ads

Khamis, 6 Oktober 2011

13 di jerangau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Ibu sanggup redah api selamatkan wang RM3,000 | Darul Iman

Posted: 29 Sep 2011 05:43 PM PDT

Masliza Mohd. melihat rumahnya yang musnah dalam kebakaran di Felda Jerangau, Dungun, baru-baru ini.

DUNGUN 28 Sept. (Utusan) – Seorang ibu sanggup mempertaruhkan nyawanya apabila meredah api yang marak demi menyelamatkan wang tunai RM2,000 hasil jualan kelapa sawit dalam kebakaran rumahnya di Felda Jerangau, dekat sini kelmarin.

Masliza Mohd., 27, meluru masuk semula ke dalam rumah sejurus selepas dia menyelamatkan dua anaknya, Isma Haikal Ismail, 4, dan Mohd. Adam Daniel, 2.

Selain itu, Masliza juga sempat menyelamatkan wang tunai RM1,000 miliknya yang juga disimpan di dalam beg tangannya di ruang tamu rumah tersebut.

Akibat kebakaran kira-kira pukul 3.30 petang itu, Masliza berserta suami, Ismail Ibrahim, 31, serta dua anak mereka tinggal sehelai sepinggang.

Bagaimanapun sebuah kereta dan dua buah motosikal milik Ismail sempat diselamatkan dengan bantuan penduduk kampung.

Menurut Masliza, sebelum kejadian, suaminya yang bekerja mengambil upah mengait serta menjual kelapa sawit telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM2,000 kepadanya untuk disimpan sebelum masuk semula ke ladang.

"Bagaimanapun, semasa kebakaran berlaku dan sesudah saya berjaya bawa keluar dua anak saya dan tinggalkan mereka kepada jiran, tiba-tiba saya teringatkan wang yang saya simpan di dalam beg di ruang tamu.

"Pada itu juga dan ketika api marak, saya beranikan diri meredah api masuk semula ke dalam rumah. Saya bersyukur, dua anak saya berjaya diselamatkan dan saya juga tidak cedera," katanya.

Menceritakan kejadian itu berlaku, Masliza berkata, kebakaran disedari sewaktu dia melayani dua anaknya bermain-main di ruang tamu rumah sebelum ternampak kepulan asap dari bahagian dapur.

Katanya, api marak dengan cepat sebelum membakar bahagian dapur lalu merebak memusnahkan rumah papan milik mereka.

Dalam pada itu, dua jentera bomba bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) bergegas ke tempat kejadian sebelum berjaya mengambil masa 30 minit untuk mengawal kebakaran.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved