ads

Isnin, 18 Jun 2012

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Cempaka Biru: Pasar pagi <b>di Marang</b>

Posted: 18 Jun 2012 01:07 AM PDT


Jenuh cari parking , sampai kat sini baru ada.  Menapaklah kami ke pasar Marang. Kelihatan Menara tinjau.Boleh namapak Pulau Kapas dari sini.


Pagi Sabtu, pagi pagi terus bersiap laki bini nak pergi ke Pasar pagi di Marang . Bukan apa cik abang saya ni nak cari nasi dagang. Pedahal tuan rumah dah siapkan  nasi dagang kat rumah. Nak makan di kedai  syok sikit sambil jamu mata cara orang Trengganu bersarapang pagi.

Kami makan di kedai depan pasar ini. Puas meninjau lepas satu ke satu kedai, tak ada jual nasi dagang rupanya. Yang ada roti canai, pulut, nasi minyak(nasi kuning), dan laksam. Antara menu yang sempat saya nampak.
Dek kerana tak ada nasi dagang di kedai makan yang kami duduk, saya pun berjalan kaki ke Pasar Bandar Marang tu. Dapatlah beli nasi dagang yang diidamkan.  Suami saya dah cop meja. Alih-alih bila sampai penuh dengan kaum kerabat ni ,tengah menjamu selera. Mereka ni dari KL nak candat sotong. Lalu , duduklah kami bersarapan sekali .
Sebabnya meja  lain semua penuh dengan manusia. Maklumlah cuti...orang Terengganu sendiri pun suka minum pagi kat luar.Campur dengan orang luar yang singgah bertambah-tambahlah ramainya.

Entah dapat ke tidak sotong budak-budak ni...
 View ini di hadapan kedai makan tadi. Cantik....
Saya beli kat makcik ni...sebungkus  2 rial.
Saya tibai sebungkus nasi dagang dan sebungkus laksam.
Suami saya , makan lagi sepinggan nasi dagang bila balik dari pasar ni kat rumah sepupu saya.

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


Anak Merdeka: Bangunan Tinggi <b>di Gong Kedak</b>

Posted: 06 Nov 2011 11:48 PM PST

Assalamualaikum....


Cuba korang tengok bangunan kat atas tu...Bangunan tu still dalam pembinaan lagi... Ketinggiannya dalam 3 tingkat n kalo dilihat maybe akan lagi tinggi lepas siap nanti... Ape yang jadi persoalannya ialah ianya berhampiran dengan Pangkalan Udara Gong Kedak betul2 bersebelahan dengan pagar Pangkalan...
Ianya juga berhampiran dengan runway Pangkalan... Ape tujuan Bangunan ini dibina?? Sebagai Menara Pemerhati bagi sebarang aktiviti dalam pangkalan ke? Pangkalan Udara Gong Kedak merupakan salah satu Pangkalan STRATEGIK negara yang menempatkan 18 buah pesawat tercanggih milik TUDM... So dari bangunan yang akan dibina nie tak mustahil setiap aktiviti pergerakan udara Pangkalan akan dapat diperhatikan dari bangunan ini.....So TUDM rasanya perlu menyiasat pemilik bangunan ini agar ianya tidak dijadikan bangunan yang merekodkan semua aktiviti pergerakan udara dari pangkalan....

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Holiday <b>Pulau Kapas</b> | Blog Cikgu Hairul

Posted: 08 Jun 2012 04:36 PM PDT

Sedar tak sedar dah nak habis cuti sekolah. Bila bertanya ke mana nak pergi untuk manafaatkan cuti sekolah masa awal-awal cuti haritu macam- macam tempat yang boleh disenaraikan, tapi tempat yang betul-betul memenuhi citarasa kadang-kadang tak bersesuaian dengan bajet. Ingatkan nak ke Cameron, tapi bila dengar cerita kawan-kawan yang naik ke sana jalan jem yang amat tak jadi saya nak pegi.

Untuk segmen jalan-jalan ukur jalan sempena cuti sekolah kali ni, tempat yang saya pilih adalah sebuah pulau yang terletak di timur semenanjung Malaysia iaitu Pulau Kapas. Pulau Kapas ni terletak di negeri Terengganu Darul Iman. Sebenarnya, perjalanan ke Pulau Kapas ni bukanlah dirancang malah memang tak terfikir pun nak ke sini pada musim cuti ni. Tapi itulah yang dinamakan rezeki.

Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 6 jam dari Kuala Lumpur ke jeti Pulau Kapas dengan dibantu oleh "Gadis Pilihan Saya" atau nama manjanya GPS. Sebagai panduan bagi rakan-rakan yang mungkin nak pergi bercuti ke Pulau Kapas, korang boleh ambil highway Pantai Timur dan exit tol Jabor dengan kadar tol sebanyak RM 21. Kemudian, ikut je signboard menuju ke Kuala Terengganu. Bila dah masuk ke jajahan takluk Terengganu, baru ikut signboard ke Dungun seterusnya ke Marang. Bila berada di daerah Marang, cari signboard ke Jeti Pulau Kapas. Ingat,JETI PULAU KAPAS ye, bukan Jeti Marang! Jeti tu berada di sebelah kanan jalan. Kena masuk sikit la ke dalam.

Dah sampai kat jeti ni, korang boleh tengok, banding beza harga pakej yang bersesuaian dengan bajet korang. Itu kalau datang terjah macam saya. Kalau dah tempah awal-awal teruslah ke kaunter dan tunggu feri. Nasib baik masih ada tempat. Kalau tak balik melopong la nak sampai Pulau Kapas. Tapi, macam biasalah..musim cuti sekolah ni harga boleh dikatakan naik berganda. Hotel atau chalet memang banyak. Saya pilih Kapas Coral Beach Resort dengan pakej 3D2N. Pakej ni termasuk bot pergi balik, makan 3 kali sehari, snorkeling trip dan equipment. Apa yang menarik, KCB ni terletak betul-betul depan pantai. Bagi yang sukakan aktiviti BBQ tempat turut disediakan. Tak semua chalet yang dibenarkan masak/BBQ. Yang penting, di sini tak banyak kedai makan. Oleh itu dinasihatkan baik ambil je pakej makan yang disediakan. Makanan kat sini sangat mahal. Musim cuti ke tak musim cuti ke, harga memang maintain mahal. Jadi ambiklah pakej yang ada makan sekali.

3 hari di sini memang menyeronokkan. Penat memang penat. Layan karenah isteri yang berpenyakit "hyperactive" ni.. snorkelling, berkayak, join Island tour, mandi manda, jalan-jalan…macam-macam ada. Kulitku yang tak berapa putih ni jadi bertambah tinted daa..apa-apa pun percutian yang amat menyeronokkan..sebenarnya, percutian ni adalah hadiah sempena Hari Lahirku dari seorang Isteri..terima kasih sayang……

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


Baung Lat Danau Bay Cafe, Tasik Kenyir | Hidup Biar Sedap

Posted: 09 Jun 2012 06:55 PM PDT

Aman , damai,  rukun, harmoni, tenteram, tenang, sejahtera, sentosa, bahagia, selamat, hening, karar … tiada lagi perkataan yang sesuai untuk digambarkan.  Semua perkataan dari kamus dewan saya dah petik!

Pemandangan indah dari anjung Danau Bay Cafe, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir.  Di hujung sebelah kiri adalah chalet-chalet milik Lake Kenyir Resort & Spa .

Ruang restoran yang mengadap Tasik Kenyir.

Pintu masuk utama ke Danau Bay Cafe adalah melalui Pusat Penerangan Kenyir (PPK)

Berdiri di anjung bangunan Pusat Penerangan Kenyir (PPK) dan Danay Bay Cafe yang redup dengan kehijauan pokok.  Saya suka pokok….hihi

Asyik dan ralit menikmati makan tengahari dengan suasana dan pemandangan yang mendamaikan.

Ikan Baung Stim Lat – saya tak pasti Lat itu sejenis masakan atau nama glamer tukang masak yang menciptanya.

Entri lain tentang percutian ini:

Tasik Kenyir terletak kira-kira 75 km dari Kuala Terengganu. Jeti Gawi ialah pintu masuk utama ke tasik. Terdapat Pusat Penerangan Kenyir (PPK), kawasan rehat, tandas, bilik solat dan ruang letak kereta juga kaunter pengusaha bot yang menawarkan pakej pelancongan.

Untuk maklumat hubungi
Pusat Penerangan Kenyir (PPK )Pengkalan Gawi
Tel : 09-626 7788 or 666 8498 or
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)
Tel : 09-822 3100 ext 103.

Cara untuk ke Tasik Kenyir :

Jika dari Kuala Lumpur  – ikut Lebuhraya Pantai Timur – Lebuhraya Jerangau-Jabor – Bandar Al Muktafi Billah Shah – Kuala Berang (kira-kira 413 km )

Nota : selepas Bandar Al Muktafi Billah Shah, kira-kira 10 km, ambil kanan ke Lebuhraya Pantai Barat – Kuala Terengganu dan keluar di Ajil. Teruskan ke Kuala Berang. Lebuhraya ini baru dibuka.

Dari Kuala Berang ke Pengkalan Gawi Tasik Kenyir kira-kira 35km.

Atau

Dari Kuala Lumpur – Bentong – Kuala Lipis – Gua Musang ( kira-kira 200 KM )
Gua Musang – Felda Aring – Pengkalan Gawi , Tasik Kenyir ( kira -kira 159 km)

Kalau menggunakan perkhidmatan bas – beli tiket di Hentian Putra, Kuala Lumpur. Bas Kenyir Express dengan harga RM 44.40 ke Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir bertolak setiap jam 9 malam.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus (contohnya, perubatan, perundangan dan sebagainya yang berisiko) sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Kujie

Post Lain Yang Berkaitan:

  1. Seperti Tasik Kenyir, Begitu Jugalah Panjangnya Sejarah Kami
  2. Tiba Juga Akhirnya
  3. Hari Ke-10 – Selamat Tinggal
  4. Melayan Nafsu Di Kuala Berang
  5. Terlalu rumit untuk dikupas dan terlalu indah untuk dibiar tanpa erti…

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Anak tidak sangka bapa maut selepas hantar ibu ke stesen bas <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2012 01:08 AM PDT

28 Rejab 1433H. [MOD] -

DUNGUN – Hiba dan terkejut, itulah perasaan Mohd Hafizan Mamat, 26, seorang kakitangan swasta sebaik melihat jasad bapanya, Mamat Taib, 57, yang ditutup surat khabar terbujur kaku di tepi jalan raya.

Mamat maut dalam kemalangan tragedi ngeri membabitkan sebuah kereta dan lori di sini, pagi semalam. Dalam kemalangan kira-kira jam 11.20 pagi itu, kereta dipandu mangsa dari arah Dungun menghala ke Paka dipercayai masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori sarat muatan bawang.

Akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu setelah bahagian hadapan Proton Wira dipandunya remuk teruk, manakala lori yang dari arah Paka menghala ke Dungun itu terbalik. Mangsa yang parah pada bahagian kepala selepas terbabit dalam nahas ngeri di Kilometer 95 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berdekatan Klinik Kesihatan Kampung Nyiur itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bapa pulang selepas hantar ibu MENURUT Mohd Hafizan yang ditemui di tempat kejadian, sebelum kemalangan, bapanya yang juga peneroka Felda Kerteh Enam dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ketengah Jaya selepas menghantar ibunya, Khafiah Yusuf, 54, ke Stesen Bas Dungun. Mohd Hafizan berkata, arwah bapanya itu keluar rumah sejak jam 8.30 pagi lagi bagi memastikan ibunya tidak ketinggalan bas ekspres untuk ke Shah Alam, Selangor kerana melawat kakak iparnya yang baru melahirkan anak kedua.

Katanya, sebelum bertolak pulang ke Ketengah Jaya, ketika dia berada di tempat kerja di Kerteh, dan arwah bapanya sempat menghubungi melalui telefon bimbit memaklumkan bahawa sudah menaiki bas untuk menuju ke Shah Alam.

Beria-ia mahu ibu ke Shah Alam

"SEBELUM kejadian, dia begitu beria-ia mahu ibu ke Shah Alam untuk melihat anak saudara saya yang baru dilahirkan, "Tak sangka pula dalam perjalanan pulang dia terlibat dengan kemalangan yang mengorbankan nyawanya," katanya. Kata Mohd Hafizan, dia tidak menyangka bapanya yang difahamkan baru mendapat durian runtuh duit Felda sebanyak RM5,000 itu akan pergi begitu cepat berikutan tiada sebarang perubahan ditunjukkan mangsa.

"Baru beberapa jam saya bercakap dengannya menerusi telefon, kini dia sudah tiada," katanya. Jalan sesak di kedua-dua arah SEMENTARA itu, akibat kemalangan terbabit, jalan raya di kedua-dua hala turut mengalami kesesakan teruk sejauh lebih tiga kilometer.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, beberapa anggota polis dibantu anggota Rela dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat berkaitan tragedi itu. "Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat. "Jenazahnya dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Ketengah Jaya, Dungun," katanya.

Sinar Harian


Dia buat dah: Anak tidak sangka bapa maut selepas hantar ibu ke <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2012 01:13 AM PDT

DUNGUN – Hiba dan terkejut, itulah perasaan Mohd Hafizan Mamat, 26, seorang kakitangan swasta sebaik melihat jasad bapanya, Mamat Taib, 57, yang ditutup surat khabar terbujur kaku di tepi jalan raya.

Mamat maut dalam kemalangan tragedi ngeri membabitkan sebuah kereta dan lori di sini, pagi semalam. Dalam kemalangan kira-kira jam 11.20 pagi itu, kereta dipandu mangsa dari arah Dungun menghala ke Paka dipercayai masuk  ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori sarat muatan bawang.

Akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu setelah bahagian hadapan Proton Wira dipandunya remuk teruk, manakala lori yang dari arah Paka menghala ke Dungun itu terbalik. Mangsa yang parah pada  bahagian kepala selepas terbabit dalam nahas ngeri di Kilometer 95 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berdekatan Klinik Kesihatan Kampung Nyiur itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bapa pulang selepas hantar ibu MENURUT Mohd Hafizan yang ditemui di tempat kejadian, sebelum kemalangan, bapanya yang juga peneroka Felda Kerteh Enam dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ketengah Jaya selepas  menghantar ibunya, Khafiah Yusuf, 54, ke Stesen Bas Dungun. Mohd Hafizan berkata, arwah bapanya itu keluar rumah sejak jam 8.30 pagi lagi bagi memastikan ibunya tidak ketinggalan bas ekspres untuk ke Shah Alam, Selangor  kerana melawat kakak iparnya yang baru melahirkan anak kedua.

Katanya, sebelum bertolak pulang ke Ketengah Jaya, ketika dia berada di tempat kerja di Kerteh, dan arwah bapanya sempat menghubungi melalui telefon bimbit memaklumkan bahawa sudah menaiki bas untuk menuju ke Shah  Alam.

Beria-ia mahu ibu ke Shah Alam

"SEBELUM kejadian, dia begitu beria-ia mahu ibu ke Shah Alam untuk melihat anak saudara saya yang baru dilahirkan, "Tak sangka pula dalam perjalanan pulang dia terlibat dengan kemalangan yang mengorbankan nyawanya,"  katanya. Kata Mohd Hafizan, dia tidak menyangka bapanya yang difahamkan baru mendapat durian runtuh duit Felda sebanyak RM5,000 itu akan pergi begitu cepat berikutan tiada sebarang perubahan ditunjukkan mangsa.

"Baru beberapa jam saya bercakap dengannya menerusi telefon, kini dia sudah tiada," katanya. Jalan sesak di kedua-dua arah SEMENTARA itu, akibat kemalangan terbabit, jalan raya di kedua-dua hala turut mengalami kesesakan teruk  sejauh lebih tiga kilometer.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, beberapa anggota polis dibantu anggota Rela dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat berkaitan tragedi itu. "Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat. "Jenazahnya dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Ketengah Jaya, Dungun," katanya.

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


Ceramah-ceramah <b>di Kemasik</b> dan Kerteh | PAS Pekan Kemasik

Posted: 31 Mar 2012 03:46 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Ceramah-ceramah di Kemasik dan Kerteh. Posted 31st March by PAS Pekan Kemasik · PAS Pekan Kemasik. Subscribe. RSS Feed. Add to Google Reader · View RSS Feed. Loading. Send feedback.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


SDR RAFIZI DI PANDAN, YB AZAN <b>DI KEMAMAN</b> - Mandor.blogspot

Posted: 13 Jun 2012 02:51 PM PDT

HEBOH diperkatakan bahawa Sdr Rafizi, Pengarah Strategi KEADILAN akan bertanding di Parlimen Pandan di dalam PRU ke 13 nanti.  Perkhabaran ini turut dikisahkan di dalam media rasmi KEADILAN sendiri iaitu Keadilan Daily.
Maka, hampir pasti Sdr Rafizi tidak bertanding di Parlimen Kemaman, Terengganu sebagaimana yang heboh diperkatakan sebelum ini.  Di mana pun tempat Sdr Rafizi bakal bertanding, adalah diharapkan parti meletakkan beliau di tempat yang selamat.  Ini adalah kerana Sdr Rafizi amat diperlukan berada di Parlimen samada sebagai MP Kerajaan mahu pun Pembangkang.  Suara anak muda ini releven untuk kedua-dua fungsi beliau di Parlimen nanti.
Tiada seorang pun yang boleh mempertikaikan kewibawaaan Sdr Rafizi selama ini.  Ketokohan beliau dilihat lebih hebat dari beberapa tokoh yang lebih lama di dalam parti.  Sebab itu kita perlu ingat, di dalam politik bukan lama atau senior menjadi ukuran tetapi konsisten dan istiqamah di dalam perjuangan itu penting.  Lebih penting lagi sanggup bersusah payah dan berkorban untuk parti walaupun baru dua tiga hari di dalam parti.  Apalah ertinya lama di dalam parti jika kita hanya berjuang untuk menuntut habuan dari parti.  Jika parti gagal berikan apa yang kita mahu, kita lari menjadi katak.  Banyak contoh spesis seperti ini.
Ertinya, Parlimen Kemaman kembali kosong jika Sdr Rafizi ke Pandan.  Persoalannya, siapakah yang layak bertanding di Parlimen Kemaman iaitu satu kawasan yang dianggap berpeluang cerah bagi KEADILAN di Terengganu.  Bagi saya, tidak lain melainkan YB Azan Ismail layak bertanding di situ.  Kerusi beliau sekarang di Parlimen Indera Mahkota, Kuantan, Pahang sudah pun ada calon yang sesuai di situ apabila YB Azan dilantik menjadi Pengerusi KEADILAN Terengganu.  Selaku Pengerusi MPN Terengganu, wajar YB Azan bertanding di Terengganu di kawasan yang selamat.  

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Lelaki Kacak Dan Update Cabaran SEO | <b>Bukit Besi</b> Blog

Posted: 15 Apr 2012 09:41 AM PDT

Salam satu Malaysia. Lelaki kacak dan update Cabaran SEO terkini. Persaingan cabaran ini semakin sengit apabila contest ini mendapat sambutan ramai blogger yang telah menyertai peraduan anjuran Encik Titan. Kedudukan ranking sentiasa berubah dan pemenang akan diadili mengikut kedudukan di muka pertama Google pada bulan Jun nanti.

Sudah tentu pemenang pertama adalah seorang blogger yang pakar SEO dan mempunyai skill tertentu yang akan memenangi peraduan ini. Siapa pun mereka, mereka layak untuk menang. Bagi blogger baru seperti tuan tanah blog ini, perlu mencari dan belajar untuk mengenali apa itu SEO dan sebagainya.

Contest Cabaran SEO Lelaki Kacak

Seperti kata Ariff Shah seorang blogger yang memang dikenali, pemenang yang bakal memenangi peraduan ini adalah blogger yang mempunyai resource yang paling besar iaitu daripada segi backlink, rich snippets, social votes dan juga organic trafik. Sebagai contoh, semakin banyak trafik ke sesebuah blog berkaitan dengan cabaran SEO ini semakin tinggilah ranking kedudukan blog tersebut.

Update Terkini Cabaran SEO 16 April 2012

Ilmu Baru Dari Contest Cabaran SEO

Ada beberapa ilmu baru yang boleh kita pelajari melalui cabaran lelaki kacak ini. Entri daripada Ariff Shah sebenarnya mempunyai sesuatu yang diperlukan oleh semua blogger yang ingin mempelajari tentang ilmu SEO. Namun, kreativiti seseorang blogger adalah perlu untuk memahami apa itu SEO.

Nota: Gambar lelaki kacak di atas adalah milik seorang kawan blog Bukit Besi. Mungkin akan dibuang sekiranya tuan punya badan marah. Jomkongsistory.com sudah mendominasi tempat pertama di muka depan Google. Apa rahsia dia agaknya? Siapa tahu cara untuk kekal di muka depan Google? Confirm lepas bulan Jun baru ada yang rela hati nak bagitahu. Bukit Besi mengharapkan keajaiban akan berlaku untuk berada di muka depan walaupun bukan tempat pertama, kedua dan ketiga.  Selamat berjaya kepada semua peserta cabaran SEO.

Carian Popular Terkini:
  • lelaki kacak di dunia
  • budak laki cute
  • GAMBAR LELAKI CUTE
  • Kedudukan terkini Lelaki kacak
  • lelaki kacak di malaysia
  • wajah jejaka kacak
  • wajah -wajah lelaki kacak
  • tanah bukit besi siapa punya
  • lelaki malaysia
  • Apa rahsia Muka hensem

Related posts:

  1. Cabaran SEO Lelaki Kacak Update Terkini
  2. Lelaki Kacak Dari Mata Lelaki Tak Kacak
  3. Bila Lelaki Kacak Memberi Nasihat
  4. Surat Untuk Seorang Lelaki Kacak
  5. Lelaki Kacak Dan Lagu Lelaki Seperti Aku
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved