ads

Ahad, 20 Oktober 2013

di negeri terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Lebih 1000 Perwakilan Hadir Sesi Pengenalan Calon <b>Di Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2013 05:49 AM PDT

Kategori Pembela Rakyat, Kata Di Kota

Lebih 1,000 Perwakilan Hadir Sesi Pengenalan Calon Di Kuala Terengganu

Oleh Wan Hafiz Hamzah

KUALA TERENGGANU, 6 Okt – Lebih dari 1,000 perwakilan UMNO negeri hadir dalam sesi memperkenalkan calon bagi pemilihan peringkat tertinggi UMNO bertempat di Stadium Tertutup Gong Badak hari ini.

PENGENALAN CALON

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dalam ucapan alu-aluannya meminta semua calon yang bertanding agar menjalani proses pertandingan dengan cara yang sihat tanpa memburukkan mana-mana pihak.

"UMNO merupakan sebuah keluarga yang besar. Justeru itu, saya berharap agar kesemua calon yang bertanding mempamerkan semangat kekeluargaan yang tinggi di dalam pemilihan ini.

"Elakkanlah daripada fitnah memfitnah, memburukkan sesama sendiri kerana jika perkara ini berlaku, maka ia akan menjejaskan keharmonian dalam pertandingan sekaligus boleh mencemarkan imej UMNO di mata rakyat yang mengikuti perkembangan pemilihan ini," jelasnya.

Antara calon Naib Presiden yang hadir ialah Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Manakala antara calon MT yang turut hadir dalam majlis tersebut antaranya Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Perlis Azlan Man, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan beberapa calon lagi.

Turut hadir ialah calon Ketua Wanita UMNO, Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Sulaiman Palestin.

Setelah selesai sesi pengenalan calon, masing-masing kemudiannya mengambil peluang untuk bertemu dan beramah mesra dengan perwakilan yang hadir.

Pemilihan bagi exco ketiga-tiga sayap dijadual 12 Okt dan MT pada 19 Okt. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 6 October 2013 8:49 PM

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved