dari lima buah sekolah di DUN berkenaan menerima agihan e-Book percuma yang melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Takir seramai 83 orang dan SK Bukit Tok Beng (108 orang).

Selain itu, SK Kompleks Seberang Takir (128 orang) dan SK Teluk Ketapang (171 orang) dan SK Tok Jembal (119 orang).

Tambah Ahmad Razif, kemudahan itu dibangunkan bagi memastikan penduduk luar bandar menikmati kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) selain merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan desa.

"Walaupun kosnya agak tinggi, ia sedikit sebanyak melengkapkan kawasan luar bandar dengan jalur lebar bagi membolehkan rakyat di kawasan berkenaan mempunyai akses kepada teknologi maklumat sama seperti penduduk bandar," katanya.

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


Anak Jelapang: Pusat setuju bina empangan <b>di Setiu</b>

Posted: 15 Jun 2008 05:46 AM PDT

ARKIB : 15/06/2008

SETIU 14 Jun 2008 - Kerajaan Pusat bersetuju untuk membina sebuah empangan kecil di daerah ini tidak lama lagi, bagi mengatasi masalah banjir supaya hasil tanaman petani tidak terjejas oleh bencana alam itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, selain itu empangan berkenaan juga adalah untuk tujuan menyalurkan air kawasan pertanian termasuk sawah yang diusahakan di daerah itu.
''Kerajaan prihatin terhadap nasib rakyat di sini sebab itu projek empangan ini akan dilaksanakan," kata Perdana Menteri semasa berucap merasmikan Jelapang Padi Mak Jintan di sini hari ini. Abdullah turut melahirkan perasaan bangga dengan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang memajukan tanah terbiar dengan projek penanaman padi seperti yang diusahakan di Mak Jintan di sini.
Katanya, beliau difahamkan kawasan terbiar yang dibangunkan dengan tanaman padi bukan sahaja di Setiu, tetapi juga di beberapa daerah lain yang berpotensi untuk tujuan itu. ''Projek ini seharusnya diperhebatkan dan negeri lain boleh mencontohi usaha ini,'' kata Perdana Menteri. Katanya, Malaysia sememangnya mempunyai banyak tanah terbiar yang jika dimanfaatkan boleh digunakan untuk menambah pengeluaran makanan negara.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0615&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

Anak Jelapang: Terengganu Rancang Buka Jelapang Padi <b>Di Setiu</b>

Posted: 27 Apr 2008 02:40 PM PDT

KEMAMAN, 27 April (Bernama) -- Kerajaan Terengganu merancang membuka 3,200 hektar kawasan sawah padi dalam usaha untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan beras negara, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Said. Beliau berkata projek itu yang akan dilaksanakan di Setiu melibatkan penanaman padi tiga kali setahun dengan peruntukan sebanyak RM100 juta.

Katanya kerajaan negeri akan mengemukakan cadangan projek itu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi mendapatkan peruntukan. "Projek ini akan dilaksanakan sebaik kami mendapat peruntukan daripada kementerian," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua jabatan persekutuan dan negeri di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) kampus Wilayah Timur di sini hari Ahad.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong dan Pengarah Intan, Dr Mohamad Hamzah. Beliau berkata wakil kerajaan Terengganu telah melawat kawasan tanaman padi di Sekinchan, Selangor bagi melihat pelaksanaan projek penanaman padi tiga kali setahun itu.

"Kami akan menggunakan kawasan tanaman di Sekinchan sebagai model untuk pelaksanaan projek di Setiu nanti," katanya. Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata sehingga kini beliau belum dimaklumkan jumlah royalti minyak yang diterima oleh Terengganu.

"Rakyat nak tahu berapa jumlah royalti minyak yang diterima termasuk jumlah yang sudah dibelanja serta bakinya dan saya sendiri tidak boleh menjawab mengenai perkara itu (royalti)," katanya. Beliau berkata perkara itu akan menjadi agenda dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang dijangka diadakan pada pertengahan bulan depan.

-- BERNAMA 

SUMBER: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=329362

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


My Story - A day at a time....: JJCM–Ikan Bakar <b>di Paka</b>

Posted: 05 Oct 2011 07:15 PM PDT

Ianya adalah sebuah kedai makan biasa yang terletak diantara stesen minyak Petronas dan stesen Minyak Shell di bandar Paka Terengganu. Namun menjelang pukul 12.00 tengahari, pelanggan akan beratur untuk mendapatkan ikan bakar.

IMG_1926

Kelihatannya macam ikan bakar biasa yang dibakar diatas kuali bersama kunyit dan mentega, tapi bagi mereka yang telah mencuba pastinya akan datang lagi.

IMG_1924

Mungkin kesedapannya terletak pada ikan yang dimakan panas-panas, atau  kuah asamnya yang pekat dan sedap, atau mungkin juga kuah kicapnya yang lemak masin dan manis. Walau apa pun alasannya, mencuba ikan bakar ini dirumah tidak sama rasanya dengan disini. Selain dari itu, ada beberapa masakan yang lain dari masakan dikedai lain seperti daging salai lemak chili api dan sayur ulam masak lemak tempoyak juga terdapat disini. Tidak pernah bertanya pada tuan kedai, tapi rasanya mereka berasal dari Negeri Sembilan kerana masakannya pedas sidikit berbanding dengan 'standard' lauk di Terengganu. Kami sanggup datang dari Dungun apabila teringin nak makan ikan bakar disini.

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


13 <b>di pulau perhentian</b> – Google Blog Search | Traveling From <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 04:20 PM PDT

13 di pulau perhentian – Google Blog Search Turtles, Sharks, and an Island Paradise – Pulau Perhentian Kecil … Posted: 28 Sep 2011 06:07 AM PDT We left the cool hills of the Cameron Highlands, eager for more island time in Malaysia's Perhentians

Visit link:
13 di pulau perhentian – Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Ibu sanggup redah api selamatkan wang RM3,000 | Darul Iman

Posted: 29 Sep 2011 05:43 PM PDT

Masliza Mohd. melihat rumahnya yang musnah dalam kebakaran di Felda Jerangau, Dungun, baru-baru ini.

DUNGUN 28 Sept. (Utusan) – Seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawanya apabila meredah api yang marak demi menyelamatkan wang tunai RM2,000 hasil jualan kelapa sawit dalam kebakaran rumahnya di Felda Jerangau, dekat sini kelmarin.

Masliza Mohd., 27, meluru masuk semula ke dalam rumah sejurus selepas dia menyelamatkan dua anaknya, Isma Haikal Ismail, 4, dan Mohd. Adam Daniel, 2.

Selain itu, Masliza juga sempat menyelamatkan wang tunai RM1,000 miliknya yang juga disimpan di dalam beg tangannya di ruang tamu rumah tersebut.

Akibat kebakaran kira-kira pukul 3.30 petang itu, Masliza berserta suami, Ismail Ibrahim, 31, serta dua anak mereka tinggal sehelai sepinggang.

Bagaimanapun sebuah kereta dan dua buah motosikal milik Ismail sempat diselamatkan dengan bantuan penduduk kampung.

Menurut Masliza, sebelum kejadian, suaminya yang bekerja mengambil upah mengait serta menjual kelapa sawit telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM2,000 kepadanya untuk disimpan sebelum masuk semula ke ladang.

"Bagaimanapun, semasa kebakaran berlaku dan sesudah saya berjaya bawa keluar dua anak saya dan tinggalkan mereka kepada jiran, tiba-tiba saya teringatkan wang yang saya simpan di dalam beg di ruang tamu.

"Pada itu juga dan ketika api marak, saya beranikan diri meredah api masuk semula ke dalam rumah. Saya bersyukur, dua anak saya berjaya diselamatkan dan saya juga tidak cedera," katanya.

Menceritakan kejadian itu berlaku, Masliza berkata, kebakaran disedari sewaktu dia melayani dua anaknya bermain-main di ruang tamu rumah sebelum ternampak kepulan asap dari bahagian dapur.

Katanya, api marak dengan cepat sebelum membakar bahagian dapur lalu merebak memusnahkan rumah papan milik mereka.

Dalam pada itu, dua jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) bergegas ke tempat kejadian sebelum berjaya mengambil masa 30 minit untuk mengawal kebakaran.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


mamaLUV.com: Jom bercuti ke <b>Pulau Redang</b>

Posted: 04 Oct 2011 10:43 PM PDT

Assalamualaikum wbrkt dan salam sejahtera.
Kat bawah ni semua gambar percutian adik lelaki, Che ku Mohd Ridhuan dan rakan2nya ke Pulau Redang pada minggu yang lepas iaitu pd akhir bulan september 2011.  Woww seronok kan tengok gambar2 ni.. rasa tak sabar nak join. hehe. tapi adik lelaki dah buat rancangan nak buat family day trip kat sana pada tahun depan sbb skrg dah tak  boleh, laut bergelora.  Mintak2 mama pun boleh join... sebab schedule hubby mama ni selalu full.  setiap masuk weekends mesti terbang mana2.   
jelesnya main dengan anak2 ikan.. kalau dapat di anak mama, si syahmi ni maunya ikan tu terus di tangkap masuk akuarium... ahak2..
amboi Wafi.. hensem nya anak sedaraku ni.  nanti balik hitam lah ya.. hehe
posing habis 2 beranak ni
Adina kecik2 dah pergi Pulau ya.. che long tak sampai sampai pun  lagi.. asyik2 nak tunggu baby besar le.. bila dah besar sambung lagi dapat baby baru.. baby baru dah besar ni hehe dah takde alasan lagi dah... habis musim tengkujuh mesti nak pergi jugak! yankk nak pergi jugakkk... anak2 dah besar ni.. hehe.. alasan best tu!
sian si adik kecik kena tinggal kat rumah ya.. nasib baik pergi kejap jer.. dari kul 8 pagi hingga 3 tgh.. kira pergi mandi manda je.. tu pun dah kehitaman 3 beradik ni.. hahaha.
amboi.. roti tu untuk si ikan2 ke atau si bapak duyung... haha
comel nyaa... geram betul le tgk air yg jernih dengan dikelilingi ikan yang jinak giler tu!
hai si ikan.. nak roti?.. meh22 datang sini.. ada sikit lagi ni.. jangan berebut ya...


Dari  mamaLUV.Villa 
  • ke Jeti Merang adalah selama 15 minit.
  • dari jeti ke Pulau Redang pula  45 minit. Feri lambat sikit tapi kalau bot ni  laju le sikit , awal dlm 10- minit gitu le.
  • Bayaran bot : RM 500 untuk 10 org  satu bot.  Kiranya RM50 sekepala.  Biasanya kira satu bot. Kalau ramai sangat boleh naik feri jer.  satu feri RM1500 boleh muat dalam dlm 35 org.
  • Makanan di sarankan beli le di luar, jangan beli kat sana.. mahal loo.  harga kira double.
Okay itu ajer untuk kali ini pasal percutian lagi.. hehe asyik2 percutian jer kan.. alaa.. santai2 bersama family lari dari tekanan luar dan bebanan kerja  hari2. ni le masanya nak pergi  bercuti bawak anak isteri.  hilang stress tengok laut.

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Hari <b>...</b> - Kayteeze&#39;s Blog [Sekolah Menengah Sains <b>Hulu Terengganu</b>

Posted: 26 Sep 2011 07:20 PM PDT

Home > Uncategorized > Hari Terbuka Asrama SAHUT

Hari Terbuka Asrama SAHUT yang diadakan di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu pada kali ini merupakan yang pertama kali.

Hari terbuka ini diadakan untuk meraikan tetamu dari luar datang ke asrama bagi melihat suasana dan keadaan di asrama. Di samping itu program ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan sosial yang mesra di antara pelajar dengan masyarakat luar.

Layanlah gambar-gambar di bawah ni. Tak larat nak komen… Nanti bila ada masa terluang kita akan bagi info sikit.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sorry, dah tak larat nak upload gambar satu-satu…. tengok je laa slide show ni. Nanti kalau rajin kita upload gambar lagi, ekk…. Slide show tu kena tunggu lama sikit baru keluar.

.

This slideshow requires JavaScript.

Kah kah… gambar pasar baru Kuala Berang pun ada termasuk juga…. sabor je laa…

Kalau susah nak tengok slideshow, jom tengok gallery jer….

5.069146 102.997071

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


Pencerobohan rizab sungai <b>di Jerteh</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 03 Oct 2011 07:48 AM PDT

Saya nak adukan Sungai Alor Pok Ka di Kg Jabi, 22020 Jerteh, Besut, Terengganu telah lama diceroboh oleh segelintir pihak yang tamak harta dengan menimbus tebing sungai yang dulunuya lebar 6 kaki kini menjadi 2 kaki lebar sahaja untuk penanaman getah walaupun sering tenggelam bila banjir.

Masalahnya sungai makin tertutp dan aliran air tersekat sedangkan dibahagian atas sungai lebih luas dan lebar tetapi dibahagian bawahnya dah hampir tertutup aliran air sungai yang dahulunya lancar tetapi sekarang tersekat semakin jadi teruk.yang makin parahnya ialah tuan tanah tu buat pagar sampai ke dalam rizab sungai sehingga air sungai sudah jadi macam empangan bukan lagi sungai sebab tersekat oleh pagar yang dibuat sehingga ke dalam rizab sungai.

Masalah ini dah penat saya adukan sana sini termasuklah jps , jas dll namun nampaknya mereka semua hanya omong kosong sahaja kononnya nak ambil berat pasal sungai dan alam sekitar dan siapkan talian hotline tetapi bila saya telefon dan buat aduan hasilnya masalah masih belum selesai dah bertahun=tahun dah macam ni keadaannya mereka buat pada saya pada sungai dan pada alam sekitar.

Saya mintak tolong sangat pada aduan rakyat ni supaya dapatlah tolong masalah saya ni sebab sungai tersebut dah makin serius dah dirosakkan oleh orang yang tak ada peri kemanusian dan hati perut.terima kasih, wassalam

By: bakri hassan

Aduan yang berkaitan:

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Tanah Lot Bangunan <b>di</b> Kg <b>Jabor</b> Chukai Kemaman

Posted: 06 Mar 2011 08:54 PM PST

[unable to retrieve full-text content]RM230,000.00. Harga Boleh Dirunding. Lokasi Tanah. Keluasan : 2326 Meter Persegi. Lokasi : Kg Jabur Mak Chili Kemaman. Status Tanah : Bangunan. Tanah Rezab Melayu.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


.::.Great Memories.::.: berhari raya <b>di kemaman</b>

Posted: 24 Sep 2011 08:12 PM PDT


syawal masih berbaki lagi jadi masih ramai diluar sana buat jamuan makan
hebat uols setiap hujung minggu mendapat lebih dari 5 undangan
ade jugak kuar umah dari pagi lewat malam baru balik
tak pergi orang dah jemput nak jage ati kengkawan ler kunun
padahal makan preee, ekeke jangan marah eh
sebenarnya tu la cara nye nak merapatkan hubungan

tapi kena gak beringat tuan rumah tak perlu buat hidangan super duper gempak
buat la sekadar yang termampu elakkan pembaziran
bagi tetamu pula jangan la buat yang uols nie tak pernah merasa
amik sikit-sikit baru la berhemah
eceeh macam penceramah bebas plak
[sekadar peringatan bersama]

sebenarnya nak citer kat uols last week kami sekeluarga pergi kemaman umah adik ipar-adik my laling la-
my laling nak uruskan hal rumah kami disana
kebetulan adik ipar aku buat jamuan
dan menjadi trend dimasa kini open house tu seperti kewajipan

kami gerak dari gombak 10pm sebab siang tu my laling keje
bile jalan waktu malam dah tentu la aman damai anak-anak masuk keta terus lelap-mama pun ape kurang nye, ekeke

 mama lambat lagi ke nak sampai??
 adik duduk kat belakang ngan kak yung
senang nye bakar sate guna nie tak perlu guna arang 
 orang kuat la katakan, ekeke
 kak yung yang slalu nak shantek
adik yang tak suka bergamba
menu wajib orang disana nasi minyak / nasi dagang-sate-mee goreng-nasi himpit
lain tempat lain menu utamanya kan...?

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


akukaudiakita: operasi laut.. <b>pulau bidong</b>

Posted: 17 Sep 2011 12:19 PM PDT

assalammualaikum google chrome..
pulau bidong la kali ni.. kejadian ini sudah lama berlaku.. tapi still segar diingatan..
mana boleh lupa kenangan best kot.. umpama pegi hawaii.. huhh tipu la kan.. haiwaii lg masyukk..
org sibuk cuti midsem.. kita pegi melancong.. perghh sangat terbaik.. bersama kawan2 seangkatan.. semua ikot haa!..
pukat hanyut,, pukat tunda,, candat sotong,, aktiviti yg wajib buat la.. 3hari 2 malam..
jadi nelayan,, agak susah jugak hidup sbgai org laut.. xkira mabuk lagi.. mcam seksa je.. tp best sngat...
aku xmabuk la sngat.. cuma masa mlam candat sotong aku tewas.. arhh xleh terima kenyataan lagi,, huhu







bnyak jugak masa lapang .. pagi petang berendam lam laut.. burn muka toksah kira laa.. biasa lahh.. bukan masanya lagi nak menyegak.. * bateri lappy dah nak empty.. charge xbawak mai kafe.. choww



13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Terengganu rayu agar hospital baru dibina <b>di Dungun</b> - Komunitikini

Posted: 11 Aug 2011 12:26 AM PDT

Kerajaan Terengganu merayu Kementerian Kesihatan agar mempercepatkan pembinaan hospital baru Dungun kerana ia begitu kritikal memandangkan hospital yang ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah dan kedudukan di satu lokasi yang sesak.

Menteri Besar Ahmad Said berkata cadangan pembinaan Hospital Dungun yang baru telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan tetapi sehingga kini ia belum terlaksana.

"Dua hospital yang sangat kritikal ialah Hospital Dungun dan Hospital Kemaman. Ia sudah tidak sesuai lagi beroperasi di tempat yang ada sekarang kerana pembangunan yang berlaku di sekitarnya, menjadikan ia agak sesak.

"Kita sedia memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan dengan menyediakan tapak baru untuk Hospital Dungun, kira-kira 20 hektar di Kampung Che Lijah di sini," katanya ketika menghadiri program Ehsan Ramadan di hospital itu dan menyampaikan sumbangan hamper kepada pesakit serta menghadiri majlis berbuka puasa semalam.

Ahmad berkata, keadaan Hospital Dungun yang rendah, sering dinaiki air apabila berlaku hujan lebat.

"Beberapa tahun lalu, pesakit hospital itu pernah dipindahkan ke tempat selamat akibat berlaku banjir kilat dan ia amat menyusahkan pesakit serta kakitangan hospital itu sendiri.

"Jadi kita haraplah agar Kementerian Kesihatan mempercepatkan pembinaan Hospital Dungun agar perkhidmatan yang lebih baik dapat disediakan kepada rakyat di sini," katanya.

- Bernama

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 05 Oct 2011 11:18 AM PDT


.

Posted: 04 Oct 2011 09:30 PM PDT

Jangan sambung kontrak Monsun Cup CHUKAI – Pas meminta kontrak penganjuran Piala Monsun di negeri ini yang akan berakhir pada tahun hadapan tidak akan disambung kerana mendakwa pulangan yang diterima rakyat tidak seberapa.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat mendakwa, pulangan sedikit yang diterima rakyat atas penganjuran acara itu amat tidak berbaloi.

"Berapa sangat pendapatan yang diperoleh rakyat yang berniaga keropok goreng, pisang goreng dan air minuman ketika Piala Monsun berlangsung di Pulau Duyong, Kuala Terengganu setiap tahun.

"Yang ramai berlumba pada sukan itu orang luar, jadi kita harap kontrak Piala Monsun tidak disambung lagi selepas kontrak tamat pada 2012 ini," katanya ketika ditemu pada Jamuan Mesra Rakyat Pas Dun Chukai pada 30 September lalu.

Hadir sama, yang Dipertua Pas Kawasan Kemaman, Ismail Harun.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan penganjuran acara sukan berprestij itu hanya mahu menonjolkan keegoan kerajaan BN dan Umno di negeri ini.

"Bukan ini yang rakyat mahukan, sebaliknya rakyat mahukan kerajaan yang adil dan menjaga hati nurani mereka," katanya.

Menyentuh mengenai Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini, Hanafiah yakin bajet itu adalah gula-gula pilihan raya kepada rakyat.

"Perkara ini berlaku sejak 50 tahun BN dan Umno memerintah, sebab itu Pas perkenalkan konsep negara berkebajikan kerana kebajikan bukan sekadar memberi duit dan bukan merampas hak rakyat, bukan pemimpin senang rakyat susah sebaliknya kekayaan negara wajar dibahagikan sama rata dan adil," katanya.

Posted: 04 Oct 2011 09:27 PM PDT

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Yok Rempitan ...: LPT 2 -<b>Bukit Besi</b>- Ajil kini dibuka...

Posted: 02 Sep 2011 03:49 AM PDT


Fuh lega...tak lebih 20 minit  kini boleh sampai Ajil...maksud aku dari hentian rehat simpang Bukit Besi. Dulu ikut jalan persekutuan paling kurang 45 minit nak sampai sana, walaupun jarak tak melebihi 50km..Siapa yang biasa lalu laluan itu pasti tahu dimana tempat yang aku maksudkan. Kalau dulu disimpang tiga ini kalau nak ke Ajil akan ambik kiri, tapi kini belok kanan dan dalam 200 meter akan jumpa jalan susur  ke lebuhraya baru..

Dulu kalau balik ke KT bermula dari simpang tiga Bukit Besi ke simpang tiga Ajil aku rasa  laluan paling  menyampah..sebab..? rasa tak sampai-sampai ..! batu tanda tunjuk jarak ke KT tak pun jauh mana, lebih kurang 78km saja..tapi dia punya rasa jauhh ..pergh boring betul ..! perasaan ini wujud barangkali fizikal dan mental dah penat setelah lebih 6 jam di atas jalan raya...

Berbanding ikut laluan pantai Kemaman-Dungun- KT, aku lebih suka lalu lalauan Jerangau- Jabor. Walaupun jalan tak berapa elok tapi tak banyak berhenti-henti dek kerana banyak sangat gangguan lampu isyarat..Dulu orang takut guna laluan ini sebab sunyi tapi kini tidak lagi..Penempatan baru pun dah banyak disepanjang kiri kanan jalan.

Bila dah dibuka keseluruhan lebuhraya nanti dari Kuantan ke KT mungkin laluan lama ini akan sunyi semula...Kalau dah di buka nanti nak ke Pantai Timur mudah la ..4-5 jam dah boleh sampai KT dari tol Gombak..duit saja la kena sedia untuk bayar tol..tapi kalau tak silap aku sepatutnya laluan selepas Jabor tak dikenakan tol atau kalau dikenakan juga kami harap tak mahal lah ..seingat aku pembinaan lebuhraya dilaluan ini bukan di bina oleh pihak konsesi sebagaimana perancangan asal tapi dibina dibawah kendalian   JKR..itu sebab sepatutnya tol tiada...

Sebab tu kalau korang perasaan lebuhraya yang baru saja di buka tu macam dah lama siap tapi  tol plaza baru saja bermula pembinaannya...Macam baru buat keputusan U saja...! Wallahualam..

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


Lirik Lagu Kahitna – <b>Di Rantau</b> Lyrics | Lirik Lagu Free Download <b>...</b>

Posted: 01 Feb 2002 12:00 AM PST

Artist: Kahitna
Lirik Lagu Kahitna Terbaru
Lirik Lagu Kahitna – Di Rantau
Kahitna – Di Rantau Lyric

"Kahitna – Di Rantau"

Adik ingat saja pesan abang tadi malam
Abang pasti pulang tiada lama pasti datang
Jangan pikir De` abang kan selingkuh
Jika pulang kan pinang dirimu

Adik ingat saja pesan abang tadi malam
Bulan jadi saksi untuk cinta yang tergenggam
Tak akan ada wajah elok lain
Kusimpan habis hatiku untukmu

Yakinkan langkah abang di rantau
Bukan hanya menafsir dunia

(pesan abang..) Pesan abang..
(pesan abang..)Adik setia menanti..
(Janji abang..) Janji abang..
Walau bumi bergoyang cinta
Tak pernah goyah selamanya..

Adik ingat saja pesan abang tadi malam
Bulan jadi saksi untuk cinta yang tergenggam
Takkan ada wajah elok lain
Kusimpan habis hatiku untukmu


Free Download mp3 Kahitna – Di Rantau 4shared

Share This Post To :

More Lyrics from Kahitna Lyrics / Koleksi Lirik Lagu Kahitna Lainnya:

  • » Kahitna - Aku Punya Hati
  • » Kahitna - Yang Penting Keren
  • » Kahitna - Ti Amo
  • » Kahitna - Tak Sebebas Merpati
  • » Kahitna - Soulmate
  • » Kahitna - Setelah Malam Ini
  • » Kahitna - Setahun Kemarin

  • View All Lyrics from Kahitna Lyrics / Lihat Koleksi Lirik Lagu Kahitna selengkapnya. Youtube Video (If Available)
     

    BLOG TERENGGANU

    Copyright 2010 All Rights Reserved