ads

Rabu, 9 Januari 2013

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


Gadis Penyu <b>Di Rantau Abang</b>, Terangganu. Angpa tau?

Posted: 16 Sep 2012 01:02 PM PDT

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
1st time abg long jejak kaki kat pantai Rantau Abang ni. Sebelum ni duk dengaq ja tentang kebestan kawasan peranginan tumpuan pelancong ni ha. Alhamdulillah, dapat gak la mencemar duli kat sini. Negeri Terengganu ni kaya dengan keindahan alam semulajadinya, lanscape dia pun memang cun abis. 
Lepas ni boleh la abg long pasang angan2 utk menjelajah serata inci tanah dia.....Jelajah sampai poket lebam...Ha Ha Ha.....Gila ang, nak mengembara or melancong sekurang2nya pulus mau ada. Tak sikit, banyak dah tentu perlu sedia. Tapi, sesekali sesekala pi tempat lagu ni best apa. Langsung dak rugi la. Pendek kata (panjang tak kata apa2) boleh release tensen dan hanyutkan segala masalah kat laut cina selatan tu ha.
Masa kat Rantau Abang tempohari abg long menetap kat De Awang Beach Resort. Makanan kat sini memang tahap bintang2 bertaburan. Sedap maha lazat.....Peeehhhhhhh!! boleh bikin leleh ayaq liuq abg long ni bila ingat masakan dia. Tapi, kalau ang nak lepak kat De Awang Resort ni abg long sarankan ang amik chalet yg berhawa dingin. Tak mahai pun dalam RM90 semalaman. Kalau yang fan bagi abg long teramat la tak cool. Sarung bantal dengan kain cadar pun stay guna yang zaman arwah to nenek abg long pakai masa muda2. Adoiiiiiiiiiii....klasik betui dia punya deco dalam bilik. Ha Ha Ha!! Harga semalaman bagi bilik klasik ni RM50 aje. 
Kalau datang Rantau Abang ni bersepah chalet untuk ang lepak. Pilih ja mana yang ang berkenan, tak semestinya De Awang Beach Resort. Ang tepuk poket, tanya dompet....Hi Hi Hi....InsyaAllah, masalah utk menginap dan mententeramkan perut akan settle....Kih Kih Kih!!
Bestnye Rantau Abang ni bagi abg long sebab dia ada perkataan 'ABANG', sama sebijik macam  ABANG long gak....Ha Ha Ha....bengong kan, langsung takdak perkaitan....Adoiiiiiiiiilalalala...Tapi kan, seriusly abg long cakap, datang sini memang tak mengalami defisit fiskal pada ketebalan dompet ang. Tempat memang best gila tahap dewa. Kat Rantau Abang ni nanti ang boleh tengok matahari naik dan matahari jatuh. Tapi masa kat sini abg long sedikit mengalami kerugian coz tak sempat nak shoot panorama masa matahari sedang hadir memberi salam.....fuhhhhhhh, jiwang sudaaaaaaaaaaaaaaa.....ahaks3...Tak sempat amik sebab berperang dengan selimut, sedar2dah dekat nak subuh bapak gajah dah.
Kalau haribulan silap (*baca kalau tak silap haribulan) ang boleh terserempak dengan ibu penyu naik ke pantai untuk menzakatkan telur2nya kepada umat manusia. Abg long dengan cite (tak pasti dongeng atau sahih) bahawa telur penyu ni boleh menguatkan tenaga batin. Pendek kata (lagi2 pendek ja duk berkata) sapa yang makan telur penyu tak akan layan dah tongkat ali power root, super power dan kopi jantan....Wowwwwwwwwwww!!! ang tak terasa ka nak cuba? 
Lagi best ialah bukan sahaja dapat skodeng penyu bertelur, silap2 ang boleh terberjumpa dengan gadis penyu. Gadis penyu ni punya la comel dan sweet like honey dew. Bila ang terberjumpa je dengan gadis penyu ni ibarat ang dah menang lucky draw...

Kat bawah ni ada la sedikit cenderamata untuk habuan ang punya mata. Tengok sikit ja, jangan gelojoh sangat, terutama tang gambar gadis penyu tu ha. 


----pemandangan waktu senja di perkampung nelayan, Rantau Abang, Terengganu----
----Sebuah perahu nelayan yang terdampar diribaan pepasir-----
----Sauh yang digunakan untuk menghentikan perjalanan dilautan kehidupan----
----Peperahu yang keletihan mengolek jasa dan budi----
----Kala pekat malam ditepian pantai nan kesepian----


----Gadis penyu bersama penyu kepunyaan majikannya----
Opppssssssss.....belum abis lagi la wei. Well, itulah antara gambar yang berkesempatan untuk abg long edit. Jika lawa sila puji, jika tak lawa sila jangan kutuk. Duduk diam-diam sudah. Mohon maaf, sebab abg long tidak sifu lagi dalam bab2 edit mengedit ini. Jadi, kalau ang nak jumpa gadis penyu ni elok la ang pi Muzium Penyu, Rantau Abang, Terengganu.
Terjah jangan tak terjah....terjah jangan tak terjah......terjah je la weiiiiiii!! sekeh kang!!
___________________________________________________________
"Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku."
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-

Terima kasih kerana sudi membaca. Sila LIKE jika suka

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


Posted:

[unable to retrieve full-text content]

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Sultan Terengganu melawat mangsa banjir <b>di Besut</b> | Terengganu <b>...</b>

Posted: 25 Dec 2012 06:19 PM PST

SUASANA sedih yang menyelubungi mangsa banjir di daerah Besut bertukar kegembiraan apabila nasib malang mereka mendapat perhatian Duli Yang Maha Mulia, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.yang berkenan melawat mangsa banjir.

Pusat Pemindahan Banjir Kampung Bukit Rambutan dalam Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, menjadi lokasi kunjungan pertama Baginda Sultan melawat mangsa banjir di negeri ini tahun ini.

Keberangkatan tiba DYMM Sultan Mizan diiringi Yang Amat Berhormat, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said serta Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh.

ADUN Jabi,Ramlan Ali bersama pemimpin masyarakat menyambut rombongan Sultan dan Menteri Besar yang tiba kira-kira jam 6 petang tadi.

Penduduk dan mangsa banjir kelihatan gembira dan ceria apabila dikunjungi Baginda Sultan ketika mereka masih lagi tinggal di pusat pemindahan Kampung Bukir Rambutan.

Seramai 30 keluarga dari kampung berkenaan dipindahkan ke pusat pemindahan berkenaan selepas hujan lebat dan air sungai berhampiran melimpah kira-kira jam 6 petang semalam.

Kehadiran Baginda Sultan yang ditunggu rakyat membangkitkan semangat kerana dapat bersua muka dan bersalaman dengan seorang Sultan yang berjiwa rakyat.

Sempena keberangkatan Sultan ke pusat itu, Baginda sempat menyampaikan sumbangan hamper dan makanan kepada mangsa banjir yang berpindah di situ.

Pegawai Daerah Besut, A Rahim Jusoh berkata, walaupun semua kakitangan pejabat bercuti sempena Krismas tetapi mereka tetap menjalankan tugas seperti biasa berikutan banjir yang melanda daerah itu sejak dua hari lalu.

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


Syazwan Che Deraman: Video <b>Di Batu Rakit</b>.

Posted: 05 Aug 2011 05:30 PM PDT

Assalamualaikum.

The video was taken when we are cruising at 8000feet, our routine was from Pulau Perhentian to Batu Rakit, Kuala Terengganu, at 8000feet, suhu agak rendah and if we follow International Standard Atmosphere Deviation, for every 1000feet, the temperature will drop by 2 degrees, ok, let we do some mathematics, lets say the ground temperature is 30 degree, if we follow ISA deviation, the temperature at 8000feet would be 14 degrees.( 8 x 2 = 16, 30 - 16 = 14 )...aku dapat rasakan door window was so sejuk..

Ok, let me share with you about METAR :

METAR is a format for reporting weather information. A METAR weather report is predominantly used by pilots in fulfillment of a part of a pre-flight weather briefing, and by meteorologists, who use aggregated METAR information to assist in weather forecasting.

METAR for WMKC ( Kota Bharu Airport )

1.  ICAO code for airport.
ICAO is International Civil Aviation Organization, for Kota Bharu airport, the ICAO code is WMKC, untuk semenanjung, pangkalnya mestilah WM..manakala untuk Sabah dan Sarawak, pangkalnya mestilah bermula dengan WB, contohnya WBGG ( Kuching International Airport ).
052100z indiates the time of observation,05 is the date, 5 haribulan,  ( first 2 digit ) dan the time of observation is pukul 2100 UTC ( Universal Time Coordinated )..dan pukul 1 petang waktu Malaysia..im wondering, kenapa awal sangat.
3. Wind Direction and Wind Speed.
21003KT, first 3 digit adalah wind direction, 210 bermakna, the wind is blowing from 210 degrees and the speed is 03 knots, 1 knots equal to 1 nautical mile (nm ) per hour 1nm equals to 1.852 km, so, roughly, the wind speed is about 6 KM/H..tak ada la laju sangat kan?..
visibility is a measure of the distance at which an object or light can be clearly discerned ( dilihat ).9999 bermaksud, the visibility is more than 10km..kiranya ok la ni, the visibility is maximum.
5 and 6. Cloud Reporting.
Cloud coverage is reported by the number of 'oktas' (eighths) of the sky that is occupied by cloud..FEW02. FEW bermaksud 1-2 oktas, 02 bermaksud, the cloud layer is at 2000feet..BKN24..BKN bermaksud 5-7 oktas, more than half the sky is occupied with the cloud at 24,000 feet..
7. Temperature and Dew Point.
26/24, the first 2 digit adalah temperature dan the the second 2 digit is dew point, ok, the temperaure is 26 degrees dan dew point is 24 degrees, dew point adalah suhu untuk humid air to be cooled for water vapour to condense into water..from the dew point, we can know the cloud base.
altimeter setting is QNH 1007..the sea level pressure is 1007hPa and if we set the altimeter with the QNH in the aircraft on the airfield, it will show the airport elevation.

paham tak?..

ok, nanti nak ke pasar.

Happy Reading, have a good day.

Pemuda PAS DUN <b>Batu Rakit</b> : Ambang 2013 Dan Pemuda Hijau

Posted: 04 Jan 2013 07:03 PM PST

      Pemuda PAS Batu Rakit dengan kerjasama NGO Anak Muda Batu Rakit(AMBR) telah mengadakan sambutan ambang 2013 pada 31 Disember 2012 di Pasar Besar Maras Batu Rakit. Pemuda dan AMBR amat teruja dengan jumlah kehadiran 500 orang walaupun hujan turun dengan lebat. Acara yang dilangsungkan ialah online UAI dari Dataran Kemerdekaan Shah Alam dan cabutan bertuah.KPP PAS Setiu dan Tn.Hj. Che Ghani  Che Ambak(Mantan MP Setiu) telah menyampaikan ucapan. Program ini merupakan aktiviti Pemuda DUN Batu Rakit menyantuni masyarakat terutamanya golongan muda.
     Tanggal 3 Janauri 2013 merupakan aktiviti pembukaan Pemuda Pas Dun Batu Rakit. Program ramah mesra yang dipanggil Pemuda Hijau ini telah menghadirkan 200 tetamu. Luar jangkaan walaupun hujan lebat,mereka hadir dengan hati yang ceria. Ghani Ambak mantan MP Setiu juga sudi santun pengundi-pengundi muda. KPP Setiu pula berpesan anak-anak muda  merupakan tunggak utama dalam menjatuhkan BN dalam PRU 13 nanti

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Pakej <b>Pulau Redang</b>

Posted: 09 Dec 2012 02:36 AM PST

As salam semuo...

Jika hari tuh PM ada kongsikan berkenaan pakej Pulau Perhentian...dalam entry ini pula, PM hendak kongsikan pakej Pulau Redang yang PM pernah ambik semasa pergi bercuti ke Pulau Redang pada bulan Julai 2011..

Percutian ke Pulau Redang ketika itu ialah sempena menyambut harijadi wife PM...dah plan sebuah kejutan untuk wife PM di sana...tapi kejutan tak menjadi akhirnya...huhu...tapi percutian ke Pulau Redang masih meninggalkan banyak kenangan indah...kenangan seperti pemandangan yang indah dari tingkap bilik, aktiviti snorkeling yang ohsem, penantian matahari terbit dan suasana malam yang damai masih kekal aktif di minda...:)

Ketika di Pulau Redang, PM menginap di Laguna Redang Island Resort...sebuah resort yang cantik...sudah 2 kali PM menginap di sana...pertama kali dulu ketika zaman belajar bersama-sama kawan sekuliah...

Jika ke Pulau Perhentian PM memilih pakej percutian yang disediakan oleh pihak agen, sebaliknya ketika ke Pulau Redang PM memilih pakej yang disediakan oleh Laguna Redang Island Resort...


Harga pakej di atas ialah untuk penginapan 3 hari 2 malam untuk 2 orang, ianya termasuk makan dan minum, pengangkutan  bot pergi dan balik, pengangkutan bas pergi dan balik dari airport Kuala Terengganu, kek harijadi untuk wife , kelengkapan untuk bersnorkeling dan tiket untuk memasuki taman laut...

Pada PM ianya sebuah pakej yang berbaloi...servis serta layanan yang baik dari pekerja-pekerja, makanan yang di sediakan juga sangat sedap dan terdapat banyak pilihan...suasana dan keadaan bilik juga sangat selesa...

Insyallah jika berpeluang ke Pulau Redang lagi suatu hari nanti, Laguna Redang Island Resort pasti menjadi pilihan...

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


HONEY SOFT ICE CREAM: MAJLIS PERKAHWINAN <b>DI DUNGUN</b>

Posted: 23 Dec 2012 03:03 AM PST



nenek pun makan ice cream tau

sorang lagi nenek yg makan ice cream yg sempat kami rakam
ni abg keluarga belah pengantin pmpn. tengah-tengah sibuk melayan tetamu, rehat sekejap bersama ice cream
antara tetamu yg suka makan ice cream.




ala...la... malulah pulak akak ni. siap sorok ice cream dia.
pakcik ni best. relax je bila kami ambil gambar dia. peace pakcik
sambil suap anak. sambil makan ice cream. tgk akak tu. sambil makan. ice cream kat sebelah. takut habis kot.
rombongan pihak lelaki telah pun sampai. dia datang.... dgn lenggang lenggoknya..

nilah pengantin lelakinya. macam familiar jekan.

mak aiii... ambil dua sekali.
pakcik ni pun ambil dua??? untuk si isteri kot.












ok.... sebenarnya majlis ni adalah kali ke-2 kami berkhidmat. kali pertama pertama kami di beri kepercayaan di majlis keramat 12/12/12.  kerana itulah wajah pengantin macam familiarkan.. kali ini pengantin menempah ice cream vanilla cappucino. ramai yg suka. dan ramai yg bg respon baik. Alhamdulillah.
terima kasih tak terhingga dari kami warga honey soft ice cream kerana sudi memberi kami kepercayaan. jika ada kekurangan @ salah silap.
maafkannnlahhh....
www.tips-fb.com

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


I&#39;m bluewendy: <b>Pulau Bidong</b>

Posted: 15 Sep 2012 01:18 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Untuk pengetahuan tuan hamba smua, Pulau Bidong itu terletaknya di wilayah Merang, Terengganu.. Klu tuan ... Hatta, purnama yang lepas, beta telah berlayar ke sebuah Pulau yang di beri nama Pulau Bidong.. Di situ, tak ...

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


Rumah Hangus Terbakar <b>Di Kuala Berang</b> | Terengganu Today

Posted: 08 Jan 2013 11:38 PM PST

"Sebelum ini, dia sering bertindak luar kawalan kerana masalah mental dihadapinya tetapi sungguh tak disangka rumah mak cik pula hangus gara-gara dia 'bermain' bakar baju di dalam bilik. Namun, mak cik redha atas segalanya."

Demikian luahan Salariah Musa, 67, yang tinggal sehelai sepinggang setelah rumah didiaminya hampir 30 tahun musnah dalam kebakaran kira-kira jam 5.15 petang kelmarin, dipercayai berpunca daripada tindakan anak lelakinya berusia 28 tahun itu yang mengalami masalah mental.

Menurut warga emas yang mencari rezeki dengan mengusahakan lemang ini, ketika kejadian, dia berada dalam perjalanan pulang daripada rumah salah seorang anaknya di Manir dan setibanya di rumah, hancur luluh hatinya apabila melihat rumahnya hangus terbakar.

"Mak cik mempunyai lima anak dan tinggal di sini bersama anak ketiga yang mengalami masalah mental sejak berusia awal 20-an kerana sering kali terjatuh motosikal termasuk akibat kemalangan dan jatuh daripada tebing.

"Pagi semalam (kelmarin), sebelum mak cik pergi ke rumah anak di Manir, anak lelaki mak cik ini ada pergi ke rumah kakaknya terletak di kampung ini juga. Bagaimanapun, sekitar tengahari, dia pulang bersendirian," katanya.

Menurut Salariah, anak lelakinya itu sudah beberapa kali bertindak di luar kawalan tetapi tidak menyangka tindakannya kali ini menyebabkan mereka sekeluarga hilang tempat tinggal.

"Berdasarkan cerita kakaknya itu, adiknya dikatakan 'bermain' bakar baju dalam bilik dan mungkin ia telah merebak hingga menyebabkan kebakaran berlaku. Sebelum ini, dia sudah beberapa kali bertindak di luar kawalan tetapi kali ini tidak sangka rumah kami yang terbakar.

"Sebaik sampai di rumah, makcik lihat hampir keseluruhan rumah telah pun terbakar dan dipenuhi orang ramai. Makcik tidak dapat berbuat apa-apa selain hanya mengalir air mata kesedihan. Malah, makcik seolah-olah lembik dan tidak berdaya," katanya.

Kesedihan dilalui warga emas ini dikongsi bersama Sinar Harian, di sini semalam yang turut menerima kunjungan daripada Adun Telemong, Rozi Mamat serta Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Terengganu, Mohd Fadzli Ismail.

Tambahnya, walaupun masih sedih namun dia akan kembali mengusahakan perniagaan lemang seperti biasa kerana ia merupakan sumber rezekinya selain mendapat bantuan JKM sebanyak RM 300 sebulan.

Sementara itu, PBK II Mahyudin Muhammad yang mengetuai operasi memadam kebakaran daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.19 petang kelmarin dan bergegas ke lokasi menaiki sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota.

Menurutnya, api dapat dikawal jam 5.40 petang dan operasi tamat jam 6.54 petang, manakala punca sebenar serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, menurut jiran mangsa, Minah Ali, 86, berkata, dia sedang menonton televisyen di rumahnya yang terletak tidak berapa jauh daripada rumah Salariah, sebelum dikejutkan dengan beberapa bunyi letupan.

"Mulanya, makcik tidak endahkan kerana menyangka ada kerja-kerja pertukangan atau membina rumah dilakukan di kawasan sekitar. Namun, apabila mengamati bunyi letupan itu agak berlainan, makcik mengambil keputusan keluar melihat keadaan.

"Makcik benar-benar terkejut melihat api begitu marak di bahagian tengah rumah. Malah, terdapat juga beberapa orang kampung tidak jauh daripada rumah ini melihat kejadian kerana tidak mampu berbuat apa-apa kerana bimbang keselamatan," ujarnya.

Dalam pada itu, kehibaan Salariah sedikit terubat apabila menerima kunjungan daripada Rozi yang turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai serta barangan keperluan dapur sebagai bantuan awal meringankan beban dan JKM Hulu Terengganu turut turun padang, kelmarin.

Kunjungan Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri itu turut membawa sinar kegembiraan kepada Salariah apabila dimaklumkan pihak kerajaan akan membina sebuah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuknya dalam tempoh terdekat ini.

"Kita akan mengenal pasti kontraktor terlebih dahulu dengan seberapa segera dan dijangka pembinaan rumah ini akan dibina secepat mungkin d ibawah seliaan JKM. Difahamkan, buat masa ini dia menumpang di rumah anak-anaknya terlebih dahulu.

"Bantuan awal serta peruntukkan pembinaan rumah baru ini diharapkan sedikit-sebanyak mampu mengubati kesedihannya. Seterusnya, dapat mengusahakan lemang sebagai punca rezeki sebagaimana biasa," katanya.

-sinar

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Yunus Badawi: Stuffed Crab Bandar <b>Chukai</b>, Terengganu

Posted: 29 Dec 2012 04:29 AM PST

Dua buah kedai makan yang sinonim dengan bandar Chukai, Kemaman ialah Kopitiam Hai Peng dan Restoran Stuffed Crab Tong Juan. Kalau kita ke Chukai, tak sah kalau tak pergi ke salah sebuah kedai ini.  Sabtu lepas kami makan tengahari di Tong Juan.
Bagi yg tak biasa dengan Chukai, tak susah untuk mencari restoran ini. Setibanya anda di persimpanan selepas hospital Kemaman jika anda datang dari arah Kuantan, sila belok ke kanan ke Jalan Sulaiman. Jalan ini adalah jalan sehala w/pun ada 4 lorong. Elok ambil lorong yang kanan kerana Tong Juan di deretan kedai di sebelah kanan jalan.  Teruskan di jalan tersebut sehingga anda melalui stesen Shell.


Stesen Shell bandar Chukai ini dibina sebelum aku dilahirkan lagi.
Selepas stesen minyak itu anda akan nampak bangunan seperti di bawah ini. Ianya adalah Muzium Kemaman
Kalau berminat boleh singgah di Muzium ini

Tong Juan terletak di deretan kedai selepas muzium ini. Bila nampak tempat letak kereta di sepanjang jalan tu, bolehlah parkir di situ.


Ini dia pandangan depan Tong Juan
Kalau ke Tong Juan sudah tentulah stuffed crab atau ketam bungkus yg menjadi pilihan utama.

Ini dia stuffed crab itu. Satu berharga RM8. Masa aku mula2 ke restoran ini pada pertengahan tahun 90an satu ketam tu cuma RM5 .... huhu

selain stuffed crab, boleh juga mencuba udang stim dengan bawang putih

atau ikan siakap kukus ini

Cerita banyak pun tak guna. Kalau anda ke Kemaman, bolehlah singgah di restoran ini untuk tahu sendiri apa keistimewaan ketam bungkus di situ.

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Sejarah <b>Bukit Besi</b> | My Blog

Posted: 05 Jan 2013 06:43 PM PST

Sejarah Bukit Besi



Bukit Besi terletak di Daerah Dungun, 33km dari Bandar Dungun dan 77km daripada Kuala Terengganu.Bukit Besi menjadi terkenal kerana pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara. Bermula pada suku pertama abad ke-20. Perkembangan perusahaan perlombongan di Bukit Besi ini seiring dengan pertumbuhan perusahaan keluli di Jepun.

Mengikut cerita, lombong Bukit Besi ditutup kerana bijih besi dikatakan habis dikaut tentera Jepun. Jika ke sini, anda berpeluang melihat bekas tinggalan alatan dan kelengkapan melombong bijih besi seperti jajaran landasan keretapi dari Bukit Besi ke Jeti Sura, Dungun bagi membolehkan bijih besi diangkut dan dieksport.


Lokasi ini menjadi antara tumpuan pelancong terutama dari luar negara untuk melihat dari dekat tinggalan terowong, rumah penginapan, semaian timah dan cerobong kilang. Pengeluaran bijih digandakan untuk mendapat keuntungan besar dalam masa yang singkat.

Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat. Kepala keretapi juga telah diganti dengan yang baru, ditempah dari England. Jentera-jentera moden juga telah digunakan dalam proses pemecahan batu-batu bijih. Dengan ini pihak syarikat telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi.


Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifek sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan. Artifek-artifek seperti chimney, stock pile, washing plant / tin plant, crushing plant, tempat menyimpan bahan letupan dan sebahagian daripada kuarters masih tersergam hingga ke hari ini, walaupun telah mengalami berbagai kerosakan.

Tasik Puteri yang wujud hasil daripada perlombongan bijih besi di Bukit Besi ini sedang dimajukan oleh KETENGAH sebagai kawasan rekreasi yang menarik.Sebuah Galeri sejarah juga diwujudkan bagi tatapan generasi muda. Di Bukit Besi juga terletaknya Tasik Puteri.

Kronologi

1916

Ahli kajibumi Jepun, Mr. Kuhara datang ke Dungun membuat kajian di konsesi Chemuak, Ulu Dungun dan mendapati kawasan tersebut mengandungi bijih besi dalam jumlah yang banyak.

1927 an

Syarikat Kuhara Mining Ltd. menjalankan aktiviti perlombongan secara tidak rasmi. Syarikat ini kemudiannya telah ditukar nama kepada Nippon Mining Company (NMC).

1929

13 Januari – Kerajaan Terengganu mengeluarkan 'mining lease' secara rasmi kepada NMC. Kawasan seluas 1,080 ek. ini terdiri daripada M.L. 129, M.L. 130, M.L. 131 dan M.L. 132, iaitu pecahan daripada M.L. 75, kawasan yang telah dikurniakan oleh Sultan Terengganu kepada seorang kerabatnya, Tengku Abu Bakar bin Tengku Abdul Jalil.

Sebelum ini, Tengku Abu Bakar pernah memberi kebenaran kepada Wong Sin, seorang pengusaha lombong untuk membuka lombong bijih timah di situ, tetapi tidak begitu berjaya. Apabila NMC mengakui kawasan tersebut mengandungi bijih besi, Wong Sin telah menjual hak melombong di situ kepada NMC pada bulan Oktober 1917 dengan bayaran sebanyak $50,000.00.

Menurut kenyataan Encik Abdullah Awang, yang ditemuramah di rumahnya di Kemaman oleh Encik Mohd. Hairon Yasar pada 30 September 1975: Beberapa orang penduduk tempatan telah bercerita bahawa seorang pencari rotan telah menjumpai seketul batu yang berat menyerupai besi. Sebenarnya di kawasan itu usaha melombong pernah dijalankan pada tahun 1910 tetapi gagal kerana kawasan tersebut tidak mengandungi bijih timah, sebaliknya cuma terdapat haomatait sahaja.

1930

Pengurus lombong pertama, R.Kunada telah memulakan tugasnya pada bulan April 1930. Dalam tahun tersebut juga laluan keretapi Dungun – Bukit Besi telah dapat disiapkan di stesen Che Lijah. Beberapa tahun kemudian, pihak NMC terpaksa memberhentikan beberapa pekerja akibat kurangnya permintaan daripada syarikat-syarikat keluli di Jepun.

1934

Keadaan pulih semula. Para pekerja yang telah diberhentikan, diambil bekerja semula, malah ditambah dengan pekerja-pekerja baru.
Permintaan yang berterusan daripada syarikat-syarikat keluli di Jepun telah mendorong pihak syarikat meningkatkan pengeluaran.

1935

Jumlah penduduk di Bukit Besi telah meningkat sehingga 6,000 orang (termasuk 3,000 pekerja).

1936

Sebuah terowong yang dikenali sebagai Bukit Tebuk telah dapat disiapkan. Perjalanan melalui Bukit Tebuk dapat menjimatkan masa. Oleh itu tempat memunggah bijih dari Che Lijah telah dipindahkan ke Nibong.

Para pekerja perlombongan di Bukit Besi ini terdiri daripada pelbagai bangsa, Melayu, Cina, India dan Jepun.

1938

Peperangan antara China dengan Jepun – menyebabkan pekerja-pekerja Cina berhenti beramai-ramai, akibat daripada hasutan dan sentimen anti Jepun. Ini menyebabkan syarikat perlombongan hampir lumpuh. Pihak pengurusan syarikat terpaksa mengambil pekerja-pekerja baru, sebahagian daripadanya diimport terus daripada India.

1945

Jepun menyerah kalah kepada British dalam Perang Dunia ke II. Perusahaan perlombongan bijih besi oleh NMC berakhir.

1946 – 1949

Darurat. Aktiviti perlombongan terhenti kerana tiada permintaan.

1948

Ogos, kerajaan British memutuskan untuk menjual harta lombong Bukit Besi kepada Syarikat Eastern Mining and Metal Berhad (EMMCO).

Awal 1950an

EMMCO menjalankan aktiviti perlombongan secara besar-besaran, kesan daripada pemulihan peperangan dan permintaan yang tinggi dari syarikat-syarikat Jepun.

Pengeluaran bijih digandakan untuk mendapat keuntungan besar dalam masa yang singkat. Aktiviti pengeluaran dijalankan 24 jam sehari tanpa henti, kecuali hari Jumaat. Kepala keretapi juga telah diganti dengan yang baru, ditempah dari England. Jentera-jentera moden juga telah digunakan dalam proses pemecahan batu-batu bijih. Dengan ini pihak syarikat telah berjaya meningkatkan pengeluaran dan menghasilkan bijih besi yang lebih bermutu, di samping mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Oleh itu tidak hairanlah jika pendapatan para pekerja perlombongan Bukit Besi ini menyamai atau lebih baik daripada para pekerja di jabatan kerajaan pada masa itu.

Pihak EMMCO juga telah mewujudkan banyak jabatan, seperti pejabat pos, pejabat ukur, pejabat kebajikan masyarakat dan sebagainya di zaman kegemilangan Bukit Besi.

Oleh kerana pengeluaran yang berterusan dengan jumlah yang besar, akhirnya bijih besi mula berkurangan dan akaun syarikat mula mencatatkan kerugian.

1970

1 Oktober – Mesyuarat Lembaga Pengarah EMMCO membuat keputusan muktamad untuk menutup lombong Bukit besi.

1971

8 September – Sektor perlombongan bijih besi ditutup. Ini memberi kesan bukan sahaja kepada penduduk di Bukit Besi, tetapi juga kepada Bandar Dungun. Bagi memastikan Bandar Dungun terus hidup, Kerajaan Terengganu telah membina sebuah cawangan ITM di sana. Pihak KETENGAH pula telah merancang pembangunan semula Bandar Bukit Besi. Berbagai kemudahan awam dan perniagaan, telah diwujudkan.

Bukit Besi telah meninggalkan beberapa artifek sejarah yang menjadi aset penting dalam industri pelancongan. Artifek-artifek seperti chimney, stock pile, washing plant / tin plant, crushing plant, tempat menyimpan bahan letupan dan sebahagian daripada kuarters masih tersergam hingga ke hari ini, walaupun telah mengalami berbagai kerosakan. Tasik Puteri yang wujud hasil daripada perlombongan bijih besi di Bukit Besi ini sedang dimajukan oleh KETENGAH sebagai kawasan rekreasi yang menarik. Sebuah Galeri sejarah juga diwujudkan bagi tatapan generasi muda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

::SENYUM SEINDAH SURIA::: <b>Bukit Besi</b> Kini~

Posted: 26 Dec 2012 05:17 AM PST

(^_^)v jom kita nikmati permandangan kat bukit besi! Kampung AKU! mungkin miskin dengan Bangunan~ tapi kaya dgn sumber ALAM...
semua gambar diatas diambil dekat Bukit Besi blog...  post ini bertujuan untuk perkenalkan bukit besi kepada semua! (^_^)v
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved