ads

Isnin, 3 Oktober 2011

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


40 pelajar <b>di Besut</b> “dipulihkan” – Bernama « Himpunan Berita

Posted: 27 Sep 2011 03:27 AM PDT

BESUT: Seramai 40 pelajar tahun dua di sini yang menghadapi masalah membaca, mengira dan menulis berjaya "dipulihkan" setelah mengikuti program literasi dan numerasi (LINUS) yang berlangsung selama dua hari, berakhir hari ini.

Ia adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Besut.

Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Besut, Baharuddin Ibrahim berkata, program yang dikendalikan pegawai LINUS dan guru-guru di Pusat Kokurikulum Besut di Alor Lintang di sini, memberi kesan positif kerana 95 peratus pelajar telah berjaya dipulihkan.

"Kami berharap baki 32 pelajar tahun dua yang bakal menjalani saringan Program LINUS pada Oktober ini akan lulus, sekaligus menepati sasaran PPD Besut mencapai 100 peratus celik numerasi dan literasi dalam kalangan pelajar sekolah rendah," katanya. – Bernama

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


<b>Pulau Redang</b> akan ditutup selama empat bulan mulai pertengahan <b>...</b>

Posted: 07 Sep 2011 03:10 AM PDT

No of View :684

 Segala aktiviti pelancongan ke Pulau Redang, sebuah pulau peranginan yang terindah di negeri ini akan ditutup selama empat bulan mulai pertengahan Oktober ini.

Setiausaha Persatuan Pengurusan & Operator Kepulauan Redang Terengganu Lorenz Law berkata ini berikutan musim tengkujuh di Pantai Timur pada waktu itu.

"Segala aktiviti pelancongan akan ditangguh sementara dan semua chalet dan resort juga akan menggunakan tempoh itu untuk menjalankan pengubahsuaian," katanya kepada Bernama pada Rabu.

Lorenz berkata kesemua 16 resort di Pulau Redang akan menyambung semula operasi mereka selepas 1 Mac 2012. -BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


This Is An Emergency Exit: Pembezaan

Posted: 03 Oct 2011 11:53 AM PDT

Menggunakan dua bahasa yang berbeza bukan perkara yang mudah untuk meluahkan perasaan. Terlalu banyak maksud yang tersasar. Komunikasi tidak berkesan.

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


T E G A N U K I TA: Masjid Terapung <b>Pulau Perhentian</b> mula dibina

Posted: 01 Oct 2011 05:49 PM PDT

Oleh: Mohammad Ishak


Kerja menanam cerucuk Masjid Terapung Pulau Perhentian

Impian penduduk perkampungan nelayan Pulau Perhentian, dekat Kuala Besut untuk mendapatkan masid baru bagi menggantikan masjid lama akan menjadi kenyataan apabila kerja pembinaan kini giat dilakukan oleh kontraktor terbabit.

Masjid berharga RM12 juta itu juga akan menjadi mercu tanda baru kepada pusat peranginan terkenal itu kerana ia satu-satunya masjid terapung di pulau negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar berkata, kerja pembinaan masjid baru itu sudah dimulakan Julai lalau dan ia dijangka siap sepenuhnya menjeang akhir 2012.

Katanya, masjid itu akan mempunyai keunikan tersendiri apabila sebahagian daripada struktur bangunannya berada di dalam air laut dan menjadikan ia satu pemandangan menarik kepada pelancong.

Menurutnya, kerja pembinaan masjid itu juga mungkin mengambil masa sedikit untuk disiapkan kerana kesukaran pihak kontraktor untuk membawa bahan binaan dari darat ke pulau yang menghadapi masalah pengangkutan.

Dr A Rahman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri berkata, masjid sedia ada di pulau itu kini sudah uzur selain tidak sesuai lagi berikutan status pulau itu yang kini menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar negara.

Menurutnya, dianggarkan menjelang akhir tahun ini pulau itu akan dikunjungi kira-kira 100,000 pelancong yang ingin melihat keindahan alam semula jadi selain mempunyai panorama menarik sekitar dua pulau yang ada di situ iaitu pulau Perhentian Kecil dan Perhentian Besar.

Beliau berkata, penduduk pulau itu kini sudah banyak menikmati pembangunan hasil perancangan rapi Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepemimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said yang sebelum ini turut turun padang untuk meninjau kehidupan penduduk di pulau pelancongan yang terkenal itu.

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


PERJALANAN PERTAMA KE <b>AJIL</b>...

Posted: 21 Mar 2011 07:08 PM PDT

"Kelopak, Jantung, Kelopak, Jantung, Kelopak, Jantung.. Kelopak, Kelopak, Kelopak, Jantung, Jantung, Jantung... Kelopak! Kelopak! Jantung, Kelopak! Kelopak! Jantung, Kelopak! Kelopak! Jantung.. KELOPAK!"
Haa.. pandai2 lah lagukan supaya bunyi kompang ye..
Sudah lama betul aku menantikan saat2 aku boleh menjejakkan kaki ke Ajil atas sebab2 yang sangat munasabah - Majlis perkahwinan Abe Gmie!
Abe Gmie ni adalah rakan sekerja aku dan sememang nya dah lama aku menantikan saat2 seorang gadis terpikat kepada Abe Gmie. Akhirnya, pada tanggal cuti sekolah yang lalu.. termeterai lah ikatan sah antara Abe Gmie dan Diyana.
Bila aku dengar berita yang Abe Gmie nak menikah, aku automatik jadi teruja! Pernah tahun lepas, aku dan cik puan kpp nak cuba kenen2 kan Abe Gmie dengan seorang kawan cik puan kpp.. namun, langkah Abe Gmie lebih pantas. Abe Gmie menggunakan kaedah FACEBOOK!
Ye.. Abe Gmie "mengorat" isterinya melalui FACEBOOK.. woooohooooo!

***

The day before majlis, aku dan cik puan kpp dah sediakan apa yang patut. Itenari dan Peta perjalanan pun aku dah sediakan berdasarkan panduan jangka masa sampai ke sesuatu tempat.  Sebab peta terlalu besar.. aku copy google maps dan save dalam laptop. Dengan laptop2 sekali aku angkut. Hotel pun aku dah booking. Dan, macam biasa, tugasan cik puan kpp adalah mengemas baju dan segala mak-nenek kelengkapan yang perlu
"OK Yang, plan nya macam gini", aku tulis atas kertas sambil explain sikit2. Lagipun, cik puan kpp bukan nya nak dengar sangat pun.
5:00 pagi : Bertolak daripada rumah
6:30 pagi : Berhenti di BHP selepas tol Gombak
8:30 pagi : Rehat di R&R Temerloh
10:00 pagi : Rehat dan tukar baju di R&R Gambang
10:30 pagi : Masuk jalan Jabor-Al Muktafi Billah (selepas tol Jabor)
1:00 tengahari : Sampai Ajil - Rumah Abe Gmie
2:30 petang : Bertolak ke BGRC (Bukit Gambang Resort City)
5:30 petang : Check-in Hotel dan rehat
Esok paginya selepas sarapan : Water Park
Macam gitu lah lebih kurang..
Amazingly, perjalanan kami was almost an identical one.. to the one yang aku tuliskan atas kertas. Cuma, ada adjustment here and there especially untuk tempat2 persinggahan tersebut. The timing almost perfect! Kagum pula aku. 
Problem aku cuma satu, hari nak bertolak tu lah aku kena cirit-birit! Aduh, memang terseksa jiwa raga den! 
Perjalanan yang sangat panjang tu memang memenatkan. Hendak2 pula kena ikut jalan "lama" dimana kiri kanan nya penuh dengan kepala sawit. Di tambah pula dengan isu jalan yang berlubang2. Sekejap gedegup sana, gedegup sini. Memang tak tenteram. Ditambah lagi, bila nak memotong... tiba2 depan ada lubang. Memang haru!
Skill memandu di jalan lama sangat penting. Skill yang paling diperlukan ialah kebolehan mengagak distance kereta daripada arah bertentangan dan judgment untuk memotong. Kena sentiasa alert sebab ada kala nya orang yang cuba memotong tu tak celus dan mereka akan mula menghimpit kenderaan disebelah untuk masuk semula ke dalam lane. So, kena sentiasa memandang cermin dan gunakan guts feeling dalam sebarang tindakan. Agak2 tak confident untuk memotong, jangan... diulangi JANGAN memotong! Silap2 haribulan.. na'uzubillah..
OK, sepanjang perjalanan alhamdulillah tidak ada saat2 yang mencemaskan dan akhirnya kami berjaya sampai ke Ajil dengan selamat. 
Dah sampai, aku terus parking. Terserempak dengan beberapa orang rakan2 ofis yang on the way balik dah. Aku pun menuju ke khemah orang kahwin. Abe Gmie sedang sibuk melayan tetamu2 yang hadir.. kebanyakkan nya datang daripada jauh - ada rakan sekerja, ada ex-U dan ramai lagi lah. Aku suspek, semua orang sama teruja nya dengan aku atas perkahwinan Abe Gmie ini! Memang telah lama dinantikan.
Makanan ala buffet. Memang simple sahaja. Semuanya berasaskan daging lembu. Sup tulang, Gulai kawah daging, Labu masak lemak air, Ikan masin, Sambal belacan, Air sirap (air wajib orang kahwin) dan Nasi Putih. Memang sangat simple. Tapi, rasanya sangat compliment each other. Provided that, kena ambil semua lauk dan mesti ambil ikan masin serta sambal belacan tu. Memang best!
Cuma, tak boleh la aku nak melantak banyak sangat disebabkan oleh problem perut yang aku sebutkan tadi. Sekejap2 cik puan kpp akan jeling2 manja.. suruh aku stop dan beringat2kan perut yang mengelodak itu.
Lepas berborak2 dengan kawan2 lain yang ada.. aku gi bergambar dengan pengantin dalam rumah. Pengantin perempuan memang dok dalam rumah aje. Aku tak tau lah samada adat di Ajil macam gitu ke, atau pengantin perempuan malu nak mingle2 dengan kawan2 Abe Gmie. Kata cik puan kpp.. "Mungkin adat kat sini macam itu agaknya. Pengantin perempuan dok dalam rumah je". Entahlah.. wallah hu'alam..
Orang nya lawa.. pandai Abe Gmie memilih di Facebook ye!! hehe..

Oleh itu, aku ucapkan..

SELAMAT PENGANTIN BARU ABE GMIE & DIYANA

Jam 2:00 petang, aku pun mengorak langkah untuk ke BGRC...

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


Pencerobohan rizab sungai <b>di Jerteh</b> | Aduan Rakyat Online

Posted: 03 Oct 2011 07:48 AM PDT

Saya nak adukan Sungai Alor Pok Ka di Kg Jabi, 22020 Jerteh, Besut, Terengganu telah lama diceroboh oleh segelintir pihak yang tamak harta dengan menimbus tebing sungai yang dulunuya lebar 6 kaki kini menjadi 2 kaki lebar sahaja untuk penanaman getah walaupun sering tenggelam bila banjir.

Masalahnya sungai makin tertutp dan aliran air tersekat sedangkan dibahagian atas sungai lebih luas dan lebar tetapi dibahagian bawahnya dah hampir tertutup aliran air sungai yang dahulunya lancar tetapi sekarang tersekat semakin jadi teruk.yang makin parahnya ialah tuan tanah tu buat pagar sampai ke dalam rizab sungai sehingga air sungai sudah jadi macam empangan bukan lagi sungai sebab tersekat oleh pagar yang dibuat sehingga ke dalam rizab sungai.

Masalah ini dah penat saya adukan sana sini termasuklah jps , jas dll namun nampaknya mereka semua hanya omong kosong sahaja kononnya nak ambil berat pasal sungai dan alam sekitar dan siapkan talian hotline tetapi bila saya telefon dan buat aduan hasilnya masalah masih belum selesai dah bertahun=tahun dah macam ni keadaannya mereka buat pada saya pada sungai dan pada alam sekitar.

Saya mintak tolong sangat pada aduan rakyat ni supaya dapatlah tolong masalah saya ni sebab sungai tersebut dah makin serius dah dirosakkan oleh orang yang tak ada peri kemanusian dan hati perut.terima kasih, wassalam

By: bakri hassan

Aduan yang berkaitan:

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


WhatEver..!!: Baru Aku Tahu Ada Apa <b>Di</b> Dalam Tuh...Yess BEBEH..!!

Posted: 28 Sep 2011 05:41 PM PDT

penat penat giler aku berbaloi la kawan..!! tapi aku masih tak puaslah.... i want more..!! AKU TAK PUAS LAGI.... aku terpesona, aku teruja, aku seronok.....

jeng jeng jeng.. apakah semua ini....?? hahaha.. wokey lah secara jujurnya aku memang tak puas bersama..
ye bersama kawan kawan aku trip di PULAU BIDONG.. hehehehe

Kami ke Pulau Bidong sebab ada progrem suvival laut yang diwajibkan kepada setiap mahasiswa Universiti Malaysia Terengganu..jap jap..kalau korang nak tahu  Pulau Bidong adalah sinonim dengan universiti kami, sebab pulau tuh hanya universiti kami guna sahaje.best giler.. tapi cuma dalam 2 hari 1 malam je.. tak puas.
kami menikmati keindahan laut di sana, kami snorling, berkayak,memancing( aku dapat 3 ekor okey..!!), jejak warisan(peninggalan Vietnam),dan water confident.

Sejarah
wokey Pulau Bidong ini ada sejarahnya disebalik keindahan flora dan faunanya.. Pulau ini dahulunya adalah tempat pelarian orang Vietnam semasa perang Amarika dan Vietnam dulu. kebanyakan pelarian ini adalah terdiri daripada orang yang berada, ye lah orang kaya kaya je dapat belayar dulu... banyak tinggalan sejarah sepertu tugu peringatan dan lain lain...

yang bestnya tuh ada WIFI umt_hotspot tuh...

tak sangka pihak universiti buat wifi kat pulau tuh, ingat kat dalam universiti je..hebat melampau lampau...

hahahha..

yang penting aku happy sangat, im enjoying plesure time with my friends.. 

but the most important is.....jeng jeng jeng

Note: Walaupun mata memandang kosong seperti tidak mempunyai apa apa nilai, tetapi jika kita menyelaminya pasti ada sesuatu tidak ternilai harganya... samalah seperti kita bernama insan

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Majlis Jamuan Rakyat Aidilfitri <b>Dungun</b> Bersama TPM Muhyiddin <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 09:00 PM PDT

Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Sempena Aidilfitri akan diadakan esok pada 20hb September 2011 di Padang Dewan Merdeka Dungun. Majlis tersebut akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pengarah Strategik UMNO Terengganu Dato Rosli Mat Hassan.

Jamuan berlangsung dari jam 12 tghari sehingga 1.35 ptg di Padang Merdeka Dungun.

Masuk tahun ni sudah 3 tahun MB Ahmad Said berjamuan di Dungun, sudah 3 tahun juga Ahmad Said melihat jalan2 di Dungun ni masih belum siap. Harap tahun ni Datuk Seri dapat mempercepatkan proses pembaik pulihan jalan dungun kita .

Terdengar cerita dari jamuan raya tahun2 yang sudah, jumlah makanannya tidak mencukupi kerana ada yang membawa pulang lauk ke rumah sehingga tidak cukup utk diberi kepada orang ramai yang datang. Sekiranya benar perkara tersebut, diharap tahun ni pihak tersebut biarlah bertimbang rasa kerana fungsi majlis ni adalah memberi jamuan kepada orang ramai.

p/s dah 3 hari tunggu dan setakat artikel ni ditulis, event ni masih tak berupdate di website MPD…

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Video & Gambar Sekitar Ribut <b>di Kuala Terengganu</b>

Posted: 27 Sep 2011 09:28 PM PDT

 

Ya Allah, peliharakanlah Terengganu



Sejak aku kecil, aku sering dengar cerita ribut dan hujan lebat akan melanda jika diadakan majlis nyanyian atau konsert  di Terengganu. Dan aku sendiri pernah rasa begitu. Kalau ada saja konsert atau persembahan nyanyian, malam tu ribut pasti akan melanda. Kali terakhir berlaku adalah ketika roadshow Anugerah Bintang Popular di Dataran Syahbandar.

Tapi sekarang, program hiburan yang melalaikan semakin menular di negeri Terengganu. Semoga apa yang berlaku semalam dapat menyedarkan kita tentang maksiat yang semakin berleluasa di negeri Terengganu Darul Iman yang tercinta ini.Ya Allah, peliharakanlah Terengganu.

Gambar diambil dari Facebook Ustaz Azhar Idrus (Klik Sini)

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved