ads

Selasa, 6 November 2012

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Anwar Pula Nak Bertanding <b>Di Marang</b> dan Permatang Pauh <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2012 07:00 PM PST

Presiden PAS Pakatan Rakyat

Anwar Ibrahim terpukul dengan kenyataan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang mahu bertanding di Pekan menentang Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak memandangkan PKR sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk bertanding di Kerusi Parlimen Pekan. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Hadi Awang itu sebenarnya telah melukakan hati Anwar Ibrahim.

Parlimen Marang merupakan kawasan kubu kuat Hadi Awang. Hadi Awang memenangi DUN Marang (sebelum persempadanan semula) semenjak dari tahun 1982 lagi walaupun kali pertama bertanding di kerusi tersebut pada tahun 1978. 

Perebutan untuk bertanding di Parlimen Pekan berlaku antara PAS dan PKR. PKR yang bersungguh-sungguh mahu memalukan Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri, telah menyatakan dari awal lagi bahawa kerusi tersebut adalah 'hak' mereka, sedangkan PAS yang melihat majoriti kerusi yang mereka tandingi, begitu jauh berbeza dengan PKR, sungguhpun PKR yang lebih banyak menggunakan jentera PAS, sudah pun menyatakan keazaman untuk kembali bertanding di kerusi berkenaan. 

Oleh kerana Hadi Awang sendiri yang menyatakan bahawa dia akan bertanding di Parlimen Pekan, sekaligus memberi isyarat bahawa PAS memang bersungguh-sungguh hendak bertanding di kerusi berkenaan, mahu tidak mahu, Anwar terpaksa membalas bahawa dia sanggup bertanding di Marang dan Permatang Pauh. 

Sekaligus kenyataannya itu menunjukkan dia tidak mahu kalah di tangan Hadi Awang. Kalau Hadi Awang boleh merampas 'kerusi PKR', mengapa pula PKR menerusi Ketua Umumnya tidak boleh merampas 'kerusi PAS'. 

Polemik terbaru yang ditunjukkan oleh  Anwar Ibrahim menunjukkan dengan jelas bahawa dia sebenarnya lebih takutkan PAS berbanding UMNO dan Barisan Nasional. Walau bagaimanapun, Anwar yang diketahui sangat bijak bermuka-muka, sentiasa cuba menunjukkan bahawa PAS itu mudah ditekan dan dijinakkan. 

 Buat masa ini, tiada sebarang ulasan yang kedengaran dari mulut para 'ulama' PAS berhubung kenyataan balas Anwar Ibrahim itu. Besar kemungkinan para pemimpin PAS enggan membuatkan para penyokong PAS berpaling dan tawar hati kerana dari semasa ke semasa, PAS kelihatan semakin lemah dan sentiasa takut dengan Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng. 

Anwar Cabar Najib Tanding <b>Di Marang</b> | MyNewsHub

Posted: 06 Nov 2012 03:21 AM PST

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertanding di kawasan Parlimen Marang di Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut Anwar, perdana menteri seharusnya bertanding di kawasan Parlimen Marang yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah presiden PAS itu menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan di Pahang yang disandang Najib.

Ditanya sama ada Abdul Hadi pasti bertanding di Pekan, Anwar yang ditemui di lobi Parlimen, berkata: "Kami belum membincangkan perkara itu, beliau (Abdul Hadi) kata akan tunduk kepada keputusan PAS, jadi tunggu keputusan parti."

Sebelum ini Abdul Hadi dilaporkan berkata beliau akan bertanding di mana-mana kawasan yang diminta parti termasuk untuk kerusi Parlimen Pekan.

Najib semalam berkata beliau tidak fikir Abdul Hadi akan bertanding di kawasan Parlimen Pekan. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

SU Agung Pas &#39;rasa&#39; Hadi Tanding <b>Di Marang</b> | Detik Perubahan

Posted: 03 Nov 2012 04:42 AM PDT

SHAH ALAM – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali percaya Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan kekal bertanding di kerusi yang disandangnya pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sementara perbincangan mengenainya masih belum dibuat.

"Saya rasa beliau tetap (tanding) di Marang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Mustafa diminta mengulas laporan Sinar Harian semalam yang memetik kenyataan Abdul Hadi pada Majlis Pelancaran Dana PRU13 Dewan Muslimat Pas Negeri Terengganu semalam.

"Setakat ini kita tidak ada bincang. Mungkin dia cuma tunjuk kesediaan beliau yang patuh kepada keputusan parti," kata Mustafa.

"Mesej di situ ialah semua orang termasuk dia terpaksa patuh kepada parti," tambah beliau.

Abdul Hadi, bekas Menteri Besar Terengganu, menyandang kerusi Parlimen Marang dan Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang.

Beliau menang kedua-dua kerusi itu sejak 1990.

Abdul Hadi semalam menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Pekan pada PRU13 jika parti memberikannya laluan itu.

Kerusi Parlimen Pekan merupakan kubu kuat Umno-Barisan Nasional yang disandang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak 1976.

Najib, anak jati Kuala Lipis Pahang, ditentang oleh calon PKR, Khairul Anuar Ahmad Zainudin pada 2008.

Baru-baru ini, Pas Pahang dikatakan sedang mempertimbangkan untuk mengambil semula kerusi yang "dipinjamkan" kepada PKR sekiranya mempunyai calon yang baik untuk menentang Najib.- Sinar Harian

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


e-Book SK Tok Jiring: Program Frog VLE @ SK <b>Seberang Takir</b>

Posted: 03 Nov 2012 09:01 AM PDT

Pada 3 November 2012 (Sabtu), satu program Latihan FROG VLE telah diadakan di SK Seberang Takir. Seramai 4 orang murid SK Tok Jiring telah dipilih untuk menyertai program ini. Murid-murid telah diberi pendedahan tentang Program Frog VLE yang bakal digunakan pada tahun hadapan.Semoga program ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang diimpikan, insyaAllah ;)

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: 70 penduduk miskin <b>di Setiu</b> dipilih sertai <b>...</b>

Posted: 06 Nov 2012 05:58 PM PST

Kerajaan Terengganu mengenal pasti 70 penduduk miskin di Pancor Bederu, Setiu untuk menyertai projek ternakan kambing Boer yang akan dimulakan Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) Februari depan. Menteri Besar, Dato' SeriHaji Ahmad Said berkata 30 lagi penduduk dari Projek Perumahan Rakyat Termiskin akan menjalani proses temuduga pada Januari ini sebelum layak menyertai projek itu.

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Tinta-tinta Ilmu: Membawa diri ke <b>Pulau Kapas</b>...

Posted: 30 Jun 2012 08:07 AM PDT

5 Jun 2012

Membawa diri ke Pulau Kapas...

Oppss... Jangan salah faham, aku bukan cuba melarikan diri dan bersembunyi di Pulau Kapas tetapi hanya bercuti dan merehatkan diri di Pulau Kapas setelah sekian lama menyumbang jasa dan bakti di sekolahku... Hehe cuti sekolah amat ditunggu oleh aku dan rakan sekerjaku...Cuti pertengahan tahun ini, aku habiskan di kampung halaman dan di Pulau Kapas. 
Pulau Kapas terletak di Terengganu dan merupakan Taman Laut Malaysia yang dilindungi di bawah Akta Perikanan 1985. Taman laut ini ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara kepelbagaian habitat dan hidupan marin. Segala aktiviti yang merosakkan terumbu karang dan ekosistem laut adalah dilarang dan salah di sisi undang-undang. Selain Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Perhentian juga merupakan kawasan Taman Laut.

Untuk sampai ke Pulau Kapas, aku perlu menunggu bot di jeti Marang. Tidak ku sangka terjumpa rakan sekerjaku, Cikgu Rizal yang bercuti dengan keluarganya di Pulau Kapas jugak. Betapa kecilnya dunia ini. 
Perjalanan lebih kurang setengah jam diperlukan untuk tiba di jeti Pulau Kapas. Inilah pengalaman pertama kali aku menaiki bot di laut... Terasa gelong dilambung ombak. Dari kejauhan aku dapat melihat Pulau Kapas...
Aku menyewa di Resort Mak Cik Gemok untuk sehari semalam sahaja. Makanan dan minuman di Pulau Kapas ini agak mahal, jadi kakak dan abang iparku membawa makan tengahari dan malam. Air mineral memang kena bawa kerana kawasan pulau mempunyai kadar hidrasi yang tinggi. 

Antara kemudahan yang terdapat di Pulau Kapas
Bila dah sampai pantai, aktiviti aku dan adik-adikku ialah bergambar di sekitar Pulau Kapas. Tetapi kakak dan keluarga abang iparku terus terjun kedalam laut selepas menjamu selera. Memang tak sabarlah diorang ni untuk mandi walaupun cuaca panas terik.. 
Aku dan adikku pula mandi laut selepas cuaca agak redup. Lama juga berendam di laut. Aku melakukan aktiviti 'snorkling' walaupun tiada yang menarik pun dekat dasar pinggir pantai kecuali batu karang yang bersepah di dasar laut. Kalau bertuah, dapatlah melihat anak ikan yang berwarna putih macam batu. Sekali-sekala tertelan air masin fuh.. pahitnya tak tergambar rasanya... 


 Menikmati keindahan pantai pada waktu senja..
Langit tidak selalu cerah. Tibalah masanya aku perlu beredar keluar dari laut kerana awan mendung mula berarak dan angin mula bertiup kencang menanda hari hendak hujan.. Apapun aktiviti 'snorkling' ini best macam penyelam profesional plak...
Malamnya, Pulau ini sunyi kerana pulau ini tidak mempunyai penduduk kecuali pelancong yang mengunjungi pulau ini.... Sungguh indah langit malam, dihiasi bintang dan deruan ombak memecah kesunyian malam...
Syukur, alhamdulillah.... Maha Suci Allah yang menjadikan bumi ini sebagai hamparan kepada manusia dan menghiasi langit malam dengan bintang-bintang bergemerlapan....


Antara yang menarik di Pulau Kapas ialah gua kecil, batu karang yang bersepah di tepian pantai

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


jamuan akhir tahun sk. <b>ajil di</b> anjung bistro pada 31.10.2012

Posted: 31 Oct 2012 10:28 PM PDT

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENAFIAN
Sekolah Kebangsaan Ajil tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan maklumat dan
aplikasi dalam laman ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Ajil
21800, Ajil, Hulu Terengganu
Tel: 09-6861154 Fax: 09-6861159
Email : tba5053@yahoo.com

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Bagai mati hidup semula | N9 Kini - Portal Berita Negeri Sembilan

Posted: 17 Oct 2012 07:40 PM PDT

KEMAMAN, 18 Okt. – "Saya rasa bagai mati hidup semula," kata pemandu lori simen, R Kandasamy, 39, yang terselamat walaupun kenderaan berat yang dipandunya terjunam ke dalam cerun dalam nahas di Kilometer 135 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Ladang Sawit Reezan, pagi semalam.

Keadaan lori yang dipandu Kandasamy yang terjunam ke dalam cerun selepas bergesel dengan Proton Wira di Jalan Jerangau-Jabor semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, lori simen yang dipandunya bergesel dengan sebuah kereta jenis Proton Wira, dipandu seorang guru berusia 27 tahun mengakibatkan lorinya yang gagal dikawal terjunam ke dalam cerun sebelah kiri jalan sementara kereta berkenaan terjunam ke dalam cerun di sebelah kanan.

Bagaimanapun, Kandasamy tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi pemandu kereta yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Sekolah Kebangsaan (SK) Cerul itu mengalami patah paha dan dikejarkan ke Hospital Kemaman sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.

Kandasamy berkata, dia hanya terbayang akan menemui ajal ketika lorinya 'terbang' ke dalam cerun selepas melanggar tiang elektrik di tepi jalan sebaik sahaja bergesel dengan kereta berkenaan.

Katanya, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Bandar Seri Bandi untuk menghantar muatan simen sebelum membunyikan hon beberapa kali kerana kereta dalam jarak kira-kira 20 meter di depannya beberapa kali masuk ke laluannya.

"Bila saya hon, kereta itu kembali masuk ke laluannya tetapi apabila kenderaan kami saling menghampiri kereta itu kembali masuk ke laluan saya menyebabkan kenderaan kami bergesel," katanya yang kelihatan masih terkejut dengan tragedi yang nyaris meragut nyawanya itu.

Sejurus itu, kereta berkenaan merempuh sebatang tiang elektrik konkrit di tepi jalan menyebabkan tiang tersebut tumbang dan bahagian belakang kereta membentuk lekukan bulat serta remuk teruk sebelum jatuh ke dalam cerun.

Menurut Kandasamy yang juga bapa kepada tiga anak dan menetap di Kuantan, kemalangan itu adalah nahas pertama kali dialaminya sepanjang enam tahun bekerja sebagai pemandu lori.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


TERKINI <b>DI</b> TERENGGANU: 11 NOVEMBER 2012 (AHAD)

Posted: 29 Oct 2012 06:44 PM PDT

3.00 petang : YAB Menteri Besar Terengganu ke Program Himpunan Generasi Muda Marang 2012 di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


My Story - A day at a time....: Pameran orkid <b>di Dungun</b>

Posted: 14 Oct 2012 06:46 AM PDT

Menghargai keindahan bunga okid adalah salah satu nikmat yang diberikan oleh Allah. Petang tadi emak ajak ke pameran dan jualan orkid di Padang Astana. Saya rasa sepanjang duduk kat Dungun inilah kali pertama diadakan pameran orkid disini. Cantiknya……Enjoy the pictures…

20121014_17284820121014_173008

20121014_173026

20121014_173037

20121014_173234

Pokok Roselle ini RM35.00. Anaknya yang kecil sedikit (belum berbuah) RM12.00.

20121014_173434

20121014_173453

20121014_173515

20121014_17353520121014_173603

20121014_17373520121014_173800

20121014_173811

20121014_173818

20121014_174226

Cantik bongsai ni

20121014_17423120121014_174820

Pokok bunga kemboja dengan bunga-bunga warna baru. Yang kuning ni nak ikut tapi mahalnya RM60.00.

20121014_17424020121014_174250

20121014_174410

Bunga Ros, Kekwa dan lain-lain juga ada.

20121014_174306

Berbagai-bagai anak pokok buah pun ada..

20121014_174427

Kali pertama saya jumpa pokok orkid ini. Cantik RM40.00

20121014_17443420121014_174438

20121014_17444920121014_174732

20121014_174602

Pertama kali saya jumpa orkid warna coklat. Cantik…

20121014_17460620121014_174616

20121014_17470220121014_174713

20121014_174720

Cantik bunga-bunga ni cuma harganya sedikit mahal. Berapa banyak yang mengikut. Believe it or not ZERO sebab gaji minggu depan. InsyaAllah saya akan datang lagi minggu depan Smile . Hari ni cuci mata je…

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2012 <b>di</b> Pusat Pembangunan Kemahiran <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2012 06:47 PM PDT

jawatan kosong 2012 TESDEC

Jawatan kosong 2012: Pada awal 90-an, Kerajaan Negeri Terengganu telah melancarkan program yang dikenali sebagai Skim Latihan Sambil Bekerja (SLSB) kepada belia-beliawanis tempatan tempatan bertujuan untuk memberi pendedahan dalam pelbagai aspek pekerjaan dan seterusnya memberi peluang pekerjaan bagi meningkatkan taraf sosial.

Program tersebut telah memberi impak yang baik dalam usaha untuk mengurangkan kadar pengangguran di kalangan belia. Ekoran itu, Kerajaan Negeri menubuhkan pusat latihan berasaskan kemahiran untuk memberi peluang latihan yang lebih formal dan teratur kepada belia tempatan. Pada 14 September 1996, maka Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) telah ditubuhkan.

Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pegawai Teknologi Maklumat (EIO)

2. Juruteknik Komputer (TSO)

Cara Memohon

1.Permohonan hendaklah di buat melalui borang jawatan kosong yang boleh didapati melalui website
www.tesdec.edu.my .
2. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan butir-butir peribadi (resume), salinan
kelulusan pengalaman kerja, gaji semasa/terakhir dan gaji yang dipohon beserta sekeping gambar
ukuran passport (tidak dikembalikan). Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada :

TESDEC SERVICES SDN BHD
KAWASAN PERINDUSTRIAN BUKIT KHOR,
21600 MARANG, TERENGGANU.
( u/p : Bahagian Sumber Manusia )

3. Bagi jawatan No. 2, calon diminta bersedia bagi ujian teknikal yang berkaitan.
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat di atas selewat-lewatnya 29 Oktober 2012 (Ahad).
5. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas tiga (3) bulan iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Sila klik sini untuk maklumat penuh dan sumber iklan jawatan kosong 2012 ini.
Sila klik sini untuk muat turun borang permohonan.

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2012

from your own site.

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


(Video) Tragedi awal pagi <b>di Kijal</b>, Kemaman - 6 maut kemalangan <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2012 05:52 PM PDT

Ehsan: Youtube dan MetroTV
Bas ekspress yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan enam orang maut di KM129.65 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu di Meraga Beris, Kemaman, Terengganu. - foto BERNAMA

KEMAMAN: Seorang ibu bersama tiga anaknya adalah antara enam yang maut dalam kemalangan yang membabitkan kereta mereka dan sebuah bas ekspres di Km129.65 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Meraga Beris di sini awal pagi Rabu.
Ibu tersebut ialah Noran Ali, 39, dan anak-anak perempuannya Nursyazleen Norizan, 12, Nur Syardiena, 9, dan Nurkhairatul Najiha, 4.
Dua lagi yang maut dalam tragedi kira-kira 4.30 pagi itu ialah saudara mara mereka iaitu Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta tersebut.
Dua lagi anak Noran iaitu Nursakinah, 17, dan adiknya Nursyafura, 13, cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang (HTAA).
Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, DSP Abdul Marlik Hakim Johar berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dinaiki para mangsa hilang kawalan akibat muatan berlebihan sebelum terbabas dan merempuh bas ekspres berkenaan.
Beliau yang berada di Hospital Kemaman di mana mayat para mangsa ditempatkan berkata rempuhan secara berhadapan itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.
Semua mangsa berasal dari Kampung Gong Pauh kecuali Wan Aspisar dari Kampung Bukit Mentok.
"Siasatan awal mendapati kereta itu memasuki laluan bertentangan sebelum berlaku pertembungan dengan bas ekspres berkenaan," kata Abdul Marlik.
Beliau berkata pemandu bas ekspres tersebut bersama 23 penumpang yang sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuantan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Tinjauan Bernama mendapati kawasan kemalangan terletak di laluan yang lurus berhadapan Sekolah Kebangsaan Meraga Beris dan menurut beberapa penduduk, di kawasan tersebut memang sering berlaku kemalangan maut.
Sementara itu suami kepada Noran, Norizan Othman, 49, berkata beliau reda dengan ketentuan Illahi dan menambah jenazah ahli keluarganya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Gong Pauh selepas solat asar.
Beliau juga berkata pihak hospital memberitahu kedua-dua anaknya yang sedang dirawat mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan namun berada dalam keadaan stabil.
"Saya hanya akan menziarahi mereka selepas menguruskan urusan pengkebumian adik-adiknya di sini," katanya. - BERNAMA


Share/Bookmark

(Video) Tragedi awal pagi di Kijal, Kemaman - 6 maut kemalangan ngeri termasuk 4 sekeluarga


Nak duit lebih? KLIK SINI

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved