Isnin, 3 Oktober 2011

13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


40 pelajar <b>di Besut</b> “dipulihkan” – Bernama « Himpunan Berita

Posted: 27 Sep 2011 03:27 AM PDT

BESUT: Seramai 40 pelajar tahun dua di sini yang menghadapi masalah membaca, mengira dan menulis berjaya "dipulihkan" setelah mengikuti program literasi dan numerasi (LINUS) yang berlangsung selama dua hari, berakhir hari ini.

Ia adalah anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Besut.

Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Besut, Baharuddin Ibrahim berkata, program yang dikendalikan pegawai LINUS dan guru-guru di Pusat Kokurikulum Besut di Alor Lintang di sini, memberi kesan positif kerana 95 peratus pelajar telah berjaya dipulihkan.

"Kami berharap baki 32 pelajar tahun dua yang bakal menjalani saringan Program LINUS pada Oktober ini akan lulus, sekaligus menepati sasaran PPD Besut mencapai 100 peratus celik numerasi dan literasi dalam kalangan pelajar sekolah rendah," katanya. – Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads