ads

Khamis, 6 Oktober 2011

13 di chukai - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 05 Oct 2011 11:18 AM PDT


.

Posted: 04 Oct 2011 09:30 PM PDT

Jangan sambung kontrak Monsun Cup CHUKAI – Pas meminta kontrak penganjuran Piala Monsun di negeri ini yang akan berakhir pada tahun hadapan tidak akan disambung kerana mendakwa pulangan yang diterima rakyat tidak seberapa.

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Pas Terengganu, Hanafiah Mat mendakwa, pulangan sedikit yang diterima rakyat atas penganjuran acara itu amat tidak berbaloi.

"Berapa sangat pendapatan yang diperoleh rakyat yang berniaga keropok goreng, pisang goreng dan air minuman ketika Piala Monsun berlangsung di Pulau Duyong, Kuala Terengganu setiap tahun.

"Yang ramai berlumba pada sukan itu orang luar, jadi kita harap kontrak Piala Monsun tidak disambung lagi selepas kontrak tamat pada 2012 ini," katanya ketika ditemu pada Jamuan Mesra Rakyat Pas Dun Chukai pada 30 September lalu.

Hadir sama, yang Dipertua Pas Kawasan Kemaman, Ismail Harun.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan penganjuran acara sukan berprestij itu hanya mahu menonjolkan keegoan kerajaan BN dan Umno di negeri ini.

"Bukan ini yang rakyat mahukan, sebaliknya rakyat mahukan kerajaan yang adil dan menjaga hati nurani mereka," katanya.

Menyentuh mengenai Bajet 2012 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat ini, Hanafiah yakin bajet itu adalah gula-gula pilihan raya kepada rakyat.

"Perkara ini berlaku sejak 50 tahun BN dan Umno memerintah, sebab itu Pas perkenalkan konsep negara berkebajikan kerana kebajikan bukan sekadar memberi duit dan bukan merampas hak rakyat, bukan pemimpin senang rakyat susah sebaliknya kekayaan negara wajar dibahagikan sama rata dan adil," katanya.

Posted: 04 Oct 2011 09:27 PM PDT

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved