ads

Rabu, 28 Mac 2012

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


sepang-kederang: JKKK <b>Paka</b> Rampas Tanah...PAS <b>...</b>

Posted: 07 Mar 2012 09:18 PM PST




DUNGUN – Memorandum Bantahan Rakyat terhadap tindakan Jawatakuasa Kemajuan tanah dan keselamatan kampung (JKKK) yang merampas tanah Sekolah Rendah Islam Darul Bayan (SRIDB)berjaya di serahkan kepada pihak pentadbir tanah daerah Dungun di sini semalam.

Menurut Pengerusi Lembaga Pengarah SRIDB, Ustaz Satiful Bahri Mamat ia diserahkan kepada Ketua Penolong Pentadbir Tanah daerah Dungun kerana Pentadbir Tanah yang juga Pegawai Daerah dimaklumkan sedang bercuti.

"Kita serah (memorandum) kepada timbalan (Ketua Penolong) bahagian tanah (Pentadbir tanah) mewakili DO (Pegawai daerah) yang bercuti,"ujarnya ketika ditemui sebaik keluar dari Pejabat Daerah dan Tanah Dungun pada Rabu 7 Mac.

Sebelum itu, beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Dungun telah mengetuai satu bantahan aman yang dihadiri oleh hampir 1,000 orang terdiri dari para pelajar, guru dan kakitangan SIDB serta masyarakat umum.

'Gerombolan' bantahan itu telah bergerak dari Surau Tuan Guru Haji Zainal Abidin pada jam 3 petang menyusuri Jalan Yahya Ahmad sepanjang 2 kilometer sehingga ke perkarangan Pejabatan Daerah dan Tanah.

Sehubungan itu, Ustaz Satiful berpuas hati dan mengucapkan terima kasih atas sokongan pelbagai pihak.

"AlhamduliLlah, kita Nampak sokongan semua rakyat (dan) masyarakat bersama (menyertai bantahan) dengan pelajar-pelajar (dan kaktangan) sekolah kita ini,

"saya ucapkan ribuan terima kasih dan AlhamduliLlah kerana sokongan ini berterusan dan semakin meningkat,"jelasnya.

Menurutnya, ia adalah demonstrasi kali kedua, yang diadakan bagi membantah tindakan zalim rampasan tanah SRIDB.

Katanya, perarakan bantahan secara aman kali pertama diadakan dari hadapan SRIDB di Jalan Santong, Paka dan berakhir dihadapan Pejabat Khidmat ADUN Paka.

Beliau selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu berkata, sekiranya tidak ada apa-apa tindakan menyerahkan kembali tanah tersebut kepada sekolah agama rakyat itu, beliau merancang akan mengadakan bantahan dihadapan Wisma Darul Iman dan akan menyerahkan memorandum kepada 'pihak istana'.

"Dulu kali pertama kita buat di Paka, Nampak hari ini lebih ramai lagi, dan InsyaAllah kalau tidak selesai, kita akan pergi (berarak) ke Wisma (Darul Iman) dan ke istana,"tegasnya.

Turut serta dalam demonstasi tersebut adalah Yang DiPertua PAS Dungun Ustaz Wan Hassan Ramli, Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Khalil Abdul Hadi, Timbalan Ketua Penerangan PAs Terengganu Usaz Azman Shapawi Abdul Rani, Ketua Pemuda PAS Dungun Ustaz hd Hanafi Abdul Aziz, Setiausaha PAS Dunguun Norulazhar Ali dan Bendahari PAS Dungun Ustaz Roslan Ismail

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


KETEREH, 28 Mac: Perbicaraan bantahan pengundi pos <b>di</b> Pejabat <b>...</b>

Posted: 28 Mar 2012 11:20 AM PDT

Thread Rating:
  • 0 Votes - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
matyehv

Senior Member


Posts: 507
Joined: Jan 2011
Reputation: 0
Undisclosed

Thanks: 76
Given 211 thank(s) in 139 post(s)


Share
Proses bicara pengundi pos di Ketereh tercemar?
KETEREH, 28 Mac: Perbicaraan bantahan pengundi pos di Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam semalam mencetus tidak puas hati pembantah apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan borang A yang difotostep (salinan).

Pada perbicaraan hari pertama (kelmarin) pembantah mengesan tandatangan pemohon pengundi pos tidak sama dengan borang yang ada pada SPR.

Keadaan itu menyebabkan pengadil yang terdiri daripada Pengarah SPR Kelantan, Mohamad Mahmood dan dua lagi pegawai kanan SPR menerima bantahan dibuat.

"Bagaimanapun disebabkan tandatangan borang A yang ada pada pemohon tidak sama dengan borang dimiliki SPR menyebabkan taktik baru pula dikesan dengan menampilkan borang A yang difotostep semalam.

"Saya hairan bagaimana pengadil boleh menerima pakai borang yang hanya difotostep. Kemungkinannya taktik itu dibuat bagi mengelak pembantah dapat mengesan tandatangan yang berbeza.

"Malah semalam juga perbicaraan empat isteri anggota tentera yang tidak membawa borang asal ditunda seketika, tetapi tidak lama kemudian tiba-tiba SPR memberitahu bantahan ditolak," kata Penyelia Dun Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood (gambar).

Menurutnya ditemui juga ada anggota tentera yang dikesan sudah bersara turut disenarai sebagai pengundi pos di Dun Kok Lanas.

Kata beliau 10 bekas tentera tersebut selepas disemak di kem tempat bertugas didapati sudah menamatkan perkhidmatan, namun muncul pula sebagai pengundi pos baru.

Pada perbicaraan semalam juga 10 isteri anggota tentera hanya memiliki borang A yang difotostep. Ekoran itu menyebabkan perbicaraan kes berkenaan ditunda.

Turut ditemui pembantah ada isteri anggota tentera yang bertugas di negeri lain termasuk Johor, Melaka dan Negeri Sembilan juga disenarai sebagai pengundi pos di Kem Desa Pahlawan.

Ada juga kes ditemui anggota tentera yang mengaku berpindah ke negeri lain disenarai sebagai pengundi pos baru.

Malah lebih meragukan apabila ditemui seorang pengundi bernama Rosli Abdul Rashid didapati mempunyai tempat mengundi di dua lokasi berlainan iaitu di Kem Desa Pahlawan dan Pangkal Kalong.

Nik Mahadi berkata, pada perbicaraan tiga hari itu ditemui 17 bekas anggota tentera yang sudah bersara disenarai sebagai pengundi pos baru.

"Saya amat berharap SPR menyelidik terlebih dahulu permohonan pengundi pos kerana sudah terbukti ada tentera yang sudah bersara disenarai semula sebagai pengundi pos.

"Begitu juga pengundi pos di kalangan isteri anggota tentera hendaklah dibuat secara telus kerana banyak kes mereka tidak pernah memohon mengundi pos.

"Persoalannya siapa yang memohon bagi pihaknya kalau bukan sindiket yang ada kaitan dengan parti pemerintah," katanya.

Bas TUDM

Isteri anggota tentera yang hadir pada perbicaraan hari ini dilihat datang dengan bas milik Tentera Udara Malaysia yang berpangkalan di Gong Kedak, Jertih.

Malah ramai suami (anggota tentera) mengasuh anak kecil ketika isteri memasuki bilik perbicaraan.

Difahamkan ada pihak yang membiayai kedatangan mereka biar pun tidak kelihatan wakil Umno berada di perkarangan Pejabat Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Perbicaraan senarai pengundi pos bagi suku keempat itu membabitkan seramai 129 pemilih termasuk tiga pengundi awam.
sumber

Today 02:20 AM

Forum Jump:



User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)
Online Users
There are currently 23 online users.
» 2 Member(s) | 21 Guest(s)


13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


PPD HULU TERENGGANU: AGIHAN E-BOOK <b>DI</b> DUN <b>AJIL</b>

Posted: 27 Mar 2012 10:05 PM PDT

LATIHAN MAJLIS HUTeC 2012 PADA 22 MAC 2012

PROGRAM HUTeC 2012 PADA 25 MAC 2012

E-BOOK -DUN MANIR-25 MAC (PAGI)

-DUN KUALA BERANG -26 MAC (PAGI)

-DUN TELEMONG - 27 MAC (PAGI)

-DUN AJIL - 27 MAC (PETANG)

AGIHAN E-BOOK PADA DARJAH 4 UNTUK TAHUN 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Al Khidmah <b>di</b> Semenanjung Malaysia #5 | Kata, Abadi

Posted: 24 Mar 2012 08:20 PM PDT

Sepulang dari Yala kami tidur di flat dengan pulas. Sudah separuh perjalanan Al Khidmah goes to Asean, terlampaui: mulai dari Batam, Johor dan Yala. Ada dua tempat lagi yang, seperti penulis akan ceritakan, juga merupakan rintisan. Dua itu adalah Terengganu dan Kelantan.

Kamis, 22 Maret 2012, jam 09.30, kami pakai bis menuju Terengganu Darul Iman. Salah satu negara bagian Malaysia ini terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Berbatasan dengan Kelantan di bagian utara dan barat, serta berbatasan dengan Pahang di bagian selatan dan barat daya.

Perjalanan memakan waktu tiga jam. Tujuan utama kami adalah Masjid Tengku Tengah Zaharah. Namun karena jadual Majlisan di Masjid Tengku jam 4 sore, kira-kira selepas Asar, maka kami "pusing-pusing" (jalan-jalan) dulu di Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Terengganu.

Di Taman Tamadun Islam (TTI) terdapat masjid bagus bernama Kristal. Disebut "Kristal" lantaran hampir seluruh masjid dibuat dari baja dan kaca. Berdiri tegak—seperti terapung—di atas sungai laut. Jadi kalau dilihat dari kejauhan, tampak seperti kilauan kristal di atas laut.

Masjid Kristal diresmikan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 8 Februari 2008. Luas masjid kira-kira 2.146 meter persegi, dengan kapasitas kurang lebih 750 jamaah, dilengkapi jaringan wifi—dengan tujuan melayani dan "memanjakan" jama'ah—agar bisa pakai internet, membaca Al-Qur'an elektronik, dan tentu saja biar betah di masjid.

Kalau boleh dibilang, TTI mirip Taman Mini Indonesia Indah (TMII). Jika di TMII terdapat replika 27 rumah dan budaya dari 27 propinsi seluruh Indonesia, di TTI terdapat 23 replika masjid tersohor dari seluruh dunia—atau disebut Taman Monumen. Ada Masjid Nabawi di Madinah, Taj Mahal di India, Masjid Al Aqso di Palestina, Masjid Sunan Kudus di Indonesia, dan sebagainya.

Jam dinding sudah tunjuk pukul tiga sore. Maka kami harus bergegas menuju lokasi majlis: Masjid Tengku Tengah Zaharah.

***

Orang sering sebut Masjid Tengku Tengah Zaharah (TTZ) sebagai Masjid Terapung. Pasalnya, mirip seperti Masjid Kristal, Masjid TTZ dibangun di atas Sungai Ibani. Nama TTZ diambil dari Sultan Terengganu, Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, atau lebih tersohor dikenal sebagai Tuanku Intan Zaharah putra Tengku Seri Setia Raja.

Masjid TTZ terletak 4 km dari pusat kota Kuala Terengganu. Desain dan arsitektur ditata oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Pembangunan berlangsung selama 29 bulan, bermula pada September 1991 sampai Januari 1994, serta menghabiskan dana 20.9 miliar rupiah. Diresmikan oleh Sultan Mahmud pada Jumat, 28 Ramadlan 1414 H atau 11 Maret 1994.

Keindahan masjid tercermin pada menara masjid yang tingginya mencapai 30 meter; dimahkotai satu kubah besar mengkilat, warna langit membiru di atasnya, tiupan angin laut China Selatan di sekelilingnya, serta puluhan tiang yang kokoh di atas air Sungai Ibani sedalam 1.5 meter. Pantaslah kalau dikatakan Masjid TTZ adalah masjid terapung termegah dan terindah di Malaysia.

Masjid TTZ mampu menampung jamaah hingga 1000 orang. Namun, karena masih rintisan, majlis yang terselanggara hari itu hanya dihadiri kurang lebih 100 orang. Untuk ukuran Malaysia, 20 orang hadir sudah terhitung banyak. Apalagi bisa mencapai 100 orang, tentu sangat melimpah bagi satu majlis permulaan.

Hadloroh dipimpin oleh Habib Abdullah bin Umar Al Haddar dan KH. Munir Abdullah. Istighosah oleh KH. Abdul Kholiq Kudus. Pembacaan maulid oleh Habib Salim Baharun dan santri Pondok Pesantren Al Fitrah Kedinding Surabaya. Doa maulid oleh Habib Ahmad Zein Al Kaf.

Hari sudah menjemput malam. Selepas majlisan di Masjid Terapung, para jama'ah langsung menuju ke satu rumah makan di tengah Kota Bahru, Kelantan. Malam itu adalah malam jumat. Sebelum makan malam bermula, para kiai dan habaib memimpin kami untuk membaca Iklil. Sebuah ajaran ulama' salafuna sholihun yang selalu kami rindukan.

***

Jumat, 23 Maret 2012, jam 4 pagi kami sudah bersiap-siap menuju Masjid Kamil Hassan, Mukim Cabang Tiga Pendek, Batu 6 1/2., Jalan Salor 15100 Kota Bahru, Kelantan. Di masjid inilah majlis perdana Al Khidmah Kelantan diselenggarakan.

Ketika kami sampai di masjid itu muncul rasa gembira karena Takmir Masjid Kelantan sudah persiapkan semuanya dengan sangat baik. Ada tenda besar di sepanjang halaman masjid, kursi berjajar rapih untuk para habaib, kiai, dan jamaah, makanan sarapan pagi, serta spanduk besar bertuliskan "Selamat Datang Jama'ah Al Khidmah Surabaya".

Di Malaysia, waktu subuh jam 6 pagi. Kami tiba di masjid jam 5 pagi. Tentu untuk ukuran Kelantan, masih masuk waktu sahur. Ketika kami tiba, terdapat satu baris jama'ah yang melaksanakan sholat sunnah seperti tahajud, hajad, dan witir. Dan kami pun lalu langsung beri'tikaf di dalam masjid hingga adzan subuh bertalu.

Adzan subuh diserukan oleh Muhammad Yahya. Alumni Kedinding yang kini tinggal—dan berkhidmah—di Jakarta. Suaranya indah, seindah bangunan Masjid Kelantan. Imam subuh oleh Habib Ahmad Zein Al Kaf. Disambung dengan tausiyah lepas subuh oleh KH. Najib Zamzami.

Tepat jam 07.30 pagi, majlis maulid dimulai, ditandai dengan hadloroh oleh Habib Abdullah bin Umar Al Haddar dan KH. Munir Abdullah. Istighosah oleh KH. Abdul Kholiq dari Kudus. Pembacaan maulid oleh Habib Salim Baharun dan santri Pondok Kedinding Surabaya. Doa maulid oleh Habib Ahmad Zein Al Kaf.

Majlis kali ini dihadiri oleh jamaah yang jauh lebih banyak daripada Majlis Terengganu. Kira-kira 350 kursi yang disediakan oleh panitia habis diduduki jama'ah. Bahkan jelang pertengahan pembacaan  maulid, jama'ah sekitar masjid masih ada yang datang berduyun-duyun, lalu duduk di sepanjang serambi masjid.

Dengan banyaknya jamaah yang hadir, berarti niat baik Al Khidmah telah disambut positif oleh Takmir Masjid dan jamaah Masjid Batu. Apalagi majlis juga dihadiri oleh tokoh penting seperti Dato' Husam Musa sekeluarga, Timbalan Negeri Besar Kelantan, Dato' Abdul Rohman, Tuan Haji Yusuf, dan Jajaran Pengurus dan Ahli Jawatan Kuasa Masjid Kamil Hassan—tentu kebersyukuran kami pada Ilahi berlipat berkali-kali.

Banyak kenangan menyelinap di Kota "Serambi Makkah"-nya Malaysia ini. Tetapi kami harus lekas tinggalkan Kota Bahru Kelantan. Tepat jam 4 sore kami berangkat menuju Selangor. Perjalanan 7 jam arah selatan dari Kelantan.

Di kota tujuan ini terdapat peninggalan Kiai Asrori RA yang maha penting—yang masih dilestarikan oleh para perantau, utamanya, dari Bawean. Peninggalan itu adalah ndalem (rumah) Beliau RA dan Haflah Dzikir dalam rangka Haul Akbar wanita terhebat sepanjang jaman, Sayyidatina Khodijah Al Kubro Radliyallahu 'anha.[]

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


sabahkini.net: IMM13, WARGANEGARA SONGSANG II (EPISOD IV)

Posted: 24 Mar 2012 10:49 PM PDT

EPISOD I

EPISOD II

EPISOD III

Oleh : MUTALIB M.D

PATRICK turut mendedahkan tindakan Kerajaan Persekutuan memberi taraf penduduk tetap kepada pemegang IMM 13 adalah 'haram' dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan menggesa Rosnah tidak menutup mata atau berpura-pura tidak mengetahui kegiatan subversif berkenaan.

Tambah Patrick lagi, beliau hairan kerana ramai penghuni pusat haram ini diturunkan sebagai Pengundi 'Hantu' pada setiap pilihan raya, tetapi dalam masa yang sama mereka adalah pendatang asing tanpa izin.

"Kerajaan patut siasat bagaimana mereka boleh mengundi jika mereka tidak mempunyai kad pengenalan atau mungkinkah mereka ini pengundi untuk disewa?" tanya Patrick dengan penuh kesal.

Kerajaan digesa menutup segera penempatan pelarian Filipina di Kinarut dekat sini bagi membendung masalah sosial dan kegiatan jenayah yang semakin tidak terkawal di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, pada masa ini masalah di penempatan yang dibuka oleh Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) itu seperti tiada penghujungnya.

RASUAH.....Pemimpin BN ini begitu prihatin dengan kanak-kanak warga IMM13 dan mengabaikan anak-anak jati Sabah. Adakah ini permulaan budaya rasuah?

Menurutnya, status pelarian yang menggunakan dokumen IMM 13 perlu diselesaikan dengan Kerajaan Filipina.

Walaupun Malaysia sehingga hari ini bukan salah satu daripada 145 negara yang menandatangani Protokol 1967 UNHCR, namun atas dasar simpati kita menjadi hos kepada kumpulan pelarian dari Filipina sejak daripada tahun 1970-an lagi.

"Tidak ada salahnya kemurahan hati kita ini, namun ia menjadi masalah apabila lokasi-lokasi penempatan ini menjadi sarang kepada gejala sosial terutama dadah dan jenayah yang berkaitan dengannya," kata beliau semasa membahaskan Bajet Negeri Sabah 2007 pada sidang Dewan Undangan Negeri.

Tegas Ghulam, kewujudan beberapa pusat ilmu seperti Maktab Rendah Sains Mara, Institut Kemahiran Belia Negara dan Pusat Latihan Polis di kawasan itu juga tercemar dengan penempatan pelarian tersebut.

BUMIPUTERA.....Beruntungnya Pelarian Filipina ini kerana ditempatkan di Tanah Simpanan Bumiputera sedangkan Anak Jati Sabah terpaksa bersetinggan.

"Saya mencadangkan, jika UNHCR bersikap lepas tangan, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia mengumpulkan data terbaru mengenai status pelarian di kawasan tersebut. Kemudian, kita kena menentukan sama ada mereka ini pelarian politik atau pelarian ekonomi supaya tindakan sewajar dapat ditentukan. Kerajaan juga perlu membuat penilaian sama ada masih wujud situasi tekanan politik di Filipina sehingga mereka terus memerlukan status pelarian politik di sini," kata Ghulam.

Jika pelarian itu berstatus pelarian ekonomi, maka kata Ghulam, langkah paling sesuai ialah menukarkan dokumen pengenalan mereka kepada status pendatang asing dan tertakluk kepada peraturan Imigresen sedia ada.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammad Nazri Abdul Aziz berkata, kewujudan enam buah skim penempatan pelarian Filipina, di Sabah dan kehadiran pelarian Islam Filipina yang tinggal di situ tidak akan membawa atau menjadi punca kepada masalah sosial, ekonomi dan politik.

Ketika menjawab soalan Datuk Wilfred Madius Tangau [Barisan Nasional (BN)- Tuaran] pada persidangan Dewan Rakyat 2007, Nazri berkata, enam buah skim penempatan pelarian Filipina di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan itu diwujudkan atas inisiatif UNHCR yang bertanggungjawab membantu kumpulan Filipina yang melarikan diri daripada peperangan di Selatan Filipina.

UNHCR kemudiannya menyerahkan enam buah pusat itu kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah dan selepas menyedari yang masalah pelarian di Sabah itu bukan sahaja melibatkan isu sosial, tetapi juga keselamatan negara, maka Kerajaan Pusat melalui Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) mengambil ahli tanggungjawab untuk memantau pusat penempatan tersebut.

Madius berkata, masa hadapan 61,000 pemegang dokumen IMM 13 dan kewujudan enam buah skim penempatan pelarian di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan itu perlu diselesaikan segera kerana ia menjadi punca kepada pelbagai masalah sosial, ekonomi dan politik di Sabah sejak 30 tahun yang lalu.

Kata Madius lagi, sehingga sekarang belum ada langkah positif diambil dan semakin sukar kerana terdapat ramai PATI serta sejumlah besar kanak-kanak tanpa Negara.

Menurut Madius, pelarian ini ditempatkan di bawah pengawasan UNHCR sehingga 1986 dan selepas itu mereka diberi pengecualian dan tertakluk kepada Akta Pasport 1966 dan diberi dokumen IMM 13 yang perlu diperbaharui setiap tahun dengan bayaran RM 90 seorang.

Para pelarian ini juga bekerja, bersekolah dan juga menikmati setiap kemudahan asas sosial dan kesihatan, namun kemudahan skim penempatan mereka amat buruk.

BANCI.....Jika mereka sudah mendapat Taraf Penduduk Tetap (IMM13) kerana masih dipantau oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan? Kertas banci ini dilekatkan di dinding rumah pelarian sekalipun mereka sudah memiliki MyPR dan MyKad. Apa agenda Task Force sebenarnya?

Madius kesal kerana Kerajaan sering memberi jawapan yang sama bahawa pelarian ini akan terus berada di Sabah selagi perjanjian damai masih belum dicapai di Selatan Filipina.

"Rakyat sebenarnya mula mempersoalkan jawapan daripada Kerajaan. Ini kerana, pentadbiran Manila telah menandatangani perjanjian damai di Mindanao dan perang saudara di Filipina sesudah lama berakhir," kata Madius yang menyifatkan penandatanganan perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dan MILF membuktikan keadaan di Selatan telah selamat.

"Satu lagi isu yang menyukarkan adalah jumlah sebenar mereka yang memegang IMM 13. Ada kata 57,000 tapi kemudian jadi 61,000 dan juga kata 18,000 sahaja pemegang IMM 13. Jadi mana satu yang betul," ujar Madius lagi.

Tegas Madius lagi, langkah yang diambil Kerajaan sehingga kini gagal menunjukkan keberkesanan yang diharapkan dan beliau bimbang Malaysia akan menghadapi masalah besar jika perkara ini tidak ditangani secara sistematik kerana negara akan menjadi tumpuan utama pendatang tanpa izin dari negara jiran.

"Jika kita tidak berhati-hati, Sabah mungkin akan menjadi tempat perbalahan kaum. Kehadiran masyarakat pelarian itu yang bergerak bebas menggunakan dokumen IMM13 ditambah pula dengan kehadiran ramai pendatang tanpa izin mungkin boleh menjadi pencetus kepada rusuhan kaum," kata Madius lagi yang runsing dengan kes pemalsuan dokumen IMM 13 dan kad pengenalan yang semakin tidak terkawal.

"Bayangkan sahaja jika keadaan itu dieksploitasi kumpulan militan seperti Jemaah Islamiyah (JI) dan Abu Sayyaf untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia? Kerajaan masih berdegil dalam membela IMM 13 itu yang mudah dipalsukan walaupun telah beberapa kali diberi amaran di Dewan Rakyat ini," kata Madius dengan nada kesal.

Madius turut mempersoalkan dasar Kerajaan mengenai pengendalian pelarian di negara ini terutama ketika memberi IMM 13 kepada pelarian Vietnam, mereka dipagar dan dikurung di Pulau Bidong sebelum dihantar ke negara ketiga.

VIETNAM… Layanan Double Standard terhadap Pelarian Vietnam di Pulau Bidong seolah-olah meletakkan nama baik Malaysia dalam lubang 'jamban' Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Sekarang pelarian dari Myanmar dan Acheh tidak diberi dokumen IMM 13. Apakah kriteria bagi pengeluaran dokumen IMM 13 dan kenapakah masyarakat pelarian seperti Rohingya dan Acheh di Semenanjung tidak diberi layanan sama dengan pelarian Filipina di Sabah?"

Tegas Madius lagi, apabila Kerajaan Malaysia enggan menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pelarian, kerajaan telah mempunyai dasar jelas berhubung perkara ini, iaitu tidak menerima mana-mana pelarian di negara ini.

"Dengan pendirian ini, atas dasar apakah warga Filipina dari Mindanao masih diberi status pelarian selepas 30 tahun tinggal di Malaysia? Apakah ada sebarang perbezaan dasar Imigresen di Semenanjung dan Sabah? Kenapa perbezaan yang amat ketara ini wujud?," tanya Madius yang mempersoalkan tidak wajar menggunakan wang rakyat untuk mengurus pelarian di Sabah ini.

BONGKAR… Madius sedang tekun membaca buku Hikayat Raja Sabah untuk membongkar rahsia di sebalik sejarah yang tidak tertulis di premis saya yang menempatkan Harta Karun Sri Maharaja Gabag. Sayang sekali khidmat Tangau sebagai Ahli Parlimen tidak disambung. Mungkin kerana terlalu lantang memperjuangkan hak rakyat Sabah?.

Madius kesal kerana sehingga 1986, UNHCR telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM 12 juta untuk mengurus pelarian Filipina di Sabah.

Selepas UNHCR berhenti daripada memantau pelarian ini, Madius kesal kerana pembayar cukai terpaksa menanggung perbelanjaan yang amat besar termasuk kos pentadbiran, kos pendakwaan dan kos tadbir mahkamah bagi mengendalikan kes jenayah serta kos mengawal dan memantau keselamatan di Sabah.

"ini belum termasuk kos rawatan yang tinggi di hospital di seluruh Sabah dan faktor ancaman keselamatan kerana pemegang IMM 13 bebas keluar-masuk ke negara ini," katanya.

Sehubungan itu, Madius menggesa kerajaan menyelesaikan masalah pelarian Filipina di Sabah dengan meminta Kerajaan Filipina mengeluarkan pasport antarabangsa kepada 61,000 pelarian Filipina dan dengan itu Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan dokumen IMM 13.

Madius turut menggesa agar Kerajaaan Persekutuan menutup sementara penempatan pelarian Filipina sebagai langkah menghapuskan sama sekali reputasinya sebagai pusat pengedaran dadah berbahaya.

"Kita juga berharap Kerajaan Persekutuan mengadakan perundingan dengan Kerajaan Filipina untuk menggantikan IMM 13 sedia ada dengan kad baru lengkap dengan ciri-ciri keselamatan yang sukar dipalsukan," ujar Madius yang turut mendesak agar mereka dikenakan peraturan permit kerja, sama seperti pekerja asing yang lain.

Kata Madius, Kerajaan tidak lagi boleh memandang ringan perkara ini dan berharap masalah pelarian Filipina di Sabah akan diatasi dengan sendirinya.

Madius turut mencadangkan agar Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, berkaitan penguatkuasaan untuk pendatang tanpa izin, mengkaji status pelarian Filipina yang jumlahnya dikatakan seramai 65,000 orang di Sabah kerana dikhabarkan kerajaan akan memberi status PENDUDUK TETAP kepada pemegang IMM 13.

Senario ini mengangkat martabat pelarian atau pemegang IMM 13 mengatasi Perlembagaan dan menghina Yang Dipertuan Agung kerana pemegangnya:

"…dikecualikan daripada peruntukan Akta Imigresen, tidak memerlukan pasport antarabangsa kerana pemegang kad IMM 13 ini adalah berstatus pelarian".

Sehubungan itu, Madius menggesa supaya kerajaan menarik balik status pelarian ini kerana tidak menguntungkan sesiapa, tidak menguntungkan negara kita, tidak menguntungkan pelarian ini yang sudah berada di negara kita lebih 30 tahun.

Anak-anak mereka tidak terdidik sehinggakan baru-baru ini di bandar raya Kota Kinabalu, seramai lebih 600 kanak-kanak yang berkeliaran di bandar raya Kota Kinabalu ditangkap. Sekarang kita tidak tahu di manakah diletakkan anak-anak ini. Diberi pendidikan kah, dimasukkan ke dalam penjarakah, di pusat serentikah, kita tidak tahu.

Madius turut kesal apabila Malaysia akan mempertimbangkan permintaan Filipina bagi menubuhkan sebuah sekolah di kem tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah bagi membolehkan anak-anak pelarian negara itu mendapatkan pelajaran.

......Bersambung di Episod V

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Jawatan Kosong <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan <b>Negeri Terengganu</b>

Posted: 27 Mar 2012 11:49 AM PDT

[KLIK] KONGSIKAN KEPADA RAKAN ANDA DI FACEBOOK

Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Terengganu (SPN.TR) telah ditubuhkan pada 10 Ogos 1959 di bawah Fasal 56 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu (Bab Yang Pertama) (Pindaan) Tahun 1959.

SPN Terengganu kini mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pegawai Tadbir (N41)

2. Pegawai Hal Ehwal Islam (S41)

3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)

4. Penghulu (NP27)

KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan: 17 April 2012

13 di kijal - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


RAKYAT MARHAEN: Ahmad Said Tidak <b>di</b> calun <b>di</b> DUN <b>Kijal</b> <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 08:57 PM PDT

Oleh: mohdnoorawang

"Menteri Besat Terengganu Dato' Seri Ahmad Said atau nama manjanya Ahmad Zoo dikatak tidak dicalunkan di Dun Kijal PRU13. Ahmad Said mungkin "disingkir" dari bertanding kerusi DUN. Ramai orang bercakap dalam "kedai kopi dan wartawan kedai kopi Ahmad Said disingkir secara terhormat dari kerusi menteri besar PRU13.

Cakap cakap  politik Ahmad said bertanding atau ditawarkan kerusi Parlimen Kemaman PRU13. Apakah salah Ahmad Said semasa menjadi menteri besar Terengganu?. Untuk rekod Ahmad Said menjadi menteri besar Terengganu secara lantikan atau secara rampasan kuasa secara terhormat dari Idris Jusoh.


Jika benar apa yang diwarwarkan disekitar bandar Chukai dan Bandar Kuala Terengganu Ahmad Said hanya menjadi menteri besar hanya satu penggal sahaja. 
Namun bagi ahli politik atau sokongan politik bawahan mahukan Ahmad Said terutam kawsan Kemaman dan kawsan Dungun mahu melihat wajah Ahmad Said bertanding di Dun Kijal dan dinobatkan sebagai menteri besar Terengganu pad penggal PRU13 jika BN/UMNO menang dalam PRU13.
Persoalan yang diajukan kepada umum oleh penyokong setia dan kroni Ahmad said 'SANGGUPKAH AHAMD SAID TIDAK DICALUNKAN DI DUN KIJAL DAN TURUN DARI KERUSI MENTERI BESAR TERENGGANU?. KERANA OARNG KENAL AHMAD SAID JENIS SUKA LANGGAR PERATURAN DAN "PONGGOH" ATAU KERAS KEPALA. TIDAK MUNGKIN AHMAD SAID MEMBIARKAN DAN MERELAKAN.
Melainkan Ahmad Said bertanding di Parlimen Kemamn dan dijanjikan kerusi menteri penuh kabinet atau timbalan menteri pusat ( jika BN/UMNO menang PRU13).
Dan dikatakan Datuk Sabery Chik bakal bertanding kerusi DUN Kijal. Mungkin satu permainan politk ala UMNO untuk menjaga kroni masing masing kok.

13 di kuala besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala besut - Google Blog Search


afasz.com: Apam Telur @ Pasar Tani <b>Kuala Besut</b>

Posted: 25 Mar 2012 06:00 PM PDT

First time kot aku makan. Tak tahu la kat negeri lain ada ke tak. 

Macam "Apam Balik" gak. Tapi ada lak bentuk bulat-bulat tu macam "Kaya Ball" pak.hehe~

"Apam Telur" tadi dimakan dengan kelapa, Rasa lemak-lemak telur. Sedap dimakan panas-panas sehingga tangan melecur.huhu~

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved