ads

Jumaat, 3 Ogos 2012

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


Suara Generasi Baru » IKBN <b>Kemasik</b> Bakal Melahirkan Usahawan <b>...</b>

Posted: 26 Jul 2012 03:43 PM PDT

Gambar 1.0 IKBN Kemasik Kemaman

Gambar 1.0 IKBN Kemasik Kemaman

Institut Kemahiran Belia Negera (IKBN) yang diselia dibawah Jabatan Belia dan Sukan adalah institut yang setanding dengan institusi-institusi pendidikan yang lain di Malaysia ini. Institut ini memberi peluang kepada belia-belia yang kurang benasib baik dalam pelajaran untuk menyambung pelajarannya ke tahap yang lebih tinggi. Belia juga tidak perlu risau kerana kemudahan yang ada di IKBN mampu membuat belia berjaya dalam bidang yang dipelajari.

IKBN Kemasik telah beroperasi pada 18 Oktober 2010 dan pengambilan pelajar bagi sesi pertama diambil pada Julai 2011. IKBN Kemasik ini adalah IKBN yang baru beroperasi. Antara kursus yang ditawarkan adalah kursus penyediaan makanan, pastri,roti,perkhidmaatan kaunter hadapan (Front Office), rekabentuk multimedia dan lain-lain. Jarak antara IKBN Kemasik dengan Bandar Kemaman lebih kurang 19 kilometer.

Terdapat juga kemudahan yang disediakan di IKBN ini antaranya kemudahan perpustakaan, padang bola, gelanggang perumahan,surau,dewan makan,kuarters dan lain-lain.  Kemudahan ini disediakan untuk keselesaan pelajar dan kakitangan IKBN ini. IKBN ini telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan iaitu Dato' Ahmad Shabery Cheek. IKBN ini mampu menampung 800 pelajar dalam setiap sesi.

IKBN Kemasik ini turut dikategorikan sebagai IKBN model perintis yang menawarkan pembelajaran konsep keusahawanan. Di mana para pelajarnya diberi peluang untuk menjalankan perniagaan berteraskan produk makanan tau perkhidmatan.

Baru-baru ini juga IKBN Kemasik ini telah Memeterai Memorundum Persefahaman (MOU) dengan 12 pihak industri. Persefahaman ini adalah bagi melahirkan tenaga mahir  selaras dengan hasrat kerajaan untuk menaikkan taraf bidang kemahiran sosio ekonomi negara.

Antara industri-industri yang terlibat adalah Awana Kijal Beach & Golf Resort,Eastern Pasific, Industria Corporation Bhd (EPIC), Kelab Golf & Rekreasi Petrionas, Konsurtium Usahawan Makanan & Industri Asas Tani Sdn Bhd (KOMITA), Ranaco Group of Companies Sdn.Bhd, CIMB Bank Bhd, Ziq Bakery & Cake, Residence in Cherating, Digi Colour Proshop, Nik Unisex Hair & Beauty Saloon dan Persatuan Kontraktor Daerah Kemaman.

Pencapaian ini mampu mencapai taraf negara maju bependapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Ini membuktikan bahawa pelajar IKBN mampu berjaya dimasa akan datang.



 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved