ads

Sabtu, 13 April 2013

13 di pulau kapas - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau kapas - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau kapas</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2013 03:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

PeLANgI CiNtA AYFiNa: pic holiday--terengganu--marang--kuala <b>...</b>

Posted: 03 Apr 2013 09:06 PM PDT

Alhamdulillah sampai juga ke negeri kelahiran abie fateh.dapat la bawak fateh jln2 luangkan masa sama2..seronok bila dpt bwk ank jalan2.

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di jerangau</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2013 03:56 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Khasiat Pokok <b>Jerangau</b> dan Cara menggunakannya

Posted: 05 Mar 2013 07:02 AM PST


Jerangau  Dalam Perubatan Tradisional
PENGENALAN
Nama Melayu: Deringu, Jerangau, Jeringau
Nama Lain: Sweet Flag, Sweet Sedge, Myrtle Flag, Calamus, Flagroot, Jerangang, Alwah, Dlingo (Indonesia).
Terdapat 2 jenis 'Jerangau'
a)   Jerangau Merah' dan
Kegunaan biasaAmenorea * Aphrodisiac * Asma *Selsema * Kesesakan * Batuk * Sakit kepala * Kesakitan *Sakit tekak *

Nilai Ubatan : Pengguguran (Abortifacient) * Melegakan Kesakitan (Analgesik) * anti-bakteria * Antioksidan *Aromatik * Artritis * Kanser * mengeluarkan gas usus *diuretik * menggalak haid (Emmenagogue) * Penenangan *Psychedelic * sedatif * Tonik rahim *



Bahagian Digunakanrizom
 
Jerangau ialah tumbuhan yang berdaun wangi dan mempunyai ubi yang lebih wangi. Sehingga ia berkembang sepenuhnya dan menunjukkan bunganya yang hijautersendiri, jerangau (acorus Calamus) menyerupai beratus-ratus tumbuhan hutan yang lain, yang mempunyai daun panjang seperti pedang yang tumbuh dari rizom bercabang.Tumbuhan liar ini menyerupai rumput rampai dan biasanya dijumpai di kawasan berpaya atau berair. Ia boleh tumbuh pada ketinggian melebihi 3 kaki.
Ubi jerangau yang ditandai dengan parut daun di sebelah atas memiliki banyak anak akar yang menuju ke bawah. Jerangau tidak berbatang dan daun-daunnya tumbuh terus dari ubi. Daunnya berwarna hijau kuning dan berbentuk pedang, dengan tepi yang sedikit berombak-ombak berukuran 0.75 inci lebar. Ia juga mempunyai urat daun yang jelas.
Sebagai tumbuhan yang lasak, jerangau mudah ditanam di kebanyakan jenis tanah, asalkan terdapat air dan cahaya matahari yang mencukupi. Hidup dengan baik di kawasan lembab yang menakung air seperti paya, tepi sungai atau kawasan parit. Bunganya berwarna kuning dan hijau, sementara rizomnya berwarna merah muda. Ia boleh ditanam dengan mudah daripada keratan ubi sepanjang 5 sentimeter (2 inci), dengan 3 sentimeter (1 inci lebih) dicucuk ke dalam tanah pada jarak 15-20 sentimeter (6-8 inci) antara satu tumbuhan dengan yang lain.
Jika mendapat peluang untuk berada dekat pada tumbuhan tersebutanda mungkin dapat menghidu akarnya yangdikatakan mempunyai bau seperti lemon yang manis yangmungkin diandaikan bahawa gula-gula di buat dari tumbuhan ini. Ubinya boleh dituai sewaktu jerangau berusia setahun atau sewaktu mencapai 30-40 (12-16 inci) sentimeter tingginya.
Di Malaysia, jerangau ditanam di kedua-dua kawasan rumah orang Melayu dan India untuk digunakan, khususnya secara luaran, sebagai ubat sapuan atau losen. Minyak pati ubinya digunakan secara meluas dalam pengeluaran minyak wangi dan perasa makanan. Mengunyah akar dikatakan dapat menghilangkan bau tembakau.
Seperti kebanyakan tumbuh-tumbuhan lain yang mempunyai senarai panjang sifat penyembuhan terapeutiknya, Jerangau (Calamus) dikatakan telah dibawa keluar dari pergunungan Asia Tengah dan India di mana ia telah ditanam dan digunakan untuk pelbagai tujuan perubatan  Ayurveda dan rawatan Tradisional China. Penyebaran dan kegunaan Calamus keseluruh dunia semenjak dari kurun ke-40an lagi. Hippocrates dari Yunani purba menulis Calamus telah digunakan sebagai kemenyan suci untuk upacara keagamaan bagi kedua-dua Sumeria dan Mesir kuno.
Ia telah sampai ke Eropah, dan digunakan sebagai bahan penyegar di gereja dan sebagai ubat penghalau pepijat. Menjelang abad ke-17, penanaman Calamus telah merebak sampai ke Eropah Tengah dan tidak lama selepas itu, dengan usaha dari peneroka Eropah, ia menempuhi jalan ke pantai Dunia Baru.

Suku-suku asli Amerika Utara mendapati banyak kegunaan perubatan dari akar ini yang dibahawa oleh peneroka Eropah. Mereka memanggil akar tikus kasturi (muskrat root), kerana terdapat bulu-bulu kecil seperti mamalia kesukaan mereka untuk kulit-bulunya. Adalah dipercayai juga bahawa suku kaum berpindah randa ini akan menyemai tumbuh-tumbuhan ini di sepanjang perjalananmereka untuk dituai apabila ia diperlukan, dan sebagai satu cara untuk menarik keluar tikus kasturi, untuk kulit-bulunya yang berharga.

Sejarah penggunaan Calamus sebagai ubat amat panjang dan melampaui 2,000 tahun sejak digunakan oleh bangsa Cina dan bangsa India. Ubi jerangau digunakan sebagaitonik herba untuk memudakan otak dan sistem saraf. Jerangau juga ubat yang terbaik untuk mengatasi kesan buruk alkohol, khususnya pada otak dan hati.
Di Asia Tengah, Acorus Calamus telah digunakan sebagai ubat melebihii dua ribu tahun, menjadi penawar tradisional untuk apa sahaja dari artritis hingga ke masalah saraf. 'Dioscorides', pengamal perubatan klasik Yunani menggunakan asap tumbuhan melalui corong sebagai ubat rawatan batuk. Kaum Cina telah menggunakan akar untuk membantu mengubati pening kepala, pekak dan epilepsi, dan juga telah dikhabarkan menggabungkan jerangau (sweet flag) dengan daun manis (ganja) dan ramuan lain untuk membuat halusinasi (hallucinogenic).

Selain sebagai ubat untuk sakit kepala dan cirit-birit, beberapa suku asli Amerika mengguna pakai sifat  ringan halusinogen tumbuhan ini ke dalam upacara berpuak.  Puak suku asli Amerika utara (Cree) percaya bahawa tumbuhan ini membantu mereka berjalan lebih jauh tanpa menyentuh tanah semasa upacara adat. Puak-puak lain, termasuk Ojibwas dari kawasan Great Lakes, dilaporkan telah menguna tumbuhan ini untuk tujuan rekreasi dan upacara adat.

Sehingga 1916, rizom dari Acorus Calamus yang dikupas kering telah disenaraikan dalam Pharmacopoea Amerika Syarikat sebagai rawatan untuk masalah perut (pedih ulu hati, kembung, dan cirit-birit) dan sehingga ke hari ini ia digunakan di beberapa bahagian di  Eropah sebagai membantu merangsangkan kelenjar air liur dan menghasilkan lebih banyak jus perut. Ia juga masih digunakan dalam Perubatan Ayruveda sebagai cara untuk membantu memulihkan dan meremajakan minda dan badan.

Kini ia tidak lagi disenaraikan sebagai ubat rawatan perubatan oleh pertubuhan perubatan moden, tetapi masih wujud penyelidikan yang mengesahkan ia digunakan sebagai ubat rawatan tradisional. Pengambilan dalam jumlah kecil tumbuhan ini menunjukkan ia membantu mengurangkan keasidandalam perut dan bila diambil dalam jumlah yang besar, ia meningkatkan  keasidan dalam perut, ini menunjukkan keberkesanannya pada ke pelbagaian besar gangguan perut.
Terdapat juga bukti menunjukkan bahawa tumbuhan ini menekan sistem saraf pusat, dan dikaji sebagai satu cara untuk merawat epilepsi. Terdapat juga beberapa bukti saintifik bahawa wap dari tumbuhan ini bertindak sebagai penghalau serangga yang berkesan.
  • Demam / Selsema
  • Kembung Perut
  • Asma
  • Menghentikan Pendarahan Selepas Bersalin
  • Membantu Untuk Pencernaan
  • Mandian Aromaterapi
  • Melegakan Sakit Gigi
  • Membuang Angin Dalam Badan
  • Campuran Untuk Membuat Minyak Wangi
  • Menambah Selera Makan
Dalam perubatan tradisional, ubi yang berusia 2-3 tahun digunakan kerana akar yang lebih tua cenderung menjadi keras dan geronggang. Walaupun ubi yang kering hilang 70% daripada beratnya, ia mempunyai bau dan rasa yang lebih baik. Bagaimanapun, ia merosot jika disimpan terlalu lama.
Jerangau mempunyai sejarah penggunaan yang panjangdalam perubatan tradisi herba Cina dan IndiaIa digunakan secara meluas dalam perubatan herba moden sebagai julap sedatifdiuretik, dan sifat mengeluarkan udara (carminative)Ia digunakan dalam perubatan Ayurveda dan Unani  untuk menangani kesan sampingansemua hallusinasi.  Jerangau adalah salah satu daripadaubat-ubatan yang paling banyak dan kerap digunakan dikalangan masyarakat Chipewyan (Masayarakat  Athapaskanyang tinggal di barat Kanada diantara tasik Great Slave Lake dan Teluk Hudson).
Di kedua-dua akar dan daun jerangau menunjukkan aktivitiantioksidan, aktiviti antimikrobial dan aktiviti insektisid. Jerangau membuktikan ia langkah yang amat berkesan dalam mengawal kutu lembu (cattle tick), Rhipicephalus,(Boophilus) microplus.

Berikut adalah beberapa ciri-ciri nilai Perubatan jerangau :
Ø  Ia memberi kelegaan perut berat dengan melegakankembung perut, Kesakitan perut dan meningkatkanselera makan. Akar jerangau yang dibakar, abu nya dicampur dengan  minyak hambar seperti minyak kelapa tapis atau dibungkus dalam kain dijadikan tuam ke atas perut sebagai rawatan.

Jerangau adalah ubat bernilai untuk cirit-birit kronik.Ia juga berkesan dalam disentri (dysentery) kronik, kerana kehadiran tannin. Diberi secara mencampurkan (Infusi) boleh diberikan kepada kanak-kanak yang menderita dari penyakit ini.

Ø  Dalam rawatan asma, ia mengeluarkan bahan catarrhal dan kahak dari tiub bronkial. Diambil kira-kira 65 centigrams herba ini setiap 2 atau 3 jam.
Ø  Jerangau juga berguna untuk merawat selsema.Sepotong kecil rizom dipanggang dan diserbukkan.Secubit serbuk ini diambil bersama madu memberi kelegaan yang besarUntuk bayi, pes jerangaudicampur kan dengan susu ibu dan disentuhkan pada lidah bayiSatu lagi kaedah yang mudah memberiubat kepada bayi adalah dengan  meratakan sedikit pes pada puting ibu semasa menyusukan anak.
Ø  Ia juga berguna pada merawat ulser mulutSepotong kecil herba disapukan pada lidah dan bahagiankeradangan kulit  untuk mendapat kelegaan.
Ø  Serbuk jerangau  yang dipanggang merupakan ubatrumah yang bernilai bagi kanak-kanak yangmengalami batuk kokol (whooping cough)  (Penyakitmembran mukus pernafasan)Secubit dari serbuk iniboleh diberikan bersama maduSebagaiantispasmodicia menghalang serangan batukmenjadi-jadi. Untuk kanak-kanak  kecil, sukatan pengambilannya juga mesti berkadar kecil.
Ø  Serbuk dari akar pokok jerangau amat berkesan dalam menyingkirkan cacing usus.
Ubi jerangau juga mempunyai keupayaan yang berikut:
  1. Jerangau dapat melegakan demam.
  2. Jerangau dapat melegakan rasa sakit dengan mengurangkan kepekaan otak dan sistem saraf. Mengunyah ubi jerangau juga dapat melegakan sakit gigi. Selain itu, jerangau juga digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat penyakit sendi dan sakit saraf.
  3. Jerangau mencegah pembentukan gas di dalam saluran pencernaan dan dengan itu, dapat mengatasi masalah angin (kentut).
  4. Jerangau membaiki selera dan fungsi perut. Dalam dos kecil, ia mengurangkan kemasaman perut, manakala dos yang lebih besar dapat menambahkan perembesan perut dan justeru, digunakan untuk merawat gangguan makan, ketakcernaan, gangguan pundi hempedu serta gangguan pencernaan yang lain, termasuk berak darahkanak-kanak. Bagaimanapun, jika dos terlalu besar, ia boleh mengakibatkan rasa loya atau muntah.
  5. Dalam perubatan tradisional, jerangau juga digunakan untuk merawat cirit-birit.
  6. Jerangau dapat mengatasi perpeluhan berketerlaluan.
  7. Jerangau bertindak sebagai sedatif bagi mengurangkan kerengsaan dan kegegaran.
  8. Jerangau bersifat antiseptik dan justeru, dapat mengurangkan kemungkinan kejangkitan, keracunan darah, dan pembusukan, selain digunakan sebagai ubat sapu untuk merawat letusan kulit.
  1. Jerangau dapat mengurangkan tekanan darah;
  2. Jerangau melarutkan lendir yang pekat serta melegakan kesukaran pernafasan dan justeru, digunakan untuk melegakan bronkitis, sinusitis dan penyakit lelah.
  3. Dalam perubatan tradisional, jerangau juga digunakan untuk merawat barah, konvulsi (menggigil-gigil dan terkejang-kejang), dan sawan babi. Selain itu, perubatan tradisional juga menggunakan akar jerangau untuk merawat kencing manis dan sebagai teh untuk merawat sakit usus.
  1. Jerangau dapat merangsang aliran darah di bahagian pelvis dan justeru, digunakan sebagai afrodisiak. Ia juga digunakan sebagai herba pengguguran.
  2. Jerangau dapat menghapuskan cacing parasit dari tubuh badan, baik dengan menyebabkannya terasa terhuyung-hayang mahupun dengan membunuhnya.

Penggunaan jerangau di Malaysia
Penggunaan jerangau di Malaysia hanya terhad kepada perubatan tradisional dan biasanya disediakan untuk rawatan yang berikut:
  • Jerangau yang direbus bersama-sama halia dan bonglai digunakan untuk merawat demam dan selesema.
  • Jus jerangau digunakan untuk merawat cirit-birit.
  • Tuam yang disediakan daripada jerangau dan cukadigunakan untuk menyapu tubuh badan selepas bersalin.
  • Rebusan ubi jerangau diminum sebagai tonik selepasbersalin.
  • Rebusan akar jerangau diminum untuk menghentikanperdarahan selepas bersalin atau aliran haid yang berlebih-lebihan.
  • Jerangau juga digunakan untuk merawat flatulens(kentut), ketakcernaan, penyakit sendi, dan malaria.
  • Losen yang diperbuat daripada campuran jerangau, halia dan Kaempferia pulchra digunakan untuk merawatpenyakit sendi dan sakit mata merah.
  • Dilaporkan pernah digunakan untuk merawat sakit gigi, sakit kepala, sakit perut dan kencing manis.
UBATAN DAN kEPERCAYAAN Jerangau Merah (Tunggal)
Adalah dipercayai bahawa 'Jerangau Merah' mempunyainilai perubatan yang lebih tinggi  berbanding  'Jerangau Putih'.  Dikatakan Jerangau merah ialah tumbuhan yang cerewet sedikit untuk tumbuh di atas tanah rendah, ia tidak boleh didedahkan dengan terlalu banyak panas matahariIa tumbuh liar di dataran yang menyediakankeadaan cuaca yang sempurna untuk pertumbuhan.
Diantara beberapa perubatan dan kepercayaan masyarakat setempat,  khususnya pada jerangau merah ialah, ia memiliki kuasa penyinkiran dan penyembuhan seperti berikut :
i.   Bagi para peminum arak'Jerangau' amat terkenal sebagai penawar anti-mabuk. Akarnya samadadikunyah  atau hanya sekadar diletakkan diantara gigisemasa sesi minum arak, di jamin si peminum tidak akan merasa mabuk selagi akar jerangau  itu masih di dalam mulut.
ii.  Anti Rasa – dikatakan apabila jerangau merah diletakkan didalam mulut kemudian cili sepedas manapun  dimakan tidak akan merasa pedasnya,
iii.Garam dimakan tidak masin.
iv.    Penawar Racun : Ikan dimasukkan ke dalam air yang dicampurkan dengan racun rumpai dan dibiarkan beberapa minit, ikan tidak mati dan kekal hidup.
v. Anti Buatan Orang : Apa2 buatan orang seperti menyimpan racun dalam cawan, cawan akan pecah. Ini merupakan pelindung diri.
Petua Mengatasi Penyakit Darah Tinggi Dengan Jerangau Merah
Orang dulu-dulu hanya mengunyah dan menghisap air daun jerangau merah bagi mengatasi penyakit darah tinggi. Bagi mereka yang tak sanggup mengunyah daun jerangau merah, mereka boleh menggunakan cara  yang  sama seperti penggunaan daun hempedu ular iaitu:
Daun jerangau  merah diambil sepanjang 3 inci kemudian direndam kedalam air panas yang dimasukkan didalam gelas atau mug. Tutup gelas tersebut kira-kira 3 hingga 5 minit. Kemudian keluarkan daun tersebut dan airnya boleh diminum. Cara meminumnya ialah 3 kali seminggu. Jika penyakit darah tinggi sudah turun berhentilah dari meminumnya, kalau tidak ia akan meyebabkan penyakit darah rendah pulak. Maka perlulah berhati-hati.
Tumbuhan ini boleh menyebabkan keradangan pada kulit atau dermatitis. Beta-Asarone di dalam tumbuhan ini mempunyai kesan karsinogenik.
Buangkan saki baki tumbuhan dari anggota yang terdedah dan basuh dengan sabun dan air. Jika masih terasa gatal, kemerahan atau sakit dapatkan rawatan lanjut dari pegawai perubatan.
Jika terkena mata, lalukan dengan air bersih selama 10 minit
Konstituen: cineole, alfa-pinena, alfa-terpineol, azulene, beta-asarone, camphene, kapur barus, choline, delta-cadinene, elemicin, etanol, eugenol, galangin, limonene, magnesium, menthol, terpines, tanin, zink

Bahan Aktif: Eugenoldan Asarone (2,4,5-trimethoxy-1-propenylbenzene)
Bahan Lain: Monoterpene hydrocarbons, Sequestrine ketones,
Kedua-dua triploid dan tetraploid jerangau mengandungialpha-asarone  fitokimia lain termasuk:
• Beta-asarone
• eugenol
Diploids tidak mengandungi beta-asarone (β-asarone).Satu kajian terbaru menunjukkan bahawa beta-asaroneyang diasingkan daripada minyak jerangau menghalangadipogenesis dalam sel-sel 3T3-L1 dan sekaligusmengurangkan pengumpulan lemak lipid dalam sel.
A. Calamus dan hasil pengeluarannya seperti minyak telah diharamkan pada tahun 1968 sebagai penambahan makanan (food additives)  dan ubat-ubatan oleh Pentadbiran Pemakanan dan Ubatan Amerika Syarikat. pengharaman ini adalah hasil dari kajian makmal yang melibatkan penambahan diet keatas haiwan makmal dalam tempoh masa yang lama dengan pemberian dos tinggi dari bahan kimia terpencil (β-asarone) dari terikan Calamus jammu India.
Haiwan mengalami ketumbuhan tumor, dan tumbuhan itu dilabelkan 
(penyebab kanser) pro-carcinogenic.  Wichtl berkata, "Ia tidak jelas sama ada kesan karsinogenik  yang diperhatikan dalam tikus itu mempunyai  kaitan dengan organisma manusia."
Empat jenis strain Acorus Calamus terdapat secara semula jadi. Diploid, triploid, tetraploid dan hexaploid. Diploids tidak menghasilkan procarcinogenic β-asarone. Diplois diketahui tumbuh semulajadi di Timur Asia (Mongolia dan Tanah-datar siberia Tengah) dan Amerika Utara. Triploid Cytotype mungkin berasal dari rantau Himalaya, sebagai kacukan diantara diploid dan tetraploid cytotypes. Calamus Amerika Utara dikenali sebagai Acorus Calamus var.

Americanus atau hanya sebagai  Acorus Americanus. Seperti diploid strain dari Calamus di bahagian Himalaya, Mongolia, dan Siberia tengah. Diploid strain Amerika Utara tidak mengandungi β-asarone punca bara kanser (pro-carcinogenic).  Kajian menunjukkan bahawa "β-asarone tidak dikesan dalam diploid acorus Amerika Utara [Calamus var. Americanus] ".

Pada hakikatnya  β-asarone bukanlah karsinogen tetapi ia adalah procarcinogen tidak sama sekali hepatotoxic mahupun secara langsung hepatocarcinogenic. Ia mestilah terlebih dahulu menjalani proses  metabolik l'-hydroxylation di dalam hati sebelum mencapai ketoksikan. Cyrochrome P450 dalam  hepatosit (hepatocytes) bertanggungjawab untuk merembeskan enzim hydrolyzing yang menukarkan β-asarone ke dalam struktur epoksida genotoksik.  Walaupun dengan pengaktifan metabolit ini, potensi karsinogen adalah tersangat rendah  disebabkan kerana kerosakan yang pesat pada sisa-sisa epoksida bersama hydrolase yang meninggalkan sebatian ini kaku / lengai (Luo, 1992).  Di samping itu, metabolit utama β- asarone adalah asid 2,4,5-trimethoxyninnamic, punca dari yang bukan karsinogen (Hasheminejad & Caldwell, 1999).


Sumber:herbadantumbuhan.blogspot.com


13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Peragut Dibelasah Orang Ramai <b>Di Kuala Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2013 05:33 AM PDT

Gambar hiasan

Gambar hiasan

Dua orang peragut yang meragut seorang jurujual dipukul orang ramai dalam kejadian di Jalan Sultan Mahmud di sini Sabtu lalu.

Kedua-duanya yang juga buruh binaan sebelum itu turut melarikan diri dari polis selepas melakukan jenayah itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K.Manoharan berkata peragut sebelum itu meragut jurujual berumur 27 tahun berkenaan kira-kira pukul 10 malam di hadapan Masjid Al-Muktafi Billah Shah.

Beliau berkata mangsa yang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya telah dihimpit motosikal yang dinaiki peragut dan merampas beg tangan mangsa yang diletak di dalam bakul motosikal sebelum suspek melarilkan diri.

"Mangsa yang panik dengan kejadian itu bertindak menekan hon motosikalnya bagi mendapat perhatian orang ramai yang telah disedari seorang anggota polis yang berada tidak jauh dari tempat kejadian.

"Anggota itu bertindak mengejar peragut dengan keretanya sehingga peragut mencampak beg tangan mangsa di tengah jalan berhadapan Stadium Negeri. Para peragut terus melarikan diri sebelum diberkas dan dipukul pula oleh sekumpulan orang awam yang berada tidak jauh dari situ.

"Akibat pukulan itu, kedua-dua suspek yang berasal dari Kampung Gong Sentul cedera di pipi dan mata," kata Manoharan.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang turut positif dadah dipercayai turut terlibat dalam beberapa kes ragut di sekitar bandaraya ini.

Mereka kini direman untuk disiasat kerana menyamun. – Bernama

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di ajil</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Apr 2013 01:55 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

kejohanan catur mssdht <b>di</b> smk kuala jenderis pada 19-20.2 <b>...</b> - SK <b>Ajil</b>

Posted: 25 Feb 2013 11:35 PM PST

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PENAFIAN
Sekolah Kebangsaan Ajil tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan maklumat dan
aplikasi dalam laman ini.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekolah Kebangsaan Ajil
21800, Ajil, Hulu Terengganu
Tel: 09-6861154 Fax: 09-6861159
Email : tba5053@yahoo.com

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Tak puas hati !!! Anwar calon Mat &#39;Bangla&#39; <b>di</b> <b>...</b> - Rakyat Tranung

Posted: 10 Apr 2013 08:30 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]Maklumat dari Kemaman, rupanya banyak kisah menarik dan akibatnya telah banyak cemuhan & kejian telah dilemparkan oleh penyokong mereka sendiri kepada Rafizi, Anwar & Din Bangla sendiri di atas pencalonan ...

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Apr 2013 12:04 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau wan man</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Jan 2013 11:22 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

MB Minta APMT Terus Beri Komitmen Yang Terbaik | Terengganu <b>...</b>

Posted: 18 Jan 2013 07:39 PM PST

Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said berharap kakitangan Agensi Pembangunan Masyarakat Negeri Terengganu (APMT) mengumpul maklumat mengenai bacaan sikap pengundi tanpa bertolak ansur dan hanya bersandarkan andaian semata-mata kerana mahu menjaga hati serta hubungan dengan kumpulan berkenaan.

Beliau berkata sikap itu bukan sahaja menyukarkan maklumat tepat dikumpul bagi melicinkan perjalanan parti, malah boleh menjejaskan matlamat Barisan Nasional (BN) untuk memenangi kerusi dengan majoriti besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

"Kita yakin dan percaya dengan kursus dan tunjuk ajar yang dijalani kakitangan sehingga hari ini, APMT mampu menjalankan tugas dengan sempurna, penuh amanah dan bertanggungjawab dengan memastikan maklumat serta laporan yang diterima adalah tepat dan bukan berasaskan andaian semata-mata.

"Saya menyerui anggota APMT mendapatkan maklumat mengenai bacaan sikap, kedudukan, isu dan sebagainya (mengenai penduduk) dengan penuh tanggungjawab tanpa mengambil kira perasaan, peribadi, ukhwah kita untuk memastikan parti ini terus dipertahankan sampai bila-bila," katanya di Majlis Makan Malam menteri Besar Bersama kakitangan APMT, di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, malam tadi.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, dato' Haji Mazlan Ngah; Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Abdul Razak Ismail dan Pengarah APMT, Haji Roshali Taha.

Menteri Besar berkata, dalam situasi PRU13 yang semakin hampir tidak lama lagi, perjuangan kakitangan APMT juga harus berterusan sehingga ke penghujungnya dan tidak tewas sebelum mencapai sasaran kejayaan.

"Justeru itu, dalam keadaan kita berada di persimpangan PRU13  yang semakin hampir, semua kakitangan APMT juga tidak boleh lemah dan longlai di pertengahan jalan sebelum mencapai kejayaan khususnya dalam memperjuangkan parti BN dan Umno serta memenangi PRU13  dengan majoriti yang besar.

" Demi memastikan kejayaan itu, saya berharap jentera kita dapat bergerak seiring, seirama dan sederap bagi memperkukuhkan parti dan politik kita serta menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk kesinabungan parti BN dan Umno, supaya mampu dipertahankan sampai bila-bila," katanya.

Beliau berkata, semua kakitangan APMT juga harus bekerja keras, memperbaiki kelemahan dan menggandakan kekuatan bagi mencapai kejayaan dan sasaran sebenar.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


BLOG TERENGGANU: 13 <b>di pulau bidong</b> - Google Blog Search

Posted: 07 Mar 2013 10:35 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

sultan mizan menyelam <b>di pulau bidong</b> bersama fauziah latif

Posted: 06 Mar 2013 08:47 AM PST

Mencari Kerja Sambilan (Part Time) Di Rumah? Klik Sini!
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

SETIU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Bidong Underwater & Land Challenge anjuran Coral Malaysia, kerajaan negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong di sini, hari ini.

Baginda turut menyelam selama sejam bersama Duta Coral Malaysia iaitu artis terkenal tanahair, Fauziah Latiff dan Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar untuk menikmati keindahan terumbu karang di perairan Pulau Bidong.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Program  selama empat hari yang bermula hari ini turut disertai oleh 70 penyelam skuba profesional yang turut mengambil gambar untuk pertandingan merakam keindahan dasar laut anjuran Coral Malaysia.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Abdul Rahin Mohd Said serta Timbalan Naib Canselor UMT Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Yahaya Ibrahim.

Fauziah ketika, ditemui pemberita berkata program ini adalah yang pertama kali diadakan di Pulau Bidong sempena Hari Bumi 2012.

Sebelum ini Coral Malaysia mengadakan aktiviti selaman di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tenggol. – BERNAMA

Incoming search terms:

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


santau berapi: banjir <b>di bukit besi</b> dedah perangai jalang adun umno

Posted: 07 Jan 2013 11:25 AM PST

Banjir dah berlalu di Terengganu.

Dalam hal ini sudah tentulah yang paling kuat mengaku merekalah pembantu rakyat bawahan adalah UMNO, sebuah parti politik yang mana di dalamnya dipenuhi dengan pelbagai jenis manusia munafik.

Ni aku nak ceritalah tentang ADUN Bukit Besi, Din Adam dari BN atau lebih tepat lagi dari UMNO.

Banjir teruk telah melanda Kampung Kuala Jengai. Malangnya, walaupun dah diberitahu persediaan yang dibuat amat ala kadar. Lebih tepat lagi, langsung tak ada.

Din Adam sebaliknya lebih pentingkan kenduri kahwin anaknya pada 28 Disember. ADUN Umno itu langsung tak peduli dengan nasib yang menimpa penduduk Kampung Kuala Jengai.

Dalam hal ni, aku bersyukur kerana Allah telah mengutuskan Unit Amal PAS yang bertindak sebagai penyelamat terutama sebelum kehadiran agensi Pusat yang telah dikerahkan agar UMNO tidak dimalukan kerana langsung tak ambil berat tentang rakyat. Unit Amal adalah pasukan yang paling awal tiba dan memberikan bantuan. Nak harapkan Umno?

Yang aku dengar ramai pemuda Umno yang telqh dikerah untuk bantu melancarkan majlis perkahwinan anak ADUN Bukit Besi. Bagi mereka meriahkan kenduri kahwin anak ADUN jauh lebih penting berbanding selamatkan mangsa banjir.

Yang paling tak boleh tahan ADUN Bukit Besi itu hanya datang sekali jengukkan muka. Itu pun dia berlakon konon-kononnya dialah yang derma barang keperluan untuk mangsa banjir sedangkan barangan yang diserahkqn itu semuanya barangan JKM.

Itulah sekali ADUN umno muncul. Lepas tu hilang entah ke maa tanpa menghiraukan rakyat Bukit Besi yang perlukan wakil mereka.

Mujurlah Unit Amal terus berkampung dan memberikan khidmat.

Aku berani cakaplah, Allah memang merestui Unit Amal. Sebab itulah mereka diutuskan untuk bantu rakyat. Wakil rakyat umno pula tak ubah macam kudung dapat cincin.

Pengundi Bukit Besi patutnya dah tahu siapa yang harus mereka pilih pada PRU13 nanti kalau tak mahu nasib mereka lebih malang dari ini.

Published with Blogger-droid v2.0.10

ujang kutik: 20 MINIT <b>DI BUKIT BESI</b>, DUNGUN

Posted: 26 Jan 2013 08:49 AM PST



Ketika beberapa hari di Bandar Dungun, Terengganu pada pertengahan bulan Januari 2013, saya terlihat sebuah replika keretapi pengangkut bijih besi di tengah-tengah bandar ini . Pada agakan saya saiz replika itu lebih kecil dari saiz keretapi sebenar yang pernah digunakan oleh syarikat perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Terengganu. Saya 'amat arif'( kawan saya ada yang bernama Amat Arif) saiz sebenar keretapi kerana kampung asal saya di Negeri Sembilan terletak di tepi laluan KTM Kuala Lumpur – Singapura.
Sehubungan ini, saya membuat carian di internet mengenai aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi, Dungun, Terengganu. Maklumat yang saya perolehi menunjukkan aktiviti perlombongan besi di sekitar kawasan Bukit Besi bermula pada tahun 30-an sehingga dihentikan pada tahun 1970. Secara rengkas kronologi hasil bumi kita dijarah oleh dua kuasa luar, iaitu Jepun dan Inggeris di sekitar kawasan Bukit Besi adalah seperti berikut:
1) Pada tahun 1910, seorang ahli kaji bumi Jepun, Mr. Kuhara, mendapati kawasan yang dikajinya di sekitar Chemuak, Dungun mengandungi bijih besi.

2) 1927-1945 - Syarikat perlombongan dari Negara Jepun menjalankan aktiviti perlombongan bijih besi di Bukit Besi.
3) 1945-1948-Aktiviti perlombongan dihentikan setelah kekalahan Jepun dalam Perang Dunia
4)  1948-1970-Aktiviti perlombongan dijalankan oleh syarikat perlombongan  dari England, EMMCO.
5)      1970-Aktiviti perlombongan dihentikan.
* Laluan keretapi antara Bukit Besi - Sura, Dungun siap dibina oleh syarikat Jepun pada tahun 1939.

Ketika dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur yang melalui Lebuhraya Jerangau-Jabor saya sengaja singgah minum di pekan kecil Bukit Besi yang terletak tidak jauh dari lebuh raya. Pada kesempatan itu saya meninjau kawasan persekitaran pekan kecil Bukit Besi. Di antara bangunan yang saya lihat ialah Ibu Pejabat Polis Bukit Besi, masjid yang sederhana besar (tetapi tidak seindah masjid-masjid di lain-lain daerah di Negeri Terengganu), Pejabat KETENGAH dan Pusat Kesihatan Kementerian Kesihatan. Saya tidak melihat etnik selain etnik Melayu di sini. Dikatakan pekerja lombong dari keturunan Cina dan India mewakili 50% penduduk Bukit Besi ketika zaman kegemilangannya. 

Di sekitar pekan kecil Bukit Besi saya tidak melihat sisa-sisa kenangan yang menunjukkan kawasan ini pernah menjadi kawasan perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara suatu ketika dahulu. Sehinggalah, saya menemui 'jalan buntu' yang ada papan tanda menunjukkan arah lokasi artifak bekas kawasan perlombongan bijih besi.  
Hati saya berbelah bagi samada hendak pergi ke lokasi artifak atau berundur semula dan terus balik ke Kuala Lumpur kerana persekitaran tempat itu sunyi dan sedikit menakutkan. Saya mengambil keputusan muktamad. Undur dan balik ke Kuala Lumpur.
Saya mengambil masa lebih kurang 20 minit di pekan kecil Bukit Besi. Insya Allah, jika ada peluang saya akan sampai juga ke lokasi artifak bersejarah Bukit Besi, di mana dua kuasa luar pernah menjarah dan memunggah dengan rakus hasil bumi negara saya, negara kita!  

Laman Husna: Laman Encik Ahmad <b>di Bukit Besi</b>

Posted: 23 Feb 2013 01:00 AM PST

Assalamualaikum,
dan
Salam 1Malaysia.

Semalam sempat berkunjung kali kedua ke rumah sahabat alam di Bukit Besi Terengganu.
Saya lebih suka memanggil beliau `sifu orkid'. Pada saya, pengetahuan beliau tentang orkid sangat tinggi, seiring dengan minat serta pengalaman Encik Ahmad sejak remaja lagi. Melihat pada pokok orkid sahaja, beliau dapat menamakannya dengan lancar, sedangkan saya, nak menyebut nama-nama yang telah ditag pun terkial-kial, rasa nak tergeliat lidah.

Banyak juga gambar bunga orkid yang sempat disnap oleh Husna, jurugambar 8 tahun saya..heeee...tetapi banyak lagi yang belum pernah saya lihat bunganya.

















Terima kasih banyak-banyak sifu...sentiasa sudi menerima kunjungan kami...dan juga ole-ole yang diberikan.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved