Isnin, 9 Julai 2012

13 di gong kedak - Google Blog Search

13 di gong kedak - Google Blog Search


ULAMA PEWARIS NABI: MENGATA ORANG KAMU YANG LEBIH

Posted: 08 Jul 2012 09:23 PM PDT


Contoh masaalah moral dan skandal yang belum terjawab ialah:

1 – Scandal Scorpene yang melibatkan wang rakyat berjumlah sebanyak RM500Juta..

2- Terbunuhnya gadis dari Monggolia yang bernama Altantuya di Malaysia sedangkan rekod imigresen menunjukkan beliau tidak memasuki Malaysia.. (dia terjun dari langit kot?)

3-Terjualnya dokumen sulit pertahanan negara..

4-Scandal Balak di Sabah yang melibatkan RM400 Juta baca di ( SINI )

5-Kemana menghilang lebih dari 40 buah Skyhawk di Nevada?

6-Apa dah jadi dengan dua buah enjin jet Sukhoi ketika pendaratan sulong di Gong Kedak (Enjin Sukhoi bukannya Enjin jet F5E)

7-Kenapa landasan terbang TUDM di Gong Kedak yang baru siap dibina terpaksa diturap semula?

Tulis banyak-banyak pasal aset tentera ni.. nanti pencacai UMNO kata aku tak patriotik pulak..

8-Apa dah jadi dengan scandal yang melibatkan RM 8.25 billion antara MBB dan PT Bank Internasional Indonesia Tbk (BII) ?

9-Paling baru .. kenapa Syarikat George Kent diberikan secara terus projek yang bernilai LRT RM1Biilion?..

10-Apa pula kaitan Syarikat George Kent ini dengan Syarikat dari Perancis yang menjual Kapal Selam itu (yang ni.. sikit hari lagi Rafizi akan jelaskan…)

11-Paling menarik aku kira ialah persoalan ini.. Siapakah VVIP UMNO yang ditangkap berkhalwat bersama dengan seorang artis disebuah hotel di Port Dickson?

12- Kenapa Isa Samad yang telah dibuktikan oleh UMNO sebagai pesalah rasuah dilantik menjadi Pengerusi Felda?

Kalau nak tahu banyak lagi.. korang copy ayat ni.. 'Scandal Najib' dan paste dalam Google…

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Wanita maut dirempuh kereta <b>di Besut</b> | Inimajalah dot com

Posted: 17 Feb 2012 03:21 AM PST

[unable to retrieve full-text content]BESUT: Seorang penyelenggara stor di sebuah syarikat elektrik terbunuh apabila sebuah kereta terbabas lalu merempuhnya di persimpangan lampu isyarat Kampung Raja di sini, hari ini.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Disko <b>di Kuala Terengganu</b> yang berselindung di sebalik nama <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 07:11 PM PDT

Aduan ini dituju khusus kepada pihak PDRM/Majlis Bandaraya Kuala Terengganu/Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu.Berhubung dengan tajuk diatas, saya terpanggil untuk membuat lapuran ini kerana terasa beramanah dan amat kecewa terhadap orang melayu, remaja lelaki dan wanita serta pelanggan veteran yang lupa diri berpoya-poya di pusat hiburan yang telah lama wujud itu.

Sehingga kini DISKO itu berjaya mengaburi pandangan pihak berkuasa kerana beroperasi menggunakan nama KOPITIAM di pusat Bandaraya Kuala terengganu yang mana hidangan utamanya ialah minuman keras, musik disko yang rancak serta tarian-tarian mengiurkan oleh GRO serta golongan LGBT yang di upah pemilik premis DISKO itu. Premis DISKO itu beroperasi seawal 11 pagi dan waktu kemuncaknya bermula 10 malam sehingga lewat pagi. Di situ kita boleh melihat orang melayu islam yang antaranya:

  • Meminum minuman keras dengan secara terbukanya lelaki serta wanita.
  • Menari seperti histeria tanpa segan silu dan adakalanya tarian yang mengghairahkan dipertonton oleh GRO, kaum LGBT serta remaja lelaki/perempuan yang masih di bawah umur.
  • Penjualan pil-pil khayal/ectasy yang terbuka dan berleluasa serta sering berlaku pergaduhan sesama sendiri.

Apa yang di beritahu kepada para pelanggan, premis DISKO itu tidak di pedulikan atau di pantau kerana hanya di anggap menjalankan perniagaan kedai kopi sahaja. Sebenarnya KOPITIAM DISKO itulah punca utama kepada peningkatan gejala sosial di Bandaraya Kuala Terengganu sejak dari dulu lagi.

Sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik dari pihak berkuasa khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama negeri Terengganu dan pihak PDRM supaya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya keatas KOPITIAM DISKO serta pelanggan bangsa melayu yang mengunjungi pusat hiburan tersebut sepertimana yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama di negeri-negeri lain.

Kerjasama dari pihak Dato/Tuan/Puan amat kami harapkan demi memastikan keruntuhan akhlak dan moral bangsa melayu Terengganu dapat di bendung supaya tidak di ketawakan serta di permainkan bangsa lain.

Sekian aduan saya;

Penyu Menanggis

By: roslan

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Hidroelektrik <b>Hulu Terengganu</b> | Darul Iman

Posted: 17 May 2012 06:30 PM PDT

Oleh RADHUAN HUSSAIN utusanterengganu@utusan.com.my

Tapak Lokasi Pelencongan Sungai Terengganu untuk Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu di Hulu Terengganu. – UTUSAN/Shaifudin Mohd. Nor

HULU TERENGGANU 16 Mei – Mungkin tidak ramai menyedari di sebalik keheningan belantara di satu lokasi berhampiran laluan utama menghala ke Gua Musang dekat sini, kerja-kerja pembinaan bagi menyiapkan projek Hidroelektrik Hulu Terengganu sedang giat dijalankan.

Untuk ke lokasi, perjalanan sejauh kira-kira 160 kilometer perlu ditempuhi yang mengambil masa selama hampir dua jam dari bandar Kuala Terengganu.

Dari simpang jalan utama ke Gua Musang, laluan berliku, berlumpur yang merentasi beberapa bukit sejauh kira-kira dua kilometer ke dalam, terpaksa diredahi dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda yang disediakan.

Pelbagai jenis jentera berat bertungkus-lumus melakukan kerja siang dan malam sejak projek yang menelan belanja kira-kira RM1.6 bilion itu dimulakan dua tahun lalu. Ia dijangka siap sepenuhnya penghujung 2015.

Deruman enjin jentera dan beratus tenaga kerja dengan sebahagian besarnya warganegara China kelihatan komited bagi memastikan projek yang mampu membekalkan elektrik negara siap mengikut jadual.

Setiba di lokasi, suatu panorama mengasyikkan terakam, yang kedudukannya hampir dengan dua buah terowong gergasi dengan setiap satu berukuran 398 meter panjang dan bergaris pusat 9.2 meter yang siap dibina di dasar Empangan Puah itu.

Pada waktu itu, dasar atau lantai saluran berlekuk di sekitar dua terowong berkenaan masih kering sebelum mula digenangi air sejurus kerja lencongan Sungai Terengganu di kawasan itu dilakukan bagi tujuan menakung air untuk proses penjanaan hidro.

Majlis Pelencongan Sungai Terengganu untuk Projek Hidroelektrik Hulu Terengganu itu telah disempurnakan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh, di sini baru – baru ini.

Beliau melakukan gimik perasmian dengan menekan 'butang letupan' sebelum air sungai dialirkan dan beransur-ansur memenuhi takungan di situ.

Turut hadir Pengarah Eksekutif merangkap Ketua Pegawai Operasi TNB, Datuk Ir. Azman Mohd.; Naib Presiden TNB, Datuk Ir. Mohd. Nazri Shahruddin dan Pengurus Besar TNB Terengganu, Md. Yuslan Mohd. Yusof.

Hadir sama Pengarah Urusan Loh & Loh Constructions Sdn. Bhd., Jason Loh; Pengarah Urusan Sinohydro Corporation Ltd., Che Wei Li dan Pengarah Projek Perunding HTJV, Travis Smith.

Che Khalib berkata, majlis tersebut dilangsungkan bagi meraikan kejayaan melencongkan Sungai Terengganu melalui dua terowong berkenaan hasil usahasama syarikat Loh & Loh Constructions Sdn. Bhd., dan Sinohydro Corporation Ltd.

Menurutnya, sebaik siap sepenuhnya kelak, projek hidro tersebut mampu membekalkan 250 megawatt (MW) untuk seluruh negara.

Malah, beliau turut memberi jaminan projek berkenaan bukan sahaja mampu menampung keperluan bekalan elektrik negara tetapi merupakan suatu projek penambahbaikan dalam membantu mengelak berlaku banjir di kawasan-kawasan tertentu.

"Apabila projek hidroelektrik ini (Hulu Terengganu) dan projek Hidro Elektrik Ulu Jelai di Pahang siap nanti, ia akan meningkatkan lagi bekalan tenaga hidro ke seluruh negara," katanya.

Che Khalib turut berpuas hati dengan kerja-kerja pembinaan bagi menyiapkan projek Hidroelektrik Hulu Terengganu itu tanpa memusnahkan ekosistem dan persekitaran.

Beliau seterusnya menangkis dakwaan pihak tertentu termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kononnya projek pembinaan hidro seumpama itu dilaksanakan turut menjejaskan serta merosakkan alam sekitar.

Beliau berkata, sehingga ini prestasi projek itu hampir mencapai 20 peratus siap dan berjalan mengikut jadual iaitu jangkaan takungan air bermula pada November 2014.

Katanya, projek yang melibatkan kawasan takungan air seluas 6,130 hektar itu apabila siap kelak mampu menjana 250MW kuasa elektrik.

"Projek itu akan melibatkan takungan air di Tasik Puah seluas 6,000 hektar dan Tasik Tembat seluas 130 hektar," katanya.

13 di jerangau - Google Blog Search

13 di jerangau - Google Blog Search


<b>Jerangau</b> Merah | Iklan & Promosi Percuma untuk rakyat Malaysia

Posted: 02 May 2012 01:50 AM PDT

Description

Membekal Jerangau Merah
(Asli dari Sarawak)

dbiorimba@gmail.com

PENGENALAN

Keluarga: Araceae
Nama Melayu: Deringu, Jerangau, Jeringau
Nama Lain: Sweet Flag, Sweet Sedge, Myrtle Flag, Calamus, Flagroot, Jerangang, Alwah, Dlingo (Indonesia).
Terdapat 2 jenis 'Jerangau'
a) Jerangau Merah' dan
b) Jerangau Putih'.
Kegunaan biasa: Amenorea * Aphrodisiac * Asma * Selsema * Kesesakan * Batuk * Sakit kepala * Kesakitan * Sakit tekak *

Nilai Ubatan : Pengguguran (Abortifacient) * Melegakan Kesakitan (Analgesik) * anti-bakteria * Antioksidan * Aromatik * Artritis * Kanser * mengeluarkan gas usus * diuretik * menggalak haid (Emmenagogue) * Penenangan * Psychedelic * sedatif * Tonik rahim *

Bahagian Digunakan: rizom
Perihal tumbuhan

Jerangau ialah tumbuhan yang berdaun wangi dan mempunyai ubi yang lebih wangi. Sehingga ia berkembang sepenuhnya dan menunjukkan bunganya yang hijau tersendiri, jerangau (acorus Calamus) menyerupai beratus-ratus tumbuhan hutan yang lain, yang mempunyai daun panjang seperti pedang yang tumbuh dari rizom bercabang. Tumbuhan liar ini menyerupai rumput rampai dan biasanya dijumpai di kawasan berpaya atau berair. Ia boleh tumbuh pada ketinggian melebihi 3 kaki.
Ubi jerangau yang ditandai dengan parut daun di sebelah atas memiliki banyak anak akar yang menuju ke bawah. Jerangau tidak berbatang dan daun-daunnya tumbuh terus dari ubi. Daunnya berwarna hijau kuning dan berbentuk pedang, dengan tepi yang sedikit berombak-ombak berukuran 0.75 inci lebar. Ia juga mempunyai urat daun yang jelas.
Sebagai tumbuhan yang lasak, jerangau mudah ditanam di kebanyakan jenis tanah, asalkan terdapat air dan cahaya matahari yang mencukupi. Hidup dengan baik di kawasan lembab yang menakung air seperti paya, tepi sungai atau kawasan parit. Bunganya berwarna kuning dan hijau, sementara rizomnya berwarna merah muda. Ia boleh ditanam dengan mudah daripada keratan ubi sepanjang 5 sentimeter (2 inci), dengan 3 sentimeter (1 inci lebih) dicucuk ke dalam tanah pada jarak 15-20 sentimeter (6-8 inci) antara satu tumbuhan dengan yang lain.
Jika mendapat peluang untuk berada dekat pada tumbuhan tersebut, anda mungkin dapat menghidu akarnya yang dikatakan mempunyai bau seperti lemon yang manis yang mungkin diandaikan bahawa gula-gula di buat dari tumbuhan ini. Ubinya boleh dituai sewaktu jerangau berusia setahun atau sewaktu mencapai 30-40 (12-16 inci) sentimeter tingginya.
Di Malaysia, jerangau ditanam di kedua-dua kawasan rumah orang Melayu dan India untuk digunakan, khususnya secara luaran, sebagai ubat sapuan atau losen. Minyak pati ubinya digunakan secara meluas dalam pengeluaran minyak wangi dan perasa makanan. Mengunyah akar dikatakan dapat menghilangkan bau tembakau.

SEJARAH
Seperti kebanyakan tumbuh-tumbuhan lain yang mempunyai senarai panjang sifat penyembuhan terapeutiknya, Jerangau (Calamus) dikatakan telah dibawa keluar dari pergunungan Asia Tengah dan India di mana ia telah ditanam dan digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan Ayurveda dan rawatan Tradisional China. Penyebaran dan kegunaan Calamus keseluruh dunia semenjak dari kurun ke-40an lagi. Hippocrates dari Yunani purba menulis Calamus telah digunakan sebagai kemenyan suci untuk upacara keagamaan bagi kedua-dua Sumeria dan Mesir kuno.
Ia telah sampai ke Eropah, dan digunakan sebagai bahan penyegar di gereja dan sebagai ubat penghalau pepijat. Menjelang abad ke-17, penanaman Calamus telah merebak sampai ke Eropah Tengah dan tidak lama selepas itu, dengan usaha dari peneroka Eropah, ia menempuhi jalan ke pantai Dunia Baru.

Suku-suku asli Amerika Utara mendapati banyak kegunaan perubatan dari akar ini yang dibahawa oleh peneroka Eropah. Mereka memanggil akar tikus kasturi (muskrat root), kerana terdapat bulu-bulu kecil seperti mamalia kesukaan mereka untuk kulit-bulunya. Adalah dipercayai juga bahawa suku kaum berpindah randa ini akan menyemai tumbuh-tumbuhan ini di sepanjang perjalananmereka untuk dituai apabila ia diperlukan, dan sebagai satu cara untuk menarik keluar tikus kasturi, untuk kulit-bulunya yang berharga.

KEGUNAAN PERUBATAN
Sejarah penggunaan Calamus sebagai ubat amat panjang dan melampaui 2,000 tahun sejak digunakan oleh bangsa Cina dan bangsa India. Ubi jerangau digunakan sebagai tonik herba untuk memudakan otak dan sistem saraf. Jerangau juga ubat yang terbaik untuk mengatasi kesan buruk alkohol, khususnya pada otak dan hati.
Di Asia Tengah, Acorus Calamus telah digunakan sebagai ubat melebihii dua ribu tahun, menjadi penawar tradisional untuk apa sahaja dari artritis hingga ke masalah saraf. 'Dioscorides', pengamal perubatan klasik Yunani menggunakan asap tumbuhan melalui corong sebagai ubat rawatan batuk. Kaum Cina telah menggunakan akar untuk membantu mengubati pening kepala, pekak dan epilepsi, dan juga telah dikhabarkan menggabungkan jerangau (sweet flag) dengan daun manis (ganja) dan ramuan lain untuk membuat halusinasi (hallucinogenic).

Selain sebagai ubat untuk sakit kepala dan cirit-birit, beberapa suku asli Amerika mengguna pakai sifat ringan halusinogen tumbuhan ini ke dalam upacara berpuak. Puak suku asli Amerika utara (Cree) percaya bahawa tumbuhan ini membantu mereka berjalan lebih jauh tanpa menyentuh tanah semasa upacara adat. Puak-puak lain, termasuk Ojibwas dari kawasan Great Lakes, dilaporkan telah menguna tumbuhan ini untuk tujuan rekreasi dan upacara adat.

Sehingga 1916, rizom dari Acorus Calamus yang dikupas kering telah disenaraikan dalam Pharmacopoea Amerika Syarikat sebagai rawatan untuk masalah perut (pedih ulu hati, kembung, dan cirit-birit) dan sehingga ke hari ini ia digunakan di beberapa bahagian di Eropah sebagai membantu merangsangkan kelenjar air liur dan menghasilkan lebih banyak jus perut. Ia juga masih digunakan dalam Perubatan Ayruveda sebagai cara untuk membantu memulihkan dan meremajakan minda dan badan.
Kini ia tidak lagi disenaraikan sebagai ubat rawatan perubatan oleh pertubuhan perubatan moden, tetapi masih wujud penyelidikan yang mengesahkan ia digunakan sebagai ubat rawatan tradisional. Pengambilan dalam jumlah kecil tumbuhan ini menunjukkan ia membantu mengurangkan keasidandalam perut dan bila diambil dalam jumlah yang besar, ia meningkatkan keasidan dalam perut, ini menunjukkan keberkesanannya pada ke pelbagaian besar gangguan perut.
Terdapat juga bukti menunjukkan bahawa tumbuhan ini menekan sistem saraf pusat, dan dikaji sebagai satu cara untuk merawat epilepsi. Terdapat juga beberapa bukti saintifik bahawa wap dari tumbuhan ini bertindak sebagai penghalau serangga yang berkesan.

Demam / Selsema
Kembung Perut
Asma
Menghentikan Pendarahan Selepas Bersalin
Membantu Untuk Pencernaan
Mandian Aromaterapi
Melegakan Sakit Gigi
Membuang Angin Dalam Badan
Campuran Untuk Membuat Minyak Wangi
Menambah Selera Makan

Ubat herba

Dalam perubatan tradisional, ubi yang berusia 2-3 tahun digunakan kerana akar yang lebih tua cenderung menjadi keras dan geronggang. Walaupun ubi yang kering hilang 70% daripada beratnya, ia mempunyai bau dan rasa yang lebih baik. Bagaimanapun, ia merosot jika disimpan terlalu lama.
Jerangau mempunyai sejarah penggunaan yang panjang dalam perubatan tradisi herba Cina dan India. Ia digunakan secara meluas dalam perubatan herba moden sebagai julap sedatif, diuretik, dan sifat mengeluarkan udara (carminative). Ia digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Unani untuk menangani kesan sampingan semua hallusinasi. Jerangau adalah salah satu daripada ubat-ubatan yang paling banyak dan kerap digunakan di kalangan masyarakat Chipewyan (Masayarakat Athapaskan yang tinggal di barat Kanada diantara tasik Great Slave Lake dan Teluk Hudson).
Di kedua-dua akar dan daun jerangau menunjukkan aktiviti antioksidan, aktiviti antimikrobial dan aktiviti insektisid. Jerangau membuktikan ia langkah yang amat berkesan dalam mengawal kutu lembu (cattle tick), Rhipicephalus, (Boophilus) microplus.

Keupayaan ubi jerangau

Berikut adalah beberapa ciri-ciri nilai Perubatan jerangau :

Ø Ia memberi kelegaan perut berat dengan melegakan kembung perut, Kesakitan perut dan meningkatkan selera makan. Akar jerangau yang dibakar, abu nya dicampur dengan minyak hambar seperti minyak kelapa tapis atau dibungkus dalam kain dijadikan tuam ke atas perut sebagai rawatan.

Jerangau adalah ubat bernilai untuk cirit-birit kronik. Ia juga berkesan dalam disentri (dysentery) kronik, kerana kehadiran tannin. Diberi secara mencampurkan (Infusi) boleh diberikan kepada kanak-kanak yang menderita dari penyakit ini.
Ø Dalam rawatan asma, ia mengeluarkan bahan catarrhal dan kahak dari tiub bronkial. Diambil kira-kira 65 centigrams herba ini setiap 2 atau 3 jam.
Ø Jerangau juga berguna untuk merawat selsema. Sepotong kecil rizom dipanggang dan diserbukkan. Secubit serbuk ini diambil bersama madu memberi kelegaan yang besar. Untuk bayi, pes jerangau dicampur kan dengan susu ibu dan disentuhkan pada lidah bayi. Satu lagi kaedah yang mudah memberi ubat kepada bayi adalah dengan meratakan sedikit pes pada puting ibu semasa menyusukan anak.
Ø Ia juga berguna pada merawat ulser mulut, Sepotong kecil herba disapukan pada lidah dan bahagian keradangan kulit untuk mendapat kelegaan.
Ø Serbuk jerangau yang dipanggang merupakan ubat rumah yang bernilai bagi kanak-kanak yang mengalami batuk kokol (whooping cough) (Penyakit membran mukus pernafasan). Secubit dari serbuk ini boleh diberikan bersama madu. Sebagai antispasmodic, ia menghalang serangan batuk menjadi-jadi. Untuk kanak-kanak kecil, sukatan pengambilannya juga mesti berkadar kecil.
Ø Serbuk dari akar pokok jerangau amat berkesan dalam menyingkirkan cacing usus.
Ubi jerangau juga mempunyai keupayaan yang berikut:
Penyakit ringan:
Jerangau dapat melegakan demam.
Jerangau dapat melegakan rasa sakit dengan mengurangkan kepekaan otak dan sistem saraf. Mengunyah ubi jerangau juga dapat melegakan sakit gigi. Selain itu, jerangau juga digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat penyakit sendi dan sakit saraf.
Jerangau mencegah pembentukan gas di dalam saluran pencernaan dan dengan itu, dapat mengatasi masalah angin (kentut).
Jerangau membaiki selera dan fungsi perut. Dalam dos kecil, ia mengurangkan kemasaman perut, manakala dos yang lebih besar dapat menambahkan perembesan perut dan justeru, digunakan untuk merawat gangguan makan, ketakcernaan, gangguan pundi hempedu serta gangguan pencernaan yang lain, termasuk berak darah kanak-kanak. Bagaimanapun, jika dos terlalu besar, ia boleh mengakibatkan rasa loya atau muntah.
Dalam perubatan tradisional, jerangau juga digunakan untuk merawat cirit-birit.
Jerangau dapat mengatasi perpeluhan berketerlaluan.
Jerangau bertindak sebagai sedatif bagi mengurangkan kerengsaan dan kegegaran.
Jerangau bersifat antiseptik dan justeru, dapat mengurangkan kemungkinan kejangkitan, keracunan darah, dan pembusukan, selain digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat letusan kulit.
Penyakit teruk:
Jerangau dapat mengurangkan tekanan darah;
Jerangau melarutkan lendir yang pekat serta melegakan kesukaran pernafasan dan justeru, digunakan untuk melegakan bronkitis, sinusitis dan penyakit lelah.
Dalam perubatan tradisional, jerangau juga digunakan untuk merawat barah, konvulsi (menggigil-gigil dan terkejang-kejang), dan sawan babi. Selain itu, perubatan tradisional juga menggunakan akar jerangau untuk merawat kencing manis dan sebagai teh untuk merawat sakit usus.
Lain-lain:
Jerangau dapat merangsang aliran darah di bahagian pelvis dan justeru, digunakan sebagai afrodisiak. Ia juga digunakan sebagai herba pengguguran.
Jerangau dapat menghapuskan cacing parasit dari tubuh badan, baik dengan menyebabkannya terasa terhuyung-hayang mahupun dengan membunuhnya.

Penggunaan jerangau di Malaysia
Penggunaan jerangau di Malaysia hanya terhad kepada perubatan tradisional dan biasanya disediakan untuk rawatan yang berikut:
Jerangau yang direbus bersama-sama halia dan bonglai digunakan untuk merawat demam dan selesema.
Jus jerangau digunakan untuk merawat cirit-birit.
Tuam yang disediakan daripada jerangau dan cuka digunakan untuk menyapu tubuh badan selepas bersalin.
Rebusan ubi jerangau diminum sebagai tonik selepas bersalin.
Rebusan akar jerangau diminum untuk menghentikan perdarahan selepas bersalin atau aliran haid yang berlebih-lebihan.
Jerangau juga digunakan untuk merawat flatulens (kentut), ketakcernaan, penyakit sendi, dan malaria.
Losen yang diperbuat daripada campuran jerangau, halia dan Kaempferia pulchra digunakan untuk merawat penyakit sendi dan sakit mata merah.
Dilaporkan pernah digunakan untuk merawat sakit gigi, sakit kepala, sakit perut dan kencing manis.

UBATAN DAN kEPERCAYAAN Jerangau Merah (Tunggal)

Adalah dipercayai bahawa 'Jerangau Merah' mempunyai nilai perubatan yang lebih tinggi berbanding 'Jerangau Putih'. Dikatakan Jerangau merah ialah tumbuhan yang cerewet sedikit untuk tumbuh di atas tanah rendah, ia tidak boleh didedahkan dengan terlalu banyak panas matahari. Ia tumbuh liar di dataran yang menyediakan keadaan cuaca yang sempurna untuk pertumbuhan.
Diantara beberapa perubatan dan kepercayaan masyarakat setempat, khususnya pada jerangau merah ialah, ia memiliki kuasa penyinkiran dan penyembuhan seperti berikut :
i. Bagi para peminum arak, 'Jerangau' amat terkenal sebagai penawar anti-mabuk. Akarnya samada dikunyah atau hanya sekadar diletakkan diantara gigi semasa sesi minum arak, di jamin si peminum tidak akan merasa mabuk selagi akar jerangau itu masih di dalam mulut.
ii. Anti Rasa – dikatakan apabila jerangau merah diletakkan didalam mulut kemudian cili sepedas manapun dimakan tidak akan merasa pedasnya,
iii.Garam dimakan tidak masin.
iv. Penawar Racun : Ikan dimasukkan ke dalam air yang dicampurkan dengan racun rumpai dan dibiarkan beberapa minit, ikan tidak mati dan kekal hidup.
v. Anti Buatan Orang : Apa2 buatan orang seperti menyimpan racun dalam cawan, cawan akan pecah. Ini merupakan pelindung diri.
Petua Mengatasi Penyakit Darah Tinggi Dengan Jerangau Merah

JerangauMerah

Orang dulu-dulu hanya mengunyah dan menghisap air daun jerangau merah bagi mengatasi penyakit darah tinggi. Bagi mereka yang tak sanggup mengunyah daun jerangau merah, mereka boleh menggunakan cara yang sama seperti penggunaan daun hempedu ular iaitu:
Daun jerangau merah diambil sepanjang 3 inci kemudian direndam kedalam air panas yang dimasukkan didalam gelas atau mug. Tutup gelas tersebut kira-kira 3 hingga 5 minit. Kemudian keluarkan daun tersebut dan airnya boleh diminum. Cara meminumnya ialah 3 kali seminggu. Jika penyakit darah tinggi sudah turun berhentilah dari meminumnya, kalau tidak ia akan meyebabkan penyakit darah rendah pulak. Maka perlulah berhati-hati.

Kesan Keracunan
Tumbuhan ini boleh menyebabkan keradangan pada kulit atau dermatitis. Beta-Asarone di dalam tumbuhan ini mempunyai kesan karsinogenik.
Rawatan kecemasan
Buangkan saki baki tumbuhan dari anggota yang terdedah dan basuh dengan sabun dan air. Jika masih terasa gatal, kemerahan atau sakit dapatkan rawatan lanjut dari pegawai perubatan.
Jika terkena mata, lalukan dengan air bersih selama 10 minit

FITOKIMIA
Konstituen: cineole, alfa-pinena, alfa-terpineol, azulene, beta-asarone, camphene, kapur barus, choline, delta-cadinene, elemicin, etanol, eugenol, galangin, limonene, magnesium, menthol, terpines, tanin, zink

Keracunan
Bahagian Beracun: Rizom
Bahan Aktif: Eugenoldan Asarone (2,4,5-trimethoxy-1-propenylbenzene)

Bahan Lain: Monoterpene hydrocarbons, Sequestrine ketones,
Kedua-dua triploid dan tetraploid jerangau mengandungi alpha-asarone fitokimia lain termasuk:
• Beta-asarone
• eugenol
Diploids tidak mengandungi beta-asarone (β-asarone). Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa beta-asarone yang diasingkan daripada minyak jerangau menghalang adipogenesis dalam sel-sel 3T3-L1 dan sekaligus mengurangkan pengumpulan lemak lipid dalam sel.
Peraturan-peraturan
A. Calamus dan hasil pengeluarannya seperti minyak telah diharamkan pada tahun 1968 sebagai penambahan makanan (food additives) dan ubat-ubatan oleh Pentadbiran Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat. pengharaman ini adalah hasil dari kajian makmal yang melibatkan penambahan diet keatas haiwan makmal dalam tempoh masa yang lama dengan pemberian dos tinggi dari bahan kimia terpencil (β-asarone) dari terikan Calamus jammu India.
Haiwan mengalami ketumbuhan tumor, dan tumbuhan itu dilabelkan
(penyebab kanser) pro-carcinogenic. Wichtl berkata, "Ia tidak jelas sama ada kesan karsinogenik yang diperhatikan dalam tikus itu mempunyai kaitan dengan organisma manusia."
Empat jenis strain Acorus Calamus terdapat secara semula jadi. Diploid, triploid, tetraploid dan hexaploid. Diploids tidak menghasilkan procarcinogenic β-asarone. Diplois diketahui tumbuh semulajadi di Timur Asia (Mongolia dan Tanah-datar siberia Tengah) dan Amerika Utara. Triploid Cytotype mungkin berasal dari rantau Himalaya, sebagai kacukan diantara diploid dan tetraploid cytotypes. Calamus Amerika Utara dikenali sebagai Acorus Calamus var.

Americanus atau hanya sebagai Acorus Americanus. Seperti diploid strain dari Calamus di bahagian Himalaya, Mongolia, dan Siberia tengah. Diploid strain Amerika Utara tidak mengandungi β-asarone punca bara kanser (pro-carcinogenic). Kajian menunjukkan bahawa "β-asarone tidak dikesan dalam diploid acorus Amerika Utara [Calamus var. Americanus] ".
Pada hakikatnya β-asarone bukanlah karsinogen tetapi ia adalah procarcinogen tidak sama sekali hepatotoxic maupun secara langsung hepatocarcinogenic. Ia mestilah terlebih dahulu menjalani proses metabolik l'-hydroxylation di dalam hati sebelum mencapai ketoksikan. Cyrochrome P450 dalam hepatosit (hepatocytes) bertanggungjawab untuk merembeskan enzim hydrolyzing yang menukarkan β-asarone ke dalam struktur epoksida genotoksik. Walaupun dengan pengaktifan metabolit ini, potensi karsinogen adalah tersangat rendah disebabkan kerana kerosakan yang pesat pada sisa-sisa epoksida bersama hydrolase yang meninggalkan sebatian ini kaku / lengai (Luo, 1992). Di samping itu, metabolit utama β- asarone adalah asid 2,4,5-trimethoxyninnamic, punca dari yang bukan karsinogen (Hasheminejad & Caldwell, 1999).

Ad Reference ID: 2594fa0f278d0ec1

13 di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


SHOWME.COM.MY | Showme@Hari Koperasi SMK <b>Ajil</b>

Posted: 09 Jul 2012 01:41 AM PDT

July 09, 2012 By: admin Category: Hari Koperasi 2012 SMK Ajil

Team Showme sekali lagi dijemput untuk mengadakan pameran di SMK Ajil seperti berikut:

Tarikh: 9hb Julai 2012 – 10hb Julai 2012 (Isnin – Selasa)

Masa: 9.00 pagi – 2.00 petang

Tempat: SMK Ajil, Ajil, Terengganu

2 orang pelajar daripada program Diploma Kemahiran Sistem Komputer telah turut hadir untuk demo pemasangan komputer pada 9hb Julai 2012. Manakala 2 orang lagi pelajar daripada program Sijil Seni Kulinari akan membuat demo masakan canape.

Demo pemasangan komputer

Nantikan kami di SMK Ajil esok (10hb Julai 2012). Kami turut akan mengadakan demo masakan. Dijemput semua pelajar dan guru-guru untuk melawat booth kami di Makmal Biologi 2 SMK Ajil.

13 di kemasik - Google Blog Search

13 di kemasik - Google Blog Search


Surau Kg Jaya: Miss Ala&#39;a Ahaed Gaza Palestine <b>di</b> SKJ

Posted: 05 Jul 2012 01:11 AM PDT












13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Shard London Bridge, Bangunan Tertinggi <b>Di</b> Eropah Dibuka <b>...</b>

Posted: 06 Jul 2012 08:45 PM PDT

Shard London Bridge muncul bangunan tertinggi di Eropah Barat.

LONDON – Shard London Bridge setinggi 309.6 meter dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Bin Jassem Bin Jabor Al Thani dan putera Queen Elizabeth II, Prince Andrew, Duke of York, semalam.

Bangunan 72 tingkat itu adalah mercu tanda terunggul di London dengan rekaan tirus bercermin sekali gus menjadi bangunan tertinggi di Eropah Barat.

Jika tiada awan, orang ramai dapat melihat Perancis melalui ruang tinjau di tingkat teratas dengan bayaran 25 pound (RM123).

Bangunan yang siap selepas 12 tahun pembinaan itu, menempatkan ruang pejabat, hotel, pangsapuri eksklusif, tiga tingkat restoran dan ruang tinjau serta berada di kedudukan ke-
59 senarai bangunan tertinggi dunia.

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


kedai-cupcakes: Pizza Azizi..tenkiu...pizza terakhir <b>di Dungun</b>

Posted: 07 Jun 2012 12:00 AM PDT

Pick Up Point

Day & Time: Saturday & Sunday

Pick Up Point: ZCE Base or Petronas Taman Rakan (refer maps)

Day & Time : Monday to Friday

Pick Up Point : Area Persiaran Sultan Salahuddin (JPS, JKR, Perhutanan & Peladang) & Bank Rakyat Jalan Tangsi dan berhampiran Stesen Komuter Bank Negara

# untuk pick up point selain kawasan di atas, boleh discuss dulu dgn pihak pengurusan ZCE

PAYMENT METHOD

*Tempahan hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal dari tarikh pick-up

*Pelanggan digalakkan datang pick-up sendiri. Walau bagaimanapun jika memerlukan penghantaran di buat caj tambahan akan dikenakan mengikut jarak perjalanan dan tempat.

*Setiap tempahan yang melebihi RM50 hendaklah disertakan 50% deposit. Bayaran penuh boleh dibuat semasa pick-up. Sebarang tempahan yang tidak disertakan pembayaran deposit tidak akan dilayan.

*Pembayaran Deposit boleh di buat seperti berikut:

13 di kuala berang - Google Blog Search

13 di kuala berang - Google Blog Search


MAJLIS PERKAHWINAN, MAJDIAH & AZMIE, <b>KUALA BERANG</b> <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2012 02:25 AM PDT

.

Lain-lain gambar menarik, sila rujuk galeri
http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets atau di http://www.facebook.com/fazrien
.

Okey.. hari ini jom kita lihat pula sebahagian gambar-gambar di majlis perkahwinan Majdiah & Azmie. Majlis selamat dilangsungkan di Kuala Berang hampir 3 minggu yang lepas. Erkk!! 3 minggu dah… hehe. Apa boleh buat, anda semua pasti tahu betapa banyaknya tempahan yang diterima pada musim cuti sekolah yang lepas. Jadi terpaksa upload setiap majlis mengikut giliran. Takpe, yang penting album anda semua akan dapat cepat. Fazrien Pictures tetap kekal antara company fotografi yang pantas deliver album clients.. malah antara yang terpantas kat dalam Malaysia ni :)

Lokasi pilihan outdoor kali ini di Pantai Pandak, Chendering. Pengantin sanggup turun ke Kuala Terengganu untuk sesi ini. Bagi fotografer amatlah tiada masalah sebab memang lokasi pantai ni dah berdekatan dengan rumah. Sememangnya agak kerap clients di Kuala Berang membuat sesi outdoor di bandar Kuala Terengganu kerana kekurangan lokasi bersesuaian di sana. Apapun ia tiada masalah selagi ianya juga menghala ke K. Trg :)

.

Best regards,

AYIEN

FAZRIEN PICTURES (TR0080056-W)
017 944 1344

Email : shamsul.fazrien@yahoo.com.my
Website : http://www.fazrien.com
Blog : http://www.fazrien.com/blog
Flickr : http://flickr.com/photos/shamsulfazrien/sets

Shamsul Fazrien | Promote Your Page Too

di negeri terengganu - Google Blog Search

di negeri terengganu - Google Blog Search


Disko <b>di Kuala Terengganu</b> yang berselindung di sebalik nama <b>...</b>

Posted: 08 Jul 2012 07:11 PM PDT

Aduan ini dituju khusus kepada pihak PDRM/Majlis Bandaraya Kuala Terengganu/Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu.Berhubung dengan tajuk diatas, saya terpanggil untuk membuat lapuran ini kerana terasa beramanah dan amat kecewa terhadap orang melayu, remaja lelaki dan wanita serta pelanggan veteran yang lupa diri berpoya-poya di pusat hiburan yang telah lama wujud itu.

Sehingga kini DISKO itu berjaya mengaburi pandangan pihak berkuasa kerana beroperasi menggunakan nama KOPITIAM di pusat Bandaraya Kuala terengganu yang mana hidangan utamanya ialah minuman keras, musik disko yang rancak serta tarian-tarian mengiurkan oleh GRO serta golongan LGBT yang di upah pemilik premis DISKO itu. Premis DISKO itu beroperasi seawal 11 pagi dan waktu kemuncaknya bermula 10 malam sehingga lewat pagi. Di situ kita boleh melihat orang melayu islam yang antaranya:

  • Meminum minuman keras dengan secara terbukanya lelaki serta wanita.
  • Menari seperti histeria tanpa segan silu dan adakalanya tarian yang mengghairahkan dipertonton oleh GRO, kaum LGBT serta remaja lelaki/perempuan yang masih di bawah umur.
  • Penjualan pil-pil khayal/ectasy yang terbuka dan berleluasa serta sering berlaku pergaduhan sesama sendiri.

Apa yang di beritahu kepada para pelanggan, premis DISKO itu tidak di pedulikan atau di pantau kerana hanya di anggap menjalankan perniagaan kedai kopi sahaja. Sebenarnya KOPITIAM DISKO itulah punca utama kepada peningkatan gejala sosial di Bandaraya Kuala Terengganu sejak dari dulu lagi.

Sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik dari pihak berkuasa khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama negeri Terengganu dan pihak PDRM supaya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya keatas KOPITIAM DISKO serta pelanggan bangsa melayu yang mengunjungi pusat hiburan tersebut sepertimana yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama di negeri-negeri lain.

Kerjasama dari pihak Dato/Tuan/Puan amat kami harapkan demi memastikan keruntuhan akhlak dan moral bangsa melayu Terengganu dapat di bendung supaya tidak di ketawakan serta di permainkan bangsa lain.

Sekian aduan saya;

Penyu Menanggis

By: roslan

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

Aduan yang berkaitan:

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Aishah Akan Ucapkan Selamat Tinggal kepada Umno <b>di Chukai</b>

Posted: 19 May 2012 05:09 PM PDT

KEMAMAN - Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang terkenal dengan lagu 'mana janji manismu', berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat,

Aishah akan bersama-sama ribuan warga Chukai dan Kemaman mengucapkan selamat  tinggal kepada Umno dalam Himpunan Selamat Tinggal Umno yang akan diadakan pada 23 hingga 25 Mei ini.

Katanya, Aishah akan bersama sembilan pemidato lain akan menghangatkan Himpunan tersebut yang merupakan kemuncak selepas siri himpunan, Himpunan PAS Ganti Umno dan Himpunan Tolak Umno.

"Aisyah akan hadir dan menyampaikan ucapan selamat tinggal kepada Umno dalam Himpunan Tolak Umno yang akan diadaan selama tiga hari tiga malam di Dataran Tok Guru,

"selain Aisyah, lapan lagi pemidato lain akan menghangatkan Himpunan,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah isu Semasa di Kampung Gong Limau, dekat sini Jumaat 18 Mei.

Menurutnya para pemidato adalah terdiri dari pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob, Pengarah Pilihanraya Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda DAP Yb Anthony Loke Siew Fok dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Haji Hanafiah yang juga Pegarah Majlis Tindakan DUN Chukai berkata, Aisyah adalah yang paling tepat bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Umno kerana beliau baru menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS pada 14 Mei lalu.

[Gambar kiri - Aisyah menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis di KUIZM 14 Mei lalu]

Sebelum itu, dalam ceramahnya, Haji Hanafiah mengutuk tindakan seorang Ustaz 'pembodek' Perdana Menteri yang sanggup membuat kenyataan hanya Najib sahaja yang mengetahui dan Allah juga tidak tahu tarikh pilihanraya umum ke-13.

Beliau juga berkata Umno sudah gila apabila kelab veteran tentera yang menyokong Umno melakukan senaman 'tungging' punggung dihadapan rumah Pengerusi Bersih, S Ambiga.

"Apabila veteran tentera hampir 15 orang berada dihadapan rumah Ambiga 'tungging jubor tahik' (melakukan) satu senaman tungging jubor tahik, gila tak gila Umno saudara saudari sekelian, tak boleh nak bua pada dah (dengan Umno ini) buat senaman 'kepala bapak',

"kita hidup lama dah (sebelum ini) tak berbunyi (tak penah ada) senama tungging punggung,"tegasnya.

Manakala sebelah petang, Jumaat 18 Mei, Majis Tindakan DUN Chukai turut menganjurkan program motivasi secara santai di tepi pantai bersama Timbalan pesuruhjaya PAS Paha Ustaz Mohd yusof Embong dan bekas selebriti Catriona Ross. [Gambar Atas]

Komen:

13 di bukit besi - Google Blog Search

13 di bukit besi - Google Blog Search


Turbineman&#39;s Log: Old Train of <b>Bukit Besi</b>

Posted: 02 Jun 2012 10:42 PM PDT

The old passenger train of the Bukit Besi Mines on permanant display at Terengganu Museum
 is probably the last one to have run on the track from Bukit Besi to Dungun in 1970
when the mines last run by EMMCO(Eastern Mining & Metal Company Ltd) closed down
after being in operations for more than 40 years.



It's beautiful Hitachi red emblem is proudly displayed there.
 The roof to protect it from the elements of nature.
The engine serial number.

ads