ads

Rabu, 23 Mei 2012

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


Tanah Beserta Rumah untuk di Jual <b>di Setiu</b> | Portal Hantar Iklan <b>...</b>

Posted: 04 May 2012 11:32 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]admin 11 Views. tanah suku ekar beserta dengan rumah untuk dijual RM90,000.sila hubungi saya 019-9802449 pn aina untuk keterangan lanjut..direct pemilik.tanah. atau email aina.holiday@gmail.com ...

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


PAS KDAS 3: Full Video : Ceramah Terkini Ust Nassuruddin Daud <b>...</b>

Posted: 01 May 2012 04:41 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Full Video : Ceramah Terkini Ust Nassuruddin Daud Di Besut ... Bowling DPP Kawasan Tambun di Jaya Jusco ... Hari Keluarga Pas Caw 2011 Di Teluk Senangin ... Ceramah Nizar Di Terengganu ...

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


<b>Pulau Perhentian</b> Kecil – Part I | adimanPhotorawks

Posted: 21 May 2012 06:58 PM PDT

Cita-cita dihati hendak pergi mencandat sotong. Tetapi, impian murni menangkap dan lalu memeluk sotong dengan penuh kasih sayang hanya menjadi aktiviti percutian pulau-pulau sahaja. Kecewa tak terkata kerana perancangan lebih setahun dibuang ke longkang dan terus ke laut dan dimakan ikan buntal dan diberak cirit oleh ikan buntal tersebut. Renyuk hati dimamah rasa tak puas hati akibat pelbagai kejadian tahpape. Walaubagaimanapun, bersyukur sajalah sebab dapat juga bergembira bermain air laut yang masinnya Ya Allah! <- lama gila tak mandi laut baru ingat balik rasa masin air laut. Haha.

Lokasi percutian(cewah) kali ini adalah di Pulau Perhentian Kecil bersama kawan-kawan dari Takaful Ikhlas selama 3 hari 2 malam. Kalau nak pakej perlindungan takaful, bole kontek gua. Haha.

Total 38 photos.

Di Jeti Besut pon ada eklan budak kene culik ni. Dah selamat dah pun. Tapi in a way, aku tertanya-tanya apa nasib budak-budak lain yang kene culik. Adakah akan ada poster-poster macam ni di serata pelusuk negara? Hey apa serius pulak ni? Mari berjoget, kita kan nak ke pulau~~

2. Di jeti, tiada apa yang menarik boleh dilakukan selain duduk menunggu feri/bot laju untuk ke Pulau Perhentian Kecil. Kalau bosan mungkin boleh menari tiang. Tapi disini tiang konkrit besar tak sesuai untuk dikepit-kepit.

3. Amboi ceria sungguh bila nak pegi naik feri. Spek itam mesti pakai. Pelancong la katakan. Senang nak usha orang. Haha.

4. Perjalanan akan mengambil masa selama lebih kurang sejam. Bole tahan jauh la. Sambil tu, semua orang diberi pakai jeket keselamatan just in case feri kona lipat nak elak penyu lalu terbalik. Sebab cengkerang penyu kan keras kalau kene bot nanti meletup bot. Bahaya.

5. Senja Bay Resort. Itulah destinasi gua. Pergh air biru sedikit kehijauan sungguh sedap mata memandang. Tak sabar nak lepak tepi pantai huuu.

6. Check in dan letak barang di bilik masing-masing. Bilik dia so-so la. Ekon ada, water heater kene topup.

7. Pantai dimana gua stay. View dari kafe Senja Bay. Bole skodeng minah saleh dari sini. Tapi pakai spek itam dulu. Hehehe.

8. Housekeeping oleh Sandy si tupai yang hidup didalam laut.

9. Kompom teksi ni tak pakai meter.

10. Aktiviti hari pertama, kelauuuuuuuuuuuut! Naik bot nelayan untuk mencandat sotong. Bertolak seawal pukul 3 petang dan mindset dah set untuk balik keesokkan harinya. OK ini adalah gambar sauh.

11. Didalam bot nelayan. Pon pon pon. <- bunyi enjin. Tahpape. Perancangan awal nak duduk kat sini. Tapi tak dapat sebab dah penuh. Jahatnya sapa yang penuhkan tempat itu.

12. Didalam bot nelayan. Pon pon pon. Oleh kerana disini tidak penuh maka kami pergi memenuhkan tempat ini. Jahatnya kami. Haha.

13. Semua lelaki gagah pergi menjadi nelayan takak ikang. Gagah le sangat.

14. Gua tatau kenapa gua suka sangat dengan sauh ni.

15. Setiap bot ada salur air macam ni. Gua nak tanye tekong bot tu, air dari mana? Bot bocor ke? haha. Tapi tekong ni hampeh gila tak friendly bodo nak mampus aku bayar la wei! Haha emo.

16. Sekejap sahaja sudah berasa bosan gilababi. Hendak menari tiang tapi... ditengah laut. Kelak dilanda tsunami padan muka. Simpan saja niat itu. Gambar: Tidur manja diatas peha Suhaimi. (Dua-dua sudah berkahwin tapi inilah hubungan terlarang mereka kerana jauh berada di laut. HAHAHAHA)

17. Abe Izhar. Orang lain lepak di tempat teduh. Dia sorang sunbathing. Panasnya hari tu ya Allah tak terperi lom panas neraka lagi tu.

18. Tiba di tempat memancing. Maka kalutlah kaki pancing memasang bendalah pencing depa. Aku tengok je la sebab dok hau mende.

19. Tunggula. Selamanya.

20. Tetibe je tekong yang tak best ni bentikan bot, campak sauh. Adakah disini mau candat sotong? Dafuq? Semua mula berasa semacam.

21. Mereka pon tunjuk skill memancing ikang.

22. Dalam banyak-banyak ikan, si buntal jugak la yang nak makan umpan. Comelnya rasa nak peluk.

23. Ikan kerisi hampir mati tercekik kuaci. Gua dah pesan, "Lu tu ikan kerisi, takde gigi. Mana leh makan kuaci. Lu lansi lu cekik kuaci!"

24. Maka senja pon tiba. Dalam kes ni bukan di Senja Bay tapi di lautan tak dalam sebab nampak pulau dekat saja. Haha bongok.

25. Tak pasti samada termenung mengenangkan nasib ditipu atau mengenangkan nasib kail tidak disebat ikan.

26. Horeeey dapat dua ekor ikan yang pointless. "Horeeeey, mampus kita" Kata ikan.

27. Teori ikan yang segar adalah ikan yang matanya tidak merah. Tapi apakejadahnya ini ikan baru 5 menet mampus dah merah mata macam naga? PULANGKAN DUIT KAMI! KAMI MAHU IKAN SEGAR!!!! Kesimpulan: Ini adalah kesemua tangkapan kami. Pulang dengan kecewa kerana tiada sotong. TIADA SOTONG! Generator bot rosak, takleh pasang spotlight untuk menyuluh sotong. Babi betol. Eh mencarut lak. Hahaha.

28. Keesokkan harinya mengubat duka lara dengan pergi snorkeling. Kejelitaan masih perlu dipelihara. Bukan hanya gadis mahu melawa, Suhaimi juga menepek sunblock lotion setelah dinasihati makcik-makcik di sebelah sana. Haha. Wajah semakin berseri-seri dan nampak gebu. Kerana kecantikkan adalah hak milik setiap insan.

29. Punya la ramai geng kitorang. Terpaksa naik dua bot. Ini bot yang chill. Satu lagi bot geng tak chill. Haha.

30. Tadi gambar penduduk row belakang. Ni pulak gambar row depan VIP seat. Haha.

31. Sunblock dah pakai. Suhaimi bersedia untuk menyelam. Eh, snorkeling.

32. Bot yang tidak chill. Geng kasih ibu dan ayah dan tidak dibenarkan membuat lawak lucah.

33. Speedboat 150 horse power. Air naik merecik sampai ke bulan.

34. Lighthouse kata abang bot. Kat sini banyak gila ikan kebulur.

35. Suhaimi cuba melakukan sesuatu.

36. Sesuatu yang berani!(Walaupun nampak raut muka yang cuak) Pergh memang berani. Oleh sebab ini adalah aksi berani, gua pon terjun juga. Percayalah. Kalau nampak pasti gua akan digilai gadis-gadis kerana keberanian hati waja gua. Cuma dilema photographer, tiada siapa yang mengambil gambar gua sebagai bukti.

37. Gua dah cakap.. Ikan kat sini jinak lagi kebulur. Tapi takle blah, bagi makan biskut mahal.

38. Sambil tengok ikan tu makan, kita bole makan sama. Biskut mahal tu. Rugi la tengok je ikan makan dengan berselera. Nom nom nom.

Bersambung part II…

Rating: 0.0/10 (0 votes cast)

Related posts:

  1. Bandung + Jakarta: Jalan-jalan cari pasal – Part I
Tags: , , ,

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Penjenayah Mati Ditembak

Posted: 19 May 2012 06:00 AM PDT

19/05/2012 21:00:00

Seorang lelaki yang diburu polis kerana terbabit dalam pelbagai jenayah termasuk kes bunuh di Taman Melawati, ibu negara baru-baru ini, mati ditembak di Lebuh Raya Pantai Timur, LPT awal pagi tadi.

Dalam kejadian di susur masuk tol Jabor itu, seorang anggota polis Unit Peronda Lebuh Raya LPT turut cedera terkena tembakan.

DATUK SHARIFUDIN ABDUL GHANI/KETUA POLIS PAHANG
"Suspek ini apa yang ada pada dia adalah sejenis pistol semi auto 9mm jenis Bareta dan juga lesen memandu, alamatnya di bandar Sentul."

Suspek dikenali sebagai Chang Hong Kim, 39 tahun dari Bandar Sentul, Kuala Lumpur.

Dia sebelum itu bertindak menembak dua anggota polis yang memeriksa keretanya di susur masuk tol Lanchang menghala ke Kuantan.

Tembakan itu bagaimanapun tersasar.

Dia kemudian merampas kenderaan polis dan bertindak melarikan diri.

Sebuah kereta peronda lebuh raya yang kebetulan melalui kawasan kejadian bertindak mengejar suspek.

Ketika tiba di KM 113.6, suspek sekali lagi merampas sebuah kereta Waja dan melarikan diri ke arah tol Jabor.

Suspek bagaimanapun berpatah balik arah Kuala Lumpur selepas menyedari polis membuat sekatan di tol Jabor.

Sebaik tiba di KM 249.2, penjenayah berkenaan menghentikan kenderaan dan melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah polis.

Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd Jarizan Md Jid cedera di tangan kanan akibat terkena tembakan.

Suspek yang turut terkena tembakan di lengan kanan, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Aishah Akan Ucapkan Selamat Tingal kepada Umno <b>di Chukai</b>

Posted: 19 May 2012 11:14 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita57/nik%20aziz%20030.JPG

(Buletin Online) - Wan Aishah binti Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, merupakan penyanyi yang terkenal dengan lagu 'mana janji manismu', berasal dari Negeri Sembilan dan pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand. Menurut Penolong Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat, Aishah akan bersama-sama ribuan warga Chukai dan Kemaman mengucapkan selamat  tinggal kepada Umno dalam Himpunan Selamat Tinggal Umno yang akan diadakan pada 23 hingga 25 Mei ini.


Katanya, Aishah akan bersama sembilan pemidato lain akan menghangatkan Himpunan tersebut yang merupakan kemuncak selepas siri himpunan, Himpunan PAS Ganti Umno dan Himpunan Tolak Umno.

"Aisyah akan hadir dan menyampaikan ucapan selamat tinggal kepada Umno dalam Himpunan Tolak Umno yang akan diadaan selama tiga hari tiga malam di Dataran Tok Guru,

"selain Aisyah, lapan lagi pemidato lain akan menghangatkan Himpunan,"ujarnya ketika ditemui selepas Majlis Ceramah isu Semasa di Kampung Gong Limau, dekat sini Jumaat 18 Mei.

Menurutnya para pemidato adalah terdiri dari pemimpin kanan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob, Pengarah Pilihanraya Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda DAP Yb Anthony Loke Siew Fok dan Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli.

Haji Hanafiah yang juga Pegarah Majlis Tindakan DUN Chukai berkata, Aisyah adalah yang paling tepat bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Umno kerana beliau baru menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS pada 14 Mei lalu.

[Gambar kiri - Aisyah menyerahkan borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis di KUIZM 14 Mei lalu]

Sebelum itu, dalam ceramahnya, Haji Hanafiah mengutuk tindakan seorang Ustaz 'pembodek' Perdana Menteri yang sanggup membuat kenyataan hanya Najib sahaja yang mengetahui dan Allah juga tidak tahu tarikh pilihanraya umum ke-13.

Beliau juga berkata Umno sudah gila apabila kelab veteran tentera yang menyokong Umno melakukan senaman 'tungging' punggung dihadapan rumah Pengerusi Bersih, S Ambiga.

"Apabila veteran tentera hampir 15 orang berada dihadapan rumah Ambiga 'tungging jubor tahik' (melakukan) satu senaman tungging jubor tahik, gila tak gila Umno saudara saudari sekelian, tak boleh nak bua pada dah (dengan Umno ini) buat senaman 'kepala bapak',

"kita hidup lama dah (sebelum ini) tak berbunyi (tak penah ada) senama tungging punggung,"tegasnya.

Manakala sebelah petang, Jumaat 18 Mei, Majis Tindakan DUN Chukai turut menganjurkan program motivasi secara santai di tepi pantai bersama Timbalan pesuruhjaya PAS Paha Ustaz Mohd yusof Embong dan bekas selebriti Catriona Ross. 


 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved