ads

Jumaat, 8 Februari 2013

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


388 ahli pembangkang <b>di Besut</b> isytihar keluar parti <b>...</b> - teganuki ta

Posted: 04 Feb 2013 07:06 PM PST


Oleh: Mohammad Ishak 

Selepas sedar diri mereka diperbodohkan oleh pemimpin pembangkang, kini semakin ramai ahli akar umbi dari Pas dan PKR di daerah Besut bertindak meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Umno.

Tamparan paling hebat apabila 388 ahli pembangkang dari empat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bahagian Besut, mengistiharkan keluar parti dan menjadi ahli Umno.


Mereka menzahirkan niat suci menyertai Umno apabila menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga ADUN Jertih sempena program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) di Kampung Pengkalan Nyireh, dekat Kampung Raja, malam tadi.

Kemasukan beramai-ramai yang terbesar pernah diadakan itu membuktikan Umno menjadi kepercayaan dan pilihan tepat kepada penyokong Pas dan PKR yang sebelum ini mengakui ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin mereka.

Kumpulan terbabit 250 ahli Pas dari DUN Kota Putera, Kuala Besut (83),Jertih (34) dan Hulu Besut 21 menyerahkan borang kepada Idris sambil disaksikan oleh ADUN kawasan masing-masing.

Mereka ialah Timbalan Ketua Umno Bahagian,Nawi Muhamad ADUN Hulu Besut, Naib Ketua Bahagian,Muhamad Pehimi Yusof (ADUN Kota Putera) dan Setiausaha Bahagian,Dr A Rahman Mokhtar,ADUN Kuala Besut.

Majlis yang turut dihadiri lebih 2,000 jemputan itu mengejutkan pembangkan g kerana ia satu petanda BN Terengganu amat kukuh dan mantap.

Ibrahim Mamat, 56, dari Kampung Lapang Kotak,yang mendahului penyerahan borang kepada Idris berkata beliau sudah 20 tahun bersama Pas dan rela meninggalkan parti itu kerana hilang keyakinan terhadap perjuangan Pas yang sekarang terpesong jauh daripada matlamat menegakan Islam di negara ini.

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


ICT Dan i-City <b>Kuala Terengganu</b> | Hidup Biar Sedap

Posted: 04 Jan 2013 08:08 PM PST

Ni cerita percutian hujung tahun ke Pantai Timur yang tak habis lagi. Selepas ke Muzium Sungai Lembing , ke Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan , melawat Tanjung Agas dan makan Murtabak Mengkasar, kami  check out dari Legend Resort Cherating dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.

Saya merancang untuk balik ke KL melalui Kuala Terengganu dan suami akan terus balik ke tempat kerja di Hulu Terengganu.

Dari Cherating ke Kuala Terengganu lebih kurang 170 KM .

Dijangkakan kesesakan teruk  kerana  projek pembinaan jambatan baru Bukit Kuang, kami mengambil jalan alternatif  Chukai- Kampung Ibok- Kijal .  Bukannya pernah lalu pun jalan tu, tapi sempat baca papantanda jalan alternatif ke Kuala Terengganu.

Bila lalu jalan ni, terjumpa Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman yang terletak di Kampung Ibok/Bukit Takal. Baru bercadang-cadang nak berhenti, hujan turun betul-betul di depan mini zoo.

Sampai di Kuala Terengganu hampir jam 5.00 petang.  Cari hotel yang berdekatan stesen bas kerana senang nak balik ke KL esok paginya.  Lepas Check in di DJ Citi Point Hotel Kuala Terengganu, kami mengoogle maps mencari Teluk Ketapang. Kata orang ada ICT di situ. Orang bercerita tempat ini sangat popular di Kuala Terengganu kerana menu ICTnya.

Hari hotel,  melalui Jambatan Tengku Mizan .  Selepas jambatan, belok kanan ke arah Seberang Takir.  Teluk Ketapang berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.

ICT Pok LOngAkhirnya sampai sejam sebelum kedai ditutup. ICT – Ikan Celup Tepung Pok Long, Teluk Ketapang.

Memang ramai orang walaupun hujan selebat-lebatnya.  Bukan saja kereta persendirian,  pelawat dengan bas pelancongan pun ada.

ikan celup tepungKalau kat sini, memang tak 'lalu' sangat nak makan ikan celup tepung.  Maklum ikan dah seminggu sejuk beku.  Tapi di sini ikan dan makanan laut sangat segar.   Kami ambil kan kembung dan ikan pari celup tepung.

udang goreng tepung sedapUdang Celup Tepung ini sepinggan RM 5

keropok losong sedapKeropok ikan .  Kalau kat sini kita makan keropok tepung perasa ikan.  Kat ICT Pok Lang,  memang keropok ikan yang betul-betul mengandungi  kandungan ikan.  Satu tu harganya RM 0.50.  Sos cicah pun sedap.

Kami juga ambil sotong celup tepung.  Tak sempat nak ambil banyak gambar kerana melayan nafsu…hiks!

Tetapi…….  Kuala Terengganu memang mempunyai i-Citynya.

Balik dari Teluk Ketapang , kami luangkan masa pusing-pusing bandar Kuala Terengganu.

kuala terengganu waktu malamNampak saja pokok berlampu warna warni , mesti akan cakap i-city.

lampu ictLokasinya terletak di Pulau Warisan , Jalan Hiliran berdekatan dengan Chinatown.  Kuala Terengganu .   Saya tak pernah ke i-City Shah Alam walaupun dekat , tetapi dapat pula melawat i-City Kuala Terengganu walaupun tidaklah sehebat i-City Shah Alam.

Yang pasti percuma, tak semahal i-city Shah Alam.  Parking pun percuma.

tempat menarik di  kuala terengganuMerentangi terusan ini ada satu jambatan besi yang cantik.  Bukan Putrajaya saja ada jambatan gagah menarik, Kuala Terengganu pun ada.

penyu terengganu Penyu pun ada kat Kuala Terengganu.  Kedudukan tersorok arca ini masih dapat kami kesan!

kampung cina di kuala terengganuPulau Warisan ini terletak di belakang Kampung   Cina  di muara Kuala Terengganu berselebelahan  Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu

jagung bakar

Dua kali pusing melalui kawasan ini, kami ke Pantai Batu Buruk.  Beli jagung bakar dan  luangkan 15 minit di pesisir pantai ini.

Kuala Terengganu betul-betul ada i-city  dan ICT ( Ikan Celup Tepung )

©kujie – ada banyak gambar tetapi tak berapa rajin nak menulis. :(

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


jamuan akhir tahun sk. <b>ajil di</b> anjung bistro - sekolah kebangsaan <b>...</b>

Posted: 31 Oct 2012 10:22 PM PDT

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENAFIAN
Sekolah Kebangsaan Ajil tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan maklumat dan
aplikasi dalam laman ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Ajil
21800, Ajil, Hulu Terengganu
Tel: 09-6861154 Fax: 09-6861159
Email : tba5053@yahoo.com

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


MANGSA BANJIR SEMAKIN MENINGKAT <b>DI DUNGUN</b> | Merdeka <b>...</b>

Posted: 23 Dec 2012 07:06 PM PST

Mo,Dungun,24/12/2012 –  Hujan lebat yang berterusan sepanjang hari sejak malam kelmarin menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah ini yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat daripada 94 kelmarin kepada 144 mangsa, semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN), berkata sehingga jam 7 malam semalam, jumlah mangsa itu membabitkan 26 keluarga dari lima kampung di Dungun bertambah sembilan keluarga membabitkan 50 mangsa.

Katanya, sembilan keluarga terbabit empat keluarga dari Kampung Tok Kah membabitkan 30 orang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah, lima keluarga dari Kampung Batu Tiong membabitkan 20 penduduk dipindahkan ke Balai Raya Kampung Batu Tiong.

Penduduk, Raihan Deraman, 48, berkata air mula mengalir masuk ke rumah dia sejak jam 7 malam, menyebabkannya sekeluarga terpaksa berpindah buat kali kedua sejak tiga tahun tinggal di rumah PPRT Kampung Bukit Gedut Pulau Serai.

"Kami sekeluarga sudah bersiap sedia sejak beberapa minggu lalu jika berlaku banjir termasuk meletakkan perabot dan dokumen penting di tempat yang selamat, " katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir SK Pulau Serai.

Jirannya, Nashimah Salleh, 47, berkata banjir kali ini diharapkan tidak seburuk tahun 2010 yang melimpah sehingga paras pinggang dan mengambil masa lama untuk surut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh, berkata hujan lebat melanda daerah ini sejak jam 6 pagi kelmarin menyebabkan lima kampung berkenaan dilanda banjir sedalam 0.5 meter.
Katanya, bagi penduduk di kawasan PPRT Bukit Gedut, selain hujan faktor kediaman mereka yang berhampiran Sungai Pimpin menyebabkan limpahan air sungai memenuhi persekitaran kediaman mereka hingga paras lutut.- ( Dipetik daripada Berita Harian)

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


sultan mizan menyelam <b>di pulau bidong</b> bersama fauziah latif

Posted: 07 Feb 2013 03:57 PM PST

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

SETIU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Bidong Underwater & Land Challenge anjuran Coral Malaysia, kerajaan negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong di sini, hari ini.

Baginda turut menyelam selama sejam bersama Duta Coral Malaysia iaitu artis terkenal tanahair, Fauziah Latiff dan Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar untuk menikmati keindahan terumbu karang di perairan Pulau Bidong.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Program  selama empat hari yang bermula hari ini turut disertai oleh 70 penyelam skuba profesional yang turut mengambil gambar untuk pertandingan merakam keindahan dasar laut anjuran Coral Malaysia.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Abdul Rahin Mohd Said serta Timbalan Naib Canselor UMT Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Yahaya Ibrahim.

Fauziah ketika, ditemui pemberita berkata program ini adalah yang pertama kali diadakan di Pulau Bidong sempena Hari Bumi 2012.

Sebelum ini Coral Malaysia mengadakan aktiviti selaman di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tenggol. – BERNAMA

Incoming search terms:

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Homestay Kuala Berang, Ajil, <b>Wakaf Tapai</b>, Marang

Posted: 22 Jan 2013 05:13 AM PST

HOMESTAY   WAKAF TAPAI / BUKIT PAYUNG , MARANG / AJIL / KUALA BERANG
(TAMAN TAPAI INDAH).

Hubungi  013-9953389 / 01119983281 ( mohd Azwan) atau  013-9255701  (Cik Som)

Untuk penginapan murah dan selesa di Terengganu - sekitar Ajil , Wakaf Tapai dan Bukit Payung
RM 110.00 untuk malam ke- 2 hingga  malam ke -5

RM 90.00   malam ke- 6 dan ke atas.

- 2 buah bilik kelamin (double bed) dan  1   bilik single.
- ada air-cond, televisyen, cerek elektrik, rice cooker, peti ais dll


1. 1KM - IKBN,  AKADEMI BOMBA DAN PENYELAMAT (WAKAF TAPAI)

2. 8KM - KUALA BERANG
3. 16 KM - AIR TERJUN SEKAYU, PULAU KAPAS
4. 23 KM - KUALA TERENGGANU, TASIK KENYIR
5. 6 KM ke Kolej Islam Sains Terengganu (KIST) 

6. 8 KM ke Politeknik Hulu Terengganu 
7. 18 KM ke MRSM Kuala Berang
8. 18 KM Ke Sek. Men. Sains Hulu Terengganu
9.  Taman ini terletak di tengah pekan Wakaf Tapai- ada pasar malam, pasar tani, pasar raya Xiri, kedai runcit, kedai makan, sekolah rendah dan menengah


                       Plastik tilam tak sempat bukak lagi dah snap gambar. Plastik akan dibuka kemudian ye....









                                       













13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


hari kecemerlangan pendidikan dun <b>bukit besi</b> - sekolah <b>...</b>

Posted: 03 Feb 2013 12:08 AM PST

3 FEB. 2013 - Sambutan Hari Kecemerlangan Pendidikan bagi DUN Bukit Besi telah diadakan dengan jayanya di SK. LKTP Jerangau. Majlis berlangsung seawal jam 8.30 pagi dan disempurnakan oleh YB. Dato' Haji Din bin Adam, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi. Turut hadir, Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Dungun, Yang Berbahagia En. Awang bin Ibrahim dan Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu, Che Norma Noriati binti Tahir. Aktiviti utama ialah Penganugerahan kepada Pelajar Cemerlang UPSR dan PMR 2012, Penyerahan Cek kepada PIBG Sekolah DUN Bukit Besi dan Pengagihan Modul Soalan UPSR Matematik sumbangan YB. Dato' Haji Din sendiri. Terima kasih YB. Dato', semoga usaha murni YB Dato' dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved