ads

Rabu, 28 Mac 2012

13 di pulau bidong - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


sabahkini.net: IMM13, WARGANEGARA SONGSANG II (EPISOD IV)

Posted: 24 Mar 2012 10:49 PM PDT

EPISOD I

EPISOD II

EPISOD III

Oleh : MUTALIB M.D

PATRICK turut mendedahkan tindakan Kerajaan Persekutuan memberi taraf penduduk tetap kepada pemegang IMM 13 adalah 'haram' dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan menggesa Rosnah tidak menutup mata atau berpura-pura tidak mengetahui kegiatan subversif berkenaan.

Tambah Patrick lagi, beliau hairan kerana ramai penghuni pusat haram ini diturunkan sebagai Pengundi 'Hantu' pada setiap pilihan raya, tetapi dalam masa yang sama mereka adalah pendatang asing tanpa izin.

"Kerajaan patut siasat bagaimana mereka boleh mengundi jika mereka tidak mempunyai kad pengenalan atau mungkinkah mereka ini pengundi untuk disewa?" tanya Patrick dengan penuh kesal.

Kerajaan digesa menutup segera penempatan pelarian Filipina di Kinarut dekat sini bagi membendung masalah sosial dan kegiatan jenayah yang semakin tidak terkawal di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, pada masa ini masalah di penempatan yang dibuka oleh Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR) itu seperti tiada penghujungnya.

RASUAH.....Pemimpin BN ini begitu prihatin dengan kanak-kanak warga IMM13 dan mengabaikan anak-anak jati Sabah. Adakah ini permulaan budaya rasuah?

Menurutnya, status pelarian yang menggunakan dokumen IMM 13 perlu diselesaikan dengan Kerajaan Filipina.

Walaupun Malaysia sehingga hari ini bukan salah satu daripada 145 negara yang menandatangani Protokol 1967 UNHCR, namun atas dasar simpati kita menjadi hos kepada kumpulan pelarian dari Filipina sejak daripada tahun 1970-an lagi.

"Tidak ada salahnya kemurahan hati kita ini, namun ia menjadi masalah apabila lokasi-lokasi penempatan ini menjadi sarang kepada gejala sosial terutama dadah dan jenayah yang berkaitan dengannya," kata beliau semasa membahaskan Bajet Negeri Sabah 2007 pada sidang Dewan Undangan Negeri.

Tegas Ghulam, kewujudan beberapa pusat ilmu seperti Maktab Rendah Sains Mara, Institut Kemahiran Belia Negara dan Pusat Latihan Polis di kawasan itu juga tercemar dengan penempatan pelarian tersebut.

BUMIPUTERA.....Beruntungnya Pelarian Filipina ini kerana ditempatkan di Tanah Simpanan Bumiputera sedangkan Anak Jati Sabah terpaksa bersetinggan.

"Saya mencadangkan, jika UNHCR bersikap lepas tangan, adalah menjadi tanggungjawab Malaysia mengumpulkan data terbaru mengenai status pelarian di kawasan tersebut. Kemudian, kita kena menentukan sama ada mereka ini pelarian politik atau pelarian ekonomi supaya tindakan sewajar dapat ditentukan. Kerajaan juga perlu membuat penilaian sama ada masih wujud situasi tekanan politik di Filipina sehingga mereka terus memerlukan status pelarian politik di sini," kata Ghulam.

Jika pelarian itu berstatus pelarian ekonomi, maka kata Ghulam, langkah paling sesuai ialah menukarkan dokumen pengenalan mereka kepada status pendatang asing dan tertakluk kepada peraturan Imigresen sedia ada.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammad Nazri Abdul Aziz berkata, kewujudan enam buah skim penempatan pelarian Filipina, di Sabah dan kehadiran pelarian Islam Filipina yang tinggal di situ tidak akan membawa atau menjadi punca kepada masalah sosial, ekonomi dan politik.

Ketika menjawab soalan Datuk Wilfred Madius Tangau [Barisan Nasional (BN)- Tuaran] pada persidangan Dewan Rakyat 2007, Nazri berkata, enam buah skim penempatan pelarian Filipina di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan itu diwujudkan atas inisiatif UNHCR yang bertanggungjawab membantu kumpulan Filipina yang melarikan diri daripada peperangan di Selatan Filipina.

UNHCR kemudiannya menyerahkan enam buah pusat itu kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah dan selepas menyedari yang masalah pelarian di Sabah itu bukan sahaja melibatkan isu sosial, tetapi juga keselamatan negara, maka Kerajaan Pusat melalui Pasukan Petugas Khas Persekutuan (PPKP) mengambil ahli tanggungjawab untuk memantau pusat penempatan tersebut.

Madius berkata, masa hadapan 61,000 pemegang dokumen IMM 13 dan kewujudan enam buah skim penempatan pelarian di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan itu perlu diselesaikan segera kerana ia menjadi punca kepada pelbagai masalah sosial, ekonomi dan politik di Sabah sejak 30 tahun yang lalu.

Kata Madius lagi, sehingga sekarang belum ada langkah positif diambil dan semakin sukar kerana terdapat ramai PATI serta sejumlah besar kanak-kanak tanpa Negara.

Menurut Madius, pelarian ini ditempatkan di bawah pengawasan UNHCR sehingga 1986 dan selepas itu mereka diberi pengecualian dan tertakluk kepada Akta Pasport 1966 dan diberi dokumen IMM 13 yang perlu diperbaharui setiap tahun dengan bayaran RM 90 seorang.

Para pelarian ini juga bekerja, bersekolah dan juga menikmati setiap kemudahan asas sosial dan kesihatan, namun kemudahan skim penempatan mereka amat buruk.

BANCI.....Jika mereka sudah mendapat Taraf Penduduk Tetap (IMM13) kerana masih dipantau oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan? Kertas banci ini dilekatkan di dinding rumah pelarian sekalipun mereka sudah memiliki MyPR dan MyKad. Apa agenda Task Force sebenarnya?

Madius kesal kerana Kerajaan sering memberi jawapan yang sama bahawa pelarian ini akan terus berada di Sabah selagi perjanjian damai masih belum dicapai di Selatan Filipina.

"Rakyat sebenarnya mula mempersoalkan jawapan daripada Kerajaan. Ini kerana, pentadbiran Manila telah menandatangani perjanjian damai di Mindanao dan perang saudara di Filipina sesudah lama berakhir," kata Madius yang menyifatkan penandatanganan perjanjian damai antara Kerajaan Filipina dan MILF membuktikan keadaan di Selatan telah selamat.

"Satu lagi isu yang menyukarkan adalah jumlah sebenar mereka yang memegang IMM 13. Ada kata 57,000 tapi kemudian jadi 61,000 dan juga kata 18,000 sahaja pemegang IMM 13. Jadi mana satu yang betul," ujar Madius lagi.

Tegas Madius lagi, langkah yang diambil Kerajaan sehingga kini gagal menunjukkan keberkesanan yang diharapkan dan beliau bimbang Malaysia akan menghadapi masalah besar jika perkara ini tidak ditangani secara sistematik kerana negara akan menjadi tumpuan utama pendatang tanpa izin dari negara jiran.

"Jika kita tidak berhati-hati, Sabah mungkin akan menjadi tempat perbalahan kaum. Kehadiran masyarakat pelarian itu yang bergerak bebas menggunakan dokumen IMM13 ditambah pula dengan kehadiran ramai pendatang tanpa izin mungkin boleh menjadi pencetus kepada rusuhan kaum," kata Madius lagi yang runsing dengan kes pemalsuan dokumen IMM 13 dan kad pengenalan yang semakin tidak terkawal.

"Bayangkan sahaja jika keadaan itu dieksploitasi kumpulan militan seperti Jemaah Islamiyah (JI) dan Abu Sayyaf untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia? Kerajaan masih berdegil dalam membela IMM 13 itu yang mudah dipalsukan walaupun telah beberapa kali diberi amaran di Dewan Rakyat ini," kata Madius dengan nada kesal.

Madius turut mempersoalkan dasar Kerajaan mengenai pengendalian pelarian di negara ini terutama ketika memberi IMM 13 kepada pelarian Vietnam, mereka dipagar dan dikurung di Pulau Bidong sebelum dihantar ke negara ketiga.

VIETNAM… Layanan Double Standard terhadap Pelarian Vietnam di Pulau Bidong seolah-olah meletakkan nama baik Malaysia dalam lubang 'jamban' Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

"Sekarang pelarian dari Myanmar dan Acheh tidak diberi dokumen IMM 13. Apakah kriteria bagi pengeluaran dokumen IMM 13 dan kenapakah masyarakat pelarian seperti Rohingya dan Acheh di Semenanjung tidak diberi layanan sama dengan pelarian Filipina di Sabah?"

Tegas Madius lagi, apabila Kerajaan Malaysia enggan menandatangani perjanjian dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pelarian, kerajaan telah mempunyai dasar jelas berhubung perkara ini, iaitu tidak menerima mana-mana pelarian di negara ini.

"Dengan pendirian ini, atas dasar apakah warga Filipina dari Mindanao masih diberi status pelarian selepas 30 tahun tinggal di Malaysia? Apakah ada sebarang perbezaan dasar Imigresen di Semenanjung dan Sabah? Kenapa perbezaan yang amat ketara ini wujud?," tanya Madius yang mempersoalkan tidak wajar menggunakan wang rakyat untuk mengurus pelarian di Sabah ini.

BONGKAR… Madius sedang tekun membaca buku Hikayat Raja Sabah untuk membongkar rahsia di sebalik sejarah yang tidak tertulis di premis saya yang menempatkan Harta Karun Sri Maharaja Gabag. Sayang sekali khidmat Tangau sebagai Ahli Parlimen tidak disambung. Mungkin kerana terlalu lantang memperjuangkan hak rakyat Sabah?.

Madius kesal kerana sehingga 1986, UNHCR telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM 12 juta untuk mengurus pelarian Filipina di Sabah.

Selepas UNHCR berhenti daripada memantau pelarian ini, Madius kesal kerana pembayar cukai terpaksa menanggung perbelanjaan yang amat besar termasuk kos pentadbiran, kos pendakwaan dan kos tadbir mahkamah bagi mengendalikan kes jenayah serta kos mengawal dan memantau keselamatan di Sabah.

"ini belum termasuk kos rawatan yang tinggi di hospital di seluruh Sabah dan faktor ancaman keselamatan kerana pemegang IMM 13 bebas keluar-masuk ke negara ini," katanya.

Sehubungan itu, Madius menggesa kerajaan menyelesaikan masalah pelarian Filipina di Sabah dengan meminta Kerajaan Filipina mengeluarkan pasport antarabangsa kepada 61,000 pelarian Filipina dan dengan itu Kerajaan Malaysia tidak perlu mengeluarkan dokumen IMM 13.

Madius turut menggesa agar Kerajaaan Persekutuan menutup sementara penempatan pelarian Filipina sebagai langkah menghapuskan sama sekali reputasinya sebagai pusat pengedaran dadah berbahaya.

"Kita juga berharap Kerajaan Persekutuan mengadakan perundingan dengan Kerajaan Filipina untuk menggantikan IMM 13 sedia ada dengan kad baru lengkap dengan ciri-ciri keselamatan yang sukar dipalsukan," ujar Madius yang turut mendesak agar mereka dikenakan peraturan permit kerja, sama seperti pekerja asing yang lain.

Kata Madius, Kerajaan tidak lagi boleh memandang ringan perkara ini dan berharap masalah pelarian Filipina di Sabah akan diatasi dengan sendirinya.

Madius turut mencadangkan agar Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, berkaitan penguatkuasaan untuk pendatang tanpa izin, mengkaji status pelarian Filipina yang jumlahnya dikatakan seramai 65,000 orang di Sabah kerana dikhabarkan kerajaan akan memberi status PENDUDUK TETAP kepada pemegang IMM 13.

Senario ini mengangkat martabat pelarian atau pemegang IMM 13 mengatasi Perlembagaan dan menghina Yang Dipertuan Agung kerana pemegangnya:

"…dikecualikan daripada peruntukan Akta Imigresen, tidak memerlukan pasport antarabangsa kerana pemegang kad IMM 13 ini adalah berstatus pelarian".

Sehubungan itu, Madius menggesa supaya kerajaan menarik balik status pelarian ini kerana tidak menguntungkan sesiapa, tidak menguntungkan negara kita, tidak menguntungkan pelarian ini yang sudah berada di negara kita lebih 30 tahun.

Anak-anak mereka tidak terdidik sehinggakan baru-baru ini di bandar raya Kota Kinabalu, seramai lebih 600 kanak-kanak yang berkeliaran di bandar raya Kota Kinabalu ditangkap. Sekarang kita tidak tahu di manakah diletakkan anak-anak ini. Diberi pendidikan kah, dimasukkan ke dalam penjarakah, di pusat serentikah, kita tidak tahu.

Madius turut kesal apabila Malaysia akan mempertimbangkan permintaan Filipina bagi menubuhkan sebuah sekolah di kem tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah bagi membolehkan anak-anak pelarian negara itu mendapatkan pelajaran.

......Bersambung di Episod V

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved