ads

Ahad, 20 Oktober 2013

13 di pulau redang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Outdoor2u » Kenali <b>Pulau Redang</b>

Posted: 11 Oct 2013 02:24 AM PDT

DSC_0504

Pulau Redang merupakan salah satu pulau yang paling popular bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia. Terkenal dengan kebiruan airnya, kelembutan dan kehalusan pasir dan juga merupakan salah satu destinasi kesukaan bagi penyelam skuba. Pulau ini terbahagi kepada empat bahagian utama sebagai destinasi pelancongan iaitu Teluk Kalong, Teluk Bakau, Pasir Panjang dan Teluk Dalam. Setiap teluk mempunyai kawasan pantai dan chalet ata u resort. Lokasi paling menjadi tumpuan adalah di Pasir Panjang di mana
terletaknya banyak chalet dan resort sepanjang pantai tersebut. Tidak seperti di Pulau Perhentian, ke semua operator chalet dan resort di sini menggunakan kaedah pakej dan setiap pakej bergantung kepada jenis bilik serta perkhidmatan yang di tawarkan.

2013-10-11_163403

DSC_0814
Terengganu

berjayaredang_location_map2

Hotel dan Resort

Laguna Redang, Redang Kalong, Redang Reef , Ayu Mayang, Redang Holiday, Redang Beach & Sari Pacif ica Resort adalah merupakan antara operator yang menjalankan operasi di Pasir Panjang. Jika anda inginkan suasana yang lebih 'privacy' atau sunyi anda boleh memilih untuk menginap di Redang Mutiara yang terletak di Teluk Kalong atau jika anda mempunyai baget apa salahnya menginap di Berjaya Redang yang terletak diTeluk Dalam, yang pasti biarkan percutian anda itu berbaloi dengan apa yang anda dapat dan belanjakan.

DSC_0504 2013-10-11_163337 DSC_0085

Pengangkutan

Kebanyakan operator akan menggunakan jeti Merang sebagai transit untuk anda ke pulau. Jika anda datang ke Terengganu menggunakan bas kebiasaanya pihak operator akan menyediakan pengangkutan bagi perjalanan daripada Kuala Terengganu ke jeti Merang. Kos pengangkutan biasanya akan di kenakan caj secara berasingan daripada harga pakej, Jika anda menggunakan kenderaan sendiri, anda boleh terus memandu ke Jeti Merang, kebanyakan pelancong yang saya juga yang tidak biasa ke Terenggganu mereka selalunya bertukar antara Jeti Merang dan Jeti Marang. Jeti Merang terletak didalam daerah Setiu manakala Jeti Marang terletak didalam daerah Marang yang menjadi transit bagi mereka yang ingin ke Pulau Kapas dan Gemia. Sekiranya pula anda datang melalui penerbangan, anda boleh memilih untuk mendapatkan perkhidmatan teksi lapangan terbang atau berurusan dengan pihak operator chalet yang anda tempat bagi
tujuan menjemput anda.

DSC_0085 2013-10-11_163316 2013-10-11_163250

Tarikan di Pulau Redang

Antara kelebihan di sini ialah kejernihan airnya. Oleh itu percutian di Redang berdasarkan pakej jadi kebiasaannya anda akan di bawa untuk snorkeling pada petang hari pertama, dan pada hari kedua anda akan di bawa untuk snorkeling lagi sebanyak dua kali dan salah satunya adalah di Taman Laut Pulau Redang yang terletak di Pulau Pinang.Saya akan ceritakan perihal Taman Laut ini dalam artikel yang lain. Anda boleh memilih untuk tidak pergi snorkeling jika sekiranya anda mahu bersantai-santai sambil menikmati keindahan Pulau Redang atau bermain volleyball yang biasanya di sediakan oleh kebanyakan operator chalet. Bagi yang berkulit sensitif pastikan anda membawa bekalan 'sun block' bagi mengelakkan kulit anda bertukar warna.

Pulau Redang_Map

DSC_0496 2013-10-11_163504 2013-10-11_163620

Oleh kerana keadaan pantai di Pulau Redang yang mengadap ke arah timur jadi pada setiap pagi ketika berada di sana anda akan berpeluang melihat matahari terbit. Saya nasihatkan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat keindahan ciptaan Ilahi ini. Selewatnya anda perlu berada di pantai sekitar jam 6.45 pagi dan bersedia dengan kamera anda. Carilah tempat yang sesuai bersama rakan-rakan anda dan rakamlah gambar sebagai salah satu kenangan terindah anda di Pulau Redang.

178964_425167564184693_1578250846_n

Bagi mereka yang berminat dengan selam skuba, banyak operator selaman yang boleh anda pilih di sini dan kebanyakan chalet dan resort mempunyai kemudahan ini. Lokasi seperti Mak Cantik, Pulau Paku Besar, Cina Terjun, Tanjung Tokong, Pulau Lima, Pulau Kerengga, Pulau Ekor Tebu dan sebagainya sudah tentu akan menjanjikan pelbagai keindahan dasar laut untuk anda. Bagi mereka yang tidak mempunyai lisen menyelam anda masih dapat lagi melakukan aktiviti ini yang mana ianya di panggil sebagai 'discovery scuba', anda akan di ajar teknik asas menyelam dan di bawa menyelam pada kedalaman tertentu yang akan di temani oleh 'dive master'. Jika anda berani apa salahnya mencuba dan menikmati keindahan dasar laut Pulau Redang. Sudah tentu percutian anda akan lebih bermakna.

Bagi kumpulan untuk sekolah dan juga institusi yang berkaitan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia, di Pulau Redang terdapat sebuah pusat kokurikulum yang boleh berfungsi sebagai tempat penginapan, juga mempunyai kemudahan beraktiviti dengan para jurulatih berlesen dan berpengalaman. Kosnya tentu jauh berbeza murahnya jika dibandingkan dengan pakej swasta.

Larangan

Oleh kerana pulau ini diwartakan sebagai salah satu taman laut di Malaysia, larangan umum seperti tidak boleh membawa pulang batu karang, mengganggu hidupan air dan sebagainya mestilah dipatuhi.

Rujukan Visit Terengganu

Ikutilah Tips Percutian Di Pulau Redang

Lihat   JADUAL TAHUN MELAWAT TERENGGANU 2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved