ads

Ahad, 20 Oktober 2013

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


InilahCaon: Langkah Permulaan Perjalanan <b>Di</b> Terengganu - Pulau <b>...</b>

Posted: 10 Oct 2013 10:09 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua..Setelah sekian lama aku menyepi kini aku kembali lagi.. Hehe.. Untuk pengetahuan korang, habis ja aku stdy kat Kota Kinabalu,Sabah aku kini memulakan permulaan kerjaya aku di Kuala Terengganu,Terengganu.. Hehe.. Apa bole buat rezeki aku kat sini.. Kebetulan tahun 2013 nie merupakan tahun melawat Terengganu..Wahh.!!! Peluang nie.. Korang pon tahukan aku nie memang kaki jalan.. Post aku yang sebelum-sebelum nie pon semuanya pasal berjaaaaaaalan ja.. Hahaha :D
So bagi memulakan langkah yang pertama aku di sini, destinasi pertama pilihan aku ialah Pulau Kapas,Marang,Terengganu.. Hehe.. Actually aku pi Pulau Kapas nie bulan lepas iaitu pada 21 September yang lepas.. Tapi apakan daya baru sekarang berkesempatan untuk update blog aku yang dah bersawang nie..huhu..Maafkan hamba penunggu gua.. Wahahaha :p

Pada hari aku pi Pulau Kapas nie sebenarnya aku keja malam tapi disebabkan adrenaline dalam badan memaksa aku untuk pergi jugak ke pulau tu so aku tegar juga untuk pergi bersama kawan-kawan aku yang baru sahaja habis shift malam pada hari tersebut.. HAhaha..

Seawal jam 7am kami memulakan perjalanan dengan menaiki motorsikal ke Marang sebab Jeti untuk ke Pulau Kapas hanya terdapat di Marang iaitu kira-kira 15km dari Kuala Terengganu.. Sampai ja di Jeti Marang kami memulakan urusan pembelian tiket bot untuk ke pulau.. Puas dibodek-bodek dan dipujuk-pujuk akak yang jual tiket tu akhirnya dapat jugak package yang murah sikit..hehe Siap sekali dengan snorkeling n life jaket..

Sekitar pukul 9.30am kami memulakan perjalanan dari jeti Marang ke Pulau Kapas dengan menaiki bot syarikat Makcik Gemok.. Lawak kan dengar nama syarikat nie tapi korang perlu tahu yang syarikat Makcik Gemok nie sangat famous kat Terengganu nie okay~ Hahaha.. Dekat Pulau Kapas siap ada chalet lagi milik syarikat nie.. Hehe..

Lupa pulak nk kabor,kami pergi berempat taw..Hahaha.. Semuanya Jantan okay~euww :3
HAHAHAHa



Perjalanan dari jeti nak ke Pulau Kapas memakan masa selama 15 minit..Si selama lebih kurang 15 minit itu korang terpaksa la bertarung dengan ombak laut yang membadai bot yang korang naiki.. Haha.. Kalau sesapa yang ada mabuk laut tu,sila sediakan plastik serta-merta.. Hoho..
Setibanya di pulau,kami berempat bergerak untuk dapatkan set snorkeling dekat macam 1 kaunter kat tepi pantai dekat dengan tempat kami landing td.. Lepas dh dapatkan set snorkeling kami menggunakan masa yang ada untuk menyalin pakaian sementara tunggu bot kecil sampai.. Bot kecil nie yang akan bawa kami ke snorkeling spot di sebelah kanan pulau.. Actually bole pi jalan kaki dengan trekking melalui jalan bertangga yang disediakan tapi kami choose untuk naik bot jew..ngehehehe

Setibanya di snorkeling spot..Pilih tempat nak letak barang-barang yang dibawa and then TERJUN.!!!!
SPLASHH..!!!! HAHA



Kawasan snorkeling spot yang terdapat kat sini (yang kami pi nie la) adalah sepanjang 1.5km panjangnya dan ada satu spot di bahagian hujung sekali dikenali dengan nama 'shark point'.. Menurut apa yang abang bot yang hantar kami ke sini tadi cakap kalau nk tengok jerung kat situ la tempatnya.. Jerung akan muncul selalunya pada sebelah awal pagi.. Jerung.???? Errr =.=

Haha.. Okay..Setelah dah puas menyelam dan berenang bersama ikan-ikan sehingga badan pon dh naik hitam legam dek akibat sunburn, kami berempat pon mengambil keputusan untuk pulang semula ke tmpat yang masa mula-mula kami landing td tu tapi bukan by bot okay.. Kali nie kami nak pulang dengan berjalan kaki atau trekking melalui laluan bertangga yang disediakan..



 Sampai ja di tempat permulaan tadi.. Langit kelihatan mendung tanda nak hujan.. So kami ambil keputusan untuk bertolak balik.. Call syarikat Makcik Gemok tadi untuk maklumkan yang kami nk balik dah, bersiap dan kami pon bertolak pulang sekitar pukul 4pm.. Memang best la aku cakap kt korang.. Kalau sampai Terengganu jangan lupa korang datang sini.. Pulau Kapas merupakan satu-satunya pulau yang korang boleh pergi balik hari..

Ehh..Terlupa pulak.. Kos yang aku habiskan disini hanyalah RM55 untuk tambang bot pergi dan balik serta sewa snorkeling set + life jaket..hehe.. So apa korang tunggu lagi..hehe ;)

Nantikan update untuk destinasi seterusnya dari aku yang bakal menyusul..hehe..
Adios~~ ^_^

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


Pelajar Bersalin Dalam Bilik Asrama Sekolah <b>Di Setiu</b>

Posted: 12 Sep 2013 05:11 PM PDT


SETIU - Guru dan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini gempar apabila seorang pelajar dipercayai bersalin di dalam bilik asrama sekolah berkenaan, pagi kelmarin. Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kehadiran bayi lelaki itu disedari penyelia asrama kira-kira jam 8 pagi di dalam sebuah bilik asrama perempuan sekolah berkenaan. Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik, penyelia itu terkejut apabila mendapati seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun terbaring lesu bersama bayi yang masih bertali pusat. "Penyelia itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan sekolah, sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan. "Ketika ditemui, bayi lelaki dalam keadaan sempurna itu masih bernyawa, tetapi mengalami kecacatan otak dan keadaannya ketika itu agak lemah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira jam 1.15 petang untuk rawatan lanjut," katanya. Ab Rahman berkata lagi, bagaimanapun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.40 petang kerana kecacatan tersebut. Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan akibat dera pada bayi itu sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian. #selanjutnya

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Outdoor2u » Kenali <b>Pulau Redang</b>

Posted: 11 Oct 2013 02:24 AM PDT

DSC_0504

Pulau Redang merupakan salah satu pulau yang paling popular bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia. Terkenal dengan kebiruan airnya, kelembutan dan kehalusan pasir dan juga merupakan salah satu destinasi kesukaan bagi penyelam skuba. Pulau ini terbahagi kepada empat bahagian utama sebagai destinasi pelancongan iaitu Teluk Kalong, Teluk Bakau, Pasir Panjang dan Teluk Dalam. Setiap teluk mempunyai kawasan pantai dan chalet ata u resort. Lokasi paling menjadi tumpuan adalah di Pasir Panjang di mana
terletaknya banyak chalet dan resort sepanjang pantai tersebut. Tidak seperti di Pulau Perhentian, ke semua operator chalet dan resort di sini menggunakan kaedah pakej dan setiap pakej bergantung kepada jenis bilik serta perkhidmatan yang di tawarkan.

2013-10-11_163403

DSC_0814
Terengganu

berjayaredang_location_map2

Hotel dan Resort

Laguna Redang, Redang Kalong, Redang Reef , Ayu Mayang, Redang Holiday, Redang Beach & Sari Pacif ica Resort adalah merupakan antara operator yang menjalankan operasi di Pasir Panjang. Jika anda inginkan suasana yang lebih 'privacy' atau sunyi anda boleh memilih untuk menginap di Redang Mutiara yang terletak di Teluk Kalong atau jika anda mempunyai baget apa salahnya menginap di Berjaya Redang yang terletak diTeluk Dalam, yang pasti biarkan percutian anda itu berbaloi dengan apa yang anda dapat dan belanjakan.

DSC_0504 2013-10-11_163337 DSC_0085

Pengangkutan

Kebanyakan operator akan menggunakan jeti Merang sebagai transit untuk anda ke pulau. Jika anda datang ke Terengganu menggunakan bas kebiasaanya pihak operator akan menyediakan pengangkutan bagi perjalanan daripada Kuala Terengganu ke jeti Merang. Kos pengangkutan biasanya akan di kenakan caj secara berasingan daripada harga pakej, Jika anda menggunakan kenderaan sendiri, anda boleh terus memandu ke Jeti Merang, kebanyakan pelancong yang saya juga yang tidak biasa ke Terenggganu mereka selalunya bertukar antara Jeti Merang dan Jeti Marang. Jeti Merang terletak didalam daerah Setiu manakala Jeti Marang terletak didalam daerah Marang yang menjadi transit bagi mereka yang ingin ke Pulau Kapas dan Gemia. Sekiranya pula anda datang melalui penerbangan, anda boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan teksi lapangan terbang atau berurusan dengan pihak operator chalet yang anda tempat bagi
tujuan menjemput anda.

DSC_0085 2013-10-11_163316 2013-10-11_163250

Tarikan di Pulau Redang

Antara kelebihan di sini ialah kejernihan airnya. Oleh itu percutian di Redang berdasarkan pakej jadi kebiasaannya anda akan di bawa untuk snorkeling pada petang hari pertama, dan pada hari kedua anda akan di bawa untuk snorkeling lagi sebanyak dua kali dan salah satunya adalah di Taman Laut Pulau Redang yang terletak di Pulau Pinang.Saya akan ceritakan perihal Taman Laut ini dalam artikel yang lain. Anda boleh memilih untuk tidak pergi snorkeling jika sekiranya anda mahu bersantai-santai sambil menikmati keindahan Pulau Redang atau bermain volleyball yang biasanya di sediakan oleh kebanyakan operator chalet. Bagi yang berkulit sensitif pastikan anda membawa bekalan 'sun block' bagi mengelakkan kulit anda bertukar warna.

Pulau Redang_Map

DSC_0496 2013-10-11_163504 2013-10-11_163620

Oleh kerana keadaan pantai di Pulau Redang yang mengadap ke arah timur jadi pada setiap pagi ketika berada di sana anda akan berpeluang melihat matahari terbit. Saya nasihatkan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat keindahan ciptaan Ilahi ini. Selewatnya anda perlu berada di pantai sekitar jam 6.45 pagi dan bersedia dengan kamera anda. Carilah tempat yang sesuai bersama rakan-rakan anda dan rakamlah gambar sebagai salah satu kenangan terindah anda di Pulau Redang.

178964_425167564184693_1578250846_n

Bagi mereka yang berminat dengan selam skuba, banyak operator selaman yang boleh anda pilih di sini dan kebanyakan chalet dan resort mempunyai kemudahan ini. Lokasi seperti Mak Cantik, Pulau Paku Besar, Cina Terjun, Tanjung Tokong, Pulau Lima, Pulau Kerengga, Pulau Ekor Tebu dan sebagainya sudah tentu akan menjanjikan pelbagai keindahan dasar laut untuk anda. Bagi mereka yang tidak mempunyai lisen menyelam anda masih dapat lagi melakukan aktiviti ini yang mana ianya di panggil sebagai 'discovery scuba', anda akan di ajar teknik asas menyelam dan di bawa menyelam pada kedalaman tertentu yang akan di temani oleh 'dive master'. Jika anda berani apa salahnya mencuba dan menikmati keindahan dasar laut Pulau Redang. Sudah tentu percutian anda akan lebih bermakna.

Bagi kumpulan untuk sekolah dan juga institusi yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, di Pulau Redang terdapat sebuah pusat kokurikulum yang boleh berfungsi sebagai tempat penginapan, juga mempunyai kemudahan beraktiviti dengan para jurulatih berlesen dan berpengalaman. Kosnya tentu jauh berbeza murahnya jika dibandingkan dengan pakej swasta.

Larangan

Oleh kerana pulau ini diwartakan sebagai salah satu taman laut di Malaysia, larangan umum seperti tidak boleh membawa pulang batu karang, mengganggu hidupan air dan sebagainya mestilah dipatuhi.

Rujukan Visit Terengganu

Ikutilah Tips Percutian Di Pulau Redang

Lihat   JADUAL TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


Al Faqir Hanafi El Fesfanji: di antara tokoh tokoh dakwah <b>di besut</b>

Posted: 03 Sep 2013 08:00 AM PDT


di besut,  terdapat dua tokoh besar yang di akui mempunyai peranan dakwah dalam masyarakat di bahagian kedua dekad lalu.  
yang pertama ialah seorang tuan  guru yang ilmu ilmu tentang fiqh mazhab Syafie saya gali dengan salah seorang muridnya  iaitulah  TOK guru hj abbas Tok Jiring. ia  berasal dari bukit putra. saya banyak mempelajari ilmu memahami laras dan lenggang lengguk bahasa kitab feqh khususnya Fathul Wahhab dan Sirajul wahhab (secara ceduk ceduk) dari Ustaz Halias Abu Bakar yang di kenali sebagai Ustaz Halias Khat sewaktu di Kusza. Ustaz  Halias belajar enam tahun dengan Tok Guru di kg Tok Jiring. 
yang kedua ialah  Tok guru hj Wan ahmad Bukit Puteri dan tok guru Hj Latif Alur Keladi adalah murid kepada Tok Guru Haji Umar Cik Ahmad Besut. ( di lahirkan 1878M/ 129 lima H) . dikatakan nenek moyangnyalah di antara yang  membuka besut
keturunan Tok Guru hj Umar Che Ahmad ini berasal dari Patani.  semasa salah seorang dari moyangnya yg di panggil Cik Wan datang dari Patani, menaiki perahu melalui jalan air , setelah melepasi beberapa kuala, ia penat dan berhenti dan memanngil tempat tersebut dengan sut( yang bererti paling penghujung) . kerana sejauh itulah yg mampu di mudiki
tempat itu akhirnya di sebut kuala sut. lama kelamaan di sebut kuala besut
menurut hj wan Mad Saghir. chik Wan ini meninggal dalam pepwerangan
menurut syed bur mohd yg terkenal di Gombak  dengan nama maulana pula,
tok guru hj abbas dan tok guru hj wan latif juga berlajar dengan tok guru haji mat yang membuka pondik dan masjid di kuala besut. Tok guru hj mat ini di panggil  tok ayah  belajar 18 tahun di Mekah.dan mahir dalam bahagian nahu sorof feqh dan usul feqh. Ramai orang termasuk dari Kemboja dan indo yang dating belajar ke situ
 Maulana sempat belajar juga dengannya. Sebelum ke deoband  India, maulana yang sentiasa di panggil dengan nama khan sentiasa di suruhnya azan bilamana masuk waktu sembahyang fardhu.
menurutnya sebelum ber pondok pengajian di masjid kuala besut di buka oleh tok ayah Hj mat. Orang bersembahyang jumaat   di Nurul ittifaq yang terletak di pekan kuala besut yang di bina dengan kegigihan  Tok Wan Ali, seorang aktivis kebajikan masyarakat di situ waktu tersebut. Tok Wan Ali meninggal dalam enam puluhan.  Semasa balik dari India, Maulana masih sempat berhubungan lagi dengan gurunya itu. Tok Ayah mat ini  pernah di tawarkan untuk menjadi pegawai kerajaan di pejabat agama, ia meolaknya kerana lebih bebas menjadi guru agama  pondok rakyat. ia mahu mendidik masyarakat katanya.
Ia hanyalah berhubungan dengan majlis agama  dalam bab perkahwinan kerana ia juga akhirnya menjadi juru nikah.

Bilamana tok ayah hj mat yang berasal dari kg lapu pulang dari mekah dan membuka pondok di kuala besut,  orang ramai bertumpu pula ke masjid tersebut.  Setelah pondok Tok Ayah Hj Mat menjadi Masjid Kuala Besut,  masjid nurul ittifaq bertukar di jadi surau. Surau adalah bahasa Persian

13 di gong kedak - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di gong kedak - Google Blog Search


fyra punye belog: Cerita <b>di</b> PU <b>Gong Kedak</b>

Posted: 25 Jun 2013 07:46 AM PDT

Since kita dah ada rumah berdua sendiri di Kuantan, i dengan hubby plan nak bawa balik barang barang kat bilik hubby di Pangkalan Udara Gong Kedak ke rumah sewa kami. Sampai sampai bilik bujang hubby, i terus beristighfar. Macam kapal karam wa cakap luuu (silap tak snap gambar). By the time dah pukul 1 pagi lebih, i pun tak larat nak terus kemas (walau dalam hati meronta ronta nak kemas), hubby pun suruh tidur dulu kemas esok je.

Bangun pagi, tanpa mandi terlebih dulu i start kemas. Mula mula kepala jammed kot nak kemas mana dulu. Meja, almari baju, toilet lagi, lantai dah sah sah berselerak. Pagi tu juga hubby dah kena keluar kerja sebab dia Duty Officer on that day (pergi handover tugas je pastu boleh balik semula)

Masa hubby ada, satu satu i tanya dia baju mana yang nak bawa balik, mana yang nak tinggal, mana yang nak bawa pergi Sabah, mana yang nak buang. Dan masa kemas kemas tu i jumpa satu box. I buka.

I jumpa balik surat surat dan kad kad yang i beri pada dia since mula mula bercinta dulu. Masa dia di Kolej Tentera Udara lagi. Masa tu beliau di Kedah, i di KL, so semua ni i pos (since pertengahan 2009). Semua ni pun i bawa balik, i nak simpan baik baik.


Masa tu i sweet sangat. I bagi satu balang kaca, i taruk 70 biji bintang. I suruh dia buka satu bintang sehari. Tapi sekarang bila i tanya balik betul ke masa tu dia buka satu bijik sehari, dia jawab, sehari 3-4 biji (cehhh) Tak menyabor betul. Hehe. Ye, dalam bintang tu i tulis kata kata cinta. Tapi balang tu dah pecah. Dia siap simpan serpihan kaca tu yang tak tahan tu. Time tu jugak kaca kaca tu i buang. Terluka jari kang camne? 



I cuba kemas pantas pantas. Dengan harapan, hubby balik tu bilik dah berseri seri. Terbersin bersin i sebab habuk. Mana yang nak bawa ke Kuantan, i taruk setempat. At last, masa balik Kuantan, bonet dengan seat belakang full house! Lega i tengok bilik hubby dah kemas dan teratur. Malam hubby bawa i makan sate kat Jerteh. Sedap dan murah, lima puluh sen je secucuk.
Ni lah pegawai bertugas tu. Kena pakai benda alah ni kat lengan. Duty officer bertugas 24jam. Boleh keluar keluar tapi takleh la gi jauh jauh. Sekitar bandar je boleh la.
Yang di bawah ni i beri masa birthday dia ke 26 (last year). Pun i pos juga! Alah, tempah kat Central Market je. Benda ni pun i bawa balik Kuantan (risau pecah lagi)
Sampai Kuantan, kita habiskan masa bersama sebelum kena berpisah sementara. part menjauh hurmm tak best. Tak best tak best pun i relakan jua.
Pekena aiskrim Mekdi kat Teluk Cempedak

I dont think i could ever love anyone as much as i love my husband.

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :- di hulu terengganu - Google Blog Search

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Rakyat <b>Di Hulu Terengganu</b> Tiada Sebab Tolak BN - MyNewsHub

Posted: 25 Apr 2013 12:58 AM PDT


KUALA BERANG – Rakyat di kawasan Hulu Terengganu tidak mempunyai sebab untuk menolak Barisan Nasional (BN) pada hari pengundian 5 Mei ini, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Ahmad Said.

Katanya ini kerana prestasi cemerlang kerajaan BN sudah terbukti menerusi pelaksanaan pelbagai janji termasuk pembinaan prasarana asas, sukan dan pelancongan yang memberi manfaat kepada rakyat.

Masih banyak lagi yang sedang dan akan dilaksana jika BN terus meneraju negeri ini, kata Ahmad pada majlis Pemimpin Turun Padang, di sini hari ini.

Merujuk kepada pembangunan pesat di Tasik Kenyir, Ahmad berkata selain pembangunan yang sedang dilakukan, BN Terengganu merancang membina tiga hotel dengan 750 bilik di kawasan tumpuan pelancong itu bagi menarik lebih ramai pengunjung.

"Kita sasarkan dua juta pelancong ke Tasik Kenyir setahun," katanya.

Pada pilihan raya kali ini BN tampilkan calon baharu Datuk Jailani Johari bagi kerusi Parlimen Hulu Terengganu sementara kerusi dewan undangan negeri (DUN) pula ditandingi Rozi Mamat (Telemung), Yusof Awang Hitam (Manir), Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Kuala Berang), dan Ghazali Taib bagi DUN Ajil. – BERNAMA

Rakyat Di Hulu Terengganu Tiada Sebab Tolak BNhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Datuk-Seri-Ahmad-Said2.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Datuk-Seri-Ahmad-Said2-150x150.jpgMyNewsHub Pilihan Raya Umum Ke 13Terkini

KUALA BERANG - Rakyat di kawasan Hulu Terengganu tidak mempunyai sebab untuk menolak Barisan Nasional (BN) pada hari pengundian 5 Mei ini, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Ahmad Said. Katanya ini kerana prestasi cemerlang kerajaan BN sudah terbukti menerusi pelaksanaan pelbagai janji termasuk pembinaan prasarana asas, sukan dan pelancongan...

<p style="text-align: justify;">KUALA BERANG - Rakyat di kawasan Hulu Terengganu tidak mempunyai sebab untuk menolak Barisan Nasional (BN) pada hari pengundian 5 Mei ini, kata Pengerusi BN negeri Datuk Seri Ahmad Said.</p> <p style="text-align: justify;">Katanya ini kerana prestasi cemerlang kerajaan BN sudah terbukti menerusi pelaksanaan pelbagai janji termasuk pembinaan prasarana asas, sukan dan pelancongan yang memberi manfaat kepada rakyat.</p> <p style="text-align: justify;">Masih banyak lagi yang sedang dan akan dilaksana jika BN terus meneraju negeri ini, kata Ahmad pada majlis Pemimpin Turun Padang, di sini hari ini.</p> <p style="text-align: justify;">Merujuk kepada pembangunan pesat di Tasik Kenyir, Ahmad berkata selain pembangunan yang sedang dilakukan, BN Terengganu merancang membina tiga hotel dengan 750 bilik di kawasan tumpuan pelancong itu bagi menarik lebih ramai pengunjung.</p> <p style="text-align: justify;">"Kita sasarkan dua juta pelancong ke Tasik Kenyir setahun," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Pada pilihan raya kali ini BN tampilkan calon baharu Datuk Jailani Johari bagi kerusi Parlimen Hulu Terengganu sementara kerusi dewan undangan negeri (DUN) pula ditandingi Rozi Mamat (Telemung), Yusof Awang Hitam (Manir), Datuk Tengku Putera Tengku Awang (Kuala Berang), dan Ghazali Taib bagi DUN Ajil. - BERNAMA</p>

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved