ads

Jumaat, 29 Jun 2012

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


Tiga maut, empat cedera dalam kemalangan <b>di Setiu</b> | Inimajalah

Posted: 09 Jun 2012 02:48 AM PDT

SETIU, 9 Jun – Hasrat tujuh sekeluarga dari Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk melawat negeri ini sempena cuti sekolah berakhir dengan tragedi, apabila tiga daripada mereka maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan, di sini petang semalam. Mereka yang maut ialah Abdul Razak Othman, 49, anaknya Siti Suraya, 14 dan kakak Abdul Razak, Fathilah …

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Klinik Ummi: Travelog Percutian 3 : <b>Di Pulau Kapas</b> Bersama <b>...</b>

Posted: 19 Jun 2012 08:14 PM PDT

Assalamualaikum.

1 Jun 2012 - Buat kali pertamanya, Ummi sekeluarga bercuti di Pulau Kapas! Umur Ummi dah masuk 42 tahun tapi tak pernah menjejakkan kaki ke mana-mana pulau di Terengganu ini. Bunyinya aja orang Terengganu...hehehe. Abi orang Johorpun sekurang-kurangnya dah sampai ke Pulau Redang walaupun perginya atas tugasan khidmat masyarakat.

Anak-anak excited tak terkira. Sayangnya Along dan Angah tiada bersama. Terasa sedikit kejanggalan bercuti tanpa anak-anak lelaki Ummi. Walaubagaimanapun dek kerana ini adalah program khusus Hari Keluarga anjuran Papisma Terengganu, Ummi memang tak akan melepaskan peluang untuk turut bersama. Kalau tak kerana pergi beramai-ramai ni, rasanya dah susah Ummi nak sampai ke pulau. Bukan apa, ada orang tu seriau bila diajak naik bot...hahaha.



Keesokan Paginya... Selesai bersarapan, akhirnya tibalah masanya untuk kami bertolak ke lokasi snorkeling! Inilah dia saat yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Mak ayahpun apa kurangnya...hehe.
Selamat tinggal Pulau Kapas. InsyaAllah semoga percutian di Pulau Kapas kali ini bukanlah yang pertama dan terakhir buat kami. Dah janji juga dengan Along dan Angah, kalau mereka balik dari Mesir nanti InsyaAllah kita akan ke pulau lagi!

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


3 lot tanah <b>di Batu Rakit</b>,Mengabang Lekor,Terengganu | Azmiral.com

Posted: 07 Feb 2012 09:07 PM PST

Lokasi tapak area Batu Rakit, kg Mengabang Lekor hanya 800m ke jln besar.
Berhampiran dgn Giat mara lebih kurang 400m.
Lebih kurang 1km lebih ke Sek.Men.Keb Batu Rakit,Mengabang Lekor.
Lebih kurang 5.6km ke MRSM.
Harga Bungalow dari RM275,000.00 keatas…..
Harga mengikut keluasan rumah yang diminta.

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Pokok <b>Jerangau</b> Merah - My Forums

Posted: 14 Apr 2012 10:52 PM PDT

Kepada semua ahli, sila pastikan anda periksa email anda untuk klik email pengesahan yang di hantar ke email anda. ** Top Poster untuk setiap minggu akan di anugerahkan taraf VIP selama 2 hari dan 1 iklan termasyuk Top Poster tersebut akan di paparkan pada kedudukan paling teratas.. Gud luck! :-)

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Gara-Gara Mandi Telanjang , <b>Di</b> Sambar Ipar Yang Sedang <b>...</b>

Posted: 06 Jun 2012 04:46 PM PDT

"Yang Arif, saya melakukan perbuatan itu kerana tidak tahan melihat dia mandi berbogel, ditambah lagi ketika itu bekas isteri saya sedang berada di hospital melahirkan anak bongsu kami," jawapan spontan tertuduh, Awang Ismail, 52, selepas mengaku bersalah merogol bekas adik iparnya di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Duda kepada tiga anak itu tanpa segan silu mengaku, merogol bekas adik iparnya yang ketika itu baru berumur 15 tahun sehingga melahirkan seorang anak perempuan pada 4 Jun 2010 disebabkan kurangnya keimanan dalam diri untuk melawan godaan nafsu syaitan itu.

Bagaimanapun, perbuatan keji tertuduh yang beralamat dari Kampung Alor Batu, Jabor, Kuantan itu terbalas selepas hakim, Datuk Zainal Abidin Kamarudin menjatuhkan hukuman penjara selama 32 tahun selepas pengakuan bersalah tertuduh atas dua pertuduhan mengikut Seksyen 376 B (1) Kanun Keseksaan itu direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada :Ogos 2009, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Padang Limau Nipis, Bukit Payong, Marang telah melakukan persetubuhan dengan mangsa.

Manakala, mengikut pertuduhan kedua, tertuduh dituduh sekali lagi melakukan perbuatan terkutuk itu di tempat sama pada September 2009.

Zainal Abidin kemudiannya menjatuhkan hukuman 16 tahun penjara bagi pertuduhan pertama dan 16 tahun penjara untuk pertuduhan kedua yang diarahkan berjalan secara berasingan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zalina Awang @ Mamat manakala tertuduh tidak diwakili mana-mana peguam bela.

Mengikut fakta kes, mangsa yang ketika itu berumur 16 tahun telah membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Payong pada 27 Jun 2010 dengan mengatakan dirinya telah dirogol dan telah pun melahirkan seorang bayi perempuan di Klinik Kesihatan Ketengah Jaya, Dungun.

Rentetan laporan polis dibuat, pada 7 Julai 2010, polis telah menjalankan siasatan terhadap tertuduh yang ketika itu masih berstatus abang ipar mangsa dan telah mengambil sampel darah mangsa bagi tujuan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

Hasil ujian didapati, mangsa telah dirogol oleh tertuduh berdasarkan keputusan laporan kimia DNA yang diperoleh pihak polis setelah pihak Jabatan Kimia membuat perbandingan antara DNA mangsa, anak mangsa dan tertuduh.

Bagaimanapun, selepas mengetahui dirinya diburu, tertuduh telah melarikan diri namun berjaya ditangkap oleh anggota polis Balai Polis Jaya Gading, Pahang, pada 30 September lalu, kira-kira jam 1.40 pagi.

Dengan itu, tertuduh telah didapati melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan sebatan jika disabitkan kesalahan. -SH

Ulasan GB

Iktibar: Oleh itu wahai kaum Hawa, untuk mengelakkan dari dirogol jangan mandi open-air.

Ku berpesan kepada diriku dan semua: Didiklah diri dan anak-anak (terutama perempuan) supaya tidak mandi dalam keadaan bertelanjang.

Sudah menjadi trend orang sekarang mandi berbogel apatah lagi sekarang sudah ada bilik mandi serba lengkap, menyangkakan tiada yang melihat.

Ingatlah selain malaikat, Allah juga sentiasa Maha Melihat. Hadith Nabi saw:

قَالَ بَهْزٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ
النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الله أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ

Bahaz berkata dan menerima dari ayahnya,
dari neneknya dari Nabi s.a.w. sabdanya : "Allah itu lebih berhak untuk dimalu daripada seluruh manusia" Hadis sahih riwayat Bukhari.

sumber:greenboc

GD Star Rating
loading...

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


keluargaku: Masyarakat Tionghua <b>di</b> Pekan Air Jernih, <b>Kemasik</b> <b>...</b>

Posted: 30 Mar 2012 09:38 PM PDT


Kemasik, 28hb. Mac - Kebangkitan rakyat untuk membuat perubahan politik telah melangkaui batas perkauman dan fahaman agama.
Kegagalan UMNO/BN mengurus tadbir kerajaan yang diamanahkan menyebabkan masyarakat mulai bangkit menunjukkan ketidakpuasan hati naluri mereka.
Bagi sebahagian masyarakat kaum Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik menaikkan bendera PAS di premis mereka telah menceritakan kemahuan mereka dalam PRU Ke-13 nanti. 
Puan Wang Liang Seng, 47 tahun kelihatan begitu bersemangat memasang bendera PAS dan Parti Keadilan Rakyat. Beliau sendiri memanjat tangga setinggi lima belas kaki untuk memasang bendera PAS tersebut.
(Gambar kiri - Puan Wang (berbaju merah) memanjat sendiri tangga untuk memasang bendera PAS, bendera PKR dan banting manifesto tawaran air percuma di Pekan Air Jernih, Kemasik, petang tadi).
Puan Wang menyifatkan PRU Ke-13 ini merupakan detik terbaik seluruh masyarakat membuat perubahan dengan memilih PAS dan Pakatan Rakyat menerajui pemerintahan di Terengganu dan di Putrajaya.
'Saya yakin perubahan pasti berlaku, ramai jiran - jiran dan sahabat handai datang berbisik kepada saya menyatakan sokongan secara diam dan akan membuat perubahan di PRU Ke-13 nanti', ujarnya ketika ditemubual oleh wakil www.dppkk.org.
Beliau seterusnya berkata, 'pembaziran dan keborosan kerajaan UMNO/BN di Terengganu ini cukup banyak dan kita sebagai rakyat dihimpit penderitaan hidup dengan harga barang yang mahal dan gagal dikawal oleh kerajaan UMNO/BN', ulasnya.
Puan Wang seterusnya berkata, 'dimana keupayaan dan ketegasan kerajaan Ahmad Said melindungi rakyat yang dihimpit harga barang yang melonjak naik, apa guna kalau ada kerajaan tapi tidak dapat buat apa pun untuk menolong rakyat macam saya ini', tegasnya dengan perasaan penuh kecewa dengan kerajaan UMNO/BN.
Turut hadir di acara memasang bendera di premis rumah kedai di Pekan Air Jernih ialah Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik dan Mohd Tishaah Hamzah, Ketua Penerangan PAS DUN Kemasik.
Sebahagian masyarakat Tionghua di Pekan Air Jernih, Kemasik bergambar bersama Ustaz Alias Abdul Hamid, Pengarah PAS DUN Kemasik di sessi menaikkan bendera PAS dan PKR  petang tadi.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Penjenayah Mati Ditembak | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 20 May 2012 01:43 AM PDT

- May 20, 2012 16:43:08.

Seorang lelaki yang diburu polis kerana terbabit dalam pelbagai jenayah termasuk kes bunuh di Taman Melawati, ibu negara baru-baru ini, mati ditembak di Lebuh Raya Pantai Timur, LPT awal pagi tadi.

Dalam kejadian di susur masuk tol Jabor itu, seorang anggota polis Unit Peronda Lebuh Raya LPT turut cedera terkena tembakan.

DATUK SHARIFUDIN ABDUL GHANI/KETUA POLIS PAHANG
"Suspek ini apa yang ada pada dia adalah sejenis pistol semi auto 9mm jenis Bareta dan juga lesen memandu, alamatnya di bandar Sentul."

Suspek dikenali sebagai Chang Hong Kim, 39 tahun dari Bandar Sentul, Kuala Lumpur.

Dia sebelum itu bertindak menembak dua anggota polis yang memeriksa keretanya di susur masuk tol Lanchang menghala ke Kuantan.

Tembakan itu bagaimanapun tersasar.

Dia kemudian merampas kenderaan polis dan bertindak melarikan diri.

Sebuah kereta peronda lebuh raya yang kebetulan melalui kawasan kejadian bertindak mengejar suspek.

Ketika tiba di KM 113.6, suspek sekali lagi merampas sebuah kereta Waja dan melarikan diri ke arah tol Jabor.

Suspek bagaimanapun berpatah balik arah Kuala Lumpur selepas menyedari polis membuat sekatan di tol Jabor.

Sebaik tiba di KM 249.2, penjenayah berkenaan menghentikan kenderaan dan melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah polis.

Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd Jarizan Md Jid cedera di tangan kanan akibat terkena tembakan.

Suspek yang turut terkena tembakan di lengan kanan, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.


Kongsi / Share Laman Sosial/Social Network

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


HANNA RAZ: Hari Pertama <b>di Kuala Berang</b>

Posted: 17 May 2012 05:52 AM PDT


Jumaat, 16 Mac 2012 : Kembali ke rumah sewa di Batu Rakit, Terengganu bersama abang. Sekitar pukul 11 pagi tiba. Kali ini terpaksa kembali awal. Masih ada beberapa persiapan perlu dilakukan untuk 'perpindahan selama sebulan ke Kuala Berang'. Sesampai di rumah sewa, aku bersihkan rumah terlebih dahulu. Baru seminggu tinggal, habuk dan debu sudah memenuhi lantai. Nasib baik rumah ini berkeluasan sedang-sedang saja. Kalau tidak, maunya tergeliat pinggang buat kerja pembersihan.
Usai bersihkan rumah dan bersihkan diri sendiri, barulah aku simpan kain baju dalam beg. Baju kurung untuk waktu pengajaran dan pembelajaran (PnP) sebanyak 4 helai seminggu, uniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) untuk hari unit beruniform (no. 3 sahaja), pakaian riadah (kalau-kalau kena mengajar Pendidikan Jasmani atau PJ), dan pakaian semasa di rumah sewa nanti. Kena kira betul-betul berapa pasang, berapa helai setiap satu sebab aku tak mahu pulang semula ke sini sebelum tempoh praktikum yang 4 minggu itu selesai. Kononnya la. Hasilnya .. 1 luggage dan 1 beg balik kampung yang kembung! Haha .. gaya macam nak merantau setahun je.
Sabtu, 17 Mac 2012 : Bertolak ke rumah sewa di Kuala Berang. Aku naik Honda Stream housemate yang sama-sama praktikum di Kuala Berang. Sebenarnya kami berempat semuanya dapat kawasan Kuala Berang. 1 sekolah 2 orang. Cadangnya nak tinggal sekali selama 4 minggu ni, tapi disebabkan jarak yang keterlaluan, terbatal niat. Terpisahlah kami. 2 orang 'bermastautin' di asrama SK Cheting, 2 orang lagi (dalam keterpaksaan) dengan gaya ala-ala 'Orang Kaya Baru', menyewa sebuah rumah berkembar 3 bilik, 2 bilik air (1 dalam bilik, 1 bersebelahan dapur), 1 dapur di sebuah taman perumahan. RM 300, tanpa sebarang kelengkapan.
Walaupun terpaksa menyandang gelaran yang superb bilamana menjejakkan kaki ke Hulu Terengganu ini, namun aku berasa sangat bersyukur. Berbaloi menyewa sebuah Viva dengan kos RM 6 per jam datang buat tinjauan awal dan terus mencari rumah sewa sebelum cuti sekolah hari tu. Sekali datang sahaja, kami sudah bertemu seorang wanita yang peramah dan mesra, orang tengah yang memegang amanah untuk rumah sewa itu. Tidak ada deposit. Sekali lagi aku memanjatkan kesyukuran, DIA selamatkan kami daripada menghulurkan wang kami dengan hati yang tidak ikhlas untuk unsur riba yang haram dalam Islam itu.
Sesampai di sana, aku melihat-lihat kawasan sekeliling. Rumah ini tidak berpagar. Bersetentang dengannya sebuah tanah lapang terbiar. Ada khabar angin mengatakan tanah itu nanti akan dijadikan padang permainan. Tidak ada jiran yang terdekat, melainkan rumah sebelah yang jarang-jarang sekali berpenghuni pada malamnya. Rumah sebelah kanan yang jaraknya dalam 15 kaki sedang dalam proses pembinaan dan pengubahsuaian. Sebelah kiri sana ada beberapa buah rumah, tetapi terbiar kosong. Atau dalam erti kata lain, sepanjang lajuran rumah ini tidak ada penghuni. Rumah belakang juga kosong. Yang berpenghuni ialah rumah yang lebih ke sebelah kiri sana. Sangat jauh daripada rumahku. Tapi jujur .. tidak ada sebarang perasaan yang bukan-bukan menjentik naluriku. Kerna aku yakin, DIA sentiasa bersamaku. Tiada yang lain yang berkuasa, melainkan DIA, yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa.
6. 30 petang : Rakanku dihantar emak, ayah dan adik perempuannya. Saat ini, mereka satu keluarga sedang bersantai di ruang tamu rumah. Cuma ayahnya tertidur. Mungkin kepenatan. Aku bersendirian dalam bilik pertama untuk menunaikan solat. Mungkin kerana terlalu lama berdiam diri di dalam bilik yang bertutup rapat, emak rakanku memanggilku. Ya, aku dengar suara mak cik. Tapi aku tidak terus menjawab kerana sedang berdoa (nampak sangat tak khusyuk. Ampuniku, ya TUHAN!). Akan tetapi, mereka bertiga terdengar suaraku menyahut! Dan suaraku lain!
Okey .. memang aku menyahut. Tetapi dalam jangka masa 5 minit selepas ditanya, bukan serta-merta!
Ya, TUHAN pemilik kerajaan langit dan bumi! Sesungguhnya ENGKAU Maha Esa lagi Maha Berkuasa.
Malamnya, aku tidur bersama rakanku dalam master bedroom. Ruangnya sangat luas, dilengkapi dengan bilik air. Dan seperti selalu, aku mengalami mimpi ngeri. Berkaitan kematian. Tapi aku tak fikirkan sangat sebab sudah selalu sangat bermimpi buruk. "Mimpi itu mainan tidur". Aku pegang kata-kata itu.
Hari Pertama di Kuala Berang. Sekian.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved