ads

Khamis, 7 November 2013

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


InilahCaon: Langkah Permulaan Perjalanan <b>Di</b> Terengganu - Pulau <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 10:09 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua..Setelah sekian lama aku menyepi kini aku kembali lagi.. Hehe.. Untuk pengetahuan korang, habis ja aku stdy kat Kota Kinabalu,Sabah aku kini memulakan permulaan kerjaya aku di Kuala Terengganu,Terengganu.. Hehe.. Apa bole buat rezeki aku kat sini.. Kebetulan tahun 2013 nie merupakan tahun melawat Terengganu..Wahh.!!! Peluang nie.. Korang pon tahukan aku nie memang kaki jalan.. Post aku yang sebelum-sebelum nie pon semuanya pasal berjaaaaaaalan ja.. Hahaha :D
So bagi memulakan langkah yang pertama aku di sini, destinasi pertama pilihan aku ialah Pulau Kapas,Marang,Terengganu.. Hehe.. Actually aku pi Pulau Kapas nie bulan lepas iaitu pada 21 September yang lepas.. Tapi apakan daya baru sekarang berkesempatan untuk update blog aku yang dah bersawang nie..huhu..Maafkan hamba penunggu gua.. Wahahaha :p

Pada hari aku pi Pulau Kapas nie sebenarnya aku keja malam tapi disebabkan adrenaline dalam badan memaksa aku untuk pergi jugak ke pulau tu so aku tegar juga untuk pergi bersama kawan-kawan aku yang baru sahaja habis shift malam pada hari tersebut.. HAhaha..

Seawal jam 7am kami memulakan perjalanan dengan menaiki motorsikal ke Marang sebab Jeti untuk ke Pulau Kapas hanya terdapat di Marang iaitu kira-kira 15km dari Kuala Terengganu.. Sampai ja di Jeti Marang kami memulakan urusan pembelian tiket bot untuk ke pulau.. Puas dibodek-bodek dan dipujuk-pujuk akak yang jual tiket tu akhirnya dapat jugak package yang murah sikit..hehe Siap sekali dengan snorkeling n life jaket..

Sekitar pukul 9.30am kami memulakan perjalanan dari jeti Marang ke Pulau Kapas dengan menaiki bot syarikat Makcik Gemok.. Lawak kan dengar nama syarikat nie tapi korang perlu tahu yang syarikat Makcik Gemok nie sangat famous kat Terengganu nie okay~ Hahaha.. Dekat Pulau Kapas siap ada chalet lagi milik syarikat nie.. Hehe..

Lupa pulak nk kabor,kami pergi berempat taw..Hahaha.. Semuanya Jantan okay~euww :3
HAHAHAHa



Perjalanan dari jeti nak ke Pulau Kapas memakan masa selama 15 minit..Si selama lebih kurang 15 minit itu korang terpaksa la bertarung dengan ombak laut yang membadai bot yang korang naiki.. Haha.. Kalau sesapa yang ada mabuk laut tu,sila sediakan plastik serta-merta.. Hoho..
Setibanya di pulau,kami berempat bergerak untuk dapatkan set snorkeling dekat macam 1 kaunter kat tepi pantai dekat dengan tempat kami landing td.. Lepas dh dapatkan set snorkeling kami menggunakan masa yang ada untuk menyalin pakaian sementara tunggu bot kecil sampai.. Bot kecil nie yang akan bawa kami ke snorkeling spot di sebelah kanan pulau.. Actually bole pi jalan kaki dengan trekking melalui jalan bertangga yang disediakan tapi kami choose untuk naik bot jew..ngehehehe

Setibanya di snorkeling spot..Pilih tempat nak letak barang-barang yang dibawa and then TERJUN.!!!!
SPLASHH..!!!! HAHA



Kawasan snorkeling spot yang terdapat kat sini (yang kami pi nie la) adalah sepanjang 1.5km panjangnya dan ada satu spot di bahagian hujung sekali dikenali dengan nama 'shark point'.. Menurut apa yang abang bot yang hantar kami ke sini tadi cakap kalau nk tengok jerung kat situ la tempatnya.. Jerung akan muncul selalunya pada sebelah awal pagi.. Jerung.???? Errr =.=

Haha.. Okay..Setelah dah puas menyelam dan berenang bersama ikan-ikan sehingga badan pon dh naik hitam legam dek akibat sunburn, kami berempat pon mengambil keputusan untuk pulang semula ke tmpat yang masa mula-mula kami landing td tu tapi bukan by bot okay.. Kali nie kami nak pulang dengan berjalan kaki atau trekking melalui laluan bertangga yang disediakan..



 Sampai ja di tempat permulaan tadi.. Langit kelihatan mendung tanda nak hujan.. So kami ambil keputusan untuk bertolak balik.. Call syarikat Makcik Gemok tadi untuk maklumkan yang kami nk balik dah, bersiap dan kami pon bertolak pulang sekitar pukul 4pm.. Memang best la aku cakap kt korang.. Kalau sampai Terengganu jangan lupa korang datang sini.. Pulau Kapas merupakan satu-satunya pulau yang korang boleh pergi balik hari..

Ehh..Terlupa pulak.. Kos yang aku habiskan disini hanyalah RM55 untuk tambang bot pergi dan balik serta sewa snorkeling set + life jaket..hehe.. So apa korang tunggu lagi..hehe ;)

Nantikan update untuk destinasi seterusnya dari aku yang bakal menyusul..hehe..
Adios~~ ^_^

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Empat terbunuh <b>di Hulu Terengganu</b> | Kemalangan Jalan Raya

Posted: 05 Oct 2013 09:03 PM PDT


Inalillahi wainailaihi rojiun

6 Oktober 2013
KUALA BERANG: "Saya sungguh menyesal kerana desak emak datang juga walaupun mulanya dia cakap tak boleh datang," kata Raja Mohamad Tarmizam Raja Muda, 18, anak Mek Kenanga Bakar, 50, seorang daripada empat mangsa maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Kilometer 2 Jalan Ajil-Pengkalan Berangan, dekat sini, petang tadi.

Mek Kenanga dari Kampung Gong Kenangan, Kuala Terengganu meninggal dunia di Hospital Hulu Terengganu (HHT) manakala adik angkatnya, Che Mah Awang, 44, bersama suami Abdullah Mamat, 54, dari Kampung Tok Gebok, Ajil, maut di tempat kejadian.

Ketika itu, kesemua mangsa dalam perjalanan melawat Raja Mohamad Tarmizam yang sedang mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Cenderawasih, Cador, Marang.

Seorang lagi mangsa, Jusoh Ibrahim, 39, dari Kampung Tengah, Merchang, Marang, turut terbunuh di tempat kejadian.

Raja Mohamad Tarmizam berkata, dia mengetahui mengenai kejadian itu apabila dimaklumkan rakannya kira-kira 6.30 petang tadi.

"Ketika itu saya baru bangun tidur dan hairan kenapa ibu saya belum tiba. Apabila mendapat tahu emak meninggal dunia, memang saya tak dapat menerima kenyataan sebab saya beriya menyuruh dia datang melawat," katanya ketika ditemui di Bilik Kecemasan HHT.

Sementara itu, isteri Jusoh, Siti Zabedah Muda, 38, dia dan mangsa baru bernikah kira-kira sebulan lalu.

"Arwah suami bekerja di Marang dan setiap hari berulang-alik ke Ajil. Saya sendiri bercadang berhenti kerja hujung bulan ini untuk mengikut arwah ke Marang, tetapi tak menyangka kejadian ini berlaku," katanya.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 4.40 petang itu, Proton Wira yang dipandu Jusoh dari arah Marang, masuk ke laluan sebelah kanan sebelum bertembung dengan Proton Saga dipandu Abdullah dari arah bertentangan.

Al-Fatihah

Sumber:
hmetro.com.my/articles/2013100602323220131006023232/MA/Article
abnxcess.com/bm/2013/10/empat-maut-dalam-nahas-di-hulu-terengganu/
nst.com.my/latest/4-dead-in-crash-in-hulu-terengganu-1.369972

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Oct 2013 03:28 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Oct 2013 03:13 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di batu rakit</b> - Google Blog Search

Posted: 30 Jun 2013 03:09 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

My family memories: 1D1N at <b>Batu Rakit</b> Terengganu

Posted: 09 Jun 2013 08:33 PM PDT

Assalamualaikum semua..

Hari ni ahkak dah kerja & anak2 dah mula bersekolah setelah cuti 2 minggu, cukup la tu kan.. dok rumah pun lagi pening kepala mak abah dibuatnya. Walaupun dah besar2 tapi sebenarnya dah besarlah lagi susah kita nak menjaganya. nak suruh buat kerja-kerja rumah skit, mesti nak kena mentioned nama, klau idak tak bergerak la kerja yang disuruh tu, itu ler perangai anak2 perempuan ku semua. Setiap hari nak disuruh..huhuhuhu....okeylah ahkak nak citer pasal percutian ahkak selama 4 hari, itu pun dah last  minit, minggu terakhir persekolahan. Bukan x nak ambil cuti minggu pertama cuti sekolah, tapi sebenarnya percutian kali ni bak kata orang sambil menyelam minum air. Ahkak ke Kuala Terengganu cuti kali ini. Itu pun ada kenduri kahwain anak sepupu side my hubby. Nak sangat menghadiri kenduri kali ni sebab weols pun dah lama tak ke Terengganu tapi yang sebenarnya weols suka perkampongan kat sana, dulu pernah pergi, itu pun dah 5 tahun dulu, teringat-ingat masa pergi dulu, weols kesejukan tidur malam dengan angin ribut tepi pantai.. best sgt2 weols rasa masa tu. Tu yang cakap ngan En. hubby, jom la kita g sana, boleh kite jalan2 sekali. Kunjungan weols ke sana bukanlah weols sefamily jer, tapi disertai dengan 2 SIL family beserta MIL ahkak sekali.

Kat sana weols duduk di Batu Rakit View, terletak dekat sangat dengan rumah sepupu yang buat kerja kawin tu. Best sangat2 chalet kat sini. Nanti ahkak uplioad gambar yer..Ok jom intai-intai

pemandangan waktu pagi di Batu Rakit View
Pantai yang cantik untuk mandi manda
Chalet yg weols booking, boleh 3 family muat
Check-out sudah, terus g rumah kenduri pulak, tu yang memasing berbaju Muslimah..hehehe

majlis jamuan kesyukuran kemenangan barisan <b>...</b> - <b>BATU RAKIT</b> KINI

Posted: 18 Jun 2013 11:36 AM PDT

MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN KEMENANGAN BARISAN NASIONAL DUN BATU RAKIT 
BATU RAKIT- Selama dua hari iaitu pada 14 dan 15hb June2013, Majlis Jamuan Kesyukuran bagi meraikan kemenangan Barisan Nasional Dun Batu Rakit telah diadakan disetiap Pusat Daerah Mengundi (PDM). Sebanyak tujuh PDM telah mengadakan majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Adun Batu Rakit YB Haji Bazlan Abd Rahman. Beliau turut menyampaikan sijil penghargaan kepada setiap para pertugas jentera PRU ke 13 PDM.

 Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Mengabang Lekar pada 14/6/2013 di Markas Jentera PRU  Cawangan RAKR Mengabang Lekar

  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Batu Rakit pada 14/6/2013 di Dataran Bestari,Padang Polis
  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Maras pada 15/6/2013 di Dewan Serbaguna Wakaf Chatur Maras
  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Padang Kemunting pada 15/6/2013 di Markas Jentera PRU Cawangan Tanjung Kedepan
  Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Bukit Chempaka pada 15/6/2013 di Perkarangan Masjid Lama Kampung Bukit Chempaka
 Majlis Jamuan Kesyukuran PDM Bukit Wan pada 15/6/2013 di Balai Raya Kampung Bukit Nenasi

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di ajil - Google Blog Search

13 di ajil - Google Blog Search


Empat maut nahas <b>di Ajil</b> | Berita2u.tk

Posted: 05 Oct 2013 04:56 AM PDT

Kuala Berang: Empat maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 3, Jalan Bukit Perah, Bukit Apil, Ajil, jam 6.30 petang tadi.
Source: RSS Berita Harian – Mutakhir  

Short URL: http://www.berita2u.tk/?p=77867

Posted by on Oct 5 2013. Filed under Berita Harian. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can skip to the end and leave a response. Pinging is currently not allowed.

Bayi Koma, Dua Lagi Parah Tercampak Dari Kereta Yang Dilarikan <b>...</b>

Posted: 05 Nov 2013 03:31 AM PST


KUALA TERENGGANU – Dua keluarga melalui detik cemas apabila seorang remaja lelaki melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun semalam.

Kejadian yang bermula kira-kira 5 petang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil itu menyebabkan Abdul Pirhat Karim, 34, dan Che Mastura Che Awang, 31, cedera manakala anak mereka Muhammad Ashraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan koma.

Bayi itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, manakala Che Mastura yang patah tulang rusuk juga dirawat di hospital sama.

Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, kejadian bermula apabila remaja berusia 17 tahun itu melarikan sebuah kereta Nissan Grand Livina yang berhenti di kawasan R&R itu bersama sepasang suami isteri dan bayi mereka di dalam kenderaan itu.

"Kenderaan itu berhenti di kawasan berkenaan dan pemandu kereta itu bersama isteri, kedua-duanya anggota polis dari Brickfields, ke tandas meninggalkan abang dan kakak ipar mereka bersama bayi itu di dalam kereta.

"Keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarah keluarga di Tumpat, Kelantan," katanya kepada pemberita selepas melawat bayi itu hari ini.

Beliau berkata, ketika remaja terbabit memandu kereta itu menghala ke Dungun, berlaku pergelutan antara remaja itu dan Abdul Pirhat menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan merempuh sebuah Proton Waja dan sebuah lori tanah dari arah yang sama.

Rempuhan itu menyebabkan penumpang kereta berkenaan dan bayi mereka tercampak keluar daripada kenderaan itu, katanya sambil memberitahu yang remaja terbabit sebelum itu cuba melarikan sebuah Proton Persona di R&R yang sama tetapi gagal.

Jamshah berkata, selepas kemalangan di Km88 Jalan Jerangau-Jabor itu, remaja terbabit menahan kereta Perodua Myvi yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu dan berpura-pura meminta pertolongan.

"Apabila wanita berusia 18 tahun yang memandu kereta itu dan ayahnya berusia 55 tahun keluar daripada kereta, remaja terbabit dengan pantas masuk ke dalam
kereta dan melarikan kereta itu bersama ibu, adik dan dua anak saudara wanita itu," katanya.

Beliau berkata, pemandu dan dua penumpang kereta Proton Waja serta pemandu lori yang dirempuh remaja itu tidak cedera.

Drama dua jam itu berakhir apabila polis, yang melancarkan gerakan memburu remaja terbabit berjaya menahannya bersama kereta Myvi yang dilarikan dengan empat penumpang di dalamnya dalam sekatan jalan raya di Batu Rakit dekat sini, kira-kira 7 malam.

Jamshah berkata, siasatan awal polis mendapati remaja lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah.

Remaja yang telah berhenti sekolah semasa dalam tingkatan dua itu berasal dari Kemaman, katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai bukan mahu merompak, sebaliknya hanya melarikan kenderaan.

Beliau berkata, polis masih menyiasat latar belakang suspek dan remaja yang dipercayai mengalami masalah mental itu akan dirujuk kepada pakar perubatan. – Bernama

Bayi Koma, Dua Lagi Parah Tercampak Dari Kereta Yang Dilarikan Remaja 17 Tahunhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Untitled4.pnghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/11/Untitled4-150x150.pngMyNewsHub JenayahmyHangat

KUALA TERENGGANU - Dua keluarga melalui detik cemas apabila seorang remaja lelaki melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun semalam. Kejadian yang bermula kira-kira 5 petang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil itu menyebabkan Abdul Pirhat Karim, 34, dan...

KUALA TERENGGANU - Dua keluarga melalui detik cemas apabila seorang remaja lelaki melarikan dua kereta bersama anggota keluarga mereka dalam dua kejadian di Dungun semalam. Kejadian yang bermula kira-kira 5 petang di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil itu menyebabkan Abdul Pirhat Karim, 34, dan Che Mastura Che Awang, 31, cedera manakala anak mereka Muhammad Ashraf Ikhwan yang berusia sembilan bulan koma. Bayi itu kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, manakala Che Mastura yang patah tulang rusuk juga dirawat di hospital sama. Ketua Polis Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata, kejadian bermula apabila remaja berusia 17 tahun itu melarikan sebuah kereta Nissan Grand Livina yang berhenti di kawasan R&R itu bersama sepasang suami isteri dan bayi mereka di dalam kenderaan itu. "Kenderaan itu berhenti di kawasan berkenaan dan pemandu kereta itu bersama isteri, kedua-duanya anggota polis dari Brickfields, ke tandas meninggalkan abang dan kakak ipar mereka bersama bayi itu di dalam kereta. "Keluarga itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarah keluarga di Tumpat, Kelantan," katanya kepada pemberita selepas melawat bayi itu hari ini. Beliau berkata, ketika remaja terbabit memandu kereta itu menghala ke Dungun, berlaku pergelutan antara remaja itu dan Abdul Pirhat menyebabkan kereta itu hilang kawalan dan merempuh sebuah Proton Waja dan sebuah lori tanah dari arah yang sama. Rempuhan itu menyebabkan penumpang kereta berkenaan dan bayi mereka tercampak keluar daripada kenderaan itu, katanya sambil memberitahu yang remaja terbabit sebelum itu cuba melarikan sebuah Proton Persona di R&R yang sama tetapi gagal. Jamshah berkata, selepas kemalangan di Km88 Jalan Jerangau-Jabor itu, remaja terbabit menahan kereta Perodua Myvi yang dinaiki sebuah keluarga dari arah Kuantan menghala ke Kuala Terengganu dan berpura-pura meminta pertolongan. "Apabila wanita berusia 18 tahun yang memandu kereta itu dan ayahnya berusia 55 tahun keluar daripada kereta, remaja terbabit dengan pantas masuk ke dalam kereta dan melarikan kereta itu bersama ibu, adik dan dua anak saudara wanita itu," katanya. Beliau berkata, pemandu dan dua penumpang kereta Proton Waja serta pemandu lori yang dirempuh remaja itu tidak cedera. <strong>Drama dua jam itu berakhir apabila polis, yang melancarkan gerakan memburu remaja terbabit berjaya menahannya bersama kereta Myvi yang dilarikan dengan empat penumpang di dalamnya dalam sekatan jalan raya di Batu Rakit dekat sini, kira-kira 7 malam.</strong> Jamshah berkata, siasatan awal polis mendapati remaja lelaki terbabit tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian air kencing juga mendapati dia bebas daripada pengaruh dadah. Remaja yang telah berhenti sekolah semasa dalam tingkatan dua itu berasal dari Kemaman, katanya sambil memberitahu bahawa suspek dipercayai bukan mahu merompak, sebaliknya hanya melarikan kenderaan. Beliau berkata, polis masih menyiasat latar belakang suspek dan remaja yang dipercayai mengalami masalah mental itu akan dirujuk kepada pakar perubatan. - Bernama

KUALA TERENGGANU 20 Okt. - Pemilihan UMNO bahagian semalam mengesahkan perubahan teraju barisan kepemimpinan bagi enam daripada lapan bahagian di negeri ini dengan muka-muka baru mengambil alih tanggungjawab menggerakkan perubahan ke arah masa depan parti yang lebih menyakinkan.

Perubahan berlaku di Kuala Nerus, Marang, Hulu Terengganu dan Dungun setelah penyandangnya tewas dalam persaingan manakala di Kuala Terengganu dan Marang, laluan diberikan lebih awal kepada muka-muka baru yang menawarkan diri.

Hanya dua penyandang berjaya mempertahankan jawatan itu, Ketua UMNO Bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said dan Datuk Mohd. Jidin Shafee di Setiu manakala di Besut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad mendapat tempat lebih awal tanpa dicabar.

Ahmad Said mengekalkan jawatan setelah menewaskan pencabarnya, bekas Pengerusi Tetap UMNO Kemaman, Mat Dalam Awang manakala Mohd Jidin ternyata turut sukar disaingi oleh veteran UMNO yang berpengaruh suatu ketika dulu, Datuk Mamat Ghazali Abdul Rahman.

Kejutan berlaku di Hulu Terengganu apabila Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari yang baru menapak dalam parti setelah memenangi kerusi Parlimen, diberi keprcayaan dengan mengalahkan Datuk Tengku Putera Tengku Awang.

Tengku Putera yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri telah menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu sejak 1995.

Bagi UMNO Bahagian Kuala Nerus, perwakilan mengangkat ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abd Rahman (calon tunggal Barisan Nasional yang menang) sebagai ketua yang baru dalam persaingan sengit empat penjuru.

Datuk Mohd. Nasir Ibrahim Fikri yang gagal mempertahankan jawatan berada di tempat ketiga manakala bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Abdul Rahin Mohd Said di tempat kedua.

Datuk Yahya Khatib Mohamad yang merupakan bekas Exco pula gagal mempertahankan jawatan di Marang apabila ditewaskan oleh anak saudaranya sendiri iaitu Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Penyampaian dan Pengurusan Prestasi dan Teknologi Maklumat negeri A. Latiff Awang.

A. Latiff yang merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan juga merupakan calon tunggal Barisan Nasional yang menang dalam Pilihan Raya Umum lalu.

Di Dungun, percubaan kali kedua oleh bekas ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam yang tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum berjaya menewaskan Datuk Dr. Rosli Mat Hassan.

Bagi UMNO Bahagian Kuala Terengganu pula, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Mohd Sabri Alwi menang kerusi yang dikosongkan oleh Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh setelah menewaskan seorang jutera perunding, Johari Awang. - UTUSAN

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jabor</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Jul 2013 11:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jabor</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2013 11:10 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jabor</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Mar 2013 11:57 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

teganuku: Polis - Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh <b>Di Jabor</b>

Posted: 26 Dec 2012 06:50 AM PST

Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di Kemaman  runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.


"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Tebing jalan runtuh kira-kira 3.30 pagi ini lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan.

"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya sebelum ini.

Che Suza berkata  pihaknya menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak.

Katanya kejadian itu berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan itu.

Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

RAKYAT MARHAEN: Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh <b>Di Jabor</b>

Posted: 26 Dec 2012 04:07 AM PST

teganuku: Polis - Tiada Mangsa Korban Tanah Runtuh <b>Di Jabor</b>

Posted: 26 Dec 2012 06:50 AM PST

Jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Air Puteh di Kilometer 139 kini sudah boleh digunakan selepas kerja membaik pulih jalan terbabit yang terjejas akibat runtuhan tanah awal pagi ini selesai dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Lapan buah kereta tertimbus apabila tebing jalan masuk utama Jabor-Jerangau ke Jalan Air Puteh di kilometer 139 di Kemaman  runtuh, berikutan hujan lebat berterusan di kawasan itu, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam berkata, jalan tersebut dibuka kira-kira 5 petang ini dan turut terbabit dalam runtuhan tanah itu ialah sebuah lori dan lima kenderaan jenis sedan.


"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan kini jalan sudah boleh dilalui semua jenis kenderaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi ini tebing jalan setinggi 12 meter runtuh dan menimbusi jalan sepanjang 50 meter.

Tebing jalan runtuh kira-kira 3.30 pagi ini lalu menghempap kenderaan-kenderaan terbabit yang diletakkan di kawasan berkenaan.

"Kita khuatir kemungkinan ada orang yang tidur di dalam kereta yang tertimbus itu," katanya sebelum ini.

Che Suza berkata  pihaknya menghubungi Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi membantu kerja-kerja membersihkan kawasan yang tertimbus menggunakan jentolak.

Katanya kejadian itu berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan pergerakan tanah di kawasan itu.

Menurutnya runtuhan itu dipercayai berpunca daripada hujan lebat sehingga menyebabkan berlaku pergerakan tanah.

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


Pantai <b>Kemasik</b> dan Tanah Lot Part 1 - Kaki Travel: From Malaysia <b>...</b>

Posted: 03 Nov 2013 02:26 AM PST

Kemasik Beach Tanah Lot Kemaman


Kemasik adalah bandar yang terletak di daerah Kemaman, Terengganu. Kemasik terletak di antara Kerteh dan Kijal di antara Jalan Kemaman-Kuala Terengganu yang merupakan jalan utama dari Kemaman ke Kuala Terengganu. Kemasik berada kira-kira 30 kilometer dari Bandar Chukai dan kira-kira 10 minit dari Kertih.
Anda wajib singgah di Pantai Kemasik sekiranya dalam perjalanan ke arah kuala Terengganu. Pantai ini adalah di antara pantai yang tercantik di negeri Terengganu. Lihat sahaja pintu masuk ke Pantai Temasik yang dipenuhi dengan tugu tanda yang menggamit mata yang memandang. Banyak kemudahan disediakan di sini seperti taman permainan kanak-kanak, tandas awam, tempat letak kereta, deretan kedai jualan, jeti kayu dan wakaf.

Pintu Masuk ke Kemasik Beach
dtajuzzhomestay. blogspot.com
 Taman Permainan Kanak-kanak

Jangan lupa singgah di Jeti Kayu yang dibina khas untuk menikmati keindahan pantai. Jika diperhatikan di bawah jeti kayu, banyak anak ikan bermain-main dengan manjanya di celah-celah paya bakau. Saya merasa begitu khusyuk sekali berada di sini ditemani bisikan geseran desiran angin pantai dengan keindahan panaroma pesisir pantainya.  
Jika anda seorang peminat photography, pantai Kemasik adalah satu tempat wajib bagi anda untuk kunjungi jika datang ke Terengganu. Suasana yang begitu indah di kaca mata setiap pengunjung diwarni lagi dengan  keunikan bongkah-bongkah batu yang kelihatan seperti bukit-bukit kecil di tepi pantai menambahkan seri wajah pantai. Jika berani anda boleh menyeberangi alur sungai berhampiran dan ketika air surut tidak menjadi masalah untuk kita melalui sungai ini dan berjalan terus ke arah 'bukit batu'. 
Bukit batu ini saya kaitkan dengan Tanah Lot di Bali. Pemandangan bukit batu begitu mengasyikkan saya ketika bercuti di Bali pada suatu ketika dahulu. Sekarang saya menggelarkan Pantai Kemasik Tanah Lot Kemaman walaupun bezanya langit dengan bumi. Sekurang-kurangnya kita ada juga keindahan Tanah Lot yang tersendiri.

Ketenangan Muara Sungai  


Di sini, kita dapat melihat terdapat juga perkampungan nelayan berhampiran dengan pantai. Biasanya, para nelayan akan pulang dari laut secara berperingkat sekitar jam 10.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Sekiranya kita bernasib baik, kita boleh membeli hasil tangkapan kaum nelayan dengan  secara langsung. Apa kata sekiranya anda ada masa dan ruang, turunlah ke laut menjadi seorang nelayan, terutamanya pemimpin negara. Lakukan perkara ini sekali sekala agar anda dapat memberitahu rakyat bahawa anda merasai denyut nadi rakyat.
Pohon-pohon renek di pesisir pantai
 Saya dan Tanah Lot ala Bali yang kerdil
Sebelum mengakhiri segmen ini, bagi Piala Malaysia 2013, Pahang telah menjuarai dengan menewaskan Kelantan 1-0. Kelantan selama ini menjadi favorite saya. Apa sekali pun, rebah bukan bermakna satu ketewasan, kekalahan bukan bermakna satu pengakhiran dan tersingkir bukan bermakna satu ketempangan, jaguh tidak pernah runtun dan runsing atas ketewasan, atas puing-puing keruntuhan itulah kita bangkit mencipta masa depan gemilang ...Ayuh Kelantan dan kawan-kawan blogger yang pernah jatuh dan tewas gerakkan langkahmu ...atur strategi mu untuk luaskan taklukan jajahanmu ....Amin, insyallah.

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di kemasik</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Jul 2013 11:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

:: cina islam | 2013 ::: Dun <b>Kemasik</b> jadi tumpuan

Posted: 20 Apr 2013 06:48 PM PDT

10 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KEMAMAN – Kerusi Dun Kemasik yang dianggap kubu kuat Barisan Nasional (BN) di Parlimen Kemaman menjadi tumpuan kerana menyaksikan perebutan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Ia berikutan Bendahari Umno Pekan Kemasik, Zulkiflee Salleh, 58, mencalonkan diri sebagai calon Bebas menggunakan lambang ikan, sekaligus menentang penyandang kerusi Dun Kemasik, Ir Rosli Othman dan calon Pas, Che Alias Hamid.
Zulkiflee berkata, keputusannya bertanding bukan dirancang sebaliknya dilakukan spontan berikutan tidak berpuas hati dengan calon Barisan Nasional (BN) di kerusi itu yang diumumkan pucuk pimpinan BN negeri.
"Tiada niat untuk saya lawan parti atau pun nak kejar pangkat tetapi saya dah lama sabar dan saya anggap ini keputusan terbaik yang saya ambil.
"Saya ibarat lilin yang membakar diri, demi rakyat di Kemasik saya ambil keputusan nekad ini kerana ramai sebenarnya yang tidak setuju (dengan calon) tapi tak berani tampil," katanya selepas mengisi dan menyerahkan borang penamaan calon di Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Chukai, semalam.
Zulkiflee memilih simbol ikan kerana dia seorang penjual ikan dan berniaga ikan sejak berusia 18 tahun.
"Saya yakin mampu menang di Dun Kemasik dengan sokongan rakyat Kemasik yang mahu isi hati mereka didengari," katanya.
Sementara itu, Ir Rosli berkata, walaupun undi berpecah dengan persaingan tiga penjuru tetapi ia tidak akan mengganggu majoriti kemenangan yang akan diperoleh BN.
"Dengan adanya calon Bebas,  kita akan lakukan sedikit perubahan dari segi strategi untuk memancing undi. Kita akan lebarkan lagi strategi," katanya.
Pada penamaan calon itu, Zulkiflee menyerahkan borang pada jam 9.03 pagi, diikuti Ir Rosli pada jam 9.16 pagi.
Penyerahan borang itu disusuli calon Pas, Che Alias pada jam 9.21 pagi yang dicadangkan Mohamad Mahadi Nawi dan disokong Mohd Rusman Rani.
Terdahulu, bagi Parlimen Kemaman, calon BN, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyerahkan borang penamaan pada jam 9.02 pagi dan calon PKR, Kamarudin Chik pada jam 9.11 pagi.
Calon BN Dun Kijal yang juga Menteri Besar, Datuk Ahmad Said juga menyerahkan borang penamaan pada jam 9.02 pagi diikuti calon Pas, Hazri Jusoh pada jam 9.10 pagi, sementara bagi Dun Chukai, calon BN, Datuk Wan Ahmad Nizam menyerahkan borang pada jam 9.05 pagi manakala calon Pas, Hanafiah Mat pada 9.14 pagi.
Untuk Dun Air Putih, penyerahan borang penamaan dilakukan calon BN, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar pada 9.02 pagi dan calon Pas yang juga pesara guru, Ab Razak Ibrahim pada jam 9.15 pagi.

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


Jawatan Kosong Kemaman: Memerlukan pekerja <b>di</b> white house <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2013 07:57 PM PDT

  • Tukang masak di alu-alukan.
  • Gaji dibayar mengikut jam bekerja.
  • Restoran dibuka jam 6ptg-12tgh mlm.
  • Penyediaan dibuat 2jam sebelum restoran dibuka.
  • Makan dan minum ditanggung oleh majikan.
  • Kemasukan awal bulan 12(Disember)
  • Spm/sijil/dip/digree dan lain-lain tidak diperlukan.
  • Hanya memerlukan pengalaman sahaja.

*Berminat sahaja boleh call/pm 0199185578
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved