ads

Isnin, 18 Februari 2013

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


388 ahli PAS <b>di Besut</b> isytihar keluar parti - 1 malaysia - Yes

Posted: 05 Feb 2013 06:00 PM PST

 Selepas sedar diri mereka diperbodohkan oleh pemimpin pembangkang, kini semakin ramai ahli akar umbi dari Pas dan PKR di daerah Besut bertindak meninggalkan parti berkenaan dan menyertai Umno.Tamparan paling hebat apabila 388 ahli pembangkang dari empat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bahagian Besut, mengistiharkan keluar parti dan menjadi ahli Umno.

Mereka menzahirkan niat suci menyertai Umno apabila menyerahkan borang keahlian kepada Ketua Umno Bahagian Besut, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga ADUN Jertih sempena program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) di Kampung Pengkalan Nyireh, dekat Kampung Raja, malam tadi.Kemasukan beramai-ramai yang terbesar pernah diadakan itu membuktikan Umno menjadi kepercayaan dan pilihan tepat kepada penyokong Pas dan PKR yang sebelum ini mengakui ditipu dan diperbodohkan oleh pemimpin mereka.Kumpulan terbabit 250 ahli Pas dari DUN Kota Putera, Kuala Besut (83),Jertih (34) dan Hulu Besut 21 menyerahkan borang kepada Idris sambil disaksikan oleh ADUN kawasan masing-masing.

Sumber Di Sini

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Kereta Api Terpantas <b>Di</b> Dunia | <b>Pulau</b> Malaysia | <b>Pulau</b> Langkawi <b>...</b>

Posted: 13 Feb 2013 05:04 AM PST

Bermulanya 13 febuari 2012 kami di majalahcuti.com akan memperkenalkan satu kategori baru iaitu segmen post "Tahukah Anda" . Di kategori post ini kami akan kongsikan post yang ringkas dan padat dengan info dengan perkara pelik dan hebat yang terdapat di seluruh dunia.Oleh demikian untuk post yang pertama dalam kategori ini tahukah anda dimanakah terletaknya kereta api terpantas di dunia.?

Kereta Api Terpantas Di Dunia-2

Buat ketika ini kereta api yang terpantas di dunia terletak di  China. Perjalanan kereta api ini  adalah dari Guangzhou ke Wuhan. Kepantasan yang tercatit dan memegang rokod dunia ini adalah berkelajuan  bermula serendah 217km/jam dan boleh mencapai tahap maksima sehingga 245km/jam. Walaupun ada khaba mengatakan beberapa negara yang masih cuba untuk mencipta kereta api lebih pantas namum semuanya masih dalam dan kelajuannya adalah masih tidak rasmi.

Kereta Api Terpantas Di Dunia

Tags: , , , , , , , , ,

Category: Tahukah Anda

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


Cintan Cintun: Tanpa Limit 10

Posted: 14 Feb 2013 04:11 AM PST


SOPHIE yang duduk di atas katil sekadar memerhatikan Imani yang memasukkan pakaian ke dalam beg sederhana besar. Confuse kejap, Imani ni nak berpindah rumah ke apa sampai tapau pakaian banyak sangat, dah hampir penuh satu beg.
            "Adik, ni nak ikut abah dan mama pergi Calgary ke?" perli Sophie.
            "Lepak rumah kak long lah, abah tak kasi ikut."
            "Hello. Adik tinggal kat rumah kak long seminggu aje pun, tapi baju macam stok setahun. Nanti rumah kak long tak muat."
            Imani tarik muncung panjang. Kak long ni buat-buat tak faham pulak. Dia malas nak singgah rumah abah dan mama nanti, tu yang dia packing banyak sangat sekarang ni. Nak pergi Calgary sebenarnya, tapi abah kata baik tak payah ikut. Lagipun dia tak ada cuti, lebih-lebih lagi sekarang ini tahun akhirnya di UiTM. Mana nak enjoy semua tu.
            "Kak long ni macam nak tak nak aje adik tinggal rumah kak long," Imani buat-buat merajuk.
            "Jangan minta puji boleh tak? Kalau bukan dengan kak long, habis tu adik nak tinggal dengan Mr.Choi seberang rumah kak long?"
            Pecah ketawa Imani. Dengar saja nama Mr.Choi buat dia geli hati. Apa agaknya respons tauke batu-batu tu bila mendapat tahu pokok renek kesayangan diracuni kak long? Bertukar jadi naga berapi kot.
            "Adik packing awal sangat ni tak sabar nak tinggal dengan kak long ke?" tanya Sophie yang sudah meniarap di atas katil.
            Selepas balik bercuti dari Pulau Kapas nanti, Imani akan menjadi tanggungjawabnya 100% sementara ketiadaan abah dan mama.
            "Abah nak pergi Calgary? Buat apa kat sana?"
            "I need to make a vist to my company's HQ. Imani is not on holiday, so abah tinggalkan dia dengan Sophie."
            Dia anggukkan saja kepala mendengar kata-kata abah di talian telefon semalam. Sangkanya abah dan mama pergi makan angin di Canada, ada urusan kerja rupanya. Begitulah hikayat kebanyakan ahli perniagaan, macam abah juga. Pergi ke serata tempat, sambil-sambil cari duit sambil-sambil melancong. Teringin juga nak menjadi ahli perniagaan macam abah tapi minta maaflah, kalau otak tak cukup geliga untuk bersaing di dalam dunia perniagaan yang penuh mencabar baik timbus angan-angan tu jauh ke dalam pasir.
            "Laaa...abah dan mama kan terbang Ahad malam nanti. Akak dan Abang Shah pulak sampai petang tu, mana sempat adik nak packing. So bagus sedia awal-awal sekarang. Ahad nanti tinggal tunggu kak long ambik je," terang Imani panjang lebar.
            "Bijak adik kak long."
            Imani tersenyum lebar, menampakkan barisan giginya yang putih. Habis packing, beg diletakkan Imani di sudut bilik sebelum dia menyertai kak long di atas katil.
            "Sampai pulau nanti jangan lupa ole-ole adik," pesan Imani.
            Kak long dan Abang Shah sempat singgah sebentar di rumah sebelum berangkat ke Pulau Kapas nanti. Nak juga menyakat kak long kononnya dia nak ikut serta tapi kak long ni biasanya tak makan lawak, jadi harus jangan cuba.
            "Hmm..kalau kak long lupa abang ipar kesayangan adik tu takkan lupa," jawab Sophie bersahaja. Dalam otak dah tergambar suasana pulau yang cantik dan mendamaikan. Pandai juga Shah Jehan memilih tempat percutian. Pulau tu, kalau tersangkut di pulau yang tidak berpenghuni pun dia tak kisah asalkan peneman setia adalah Shah Jehan.
            Laungan abah dari tingkat bawah membuatkan Imani dan Sophie mengatur langkah keluar dari bilik dan menuruni anak tangga. Di ruang rehat kelihatan Shah Jehan dan abah duduk di sofa. Mama? Di dapur kot.
            "Dah nak pergi bercuti pun masih sempat bergosip lagi kat tingkat atas," Ahmad Yakob bernada bergurau.
            Sophie dan Shah kata nak singgah sekejap tapi rasanya hampir sejam Sophie dan Imani tak turun-turun dari tingkat atas.
            "Imani nak ikut abah dan mama boleh tak?" Imani mencuba nasib. Manalah tau kot-kot abah menukar fikiran di saat akhir. Dia bukan macam kak long yang pernah pergi ke luar negara, pijak Thailand negara jiran di sebelah pun dia tak berkesempatan.
            "Imani pergi lain kali. Imani tak ada cuti sekarang ni, kalau skip kelas semua tu tak ke naya," jawab Ahmad Yakob tenang.
            Imani mengeluh lemah. Kalau lain kali tu maksudnya tak akan sampai bila-bila. Abah selalu berjanji nak bawa dia sekali tapi sampai hari ni tak kesampaian. Dah takdir kau memerap di tanah tumpah darahku lah, Imani! Sempat dia mengadu nasib sendiri di dalam hati.
            "Sebelum Sophie dan Shah jalan makanlah dulu. Nanti tekak tak lalu kalau perut kosong."
            Muncul Amina di pintu dapur, memberikan isyarat supaya semua berlalu ke ruang makan.
            "Takpelah, mama. Kalau tak gerak sekarang takut lambat pulak," Sophie menolak sopan pelawaan mama. Tak lambat pun sebenarnya. Cuma sengaja mencipta alasan mudah sebab tak sabar nak menjejakkan kaki ke Pulau Kapas.
            "Pakcik Atan bawakan lemang dan rendang daging pagi tadi. Tak nak cuba sikit?" Amina bertanya lembut.
            Lemang? Rendang? Sophie menelan liur. Tanpa menunggu lama, kakinya diatur laju untuk ke ruang makan. Mana boleh ditolak kalau lemang dan rendang menjadi hidangan. Kegemaran tu!
            "Jangan makan banyak sangat. Nanti awak mual masa naik bot," sempat Shah Jehan berbisik ke telinga isteri di meja makan bila Sophie seronok melahap hidangan yang sedap di atas meja.
            Sophie sekadar menoleh sekilas dan tersengih. Lantaklah kalau muntah sekalipun bila naik bot nanti, yang penting puas hati dapat melahap makanan kegemarannya. Lebih-lebih lagi isteri Pakcik Atan, pemandu abah yang masak.
            "Kak long, nanti balik jangan lupa bawak 'bun' sekali k," perlahan suara Imani menerjah telinga Sophie.
            Uhuk! Sophie terbatuk-batuk, rasa macam tersangkut daging di hujung tekak. Jus oren di depan mata dicapai dan diteguk rakus. Sempat mata menjeling Imani tajam. Si adik tersengih-sengih macam kerang busuk.
            "Makan pelan-pelan, cik puan. Gelojoh sangat ni."
            Sophie sekadar tersenyum mendengar teguran Shah Jehan di sebelah. Ni bukan kes gelojoh cik abang, ni kes tercekik dengan maksud tersirat yang disampaikan oleh Imani. 'Bun' belum ada lagi, macam mana nak bawa balik. Imani ni kadang-kadang rasa macam nak ditenyeh secukup rasa. Sedarlah sikit cik adik masih under age tak kena dengan gaya bergurau. Tapi kalau difikirkan Imani dah cukup umur, tahun ni masuk 21 tahun. Padanlah ada kalanya otak Imani pun boleh jadi mereng.
            "Kak long, seashells pun jangan lupa k. Cari yang besar dan cantik tau," sempat Imani berpesan pada kak long sebelum kak long dan abang iparnya meninggalkan rumah. Apa kes tetiba rindu dengan kak long ni? Walhal kak long bercuti tak lama mana pun.
            "Take nothing, leave only footprints. Tak gitu?" Sophie sengaja menyakat si adik.
            "Ceh! Tak sporting!"
            Sophie tergelak bila Imani tayang muka tegang.
            "WAHHHH! Cantik!"
            Shah Jehan tersenyum melihat gelagat Sophie. Lagak macam tak pernah tengok pantai. Masuk saja ke dalam bilik tadi, habis satu bilik kena scan. Sekarang siap menari-nari di balkoni dengan kedua-dua belah tangan didepakan gaya flying without wings.
            "Suka tempat ni?" tanya Shah Jehan yang sudah bersandar di pintu balkoni.
            Sophie tersenyum seraya mengangguk kepala.
            "Tadi bukan main komplen."
            Sophie tergelak. Yelah, kalau dah speedboat yang laju tahap gaban hingga membuatkan dia naik mual harus dia merungut. Tapi sebenarnya tak jauh mana pun, perjalanan cuma mengambil masa selama lima belas minit dari jeti yang terletak di perkampungan nelayan di Marang. Di dalam speedboat tadi sempat dia beramah mesra dengan pasangan pelancong dari Uganda. Omputih kan suka pantai, jadi tak hairanlah bila  Malaysia yang merupakan salah satu negara beriklim tropika dan masih terjaga keindahan semula jadinya menjadi tarikan. Bagi pelancong luar negara, iklim tropika adalah iklim terbaik kerana boleh menghabiskan masa bersantai di pantai bila-bila masa. Berbeza dengan negara-negara Eropah. Nak bercanda ria di tepi pantai pada musim sejuk? Minta maaflah, kalau nak beku satu badan tu bolehlah kot.
            "Thanks, Shah," ucap Sophie dan mendapatkan suami yang berposing gaya model calendar. Tubuh suami dipeluk erat dan mata masing-masing terhala pada laut yang terbentang luas di depan mata.
            Pandai Shah Jehan memilih tempat percutian. Sengaja Shah Jehan memilih Kapas Turtle Valley yang terdiri daripada banglo papan dan terletak betul-betul di tepi pantai. Lebih privasi dan jauh daripada hiruk-piruk manusia di luar sana. Esok pagi dah merancang awal-awal nak ajak Sophie snorkelling melihat kecantikan di dalam laut yang masih terjaga rapi. Itu merupakan salah satu aktiviti yang termasuk di dalam pakej yang diambilnya untuk mereka berdua. Kalau nak bercuti kenalah pandai merancang ye tak? Pakej apa, kelebihan dan kekurangan apa, semua tu kena diambil kira. Bukan nak terlalu berkira, tapi kena bijak merancang yaw!
            Pelukan di tubuh suami dileraikan dan Sophie berlalu mendapatkan beg yang diletakkan di sudut bilik. Membuntang mata Shah Jehan melihat isi di dalam beg. Mak ai, kalah orang nak balik ke kampung seminggu. Banyak siot pakaian yang dibawa Sophie sedangkan percutian mereka berdua hanyalah selama tiga hari dua malam. Patutlah tadi beg rasa berat semacam.
            "Banyaknya baju awak bawa, sayang. Nak menetap kat sini terus ke?"
            Sophie mengukir senyum. Menyindir nampak. Buku di dalam beg dicapainya.
            "Kenalah bawa banyak. Tudung nak padan dengan baju warna apa, seluar nak padan dengan blouse mana. Kekalkan gaya fashionista tu walaupun berada di pulau. Tak nak jadi fashion disaster macam awak," Sophie membalas.
            Ketika di dalam speedboat tadi Shah Jehan menjadi perhatian kebanyakan penumpang yang lain. Sangkanya encik suami tampan sangat sampaikan ada mata yang tak lepas memandang dari atas sampai bawah. Bangga okey tapi sangkaannya dicampak jauh ke dalam Laut China Selatan bila wanita dari Uganda berbisik di telinganya.
            "Your husband looks different but attractive. So sorry dear, it's kinda daring if I say this but I can't help myself looking at him."
            Nah! Itu ayat memuji sebenarnya tapi bila diamati betul-betul, memang Shah Jehan nampak berbeza dari yang lain. Sebab? Seluar pendek paras lutut yang berwarna kuning dipadankan dengan baju fitting T-shirt berwarna hijau. Kolar T-shirt pula dibiarkan naik menutupi leher ala-ala Dracula gitu, sekali pandang macam nak pergi bermain golf. Di atas kepala pula tersemat topi Nike berwarna merah dan hitam. Colour combo yang sangatlah tak padan.
            Fashion disaster? Shah Jehan tayang senyuman lebar. Dia menyertai Sophie yang sudah melabuhkan duduk di kerusi rehat yang disediakan di balkoni.
            "My dear, it's not fashion disaster okay. Better to say fashion statement," Shah Jehan membela diri.
            Cantik apa golf shorts yang berwarna kuning terang. Dah nama pun bercuti di pulau, kenalah menggunakan pakaian yang berwarna terang dan ceria ye tak? Takkan nak pakai pakaian berwarna gelap. Kalau ikan jerung tengok pun tak lalu nak serang.
            Sophie menyembunyikan senyum. Seorang Shah Jehan jangan dilawan kalau bab fesyen. Suaminya ini salah masuk bidang agaknya, patut Shah Jehan jadi model bukannya doktor.
            "Did I tell you that you look like Go Soo?" tanya Sophie sambil berpaling menghadap suami di sisi.
            "Siapa Go Soo? Oh please, Sophie. Don't tell me he's one of the Korean actors."
            Pecah ketawa Sophie. Tahu sangat yang Shah Jehan allergik kalau disamakan dengan artis Korea mana entah.
            "Handsome apa and for sure you're more handsome than him. Saya tengok untuk seribu tahun pun takkan pernah bosan."
            Shah Jehan tersenyum lebar. Ehem..kembang kuncup hidung mendengar pujian Sophie. Biarpun Sophie berkias, tetapi dia tahu isterinya itu mencintainya sepenuh hati. Mata Shah Jehan jatuh pada buku yang dipegang Sophie.
            "Novel? Again?" Shah Jehan memandang tepat ke wajah isteri. Sophie. Sophie. Dia ajak bercuti ni untuk menghabiskan masa 24 jam berkepit bersama, bukannya nak bagi Sophie menikmati angin-angin sepoi bahasa di sini sambil duduk membaca novel.
            "Untuk Semua Dosaku."
            "What?" Berkerut kening Shah Jehan.
            "Tajuk buku ni. Untuk Semua Dosaku. Kisah hubungan kekasih yang terputus di tengah jalan sebab jalan yang dipilih oleh heroin adalah ke arah cahaya yang terang, hero pulak tak dapat menerima dan masih tersangkut di jalan yang gelap," bersemangat benar Sophie menceritakan sinopsis novel.
            "Owh....jadi in the end did they get back together?"
            "Bacalah, then you know."
            "Ala, alang-alang awak dah cerita, ceritalah sampai habis."
            "No, read it and find out yourself."
            Shah Jehan tayang muka tak puas hati. Sengajalah tu nak cerita separuh-separuh supaya dia join the club untuk turut sama membaca. Di rumah penuh satu rak buku dengan koleksi novel Sophie. Novel Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, semuanya disusun dengan teratur dan kemas. Dia hanya sekadar memandang, nak baca memang taklah. Hafal buku Atlas Netter pun 'terbebek', inikan pula nak membaca novel.
            "This is not a lovey dovey story, that's why its in my 'In-A-Must' list," sambung Sophie lagi.
            Shah Jehan diam. Beria-ia sangat Sophie promote, bermaksud mendalamlah isi di dalam buku tu kot. Dia berfikir sendiri, ada ke lelaki baca novel? Ada, bro! Siapa kata tak ada? Lain orang lain minat tak gitu?
            Menjelang petang, mereka berdua berjalan menyusuri pantai sementara menunggu matahari terbenam di hujung sana. Angin yang sedikit kuat langsung tidak mengganggu suasana romantik bersama isteri. Romantiklah kot berjalan berpegangan tangan sambil berkaki ayam.
            "Sophie, awak tau tak kenapa nama pulau ni Pulau Kapas?" tanya Shah Jehan bila mereka berdua berhenti dan berdiri menghadap matahari terbenam.
            "Tak. Kenapa?"
            "Because of pure white beaches around this island. Plus the sand is soft and white in colour."
            "Owhhh.." Baru Sophie faham. Shah Jehan ni kategori 'History freak', bab sejarah dan geografi memang kegemaran nombor satu. Sophie? Ehem, tak minat okey. Tu yang respons hanyalah 'owhhh' bila Shah Jehan menerangkan tentang sejarah nama Pulau Kapas.
            "Two young people without a thing, say some vows and spread their wings, settle down with just what they need, living on love. She don't care 'bout whats in style, she just likes the wayne smiles, it takes more than marble and tile, livin on love."
            Wahaa! Sophie memeluk pinggang Shah Jehan dan mendongak memandang wajah suami. Ni mesti kena sampuk hantu laut sampaikan Shah Jehan tiba-tiba menyanyi perlahan namun cukup untuk menerjah masuk ke telinga Sophie.
            "Alan Jackson?" tanya Sophie dan soalannya dijawab dengan anggukan dan senyuman oleh Shah Jehan.
            "Tak sangka awak suka Oldies," kata Sophie dan menghalakan semula pandangan pada matahari yang sudah mahu melabuhkan tirai.
            "Habis tu awak ingat saya minat Metallica ke?"
            Sophie tergelak. Hampeh!
            "Two old people without a thing, children gone but still they sing, side by side in that front porch swing, livin on love. He can't see anymore, and she can barely sweep the floor, hand in hand they'll walk through that door, just living on love."
Suara garau Shah Jehan kedengaran begitu menenangkan bagi Sophie Aida. Tak kiralah sehebat mana pun suara Adam Lavine, tapi di hati kini ada Shah Jehan.
"Shah, saya sayang awak. Sayang sangat-sangat!"
SHIRA tersenyum nipis dan memandang wajah wanita di hadapannya. Samantha Callie secara fizikalnya tak pernah berubah. Masih berpakaian seksi seperti dulu. Kalau dulu rambut Samantha berwarna hitam, sekarang dah kena celup jadi warna blonde. Nampak semakin cantik dan rasanya kalau bagi kaum lelaki, sekali toleh takkan puas. Berdarah kacukan Croatia-Cina mana tak cantik kan?
"How are you, babe? Lama tak lepak dengan kau dan Sophie. By the way, mana Sophie?"
Shira masih tersenyum seperti tadi. Lama tak lepak? Lebih tepat lagi, dah tak pernah melepak bersama. Yang Samantha tiba-tiba ajak berjumpa ni pun dia tak sangka. Tapi hati kuat merasakan Samantha tak ikhlas, sengaja mengajaknya dan Sophie keluar untuk melihat perkembangan dua orang kawannya yang sudah dianggap musuh.
"I'm fine as usual. Sophie tak dapat join hari ni, dia ada flu," lancar mulut Shira berbohong.
Flu apanya Sophie tengah berseronok sakan dengan Shah Jehan di tengah pulau. Tak adanya dia nak bagitau Samantha, dari luaran Samantha nampak tenang tapi manalah tau di dalam hati dia rasa macam nak hentam Sophie hidup-hidup. Tak hairan kalau Samantha bertukar menjadi ikan duyung merentas Laut China Selatan semata-mata mahu berjumpa Shah Jehan dan Sophie.
Samantha dan Shah Jehan dulu tak ubah macam merpati dua sejoli. Sangkanya hubungan kekasih yang jauh di mata, jauh jugalah di hati. Samantha di Malaysia, Shah Jehan di Moscow. Tetapi mereka berdua berkekalan juga hinggalah Shah Jehan tamat pengajian dan bekerja di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mereka tiga sekawan pula menyambung pengajian ke peringkat ijazah.
Shah Jehan sibuk dengan housemanship, Samantha sibuk dengan pengajian yang semakin mencabar. Pun begitu, mereka berdua masih bercintan-cintun malah semakin rapat. Tapi nak salahkan siapa bila Samantha dan Shah Jehan berpisah?
Dia dan Sophie menyalahkan Samantha. Samantha pula menyalahkan mereka berdua. Dan Shah Jehan menyalahkan ketiga-tiganya. Hubungan Samantha dan Shah Jehan dihidu oleh kekasih Samantha nun jauh di Auckland. Dan kemuncaknya adalah apabila kekasih Samantha, Ivan datang tiba-tiba dan keadaan menjadi semakin keruh. Tak payah nak menuduh salah siapa bila dah terang tang-tang Samantha yang bersalah. Dah ada kekasih tu janganlah main kayu tiga kalau tak arif menutup salah sendiri.
Iskh...malas nak kenang benda lama. Latte di depan mata dihirup Shira perlahan. Kalau diikutkan hati malas dia nak berjumpa dengan Samantha. Bila dah semakin sarat begini, tubuh dia pun mudah letih. Akhir-akhir ini bayi di dalam kandungan aktif sangat, ada petanda akan jadi pemain bola kot.
"Oh, pity her. Takpe. Banyak masa lagi. Lepas ni boleh lepak selalu, aku dah pindah KL sejak sebulan lalu," Samantha bersuara tenang. Sebenarnya dah hampir empat bulan sekembalinya dia dari Auckland. Menipu sebab nak cover line, dia mencari semula ni pun sebab ada udang di sebalik mi.
"Oh ya, how's Danny?" tanya Shira mesra. Serius dia rasa awkward bercerita dengan Samantha sekarang ini tetapi dia masih cuba untuk berlagak selamba.
"He's fine. Aku tinggalkan dengan popo dia." Takkan nak diusungnya Danny ke hulu ke hilir. Lagipun mummy tak kisah jika dia tinggalkan Danny di rumah orang tuanya.
"Aku dan Ivan dah berpisah," sambung Samantha, membuatkan Shira mendongak dan memandangnya meminta penjelasan.
Damn! Shira menelan liur. Jangan kata sebab dah bercerailah Samantha datang mencarinya dan Sophie, dalam erti kata lain mencari Shah Jehan!
p/s : Busy like a bee yet Shah and Sophie still accompanying me ;) Hope you all enjoyed reading my dear readers. Big hug and love you all loads

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Senarai Calon BN <b>Terengganu</b> telah keluar <b>...</b>

Posted: 06 Feb 2013 08:19 PM PST

Cikgu Soh menggantikan Nawi Mohamad di Hulu Besut dan Pahimi kekal di DUN Kota Putera. DI setiu, Exco Agama, Khazan Che Mat menggantikan Datuk Mat Jidin.
Tempat Khazan di DUN Batu Rakit ditandingi Nasir Mohd. Nor, Halim kekal di DUN Permaisuri. Begitu Ramlan Ali kekal di DUN Jabi. DUN Langkap mengemukakan calon baru, Baharudin. EXCO Pelajaran, Datuk Razif bertanding di parlimen Kuala Nerus.
WAN mahyuddin di DUN Wakaf Mempelam, Datuk Wan Zul di DUN Ladang, TOH kekal di DUN Bandar (MCA) dan Mat Sabri Alwi di DUN Batu Buruk. Cikgu Mohd Noor kekal di parlimen Hulu terengganu. Tengku Putra bertanding di DUN Kuala Berang,
Rozi kekal di DUN Telemong, Datuk Rosol Wahid kekal di DUN Ajil dan Yusof Awang Hitam bertanding di DUN Manir. Dr Latif Awang jadi calon BN di parlimen Marang, Tengku Zainudin bertanding semula di DUN Rhu Rendang, Ustaz sapiee di DUN Bukit Payong dan Datuk Yahya khatib kekal di DUN pengkalan Berangan. KETUA pemuda Negeri, Saiful Bahari bertanding di DUN Alor Limbat.
Datuk Shabery Cheek kekal di parlimen Kemaman. Datuk Mohamed Awang tera kekal di DUN Chukai, Wan Hakim kekal di DUN Air Putih dan mengejutkan Kamaruddin Ali bertanding di DUN Kijal. Manakala di DUN kemasik ditandingi orang baru juga, Haji Mustafa Abdul Rahman. Saya tak pasti sms ini betul atau tidak tetapi sms ini telah tersebar ke seluruh negara.

13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


Kemalangan ngeri bas dan kereta depan IKBN <b>Kemasik</b> - InfoHarian

Posted: 23 Dec 2012 03:15 PM PST

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/ss.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Kemalangan ngeri bas dan kereta depan IKBN Kemasik – video

Sangat menyayat hati melihat keadaan semua mangsa yang rentung, termasuk hancur seluruh badan, malah ada sebahagian cebisan daging yang terbakar melekat dalam kereta

kata saksi kejadian empat beranak terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta bertembung sebuah bas ekspres di Kilometer 126.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhadapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kemasik, awal pagi semalam

kemalangan bas kereta terengganu kuantan 2012 kemalangan ngeri bas dan kereta depan ikbn kemasik

Gambarbas kemalangan

Wan Mohd Faiz Wan Ahmad, 27, yang dalam perjalanan ke Kemaman berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, dia bersama rakannya cuba menyelamatkan mangsa, namun tidak berupaya memandangkan api marak membakar kedua-dua kenderaan

Saya menghubungi bomba, tetapi tidak berani mendekati tempat kejadian kerana bimbang kedua-dua kenderaan itu meletup, katanya menganggap kemalangan itu paling ngeri yang pernah dilihatnya

Dia yang ditemui di tempat kejadian berkata, selepas kebakaran dipadamkan keseluruhannya oleh anggota bomba, dia terkejut dan sedih apabila dimaklumkan empat beranak rentung dalam kenderaan itu

Penumpang bas ekspres itu, Wan Mohd Al-Hakim Wan Yusoff, 27, berkata, dia sempat mendengar seorang penumpang dalam kereta yang terbakar itu menjerit meminta tolong sebelum mengetahui empat beranak rentung di dalamnya

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

Ruangan Komen Facebook Untuk berkongsi pendapat atau Maklumat

terkini:kemalangan ngeri <b>di</b> hadapan ikbn <b>kemasik</b> <b>...</b> - pena berapi

Posted: 22 Dec 2012 01:54 PM PST


Sebentar tadi (5.30 pagi) dikhabarkan kemalangan ngeri membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta berlaku di hadapan Institut Kemahiran Belia Negara,Kemasik Terengganu.Kini menunggu maklumat lanjut angka korban kerana kereta yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah terbakar dan pemandu serta penumpang masih terperangkap.Harap maklum.

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


Yaya Magic Clown: MR YAYA <b>di</b> Awana <b>Kijal</b> Terengganu

Posted: 14 Feb 2013 06:21 PM PST

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua org-org cina dimana jua anda berada ... ^___^
Show kali ini Yaya berada di Awana Kijal Terengganu utk satu Majlis Makan Malam REJAB iaitu sebuah syarikat investment ... 
Yaya di tugaskan untuk melayan kanak2 yg datang pada malam tu.. semua nyer berjalan dengan lancar dan happeeening...
Jom layan gambar yg xseberapa cantik ni ya.... soriii (^___*)











Call sekarang untuk tempahan 012-222 0923 / 012-356 0889 - Mr Yaya
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved