ads

Sabtu, 9 Julai 2011

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


WhaT wE dO iN LiFe, EcHoEs iN EtErNity: Seketika <b>di</b> Merang,<b>setiu</b>..

Posted: 20 Jun 2011 02:32 AM PDT

melihat keindahan yg diciptakan oleh Allah swt... keindahan yg diciptakan yg tiada tandingi...

Alhamdulillah... sambil2 melihat panorama alam di persisir pantai merang,setiu... terjumpa plak dengan Ustaz Harun Taib...




apa yg disampaikan oleh Ust Harun Taib, dia menasihatkan kepada ummat Islam agar bangkit daripada kejahilan modem... melihat kepada pemerintah negara yg banyak membelakangkan Islam... yang mana dapat dilihat surat khabar UTUSAN MALAYSIA yg menghina Agama Islam...karikator yg diletakkan dalam surat khabar tersebut...

kebangkitan anak muda merupakan aset yg paling penting utk menegakkan agama Islam... melihat apa yg berlaku di Tunisia,Mesir, Libya dan negara laen... golongan yg berada di saff hadapan merupakan golongan muda... maka kepada golongan muda-mudi jadilah kamu salah seorang yg memperjuangkan agama Allah swt...

sepeti mana kalu kita tengok di peperangan pada zaman Rasulullah swt... pejuang-pejuang Islam akan mengepalai barisan hadapan... dengan semangat dan kekuatan yg ada... mereka manfaatkan utk menegakkan agama Allah swt...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Pencinta makanan dan trip melancong: Hari kedua <b>di Pulau Redang</b>

Posted: 22 Jun 2011 11:18 PM PDT

Hari kedua di Pulau Redang
selepas Subuh aku tertidur semula
ngantuk, semalam tidur lewat baca novel tapi tak habis juga lagi
Lean dan Fizah dah keluar bersiar-siar di tepi pantai
sarapan pagi untuk memastikan badan ada tenaga untuk menjalankan aktiviti pada hari ini

8.30 pagi bot sudah sampai mengambil aku dan Fizah untuk aktiviti menyelam
Hafis dan Lean tidak mengikut kami kerana mereka ada aktiviti snorkeling di tempat lain
dengan semangat yang berkobar-kobar, kuusung fin kuningku dan mask serta snorkel
wetsuit hitam kuning dan bootie sudah tersarung di badan
kesimpulannya aku sudah bersedia untuk menyelam setelah kali terakhir berbuat demikian pada Disember tahun lepas

kami dibawa ke Redang Reef Resort
Zam, divemaster yang akan membawa kami menyelam memberi barang-barang kelengkapan untuk disiapkan
untuk aku dihulurkan BC dan Regulator serta 'weight'
untuk Fizah, semua barang kecuali mask dan snorkel

setelah siap memasang BC dan regulator pada tank maka kami mengangkut semua barang ke tepi pantai
destinasi pertama, menyelam di tepi pantai
House Reef
selaman pertama sudah membuahkan hasil
nampak sting ray yang duduk melepak di celah batu
melihatkan kami semakin dekat, binatang itu pun melarikan diri

sejuk betul air di Pulau Redang ni
suhu 28 darjah celcius
menggigil aku di dalam air
menyelam hanya sedalam 8.8 meter dan mengambil masa 36 minit

tempat kedua, kami pergi dengan bot
Southern Tip
pelbagai nudibranch dan coral fan yang kelihatan
air tetap sejuk
kali ni lama sikit menyelam daripada tadi iaitu 46 minit dengan kedalaman 20.1 meter

tengahari kami dihantar pulang ke tempat penginapan untuk makan dan berehat
aku sempat melelapkan mata di bilik
konon-kononnya mahu menyimpan tenaga untuk selaman seterusnya

pukul 1.45 petang, bot sampai untuk mengambil kami semula
kali ini Hafis dan Lean serta seorang lagi rakan baru, Feresa yang berasal dari Uzbezkistan mengikut kami kerana mereka tiada apa-apa aktiviti pada petang ini

mereka mengikut kami ke destinasi ketiga iaitu Paku Kecil
di sini kami nampak penyu dan moray eel
sea cucumber pun banyak
tapi penglihatan tak berapa bagus

seperti biasa, mask aku cepat berkabus walaupun sudah macam-macam aku cuba letak
colgate, sabun dan anti-fog
penat jugalah asyik nak buat prosedur 'mask clearing'

destinasi keempat, Hafis, Lean dan Feresa tak ikut kami
mereka tinggal di Redang Reef Resort kerana mahu melakukan aktiviti snorkeling di situ

Zam bawa aku dan Fizah ke Tanjung Mak Cantik
bersama kami ada sekumpulan budak-budak Cina yang buat 'discovery scuba'
tak silap aku ada 6 orang

oleh kerana ramai sangat yang buat discobery scuba,
walaupun divemaster ada ramai tapi Zam tetap sibuk dengan budak-budak tu
maka aku dan Fizah agak terbiar
maka kami ikut sahaja kumpulan beramai-ramai tu kerana Zam sekejap ada di sini, sekejap di sana
nampak penyu lagi di sini

apabila budak-budak discovery scuba itu telah naik, Zam membawa kami meneruskan selaman
hingga akhirnya kami muncul betul-betul di hadapan pantai Redang Reef Resort
pelik juga aku sebab pada awalnya kami pergi dengan menaiki bot
rupa-rupanya kami menyelam mengelilingi tempat itu
kali ini menyelam 53 minit, kedalaman hanya 10.3 meter

yang lebih mengkagumkan aku sendiri, selepas habis selaman meter di tank aku menunjukkan ada baki 125 bar untuk 3 selaman pertama manakala selaman terakhir berbaki 100 bar
maksudnya aku hanya guna 75 bar untuk 3 selaman pertama dan 100 bar untuk selaman keempat

tak sangka berjaya menyelam sebanyak 4 kali pada hari ini
sungguh gembira dengan diri sendiri

satu selaman harganya RM90
kelengkapan penuh dicaj RM50
manakala BC dan regulator dicaj RM30

selesai aktiviti selaman, pulang ke tempat penginapan
Hafis, Lean dan Fizah sambung main bola tampar
aku pula aktiviti kegemaran iaitu bergolek-golek tepi pantai

ketika aku mandi di bilik, mereka sudah menukar kepada aktiviti lain pula
iaitu menimbus orang dengan pasir
mangsa yang kena timbus ialah Fizah
siap bergambar lagi
Feresa pun ikut serta

malam ada barbeque
tapi inilah pertama kali aku pergi pulau, kena masak sendiri untuk BBQ
disediakan ayam, sosej, fishball, ikan
sudah la perut lapar, menunggu di hadapan tempat panggang yang panas ni memang menguji kesabaran
aku kelaparan sebab penat menyelam
alangkah bagusnya kalau datang-datang, terus boleh ambil dan makan

lama juga nak tunggu ayam dan ikan masak
ada orang siap masak semula kerana ayamnya masih berdarah
awal sangat dia angkat agaknya

apalah salahnya sediakan seorang pekerja untuk masakkan BBQ untuk pengunjung
kasihan pengunjung kena buat sendiri
lainlah kalau kami berkhemah sendiri dalam hutan
itu sudah cerita lain
tapi ini pakej berbayar yang kami ambil
selalunya mana-mana pulau yang aku pergi, memang ada pekerja yang akan buatkan BBQ tu

aku makan dua ketul kepak, sepotong ikan, dua batang sosej dan dua biji fishball
yang kelakarnya fishball tu dah selamat masuk mulut masa tunggu makanan yang lain masak

sambil makan kami dihidangkan dengan filem Solomon Kane
aku tak pernah tengok filem ni
ok la filemnya

hujan lebat malam ni
terasa sejuk sangat

selepas habis makan dan menonton Solomon Kane, semua orang dah letih
masuk ke bilik dan tidur
aku masih gigih bertahan untuk menghabiskan pembacaan novel 7 Hari Mencintaiku
akhirnya pukul 1 pagi, selesai juga novel setebal 1048 halaman ini
puas hati dengan jalan cerita dan penamatnya
kalau tak puas hati, mahu aku campakkan ke laut novel ni

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


PUGK – 20 Ribu Membanjiri Pangkalan Udara <b>Gong Kedak</b> — Laman Web <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2011 12:21 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]GONG KEDAK – Pangkalan Udara Gong Kedak sekali lagi telah menganjurkan Hari Terbuka sempena sambutan HUT ke 53 pada 24-25 Jun 2011. Buat julung-julung kalinya acara tahun ini diadakan di kawasan teknikal pangkalan yang ...

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Gambar : Pemandangan <b>Di Pulau Perhentian</b> | ! AISYA HUMAIRA !

Posted: 09 Jul 2011 10:23 AM PDT

Assalamualaikum wbt..

Hai semua, sihat ke??Da tido ke??Tak sangka ya, ada orang hot ngan entry bersih aisya..keke..Actually, semua yang tercatat dalam blog aisya adalah berdasarkan apa yang aisya tengok, baca & nampak.Kalau korang nak hot ke, nak cool ke itu hak korang laa..Korang nak comment pape pun, aisya tak kisah sebab masing-masing ada pendirian dan pandangan kan..So, respect laa pandangan satu sama lain ye...:)

Ok, bagi nak cool kan orang yang tengah hot..Jom layan beberapa keping photo sekitar Pulau Perhentian ya..Aisya ambik dekat fb kawan aisya Mcna...Jom layan..:)




Nota Aisya : Sangat jeles dengan mu naa, bilaa laa aku nak sampai sane..Da lama teringin gi Pulau ni..:)

Terima Kasih Sudi Singgah..:)



Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


<b>Pulau Kapas</b> | sissyira ©

Posted: 23 Jun 2011 01:02 AM PDT

On Thursday, June 23, 2011






Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang, Terengganu. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Warna kapas ini berwarna putih.

Pantai Pulau Kapas yang putih bersih dan amat mengkagumkan bagi para pengunjung. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.

Sejarah

Pulau Kapas disebut oleh Abdullah Abdul Kadir Munshi pada tahun antara 1851 dan 1852 seperti berikut:

"Hatta pada malam Khamis datanglah sebuah perahu kecil dari Kuantan. Maka berkhabarlah ia kepada anak-anak perahu mengatakan ada perahu lanun di Tanjung Tujuh, empat puluh buah dan di Pulau Kapas pun ada, dan di Pulau Redang pun ada dan; maka telah didapati dua buah perahu orang Kuantan dan dua buah lepas lari...."

Cara ke sana

  • Melalui jeti di bandar Marang, Terengganu.

 

Keistimewaan

  • Pulau Kapas masih mengekalkan keindahan samudera dengan hidupan laut yang cantik dan asyik.
  • Terdapat beberapa bot karam yang telah tenggelam, sesuai untuk penggemar selam skuba.
  • Pulau Gimia yang terletak berhampiran Pulau Kapas menyediakan panorama yang unik.

 

Penginapan

  • Tanco Resorts Bhd
  • Beautisland Resort Sdn Bhd
  • Makcik Gemuk Beach Resort
  • Nazri Place

jom baca ini juga...:

= Tasik Kenyir

mai baca sini sat :)
laut china selatan, marang, pulau kapas, rantau abang, tasik kenyir, tempat pelancongan, Terengganu

"rentetan perjalanan hidup seorang gadis sepi..aku menulis demi sebuah kenangan yang kekal abadi. apa yang terlontar disini semuanya adalah dari hatiku yang kecil ini.."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


.....iT&#39;s mY LifE.....: catatan perjalanan : makan-makan <b>di kemaman</b>

Posted: 22 Jun 2011 05:12 PM PDT

alkesah... suatu pagi ternampak twit ATS...sapa nak ikut dia gi kemaman... terus angkat tangan.... bajet ATS nampak lah kan... reply twit daaa... skali ..rupanya.. yanok pon sama... terus cukup seat.... yang lambat tuh.... kesian kan... len kali ATS ajak ye... heheheh...

selepas movie day out ngan RM... terus sleepover kat umah ATS.... nyenyak jer... bangun pagi ..siap2... teruskan perjalanan.... singgah isi minyak beli lah apa yang patut untuk melapik perut kan.... TARGET nak bfast kat HAI PENG....

perjalanan sangat lah smooth... bukan cuti sekolah... bukan cuti ujung minggu yang panjang ... memang menarik perjalanan.... sampai Kemaman .. terus zass gi Hai Peng... owh ya... mak ATS pon ada sama...

sampai HAI PENG... orang cm biasa lah penuh... tapi seb aik terus jer bleh duduk... kopi dan roti bakar dah memang wajib... aku tambah lagik ngan karipap... nasi dagang.. nasi lemak... fuhhh... puas hati....

owhh... jangan lah terperanjat... nasi dagang yang bungkus daun pisang nih jer lah... bleh lah sogok2 dalam perut lagik kan...

misi seterusnya... kenduri... lauk kenduri biasa lah.. ayam daging... ada ikan kering keropok tuh... layan lah jugak tau... acar ngan sambal belacan aku tak usik... tapi... yang best... dessertnya... ada 'asam gupa' ... aku tatau lah ejaannya betul ker tak... tapi orang ganu sebut camtuh lah... huhhh aku memang suka menda alah nih.... walaupon... bukan yang terbaik... tapi baik ada dari takde kan.... hahahah...puas hati....

lepas kenduri... zasss.... meneruskan pemburuan carik keropok.. sata .. otak2 ... bahulu bagai lah kan.... bukan sekadar beli.. malas... siap singgah makan minum lagik kat situ.... sendat dah perut nih tau....mata ngantuk... kalau dapat tido tepi pantai nih memang terbaik lah....

selesai pemborongan... singgah CHEARATING.... *ini adalah kawasan pantai ye kengkawan... bukan tasik ..hahaha* ... melepak sekejap... bleh aku tertido.... hahahahah....

dalam 5.30 ptg tuh... meneruskan perjalanan pulang ke KL..... dah jalan seperti pergi tadik jugak lah... smooth jer.... alhamdulillah... sampai KL dalam 8.30 malam.....

hah.. nih lah yang menjayakan penceritaan hari sabtu tuh... yanok.... ai... ATS...... seronok... bebila ajak lah lagik yer... hehehehe

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


PBSNT Berhasrat Letak Piala FA <b>Di</b> Muzium <b>Negeri Terengganu</b> | Darul <b>...</b>

Posted: 12 Jun 2011 09:38 AM PDT

KUALA TERENGGANU, 12 Jun (Bernama) — Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berhasrat untuk meletakkan Piala FA yang dimenanginya setelah menewaskan Kelantan 2-1 malam tadi di Muzium Negeri Terengganu.

Presidennya Datuk Che Mat Jusoh berkata bagaimanapun satu rundingan akan dilakukan bersama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam masa terdekat untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Katanya setakat ini PBSNT telah mengadakan perbincangan bersama pihak FAM sama ada untuk menyerahkan kembali piala tersebut kepada FAM ataupun diberikan kepada negeri pemenang.

"Kita akan membuat rayuan terakhir dalam masa terdekat kepada pihak FAM bagi membolehkan meletakkan piala kebanggaan rakyat Terengganu di muzium negeri untuk tatapan peminat," katanya kepada pembeita di sini, hari ini.

Menurut beliau piala berkenaan akan diletakkan di negeri ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan pemain serta penyokong yang tidak jemu memberi sokongan dalam arena bola sepak.

Skuad Terengganu penyu berjaya mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penjulang terakhir trofi yang diperkenalkan pada 2005 itu, yang sempat digunakan untuk tujuh edisi.

Trofi baru akan diperkenalkan untuk edisi musim depan.

Sementara itu di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini hampir 5,000 rakyat Terengganu membanjiri ruang ketibaan lapangan terbang itu bagi menyambut kepulangan wira-wira Terengganu yang berjaya menjulang Piala FA malam tadi.

Kesemua pemain bersama piala kemudiannya diarak dari LTSM sehingga ke Dataran Shahbandar dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda.

Berpuluh-puluh buah kenderaan peminat pasukan itu turut mengiringi sambil mengibarkan bendera negeri dan membunyikan hon kereta sepanjang perjalanan ke Shahbandar petang tadi.

Sambutan secara besar-besaran juga diadakan di Dataran Shahbandar bagi membolehkan peminat serta penyokong melihat piala itu dari dekat.

Terengganu menamatkan kemarau selama 11 tahun untuk menjulang Piala FA selepas berjaya menumpaskan Kelantan 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam.

– BERNAMA

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved