ads

Khamis, 22 September 2011

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


River Ranger SMK Paka: Kajian Pencemaran Sungai <b>di Paka</b>

Posted: 30 Aug 2010 12:00 AM PDT

TARIKH : 30 OGOS 2010 (ISNIN)
TEMPAT : SUNGAI PAKA
ANJURAN : JABATAN ALAM SEKITAR

Peserta bergambar sebelum memulakan kajian.



Mengambil sampel air sungai Paka yang hendak dikaji

Adakah tahap pencemaran Sungai Paka masih terkawal? Berapakah kadar kemasinan / PH di sungai Paka? Ingin mengetahui jawapannya, bolehlah merujuk terus kepada peserta terlibat. Kenal kan???

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


POGRAM JELAJAH KEMBARA BERMULA <b>DI BESUT</b>

Posted: 03 Aug 2011 10:09 PM PDT

Oleh: MOHAMMAD ISHAK


Saidi dan Azizah meletakkan jalur gemilang pada kenderaan yang melalui jalan Jertih-Kota Bharu.

JABATAN Penerangan Terengganu (PMT) mendahului jabatan dan agensi lain di negeri ini membangkitkan semangat patriotik di kalangan rakyat dengan menganjurkan program Kembara Ramadan Jalur Gemilang 2011.

Program tujuh hari membabitkan daerah Setiu, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan berakhir di Kemamam.

Pengarahnya, Azizah Awang berkata, menerusi program itu selain peserta menjelajah menggunakan kereta mereka juga akan menyertai komuniti setempat dengan majlis berbuka puasa dan sahur di masjd dan lokasi yang dipilih.


Katanya, program itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan tanah air di kalangan masyrakyat menerusi pelbagai aktiviti yang dirancang.

Menurutnya, daerah Besut yang dipilih sebagai lokasi pertama program itu dimulai dengan perarakan kereta proton wira yang membawa jalur gemilang bermula di Dataran Ketara dan berakhir di Masjid Padang Luas, dekat Jertih.


Seorang penduduk menerima hamper sempena Program Kembara Ramadan Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan Terengganu

Sebaik tiba di perkarangan masjid berkenaan peserta disambut oleh penduduk setempat dan meneruskan aktiviti dengan menyertai solat asar berjemaah sebelum mendengar ceramah oleh imam masjid terbabit.

Program yang dirasmikan oleh Penolong Kanan Pegawai Daerah Besut (Pembangunan Fizikal), Saidi Salleh @ Sulong, kemudian menyampaikan sumbangan hamper kepada golongan kurang berada di kampong berkenaan.

Sebagai tanda menyemarakkan semangat kebangsaan rombongan berkenaan kemudian mengagihkan 3,500 jalur gemilang kepada pemandu kenderaan yang melalui jalan Jertih ke Kota Bharu,Kelantan.


Orang ramai berbuka puasa bersama peseta konvoi yang diadakan di Masjid Padang Luas, Jertih.

Sebaik selesai pengagihan jalur gemilang peserta dan penduduk setempat menyertai majlis berbuka puasa yang di adakan di perkarangan masjid terbabit.

Seorang penduduk, Razali Che Noh,43, ketika ditemui menyifatkan program itu amat berjaya kerana penganjur mampu mendekati komuniti dengan aktiviti keagamaan dan
riadah dan sesuai dilaksanakan sempena Ramadan.

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Blog Felda: felda <b>jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Jun 2011 12:00 AM PDT


Persatuan Belia <b>Felda Jerangau</b>: Majlis Penutup PRAGMA 2011

Posted: 25 Jun 2011 06:03 AM PDT

Gambar Kenangan...Semua peserta dan keluarga angkat bergambar kenangan sebelum berangkat pulang

Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Begitulah juga dengan peserta Program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat (PRAGMA 2011) dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) yang berpisah dengan keluarga angkat setelah 3 hari berkampung di Felda Jerangau. Walaupun 3 hari merupakan tempoh yang singkat namun hubungan yang terjalin akan tetap di kenang sebagai satu rantaian pahit manis kehidupan.Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB dato' Haji Din bin Adam, ADUN Bukit Besi ini turut dihadiri oleh Penolong Kanan SESTER, En. Jamil bin Sakmim, Timbalan Pengerusi JKKR, En. Ramly bin Ibrahim. Kami warga Felda Jerangau mengucapkan terima kasih di atas kesudian menjadikan kampung kami sebagai destinasi program yang bermakna ini. Besar harapan kami agar program yang murni seperti ini akan terus dapat dijalankan untuk masa-masa yang akan datang

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


KELAB GREENBOC: Rogol Anak Saudara 13 Tahun <b>Di</b> Bangsal

Posted: 21 Sep 2011 01:32 AM PDT

Kuala Terengganu - Seorang buruh sanggup menjadikan anak saudaranya sebagai hamba seks dengan merogolnya walaupun ketika itu mangsa baru berumur 13 tahun satu bulan dan masih di bangku sekolah.

Tertuduh, Azam Wahab, 33, dari Felda Bukit Bading, Ajil, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam melakukan perbuatan terkutuk itu terhadap anak saudaranya pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang.

Selepas pengakuan bersalah tertuduh direkodkan, hakim Wan Fadhilah Nor Wan Idris menetapkan 25 September depan sebagai tarikh keputusan kes.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh pada 21 Ogos lalu kira-kira jam 4 petang di bangsal kebun limau, Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu telah merogol mangsa, 13 tahun satu bulan.

Dengan itu, tertuduh didapati telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa raya Masriwani Mahmud manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, pada 24 Ogos lalu kira-kira jam 5.30 petang, ibu mangsa berusia 31 tahun yang ketika itu berada di rumah di jalan Pasir Akar, Kampung Gong Duek, Jertih, Besut telah menerima panggilan telefon daripada adik perempuannya, memberitahu anaknya disyaki telah dirogol.

Ini sebab, mangsa dilihat sentiasa memegang kemaluannya dan sering kali mengadu sakit di bahagian itu tetapi apabila ditanya, mangsa enggan menceritakan hal sebenar dan hanya mendiamkan diri.

Bimbang perkara buruk mungkin berlaku terhadap anak saudaranya itu, Rosmaini menyuruh kakaknya pulang segera ke rumah mereka di Felda Jerangau Barat, Ajil untuk menyoal mangsa sendiri.

Keesokan harinya iaitu 25 Ogos lalu kira-kira jam 8 malam, ibu mangsa telah pulang ke rumah dan terus menyoal mangsa. Setelah dipujuk, mangsa memberitahu dia telah dirogol oleh tertuduh, iaitu adik ipar bekas suaminya yang dikenali dengan nama 'Boyeng' di bangsal kebun limau di Kampung Peroh, Ajil, Hulu Terengganu. -SH

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Nasi Kukus Juna , Shahputra , Kolej Komuniti Kuantan | DaHLia&#39;s <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 02:36 AM PDT

Hari ni bangun-bangun tido lagi, mak aku dah ajak pergi cari nasi kukus yang best kat Kolej Shahputra tu. Kelmarin baru kitorang try makan di Kuantan Medical Center (KMC)semasa melawat Min dan Nana.

Ops, bukan KMC yang special serve Nasi Kukus Juna Indera Mahkota tu, tapi parents Min dan Nana, Auntie Liza dan Uncle Li yang pergi beli di Restoran Nasi Kukus Juna ni dan bawa untuk kami berkelah dalam wad. Tak pernah pulak kami tahu ada Nasi Kukus glemer di KUantan ni.. Persoalannya, best sangat ke??

IMG_20110921_131510

Restoran Nasi Kukus glemer kat Kuantan ni terletak di Jalan IM 3/11, Indera Mahkota. Senang cerita, dekat Jalan tengah2 area Kolej Shahputra (simpang tiga) dan berhadapan dengan Kolej Komuniti.

IMG_20110921_131548

Restoran Nasi Kukus Juna, bukan Yuna ataupun Juma okeyyyy.. Kedai dia adalah kat hujung sekali bangunan tu, tengah-tengah..yang signboard oren atas ni.. Biasanya memang akan nampak orang beratur sebab nak membeli nasi kukus kat kedai ni. Mudahlah nak cam kedai ni sebenarnya walaupun kali pertama datang.

IMG_20110921_124034

Suasana dalam Restoran Juna Nasi Kukus ni pun biasa jer.. tak menceriakan..tapi bersih memang bersih. Waiter dia pun cepat datang untuk ambil order dan juga cepat bertindak kemas meja. Servis okey!

IMG_20110921_124849

Gambar wajah nasi kukus Juna blur sebab masa ambil gambar, tangan dah jamah nasi.. ni pun kepak ayam ni hilang kena rembat dengan anak buah. My Mom suka dengan nasi kukus ni sebab kuah gulai dia more to dalca which is my mum's favie. Sambal dia pun memang diakui sedap. Nasi Kukus Juna ni memang siap dibungkus dalam kelongsong eventhough korang nak dine in. Sebab nak bagi aroma daun pisang, nasi kukus dan lauk sebati lah agaknya..

IMG_20110921_125115IMG_20110921_125751

Baby Feeqa pun dah selera makan nasi..Si Nureen tu lah pencopet kepak ayam tadi!

Overall, minuman di Restoran Nasi Kukus Juna ni tak power. Aku order tea o jer, tapi biasa je..takde ummph..Nasi Kukus Juna? My mum cakap dia suka this more..tapi aku dan my sis lebih suka Nasi Kukus kat Anak Mas Seafood kat Chukai, Terengganu jalan Jerangau-Jabor tu.. Ayam dia best, lebih garing dan besar, and aku suka kari pekat dia..

Owh ya, Nasi Kukus Juna ni berharga RM6 sebungkus.. Makanan kami tadi ditaja sepenuhnya oleh Uncle Li yang tetiba datang.. Makan free beb hari ni..hehe.. So, kenapa ramai sangat penuh kedai ni? Sebab ni port students Shahputra, Kolej KOmuniti  dan juga pekerja area Indera Mahkota tu.. RM6 for lunch treat is cheaper than having nasi campur yang at last more than RM6.. am I rite??

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


SEBONGKAH BATU <b>DI KUALA BERANG</b> (Faisal Tehrani, PTS Litera Utama

Posted: 02 Sep 2011 12:44 AM PDT


Novel nie aku angkat bersekali dengan SKUAD HALIMUNAN oleh Baharuddin Bekri di mynews.com di dalam perut The Mall sebelah PWTC .. kira dalam mood nak membaca novel aa konon..

Novel nie berbetulan pulak dengan TVAlhijrah yang baru ajer set program beberapa bulan aritue.. kira tema menarik aa dalam menjentik kita supaya sedar akan hukum hakam penggiat industri yang cuba nak deliver something yang syaria- friendly, syaria- Compliance.. di mana pelajar2 Islam nie cuba buat projek filem dengan latar sejarah Islam. Tapi nak guna pelakon2 popular yang tak syarie.. perhatikan cemana Ostat Ostazah bergossip dan hanged dengan pelakon2 diva..

Yang bagusnya novel nie ringkas dan nipis.. memang membantu aku yang dah lemah nak digest buku2 tebal nie.. (dan bajet pun agak ciput eehehe,,) dan dia lebih ringkas dan sama feel dengan 1515 tapi versi yang nipis sikit.. dan yang menarik lagi.. novel sulong Faisal dan satu- satunya under PTS..

Hati korang tetap digeletek walaupun bahasanya adalah bahasa sastera terpilih.. best!! Sekarang aku nak cari buku dia yang pasal kelemahan umat. tanya kemuskilan agama naif gila kat kulit belakang novel.. yang aku tergelak besar masa lepak2 ngan Sallam masa Pesta Buku tapi aku x beli.. xde duit aritue..

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Bekas EXCO Kerajaan <b>Negeri Terengganu</b> Datuk Awang Jabar <b>...</b>

Posted: 19 Sep 2011 10:09 PM PDT

No of View :4179

Bekas EXCO Kerajaan Negeri Terengganu yang kini Pegawai Khas Menteri Besar, Datuk Awang Jabar, 66, terbunuh apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah Perodua Alza di Kilometer 26 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Kampung Alor Tuman, Merchang, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, Allahyarham yang menaiki Mercedes-Benz dikatakan dalam perjalanan menghadiri program tinjauan mesra Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Dungun.

 Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah penumpang Perodua Alza, seorang warga Yaman, Nisma Nabil Abdul Karim al-Saiban, manakala pemandu Mercedes-Benz dan enam penumpang Alza cedera.

 Muhyiddin dijangka melawat jenazah Allahyarham yang juga bekas Ahli Parlimen Dungun, pada 2 petang di rumahnya di Jalan Tekukur, Kuala Terengganu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b> | BLOG - BLOG PARTI PAS

Posted: 02 Sep 2011 11:04 AM PDT


'Cah Keting' ritual yang mendarah daging dalam Umno

Posted: 02 Sep 2011 08:59 AM PDT

-Tiga Bahagian tiga orang Menteri Besar Terengganu
Selepas menghadiri majlis buka puasa dan hari raya PEKIDA baru-baru ini, saya diminta komen oleh wartawan akhbar Sinar harian, tentang amalan 'cah keting' dalam Umno Terengganu.

Saya tak tahu apa tujuan wartawan tersebut bertanya saya soalan tersebut. Mungkin kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh mantan Ahli Parlimen Kuala Nerus Che Azmi Abdul Rahman mengenai jangkaannya 'cah keting' akan terus berlaku dalam Umno Terengganu.

[Gambar - Awang Tera ADUN Chukai dan Exco Kerajaan Terengganu hadir bersama dalam majlis berbuka puasa dan Hari Raya PEKIDA]

Sebenarnya, Che Azmi bercakap dari hatinya 'speak from his heart', kerana Che Azmi adalah dianggap 'mangsa' dalam 'cah keting' Umno Terengganu menjelang pilihanraya umum 2008. Selain Che Azmi, banyak lagi mangsa yang dimakan oleh 'pemangsa' dalam Umno.

Antaranya, Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Haji Ahmad Said (ambil title penuh sementara masih ada) yang juga ADUN Kijal. Semua orang tahu, bekas Menteri Besar, Idris Jusoh mahu menggantikan Ahmad Said dengan orang lain.

Yang sama antara Ahmad Said dengan Idris Jusoh adalah, dua-dua orang 'gedebe' dalam Umno, seorang dari Selatan dan seorang dari utara. Yang bezanya, Ahmad Said lebih lama dari Idris dalam politik Terengganu. Sebab itu walaupun Idris yang merancang segala penipuan pilihanraya dalam tahun 2004, namun Ahmad Said menggantikannya ketika Idris ditendang dari Wisma Darul Iman.

Bagi saya 'cah keting' sudah mendarah daging dalam Umno, bukan setakat amalan dan budaya, tetapi sudh jadi 'ritual'. Sebab itu timbul cerita tentang ahli-ahli Umno ketika mereka 'orang iasa' dan ketika mereka mendaki dan berada di puncak kuasa.

Ahli biasa Umno, suami isteri, apabila bangun dari tidur pada waktu pagi, si isteri akan bertanya kepada suaminya, "Abang, kita nak makan apa pada hari ini?,"

Apabila telah meningkat menjadi pemimpin pertengahan, menjadi kroni kepada pemimpin atasan, mendapat anugerah projek atau konsesi balak, maka si isteri akan bertanya kepada suaminya apabila bangun dari tidur,"Abang kita nak makan di mana hari in?,".

Apabila menjadi pemimpin yang lebih tinggi, peringkat negeri atau peringkat pusat, dipuncak kuasa, ada wang ringgit dan kekayaan, ahli Umno suami isteri sudah tidak tinggal lagi di rumah kampung, tetapi tinggal di banglo ratusan ribu, malah jutaan ringgit.

Maka, ketika itu, si isteri ketika bangun dari tidurnya akan bertanya kepada suami, "Abang kita nak makan siapa pada hari ini?,"

Sebab itu, apabila kita pergi ke Kuala Nerus pada hari ini, pasti terdengar khabar, Dato' Nasir Ibrahim Fikri sedang menggerakkan jenteranya untuk 'mencah keting'  ADUN Seberang Takir. Khabarnya, Naib Presiden Umno Zahid Hamidi terpaksa turun cuba mendamaikan 'pertelagahan' antara Nasir dan Razif.

Nasir bercita-cita untuk mengikut jejak langkah ayahnya, menjadi Menteri Besar Terengganu. Oleh yang demikian, dia perlu mengembalikan nostalgia untuk kembali ke Seberang Takir umpama 'sirih pulang ke gagang'

Tetapi kalau kita ke Hulu Terengganu, lain pula versi 'Menteri Besarnya'. Tengku Putera pula sedang menyiapkan hulubalangnya, untuk bertempur dengan si budak hingusan Rozi Mamat.

Tengku Putera akan menjadi Menteri Besar selepas pilihanraya umum ke-13, oleh itu beliau mesti bertanding di kawasan asalnya, DUN Telemong.

Dalam Majlis berbuka puasa dan hari raya PEKIDA di Chukai, lain pula khabar ceritanya, lain pula Menteri Besarnya.

Ahmad Said pada kali ini sudah hampir pasti tidak akan lagi menjadi Menteri Besar Terengganu. Tempoh sepenggal sejak 2008 sehingga pilihanraya umum ke 13, adalah hanya 'tempoh pinjaman' kepada Mad Said.

Bahkan yang paling hebat, desas desus lama yang pernah dinafikan oleh Mad Said akan menjadi kenyataan, umpama 'impian Idris, yang menjadi realiti'.

Mad Said akan di'cah keting'kan dan dibuang dari negeri Terengganu apabila ada pihak yang sedang mengatur, ADUN Kijal itu akan bertanding di parlimen Kemaman. Makan dengan itu, ahli parlimen masakini, Shabery Cheek akan turun bertanding di DUN Chukai.

Di Kuala Nerus, ritual cah keting Umno adalah Nasir (Botok) akan jadi Menteri Besar. Di Hulu Terengganu, Tengku Putera pula akan menjadi Meneteri Besar.

Maka, di Kemaman pula, ritual 'cah keting' Umno adalah, Shabery Cheek akan menjadi Menteri Besar Terengganu, menggantikan Mad Said!!!

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved