Isnin, 3 Oktober 2011

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


Majlis Jamuan Rakyat Aidilfitri <b>Dungun</b> Bersama TPM Muhyiddin <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2011 09:00 PM PDT

Majlis Ramah Mesra dan Jamuan Rakyat Sempena Aidilfitri akan diadakan esok pada 20hb September 2011 di Padang Dewan Merdeka Dungun. Majlis tersebut akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Tuan Haji Muhyidin bin Haji Mohammad Yassin, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pengarah Strategik UMNO Terengganu Dato Rosli Mat Hassan.

Jamuan berlangsung dari jam 12 tghari sehingga 1.35 ptg di Padang Merdeka Dungun.

Masuk tahun ni sudah 3 tahun MB Ahmad Said berjamuan di Dungun, sudah 3 tahun juga Ahmad Said melihat jalan2 di Dungun ni masih belum siap. Harap tahun ni Datuk Seri dapat mempercepatkan proses pembaik pulihan jalan dungun kita .

Terdengar cerita dari jamuan raya tahun2 yang sudah, jumlah makanannya tidak mencukupi kerana ada yang membawa pulang lauk ke rumah sehingga tidak cukup utk diberi kepada orang ramai yang datang. Sekiranya benar perkara tersebut, diharap tahun ni pihak tersebut biarlah bertimbang rasa kerana fungsi majlis ni adalah memberi jamuan kepada orang ramai.

p/s dah 3 hari tunggu dan setakat artikel ni ditulis, event ni masih tak berupdate di website MPD…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads