ads

Sabtu, 17 September 2011

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


MarangDaily – Berita Online Terkini » PAS <b>Seberang Takir</b> sudah <b>...</b>

Posted: 10 Sep 2011 03:16 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]"Kita yakin, rakyat menyokong kita, kita kalah kerana undi pos polis dan tentera, sekiranya SPR telus dan adil, Seberang Takir InsyaAllah, PAS akan menang di Seberang Takir,"ujarnya ketika ditemui. Menurutnya, undi pos ...

PAS <b>Seberang Takir</b> beri sumbangan pelajar

Posted: 12 Sep 2011 11:15 PM PDT

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1432H -
Jadual Rumah Terbuka/Majlis  Hari Raya
-----------------------------------------------


17 September
(19 Syawal) Rumah Terbuka DUN
Jabi di Pejabat DUN Jabi ~ Istimewa Nasi Arab
2.00pm - 5.00pm

22 September (24  Syawal) Majlis Sambutan
Hari Raya PAS Terengganu di perkarangan pejabat
PAS, Taan Seri Intan Jalan Sultan Omar, KT
11.00am ~ 3.00pm


24 September
(26 Syawal)
Majlis Sambutan
Hari Raya PAS  Marang, di perkarangan masjid
Pengadang Baru

11.00am ~ 2.00pm

24 September (26 Syawal) Hari Terbuka PAS
DUN Sura, Semua Warga DUN Sura Di Jemput

9.00am ~ 12.00pm

Rayuan Sumbangan Tabung Pembangunan
Kompleks dan Markaz
------------------------------------------------

1. Pembinaan PASTI As-Solihin K Terengganu Hubungi ~ Mohd Soud 019 987 9332 Mazlan Ali Tel : 013 958 1737

2. Pembangunan Pusat Tarbiyah PAS Kuala Nerus Hubungi ~ Hj Ahmad Zaini Deraman 019 - 957 8888

3. Wakaf Lot Tanah & Kompleks Tarbiyyah PAS Setiu Hubungi ~ 0148424548/ 0139078640/ 0199891140

4. Pembinaan Masjid Tahfidz Darul Iman Tok JiringHubungi 09 667 0102 Maybank Berhad, No:563064112631

5. Lot Tanah Wakaf Sekolah Men. Islam Darul Bayan, Dungun, Hubungi  Syed Azwan Tel - 0148040975 @ Wan Md Adib Tel -  013939569

Hebahkan aktiviti berita sekitar anda.
Hantar kepada buletinonline@gmail.com

Lihat ucapan-ucapan Presiden PAS di Terengganukini.net
Dengar Ucapan-ucapan melalui Buletinonline Radio

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Sotong/ Ikan Celup Tepung <b>di</b> Pantai Kelulut, <b>Marang</b>, Terengganu <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 09:01 AM PDT

Negeri Terengganu mempunyai pesisiran pantai yang panjang dan sangat cantik. Dari daerah Kemaman sehinggalah ke daerah Besut, Terengganu tidak akan mengecewakan pengunjung dengan menjanjikan panorama indah sepanjang perjalanan di negeri Terengganu. Sepanjang Pantai Kelulut terdapat banyak kedai makanan laut (seafood) yang sedap dengan harga berpatutan. Pantai Kelulut  ini terletak di dalam daerah Marang antara laluan Kuala Terengganu – Kuantan. Terdapat banyak pilihan gerai seafood dan semua seafood yang dijual disini segar.

Pantai Kelulut

Pantai Kelulut, Marang terletak berhampiran dengan bandar Marang. Lokasi pantai kelulut ini kira-kira 21 km daripada bandar Kuala Terengganu. Di sini, pengunjung dapat menenangkan fikiran dan menghabiskan masa dengan kenangan indah bersama keluarga tercinta. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti berkelah, bermain layang-layang serta minum petang.

Pantai Kelulut 2

Banyak gerai meyediakan juadah menarik yang sangat terkenal di negeri Terengganu, iaitu sotong/ ikan dan makanan laut celup tepung. Makanan laut di sini sangat segar kerana pengusaha gerai mengambil hasil laut ini terus dari nelayan dari jeti berdekatan.

Pantai Kelulut 3

Selain itu, terdapat satu gerai keropok lekor yang memang popular di negeri Terengganu dan juga luar Terengganu iaitu Gerai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang, Terengganu. Gerai Keropok Lekor 008 ini popular dengan keropok lekor yang sedap dan enak. Keropok Lekor 008 mempunyai kandungan ikan yang banyak berbanding sagu. Sehinggakan ramai yang sanggup beratur panjang hanya semata-mata untuk membeli keropok lekor 008. Satu kemestian ole-ole untuk dibawa pulang dari Terengganu ialah keropok lekor.

Gerai Keropok Lekor 008 Pantai Kelulut, Marang, Terengganu

Alamilah sendiri keunikan dan keindahan Terengganu. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Negeri Terengganu. Ianya pasti menjanjikan kenangan manis yang tidak boleh dilupakan. Jangan lepaskan peluang berkunjung ke Terengganu, Negeri Cantik Budaya Menarik.

Pantai Kelulut 4

p/s: terima kasih kepada model-model yang tak berbayar di atas. hehe ;)

Related posts:

  1. Sotong/ Ikan Celup Tepung di Teluk Ketapang, Terengganu
  2. RFC Kuala Terengganu | Menu Makanan dan Lokasi
  3. Banjir di Terengganu Semakin Buruk | Mangsa Banjir dipindahkan | Banjir Terburuk 2011
  4. Restoran Radix Fried Chicken (RFC) di buka di Kuala Terengganu mulai 2/12/2010
  5. Bercuti di Pulau Redang Pulau Tercantik di Malaysia
  6. Resepi Ketupat Sotong
  7. Mini Gathering Blogger Terengganu Bersama Ben Ashaari di A&W Batu Buruk | Gathering Kali Ke 2
  8. Gathering Blogger di Terengganu | Apa Pendapat Korang??
  9. Gathering Blogger Terengganu Yang Memang Sempoi dan Best

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Persatuan Belia Felda <b>Jerangau</b>: Majlis Penutup PRAGMA 2011

Posted: 25 Jun 2011 06:03 AM PDT

Gambar Kenangan...Semua peserta dan keluarga angkat bergambar kenangan sebelum berangkat pulang
Setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Begitulah juga dengan peserta Program Anak Angkat dan Khidmat Masyarakat (PRAGMA 2011) dari Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) yang berpisah dengan keluarga angkat setelah 3 hari berkampung di Felda Jerangau. Walaupun 3 hari merupakan tempoh yang singkat namun hubungan yang terjalin akan tetap di kenang sebagai satu rantaian pahit manis kehidupan.Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB dato' Haji Din bin Adam, ADUN Bukit Besi ini turut dihadiri oleh Penolong Kanan SESTER, En. Jamil bin Sakmim, Timbalan Pengerusi JKKR, En. Ramly bin Ibrahim. Kami warga Felda Jerangau mengucapkan terima kasih di atas kesudian menjadikan kampung kami sebagai destinasi program yang bermakna ini. Besar harapan kami agar program yang murni seperti ini akan terus dapat dijalankan untuk masa-masa yang akan datang

13 di jerteh - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


MAJLIS PERASMIAN ARKED <b>JERTEH</b> | eWARTA MARA

Posted: 17 Jul 2011 09:22 PM PDT

YB Dato' Seri Idris bin Jusoh telah menyempurnakan Majlis Perasmian Arked Jerteh pada 16 Julai 2011 bertempat di Arked Jerteh, Besut, Terengganu. Turut hadir ke majlis ini ialah YBhg. Datuk Ibrahim bin Ahmad, Ketua Pengarah MARA serta Encik Abdullah bin Muhamad, Pengarah MARA Negeri Terengganu.

 

Majlis ini diadakan bertujuan memperkenalkan serta mempromosikan Arked Jerteh yang merupakan salah satu infrastruktur perniagaan MARA kepada masyarakat setempat sebagai pusat perniagaan Bumiputera di Jerteh.

 

Sempena majlis ini, Mini Karnival Jualan 2011 turut diadakan sempena perasmian bangunan ini sebagai platform kepada usahawan setempat mempromosi produk masing-masing kepada masyarakat. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan 10 buah basikal dan 50 beg sekolah kepada pelajar-pelajar miskin Daerah Besut tajaan Yayasan Pelajaran MARA (YPM).

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Kemalangan Ngeri <b>di Dungun</b>, Kereta Putus Dua | Segalanya disini

Posted: 26 Aug 2011 04:34 PM PDT

DUNGUN: "Saya tidak menyangka arwah pandu kereta keluar dari kawasan rumah kerana dia tidak pernah melakukan tindakan seumpama itu sebelum ini," kata Ahmad Sobri Badarudin, 35, abang kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 9, Jalan Teluk Lipat-Sura Hujung, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam, Ahmad Sofri, 23, terbunuh apabila kereta Proton Iswara Aeroback milik abangnya itu yang dipandunya dipercayai terbabas sebelum melanggar sebatang pokok menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 30 meter selepas kenderaan berkenaan terputus dua.

Kemalangan menyebabkan mangsa yang berasal dari Jalan Bunga Raya, di sini, cedera parah di kepala, remuk di dada dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Ahmad Sobri, adiknya itu sebelum ini tidak pernah memandu keluar dari kawasan rumah.

Menceritakan kejadian, Ahmad Sobri yang bekerja sebagai kontraktor di Kemaman berkata, dia bersama anak dan isteri mengambil keputusan pulang ke kampung di Jalan Bunga Raya untuk menyambut Aidilfitri bersama adik beradik dan ibunya.

"Pada pagi kejadian, saya asyik teringatkan adik dan ibu menyebabkan saya serta isteri mengambil keputusan pulang ke Dungun dan mengarahkan semua pekerja bercuti," katanya.

Menurutnya, setiba di rumah keluarganya pada jam 6.15 petang, dia bertemu dengan ibunya tanpa menurunkan semua barang dan pakaian mereka sekeluarga dari kereta.

"Ketika bertemu arwah, dia memberitahu semua persiapan berbuka puasa sudah disediakan selepas membeli pelbagai juadah sebelum meninggalkan saya di rumah.

"Saya tidak tahu dia menggunakan kereta saya selepas itu kerana dia tidak meminta izin. Ketika mahu mengambil barang di kereta, saya diberitahu anak arwah memandu keluar kereta saya dari kawasan rumah.

"Saya terkejut kerana dia tidak pernah memandu keluar dari kawasan rumah," katanya.

Ahmad Sobri juga berkata, anak sulungnya, Ahmad Ikhbar, 7, memberitahunya yang dia mahu mengikut arwah, tetapi adiknya enggan membenarkan mengikutnya.

Menurutnya, kira-kira setengah jam kemudian, kakaknya, Maryani, 33, cuba menghubungi arwah menerusi telefon dan panggilan itu dijawab individu tidak dikenali memaklumkan arwah terbabit kemalangan.

"Maryani menghubungi saya dan meminta ke tempat kejadian. Sebaik tiba, saya terkejut mendapati kereta saya terputus dua dan arwah meninggal dunia," katanya.

Menurutnya, arwah adiknya anak keenam daripada tujuh beradik dan bekerja sebagai jurukimpal.

"Kami berdua sangat rapat dan saya memberikan bantuan kewangan serta pendidikan sejak kematian bapa pada 1995," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Incoming search terms:

  • kemalangan ngeri terbaru 2011
  • kemalangan ngeri di dungun
  • kemalangan kerata di dungun
  • kemalagan pantai dungun
  • www kemalanganngeri com

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Anggota dan pegawai bomba digalak lanjutkan pelajaran <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2011 06:25 PM PDT

Posted on September 13, 2011, Tuesday

MARANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggalakkan anggota serta pegawainya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Datuk Rusmani Muhamad berkata jabatan itu turut menyediakan pinjaman pembelajaran kepada mereka yang berminat menyambung pengajian di peringkat diploma atau ijazah.

"Kita menggalakkan semua anggota dan pegawai menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kerana ia sekali gus dapat memantapkan pengetahuan sedia ada mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Tamat Latihan Kursus Sijil Sains Kebombaan di Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai kelmarin.

Sementara itu, beliau berkata JBPM sentiasa bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir pada musim tengkujuh ini.

Rusmani berkata pihaknya akan mengadakan kempen keselamatan bersama beberapa agensi lain seperti Majlis Keselamatan Negara dan polis. — Bernama

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved