ads

Khamis, 21 Februari 2013

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search

kOLEKSI cRiTe: Antara Pangkat dan Impian

Posted: 19 Feb 2013 08:00 PM PST

Jumpa artikel nie kat MohdHisyam.com , semoga mendapat iktibar dari cerita.. sedih baca cerita nie..
3 tahun lepas, aku seakan bermula semula dari "0″. Aku terpaksa meminjam duit dari adik perempuanku(dengan agreement bertulis) untuk dijadikan modal pergi bekerja. Tidaklah banyak, hanya RM150 sahaja. Namun sangat bermakna pada aku yang benar-benar kontang ketika itu. Jumlah itulah segala-galanya untuk keperluan sementara mendapatkan gaji pertama.
Aku bekerja di sebuah kilang. Bekerja bersama2 warga Nepal & Bangladesh. Tinggal dihostel berkongsi tilam dengan ramai orang. Makan bersukat. Biasanya bajet makan hanya RM2 sehari, malah seringkali terpaksa dikurangkan sehingga 0.60sen sahaja. Terima kasih kepada makcik yang selalu menjual nasi goreng kosong dengan harga 0.60sen kepadaku, walhal harganya adalah RM1. Seperti dia tahu kesusahanku ketika itu, walau tidak pernah aku zahirkan. Banyak ruang perut aku isi dengan air suam, kadang2 sampai 3 liter sehari.Keadaanya lebih perit bilamana tiba shift malam. Pukul 2-4 pagi biasanya adalah masa tidur yang paling nyenyak. Namun kami lencun dengan peluh.Seolah bekerja di bawah panas matahari. Memang selayaknya begitu, kerana aku bersama pekerja2 lain bekerja di bahagian produksi yang sedia panas. Kilang membuat Tilam & Bantal!
 Satu perkara yang aku bersyukur pada masa itu ialah, aku tidak pernah meninggalkan solat, juga berjemaah di masjid andai tidak terikat dengan waktu kerja. Mengenang kembali hari-hari itu, aku yakin itulah satu-satunya "dahan" kukuh tempat aku berpaut. Andai waktu bekerja bermula pada jam 8.15, aku akan iktikaf di Masjid mulai dari solat subuh hinggalah terbit matahari, dan di akhiri dengan solat sunat dhuha sebelum pergi kerja dengan berjalan kaki. Amalan ini memberikan aku satu perasaan yakin bahawa aku berada dalam lindunganAllah. Khususnya dalam bab rezeki.
 Bila bulan Ramadhan tiba boleh dikatakan setiap hari aku berbuka di masjid. Aku masih ingat pada tahun itu, Raya Puasa & haji aku tidak pulang berhari raya di kampung. Self esteem aku jatuh ke tanah. Aku rasa malu untuk bersemuka dengan adik2 dan orang kampung. Hanya telefon penghubung rindu pada adik-adik. Sebenarnya jarak antara tempat aku merantau tidaklah jauh. Kurang dari 20km.Namun tiada siapa yang tahu aku di situ. Ini memang disengajakan. Aku perlu bersendirian dulu. Perlu mengutip kembali serpihan maruah yang jatuh berkecai.
 Di kilang, tidak ada seorang pun yang tahu tentang pengalaman kerja aku sebelum ini. Apabila aku menyarungkan uniform kerja, aku kelihatan tiada bezanya dengan para pekerja warga asing itu. Aku pun lebih selesa dengan keadaan begitu. Namun aku mempunyai impian yang tersemat di dalam dada. Impian untuk mengubah putaran roda kehidupan ini agar bergerak ke atas semula. Impian ini hanya aku kongsian denga ibu!
 Sungguh sedih mengenangkan keadaan aku ketika itu. Aku tidak mampu membalas sms "kekasih" yang ingin bertolak pergi melanjutkan pelajaran ke selatan, .Begitulah hari2 seterusnya, aku hanya mampu berdoa agar dia tetap maju dalam pelajarannya. Namun bilamana aku sudah mempunyai sedikit wang, aku cuba menghubunginya. Berkali-kali aku memujuk,  namun sudah terlambat barangkali… Lantaran itu juga agaknya hubungan itu terhenti di setakat itu. Keadaan aku ketika itu bolehlah diibarakan bermula dari kosong..Tiada wang,tidak semangat,tiada jiwa, tiada segala-galanya… Namun aku masih bersyukur kerana terus diberi kekuatan untuk menjaga solat…Solat adalah punca mudahnya rezeki . Itulah kata2 orang alim yang pernah aku dengar.
 Beberapa bulan selepas itu, kilang tempat aku bekerja membesarkan operasinya. Aku memohon jawatan sebagai kerani. Alhamdulillah berhasil. Maka jawatan buruh sudah aku tinggalkan. Aku berpeluang mengenali lebih ramai lagi orang2 kanan syarikat. Aku juga berpeluang menyalurkan bakat dan pengalaman sebelum ini pada jawatan baru itu. Aku rasakan tugas sebagai kerani mudah, kerana adanya pengalaman sebelum ini. Tahun-tahun sebelumnya aku pernah memegang jawatan di bahagian pengurusan, pentadbiran juga pemasaran dibeberapa buah syarikat. Namun aku perlu berhati2 takut2 ada yang perasan aku cuba berlagak pandai pula. Biarlah mereka melayan aku sebagai seorang kerani, dan memang itulah realitinya ketika itu.
 6 bulan selepas itu, Syarikat mendapat tender khas dari Kementerian Pendidikan. Projek Khas ini memerlukan seseorang untuk membuat marketing & lawatan ke Seluruh Malaysia. Pada kesempatan ini, aku cuba menawarkan diri. Akhirnya aku dilantik pula sebagai Marketing Exec dengan beberapa kemudahan yang agak selesa. Alhamdulillah…Aku senang sekali menjalankan tugas ini, kerana ia bukanlah merupakan pengalaman baru. Sejak itu, aku aku harus berpakaian smart lengkap dengan tali leher pula. Kawan2 nepal & bangladesh mula memanggil aku "bos". Aku tersenyum sendiri mengenangkan semua ini..
 Selang beberapa bulan selepas itu, aku mendapat khabar syarikat ada mendapat satu lagi projek nun jauh di Pantai Timur. Projek ini agak unik dan merupakan cabang perniagaan baru syarikat. Aku teruja mendengar khabar ini. Sebelum ini aku memang mempunyai impian untuk merantau jauh. Sejauh mungkin untuk melupakan seketika segala kepahitan yang dialami di sini, Kuala Lumpur. Aku ingin memulakan kembali sebuah kehidupan yang baru. Namun pada hakikatnya kemampuan kewangan tidak mengizinkan. Akhirnya mahu atau tidak aku perlu mencari satu kerja yang tidak banyak kos. Kerana itu aku memilih bekerja di kilang, sekurang2nya tempat tinggal sudah disediakan. Dengan RM150 yang aku pinjam dari adik, aku dapat rolling untuk sebulan. 
Dengan gaji bersih Rm700, aku dapat bayar kembali hutang itu, malah dapat juga menyumbang kepada keluarga. Pada bulan2 awal itu, aku hanya menggunakan 20 % sahaja dari gaji untuk kegunaan sendiri, dan selebihnya aku serahkan pada keluarga. Aku boleh hidup dengan RM140 sebulan! Alhamdulillah..sungguh barakah! Sebagai anak yang sulung, aku tidak mungkin lari dari tanggungjawab itu. Jauh di sudut hati, aku percaya rezeki yang murah ini adalah kerana doa ibu yang tidak putus2…Ibu adalah orang yang paling memahami segala apa yang berlaku termasuk juga impian aku..Aku tidak segan2 untuk memberitahu ibu, agar tolong doakan impian aku untuk memiliki wang yang banyak. Biar sampai bergelar jutawan, agar dengannya punca2 bermulanya episod pahit itu dapat ditamatkan.
 Projek Pembelian Jet Tempur (Sukhoi 30 MKM) oleh ATM dari Rusia, telah memberi satu peluang perniagaan kepada syarikat tempat aku bertugas. Jet itu akan sampai beserta dengan warranty team yang akan tinggal di Malaysia sepanjang tempoh warrantypembelian jet itu. Ada 35 buah apartment khusus untuk menempatkan warranty team dari Rusia ini. Satu kawasan khas yang berpagar di dalam kem gong kedak. Setiap unit apartment dilengkapi dengan segala kemudahan hinggalah Astro dan streamyx.  Syarikat tempat aku bekerja ini bertanggung jawab menyediakan kemudahan tersebut, sepanjang mereka berada di sini. Maknanya syarikat juga memerlukan seseorang untuk mengelola projek tersebut.Aku ada memohon jawatan itu(secara tidak formal) melalui salah seorang, orang kanan syarikat. Minggu berganti bulan namun masih tiada jawapan..
 Aku terus tenggelam dalam kerja2 marketing. Melawat dari satu sekolah,kolej & universiti serta jabatan2 kerajaan lainnya. Ada yang di tengah bandar hinggalah di tengah hutan (jabatan perhilitan). Kerja ini membolehkan aku memandu hampir ke seluruh Malaysia & menginap di pelbagai tempat. kadang2 di tepi laut, kadang-kadang di kesesakan bandar hinggalah dipinggir2 bukit yang cukup aku gemari. Pada satu hari sedang aku sedang berada di UITM Melaka, aku mendapat panggilan yang menyatakan  bakal ditransfer untuk mengendalikan projek baru itu. Oh! Alhamdulillah…
 Mulai 5/6/2007 aku bertugas di sini, di dalam kem gong kedak, Jerteh, Terengganu. Kawasan ini agak terpencil. Bagaikan berada di satu lembah yang dikelilingi bukit. Memang agak tersorok dan sesuai untuk menempatkan jet2 sukhoi itu. Di sini kemudahan yang aku nikmati persis sebagaimana yang dinikmati oleh keluarga Rusia itu. Segala2nya sudah tersedia, Rumah(dengan segala kelengkapannya),Kereta,Hp,Astro,Streamyx beserta dengan kenaikan gaji & yang lebih menarik lagi kedamaian penempatan ini. Terletak di bawah bukit puteri yang sejuk dan damai dengan hembusan angin pantai yang tidak henti2. Terletak hanya 13 km dari kuala besut, di mana letaknya jeti ke Pulau Perhentian. Malah masjid baru yang besar dan cantik hanya terletak 1 km dari apartment yang aku diami. Oh! aku bersyukur pada Allah, yang menentukan takdir ini….setahun yang lepas, aku berkongsi tilam dalam hostel yang sempit dan terpaksa menyukat makan serta berjalan kaki ke kilang. Hari ini, aku dianugerahkan keselesaan yang begini rupa…Sesungguhnyan Allah maha pemurah dan maha mengetahui takdir yang terbaik untuk hambanya.
 Setelah hampir setahun aku di sini, aku mendapat satu lagi rezeki besar. Aku bertemu jodoh.Kami tidak pernah kenal dan berjumpa sebelumnya. Perantaranya adalah seorang askar yang berpangkar sarjan yang sering aku temui di surau. Satu hari dia bertanyakan samada aku ingin "berkawan" dengan seseorang. Aku mengiyakan. Dia memberikan no hp  si dia. Aku masih ingat ketika itu adalah bulan ramadhan. Dengan sedikit maklumat itu, akhirnya aku dapat bernikah pada usia 36 tahun. Tepatnya pada 4/8/2008.Kami bernikah secara ringkas. Kawan2 memang terkejut, kerana "tiada angin bertiup tapi pohon bergoyang". Semuanya aku uruskan sendiri dengan bantuan 2-3 orang kawan baru di sini. Tidak mungkin aku lupakan jasa abg samsul & hj nasir serta sarjan ku zaidi yang menemaniku pergi merisik. Juga Joe yang menemani aku ke rumah bakal ayah & ibu mertuaku beberapa hari sebelum tarikh bermakna itu. Allah maha kaya…maha mengetahui yang terbaik untuk hambaNya. Mengenang semua ini, aku sangat bersyukur padaNya. Dua tahun lepas, aku tiada apa2. Hanya bermodalkan RM150 yang dipinjam dari adik. Hari ini, aku memiliki isteri & kerja yang datang berserta dengan segala kemudahan logistik.
 Dalam hal ini, sebenarnya ibu adalah orang yang paling gembira. Lama benar ibu mendoakan agar aku segera bertemu jodoh. Maklumlah usia semakin meningkat. Ibu risaukan andai aku jatuh sakit, dia bimbang tiada siapa yang menjaga. Ibu juga bukanlah sihat sangat. Malah tidak berdaya datang pada majlis pernikahanku di sini. Hanya doa yang mengiringi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Segala persiapan aku rancang sendiri. Beberapa orang kawan banyak membantu. Maklumlah aku sebatang kara di sini.
 Beberapa bulan yang lepas, aku mendengar lagi khabar bahawa syarikat mempunyai rancangan untuk membuka sebuah lagi kilang. Ini juga merupakan satu lagi projek baru. Kilang memproses tumbuhan kenaf. Aku selalu melihat orang-orang kanan syarikat berurusan dengan pihak Korea. Boleh jadi Mesin memperoses itu dibeli dari Korea. Andainya projek ini jadi, tentu pihak syarikat memerlukan seseorang untuk mengurus kilang tersebut. Zahirnya ini merupakan satu peluang lagi untuk aku maju di syarikat ini.
 Beberapa hari yang lepas aku dikhabarkan bakal dilantik untuk mengurus kilang itu. Khabar itu datang dari suami CEO syarikat ini. Khabar secara verbal sahaja. Bermakna aku mungkin dinaikkan pangkat menjadi salah seorang manager di syarikat ini.  Sepatutnya aku rasa bangga dan seronok mendengar berita ini. Bayangkan bermula sebagai operator kilang berhasil menjadi manager kilang dalam tempoh yang singkat. Aku ada menelefon ibu memaklumkan hal ini. Dia cukup seronok mendengarnya.Katanya doanya siang dan malam bakal dimakbulkan Allah..
http://www.klinikmotivasi.com/blog/antara-pangkat-dan-impian/

18 Sukhoi <b>Di Gong Kedak</b>, Tidak Pernah Terbang Sekaligus

Posted: 27 Jul 2010 09:44 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/berita30/Su30MKK_M5205_thumb.jpgBESUT - Lapan belas buah jet pejuang Sukhoi yang diletakkan di Kem Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Gong Kedak tidak pernah terbang sekaligus kerana mengalami masalah alat ganti.

Sumber dari pangkalan TUDM itu berkata, penerbangan jet pejuang yang dibeli dari Rusia itu tidak pernah mencapai sasaran yang ditetapkan sebanyak 70%.

"Hanya sekitar 40% sahaja dari 18 jet pejuang itu yang terbang pada satu-satu masa,"katanya, yang meminta identitinya dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan

Menurutnya, keajaan Malaysia melalui dua buah syarikat konsultan telah membeli pesawat tersebut dari Rusia, namun perolehan alat gantinya adalah dari pengeluar negara  lain.

Oleh itu, beliau berkata ia seringkali menimbulkan masalah kepada penyelenggaraan jet pejuang itu.

Beliau turut mendedahkan, dua buah syarikat konsultan tersebut mendapat 'komisyen' tidak kurang dari 15% ketika pembeliannya dibuat.

TUDM menandatangani perjanjian untuk membeli 18 Su-30MKM bulan Mei 2003, selepas melihat secara dekat penggunaan pesawat tersebut oleh kerajaan India. 

Dua pesawat pertama Sukhoi Su-30MKMs secara rasmi diserahkan kepada Malaysia di Irkutsk, Rusia pada 23 Mei 2007, dan kemudian tiba di pengkalan udara Gong kedak pada 21 Jun.

Malaysia mempunyai 18 Su-30MKMs dalam perkhidmatan, namun dilaporkan mempunyai masalah dengan sokongan Rusia untuk alat ganti pesawat tersebut dan terpaksa memperolehinya dari pihak lain.

Pada bulan September 2010, TUDM akan mengambil alih operasi pesawat tersebut setelah kontrak dua tahun bantuan teknikal, kejuruteraan dan penerbangan dari India dan Rusia tamat.

Pembelian Sukhoi menjadi kontroversi kerana kerajaan Malaysia membayar 18 buah Sukhoi dengan harga US$900 juta, (US$50 juta sebuah) sedangkan India membeli 40 Sukhoi dengan harga US$1.6 bilion, (US$40 juta sebuah) manakala Vietnam membeli 4 buah Sukhoi dengan harga US$100 juta. (US$25 juta sebuah).

Berita berkaitan;

Sukhoi Pula Tidak Boleh Terbang

Komen:

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

MEDIA TERENGGANU: Keajaiban Dunia <b>di Hulu Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2012 06:58 PM PDT

"Pagi tadi saya pergi beraya di Balai Polis Kuala Berang, dia berbisik kepada saya … Ustaz tahu tak … SUK (Setiausaha Kerja) Bahagian UMNO Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap. Beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya. Lepas siasat, betul sungguh beranak doh anak tiri tu."

Itu sedutan ceramah Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Kamaruzaman Abdullah di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, Kuala Terengganu pada 9 September lalu.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu ketika dihubungi  portal berita pro-PAS, BuletinOnline pada 11 September sekali lagi mengesahkan perkara tersebut dan artikel bertajuk "Setiausaha Kerja UMNO Hulu Terengganu Ditahan Polis" disiarkan pada hari sama, 11 September.

TerengganuToday percaya ketika Ustaz PAS itu menceritakan kisah 'bisikan' tersebut kepada pengikut totok di Banggol Binjai, berkembang hidung dan 'jubur' pemuda PAS itu kerana berjaya menjadi orang pertama dapat menyebarkan berita sensasi itu.

Cerita yang telah tersebar luas di internet itu ada nilainya tersendiri yang seronok untuk dibanggakan lebih-lebih lagi bila melibatkan parti lawan iaitu UMNO.

Sebenarnya, TerengganuToday rasa agak aneh bin ajaib kerana dengan hanya sumber 'bisikan' pun sudah cukup untuk Kamarulzaman Abdullah yang dipanggil Ustaz itu mempercayainya sehingga turut mempengaruhi para blogger atau facebooker cap parti PAS yang sudah sedia bebal dan akal sejengkal termasuklah pengamal media di BuletinOnline.

Tidak hairanlah begitu banyak fitnah dan adu domba bertebaran sejak wujudnya parti PAS di atas muka bumi ini, rupanya sumber 'bisikan' sosek-sosek yang tidak tahu hujung pangkal pun sudah menjadi rujukan utama Ustaz dan penyokong PAS.

Perkara luar tabie sedemikian jika berlaku membabitkan mana-mana pemimpin UMNO, TerengganuToday yakin perbuatan itu tidak disokong oleh ahli serta penyokong parti, yang salah tetap salah dan wajib disiasat serta dihukum jika terbukti bersalah.

Hakikatnya, SUK UMNO Hulu Terengganu bukanlah seorang lelaki sebaliknya jawatan itu sejak lebih lima tahun lalu disandang oleh seorang wanita bernama Kamariah Awang, 37 tahun.
Diulangi, SUK UMNO Hulu Terengganu adalah wanita merangkap seorang perempuan juga dikenali sebagai kaum hawa.

Persoalan, yang menuntut Ustaz PAS, Kamaruzaman Abdullah dan para blogger bebal PAS jawab ialah, bagaimana seorang SUK berjantina perempuan mampu menyebabkan anak tiri perempuannya mengandung dan melahirkan anak?

Cukup unik! Keanehan paling unik di zaman moden ini tidak mungkin berlaku di negeri atau negara lain, hanya ada di Hulu Terengganu gara-gara bengap seorang Ustaz PAS.

Kalau ini bukan fitnah, mungkin penipuan atau pembohongan. Mungkin bagi penyokong PAS, apa saja yang terkeluar dari mulut Ustaz PAS seperti Ketua Pemuda PAS Hulu Terengganu itu merupakan tazkirah agama.

Apa yang misteri, siapa yang berbisik kepada Ustaz PAS itu?

Sumber : www.terenggganutoday.com

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

Kereta Api Terpantas <b>Di</b> Dunia | <b>Pulau</b> Malaysia | <b>Pulau</b> Langkawi <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 05:04 AM PST

Bermulanya 13 febuari 2012 kami di majalahcuti.com akan memperkenalkan satu kategori baru iaitu segmen post "Tahukah Anda" . Di kategori post ini kami akan kongsikan post yang ringkas dan padat dengan info dengan perkara pelik dan hebat yang terdapat di seluruh dunia.Oleh demikian untuk post yang pertama dalam kategori ini tahukah anda dimanakah terletaknya kereta api terpantas di dunia.?

Kereta Api Terpantas Di Dunia-2

Buat ketika ini kereta api yang terpantas di dunia terletak di  China. Perjalanan kereta api ini  adalah dari Guangzhou ke Wuhan. Kepantasan yang tercatit dan memegang rokod dunia ini adalah berkelajuan  bermula serendah 217km/jam dan boleh mencapai tahap maksima sehingga 245km/jam. Walaupun ada khaba mengatakan beberapa negara yang masih cuba untuk mencipta kereta api lebih pantas namum semuanya masih dalam dan kelajuannya adalah masih tidak rasmi.

Kereta Api Terpantas Di Dunia

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Tahukah Anda

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

SK <b>Ketengah Jaya</b>: Jawatankuasa Pembangunan Sukan <b>di</b> Sekolah <b>...</b>

Posted: 22 Feb 2010 06:08 AM PST

Kementerian Pelajaran menubuhkan satu Jawatankuasa Pembangunan Sukan di Sekolah bagi merancang, melaksana dan memantau program membangunkan sukan di sekolah.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, dalam kenyataan media hari ini, berkata, jawatankuasa yang akan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan dianggotai wakil pelbagai pihak yang berkepentingan dalam sukan di negara ini.
Beliau berkata, jawatankuasa itu selaras dengan dasar kementerian yang ingin mewajibkan setiap pelajar menyertai sekurang-kurangnya satu sukan mulai 2011.
"Semua pengetua, pejabat pelajaran daerah (PPD) dan jabatan pelajaran negeri telah diarah mengambil tindakan di atas pelaksanaan dasar ini sejajar dengan hasrat kita untuk melaksanakan konsep 1Malaysia dan mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah," katanya.Beliau berkata, dasar ini akan dapat meningkatkan penyertaan menyeluruh di kalangan pelajar sekolah yang berjumlah 5.4 juta di 10,000 sekolah di negara ini.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan untuk mewajibkan setiap pelajar sekolah menengah dan rendah mengambil satu jenis sukan bermula tahun depan bagi mengembalikan kegemilangan sukan di sekolah.Di bawah dasar itu, pelajar akan diberi kredit atau markah bagi membuka peluang yang lebih cerah untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

Smk <b>Wakaf Tapai</b>: PROGRAM MAULIDUR RASUL

Posted: 06 Feb 2013 07:15 PM PST

Pada 22 Januari 2013 (Selasa) SMK Wakaf Tapai telah mengadakan ceramah sempena Maulidur Rasul 1434H bertempat di Dewan Saidina Abu Bakar. Tema maulidur rasul tahun ini ialah "Wasatiyyah Tonggok Kesatuan Ummah". Sempena program tersebut, beberapa aktiviti telah dirangka oleh jawatankuasa yang dipertanggungjawabkan iaitu Panitia Pendidikan Islam.  Antara aktiviti yang dijalankan ialah persembahan nasyid, guru-guru dan para pelajar berselawat, penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz maulidur rasul, tokoh maulidur rasul dan penyampaian cenderahati kepada penceramah.

Manakala bagi pelajar bukan Islam, mereka telah mengadakan aktiviti di Dewan Terbuka SMK Wakaf Tapai yang diketuai oleh Cikgu Lua Pek Ching.

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search

KEMATIAN BANJIR 2012 DISEMBER <b>DI TERENGGANU</b> WANITA

Posted: 25 Dec 2012 11:02 AM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Kematian banjir di Terengganu Disember 2012 : wanita

mangsa kematian banjir 2012 wanita kematian banjir di terengganu disember 2012 : wanita

Seorang wanita menjadi korban pertama banjir di Terengganu apabila ia ditemui lemas setelah terjatuh ke dalam sungai Lanjut berdekatan Jambatan Permaisuri Selasa

Ketua Operasi Penyelamat Balai Bomba dan Penyelamat Setiu, Mohd Izani Zakaria ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya dengan bantuan penduduk kampung, menemui mayat mangsa pada pukul 6.30 petang berdekatan tempat mangsa terjatuh

Samhanim Ramli, 36, dikatakan tergelincir ketika sedang menahan pukat jaring bersama suaminya, Wan Amran Wan Sudin di sungai tersebut kira-kira pukul 3 petang

Mayat dibawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 6,100 orang sehingga 8.30 malam ini berbanding 5,297 orang petang tadi

Mereka kini tempatkan dipindahkan di 106 pusat pemindahan banjir

Menurut portal banjir negeri, jumlah terbesar mangsa banjir yang dipindahkan adalah di Dungun iaitu seramai 1,221 orang diikuti Besut (1,096), Hulu Terengganu (1,046), Kemaman (979), Kuala Terengganu (807), Setiu (707) dan Marang (244)

Air di beberapa batang sungai termasuk sungai Besut di Kampung La; sungai Dungun iaitu di Pasir Raja dan Kuala Jengai; sungai Nerus, di kampung Langkap di sini; sungai Setiu di Permaisuri; dan sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu kekal berada di paras bahaya

Namun, setakat ini tiada jalan utama yang menghubungi negeri ini ditutup kepada kenderaan

Tinjauan Bernama di beberapa lokasi di Kampung Tasik dan Kampung Buluh di Setiu mendapati perbuatan beberapa penduduk yang bermain air di jalan raya dilihat boleh mengancam nyawa mereka memandangkan air yang mengalir amat deras di situ

Seorang penduduk ketika ditemui Ibrahim Yahya, 56 berkata banjir ini disifatkan sebagai yang terburuk melanda daerah ini sejak tujuh tahun lepas

Daerah ini sering dilanda banjir namun tidaklah seteruk ini dimana air begitu cepat naik ke dalam rumah dan menyukarkan kami untuk bergerak dengan arus yang deras,katanya - BERNAMA

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Ruangan Komen Facebook Untuk berkongsi pendapat atau Maklumat

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved