ads

Ahad, 23 September 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


MyLife Zalia: Jagung Bakar vs Air Nira <b>di Rantau Abang</b>, Terengganu

Posted: 13 Jun 2012 06:27 AM PDT

Mungkin ini senario biasa je kan. Tapi spjg perjalanan kami yg lebih byk berrnti drpd berjalan ari tu, menu setiap petang ialah jagung bakar. Sangat lazat kot. Makan x hengat sampai lupa amek gambo jagungnya. Sib baek ade gambo gerai tepi jalan ni. Walawehhhh... Pegi jln2 musim cuti skolah kat Malaysia ni, jln pun agak sesak. Tambah lagi kami sepakat nak lalu jln pantai. Pe lagi yg boleh kami buat. Berenti la mana yg boleh. Cemuih wehhh drive sengguk2 gitu. Ape yg menarik tentang air nira ni? Jgn tanya ye sbb kami langsung x beli & x minum. Both of us kureng suka manis ye. Tapi bila tgk semua kedai tulis nira, teringat kat our former classmate dedolu yg ujung nama dia Nira. Hehe... Cekidautttt!!!

~published by iPhone~

Cuti-cuti Terengganu : <b>Rantau Abang</b> | ~Blog Yus - Our Life~

Posted: 25 Jun 2012 01:41 AM PDT

Petang ni datang mood nak sambung cerita cuti-cuti Terengganu kami. Dari Awana Kijal, kami bertolak ke Kuala Terengganu pula.


Tapi, manalah ada orang tengok penyu tengah-tengahari buta kan. Biasa malam jelah kan. Kami tak dapat tengok penyu pun. Sedih!



Kemudian kami makan tengahari di RA ni dulu. Pekena nasi kerabu di gerai berhampiran dengan Batik Craft tu. Biasa-biasa aje nasi kerabu dia. Setelah itu baru kami meneruskan perjalanan ke KT.



Apa pun tetap enjoy perjalanan kami. Ok. Nanti bersambung lagi. Cerita singgah solat di Masjid Terapung pula.

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


PaPa MiFz: Hari Pertama <b>di Pulau Perhentian</b>

Posted: 23 Sep 2012 04:30 AM PDT

Alhamdulillah PM dan wife selamat sampai ke Pulau Perhentian..tak banyak aktiviti di buat hari nih sebab PM dan wife banyak habiskan maso di bilik untuk tidur akibat keletihan..selain itu, aktiviti yang di buat hari ini ialah makan dan minum sambil menikmati panaroma yang indah..

Published with Blogger-droid v2.0.6

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


PSR REMAJA : REMAJA RAIKAN RAMADAN SERENTAK <b>DI</b> DUA <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2012 08:18 PM PDT

Alhamdulillah antara program PSR 2012 ialah Remaja Raikan Ramadan (3R) dan sebanyak tiga buah masjid/surau di daerah Kemaman menjadi lokasi program 3R kali ini. Terbaru ialah di Masjid Felda Kerteh 5 di Ketengah Jaya yang melibatkan sekitar 50 orang remaja berumur 13-19 tahun dan juga di Masjid Sultan Ahmad dekat Bandar Chukai yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di bandar ini. Kedua-dua program ini berjalan serentak dan dikendalikan dibawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja IKRAM Kemaman di bawah Cikgu Hj Norfizam Said.

Program 3R di Felda Kerteh 5 kali ini istimewa kerana inilah kali pertama program sebegini dilaksanakan IKRAM di kawasan felda di daerah ini. Terdapat tiga buah sekolah menengah di Ketengah Jaya iaitu SMK Rasau, SMK Semarak B5 dan SMK Tetra Jaya. Terdapat juga ahli-ahli IKRAM yang bertugas sebagai guru di sekolah-sekolah ini yang membantu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dengan IKRAM.

Seramai 15 orang fasilitator diketuai Pengarah Program Saudara Khairul Azri telah terlibat menjayakan program ini. Di dalam program ini juga diperkenalkan kelab remaja IKRAMTeens kepada semua peserta. Para peserta begitu teruja dengan pelbagai program yang disediakan. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh TYDP IKRAM Kemaman iaitu Ustaz Muzahar Hitam.

Manakala program di Masjid Sultan Ahmad pula diketuai oleh Pengarah Program Sdr Nadhir yang juga Mualim SMIAA Kemaman serta barisan fasilitator dari kalangan mahasiswa universiti yang sedang bercuti. Sekitar 80 orang remaja hadir di program ini. Ianya dirasmikan oleh Pengerusi Tetap IKRAM Kemaman Hj Che Zahari Che Nik.

Pelbagai program disajikan sepanjang program 3R ini. Mudah-mudahan segala usaha ini terus disusuli dengan program-program lanjutan tarbiah di sekolah masing-masing. Kerjasama yang sudah terjalin perlu dimanfaatkan lagi bagi melahirkan generasi kepemimpinan remaja rabbani demi masa depan ummah yang gemilang.

Program 3R yang ketiga akan diadakan di Surau Rantau Petronas dekat Kerteh pada minggu hadapan 10-11 Ogos 2012. Ini adalah program tahun keempat berturut-turut dimana pihak IKRAM (sebelum ini JIM) diberikan kepercayaan mengendalikan program remaja seumpama ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah SWT.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


teganuku: Warga Emas Kampung <b>Di Kemaman</b> Jadi Hero

Posted: 31 Aug 2012 06:41 PM PDT

Tindakan pantas seorang lelaki sebaik melihat rumah jirannya dijilat api dapat menyelamatkan nyawa seorang gadis orang kelainan upaya (OKU) dan kanak-kanak berusia empat tahun dalam kejadian di Rumah Murah Kampung Fikri di Kemaman semalam.

Kejadian pukul 11 pagi itu berlaku ketika gadis OKU, Amirah Suhaili Said, 19, dan anak saudaranya, Nurul Adawiah Zabli, 4, berada di dalam rumah tersebut.

Amirah Suhaili tidak mampu berjalan.
Ketika kejadian, ibu gadis OKU itu, Rahani Harun, 43, yang terkejut melihat api membakar bahagian depan rumahnya tidak terdaya berbuat apa-apa selain berdiri di depan rumah.

Rahani merupakan penjual apam balik dan api dipercayai berpunca dari gerai di hadapan rumah mangsa. Kedua-dua mangsa bernasib baik apabila jiran mereka, Mohamad Yusof, (gambar kecil) 64, yang menyedari kejadian itu bertindak pantas menyelamatkan mereka.

Mengimbau semula kejadian itu, Mohamad memberitahu, dia nekad terus meredah api yang marak sebaik Rahani memaklumkannya yang anak gadis dan cucunya masih terperangkap di bilik tidur.

"Tanpa berfikir panjang, saya terus redah api dan mengangkat kedua-dua mangsa. Saya sempat mencapai beg barangan kemas mangsa namun wang gagal diselamatkan kerana ketika itu suasana di dalam rumah terlalu bahang.

"Rumah itu musnah tidak sampai setengah jam. Saya tahu mengenai kejadian itu daripada isteri yang mengejutkan saya yang sedang tidur," ceritanya ketika ditemui semalam.

Difahamkan, kebakaran itu mengakibatkan mangsa kerugian kira-kira RM150,000 apabila kesemua perabot, peti sejuk, mesin basuh dan televisyen musnah dijilat api

Kosmo!

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Jenazah Hanisah Selamat Dikebumikan <b>Di Dungun</b> - Gelombang Kick

Posted: 07 Sep 2012 08:37 PM PDT

DUNGUN: Jenazah Hanisah Muhd Shah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Vladimirskaya, Rusia Ahad lalu, selamat dikebumikan pada jam 7.55 pagi tadi di tanah perkuburan Islam Syed Yahya di Kampung Molek di sini, hari ini.

Suasana pilu menyelubungi anggota keluarga dan jiran serta kenalan yang mula berkumpul sebelum subuh lagi di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah di kampung berkenaan.

Jenazah Hanisah, 22, pelajar tajaan MARA tiba di sini pada jam 6.53 pagi terus dibawa ke masjid itu untuk disembahyangkan selepas solat subuh sebelum terus dikebumikan dengan dihadiri lebih 100 kenalan.

Jenazah sebelum itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) 10.05 malam tadi dengan pesawat Emirates Airlines dari Dubai bersama jenazah seorang lagi pelajar Malaysia yang juga mangsa kemalangan sama, Adzreen Dimyati.

Manakala jenazah Adzreen, 22, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) disemadikan di tanah perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya jam 12.40 tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, Hanisah dan Adzreen maut manakala lima lagi rakannya yang juga pelajar cedera apabila van yang mereka naiki bertembung dengan sebuah van selepas mereka baru kembali ke negara itu memulakan pelajaran semesta baru.

Kesemua mereka adalah pelajar tahun 5 Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dan sedang dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny selepas pulang bercuti di Malaysia ketika kemalangan maut itu berlaku.
- BERNAMA

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


Mancing <b>di Pulau Bidong</b> ~ Blog Siakappaka

Posted: 20 May 2012 08:02 PM PDT

20 May 2012: Hadi, Hazamin & Zeman turun memancing di laut berhampiran Pulau Bidong Kuala Terengganu, kami mula bertolak dari Dungun jam 4.45am dan tiba pada pukul 5.55am di pekalan nelayan pantai Mengabang Telipot Kuala Terengganu, kemudian bersarapan pagi dahulu dan mula turun ke
laut jam hampir 6.30am terus menuju ke Pulau Bidong untuk mencari ikan kerapu sebanyak mungkin. Kami pulang dari laut sekitar jam hampir 2.00pm kerana keadaan cuaca di laut tidak menentu menyebabkan air laut mula bergelombang kuat, dalam trip kali ini hasilnya mengecewakan masing-masing hanya dapat membawa hasil tangkapan untuk keluarga sahaja kerana air laut tidak berarus menyebabkan ikan tidak bergerak aktif dalam mencari makanan.

Kami sering berpindah dari lubuk ke lubuk hasilnya mengecewakan, kemudian kami bergerak menuju menghampiri teman-teman lain yang turut sama memancing wal hasilnya mengecewakan juga. Apa pun kami tetap bersyukur kerana selamat ketika memancing dan ada juga hasilnya sedikit seperti kerapu, kerisi, remon dan sotong untuk bawa pulang ke rumah... Alhamdulillah...

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved