ads

Selasa, 25 September 2012

13 di seberang takir - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di seberang takir - Google Blog Search


Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DUN <b>Seberang Takir</b> 2012

Posted: 27 Aug 2012 08:45 PM PDT














Pada 25 Ogos 2012 yang lalu telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 1433 H DUN Seberang Takir Bersama Terengganu FM di Dataran Permata, Kg. Baru, Seberang Takir. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini dengan jayanya. Kepada tetamu yang hadir juga diucapkan terima kasih kerana turut sama memeriahkan majlis pada kali ini.

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


Buletin Online: Rakan Khidmat <b>Rantau Abang</b> Ziarah Lebih 1000 <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2012 04:56 AM PDT

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/ziarah%20rantau%20abang2.jpgDUNGUN – Lebih seribu buah rumah warga emas yang uzur dan kurang segar telah diziarahi oleh Rakan Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang sejak pelancaran skuad Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Terengganu itu pada tahun lalu.

Pengerusinya Cikgu Ahmad Fauzi berkata program ziarah tersebut dibuat secara berterusan pada setiap hari.

"Kita ziarah setiap hari dalam tiga atau empat buah rumah warga emas yang uzur dan yang kurang sihat, dalam sebulan lebih kurang 20 hingga 25 hari,

"AlhamduliLlah, hingga kini lebih 1000 buah rumah telah kita ziarahi dan berikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban mereka,"ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi tiga buah rumah di Kampung Baru Rantau Abang dekat sini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita2/ziarah%20rantau%20abang1.jpgTurut sama dalam program ziarah tersebut ialah Pengerusi Majlis Tindakan DUN (MTD) Rantau Abang Cikgu Alias Harun.

Sehubungan itu, menurut Cikgu Alias, terdapat kira-kira sepuluh peratus dari jumlah penduduk yang miskin dan dhaif dalam DUN Rantau Abang. Katanya, walaupun kerajaan meluluskan bajet yang besar pada setiap tahun, namun tahap kemiskinan rakyat negeri Terengganu masih ditakuk lama.

Beliau yang juga bekas Pemangku Pengetua Sekolah Agama Rantau Abang berate ia adalah kerana bajet tersebut tidak sampai kepada sasaran sebenarnya.

"Bajet besar setiap tahun tapi peruntukan untuk membasmi kemiskinan tidak sampai kepada sasaran sebenarnya,

"selain diskriminasi, pilih kasih dan hanya mementingkan kelompok tertentu, jumlah sebenar rakyat yang miskin dan dhaif tidak dapat ditentukan,"jelasnya.

[Gambar Atas; Cikgu Alias melihat kaki seorang warga emas yang bengkak dan sakit ketika, bawah; Cikgu Alias (paling kiri) dan Cikgu Ahmad fauzi (berbaju kuning) berbual dengan seorang warga emas wanita di Kampung Baru rantau Abang]

Sebagai contoh katanya, bantuan zakat dan 'dana-dana' yang disalurkan hanya tertumpu kepada kelompok 'biru' sahaja, sedang kelompok yang 'nutral' tidak dimasukkan dalam senarai.

Apatah lagi, tambahnya, kelompok 'hijau' dan yang dilabel sebagai hijau, terus tidak dilihat oleh para petugas agensi dan jentera berkenaan.

Justeru itu, katanya, kemiskinan tidak akan berjaya dikurangkan, walau banyak mana sekali pun peruntukkan yang dibuat oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

13 di paka - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di paka - Google Blog Search


Cik Shiraz Punya Blog: Pejabat Pos <b>Paka</b> Main Boikot-Boikot???

Posted: 08 Sep 2012 11:43 AM PDT

Shiraz tak tahu siapa yang salah sekarang ney? Shiraz ke atau pejabat pos paka? Kalau Shiraz yang salah Shiraz minta maaf tapi Shiraz tak rasa Shiraz yang bersalah sekarang ney.. Shiraz pengguna! Shiraz ada hak untuk mempertikaikan mutu perkhidmatan kalau korang bekerja sekadar melepaskan batok di tangga. 
Shiraz tunggu barang dari 27/8/2012 namun satu khabar pun tak terima. Shiraz tunggu kad kuning, hijau, merah, purple dan segala warna bagi menandakan barang ada di pejabat pos tapi satu haram pun takde. Shiraz tunggu panggilan telefon pun sama. Dah macam tunggu bulan jatuh ke riba. Shiraz terpaksa la call kawan bgtaw yang barang tak sampai lagi. Tunggu punya tunggu bulan 9 dah... Kawan Shiraz call Pejabat Pos Terengganu tanya pasal barang tu. Dalam duk tunggu tu, Pejabat Pos Terengganu call Shiraz tanya no tracking ngan no ic. Jelas dan nyatanya, orang pejabat pos cakap dah ada di Paka.
Shiraz bergegas pergi pejabat pos Paka. Tanya no tracking. Diaorang jawab no tu tak sah. Dah pulak...Tak sah kut mana? Masa Shiraz dpt panggilan dari Terengganu no tu ada je kat situ. Dah kat Paka tak sah pulak.. Shiraz terpaksa call balik kawan tanya no tracking. Betul dan sama dengan no yang ada dalam data di Terengganu. Shiraz call balik Terengganu. Barang dah sampai 28/8/2012. Hari ney dah 3/9/2012..
Geram dah Shiraz masa tu... Baru la dapat panggilan dari Pejabat Pos Paka.. Siap marah kita balik kenapa buat aduan di Terengganu.. Malas nak bertekak lagi time tu pergi la pejabat pos Paka.. Dah bagi no ic dngn no tracking, siap sindir kita plak.. Lain kali jangan call Terengganu erk, apa2 masalah datang jumpa kita terus. Dah Shiraz pulak yang kena sindir..Ooo tak boleh jadi..Sape yang salah sekarang ney? Saya tunggu dari 28/8/2012 sampai hari ney tak dapat khabar berita, tunggu kad tak de, call pun tak de.. Tak pe la lain kali jangan call Terengganu.. Itu peristiwa yang berlaku seminggu yang lepas..
Ney kelmarin Shiraz dapat panggilan dari Pejabat Pos Dungun..Diaorang suruh tuntut barang dekat sana.. Kenapa Dungun? Mana Pejabat Pos Paka? Diaorang kata awak tak de kat rumah... Nampak sangat pembohong, 24 jam saya ada kat rumah...Saya check dalam website sepatutnya 4/9/2012 tu barang dah boleh sampai Paka.. Orang pejabat pos Dungun bagitaw mmg sepatutnya dah sampai Paka, tapi orang Paka yang tak terima barang ney...
Okay nampak kan...Diaorang tak nak hantar barang tu dekat rumah Shiraz lagi dah... Padahal baru beberapa hari kejadian pertama tu berlaku dah main boikot2 pulak.. Nampak sangat nak cari pasal ney.. Tak pe la alang-alang dah buat aduan kali pertama hari tu, boleh buat yang kali kedua plak.. Orang Pejabat Pos Paka tak nak hantar barang kat rumah saya lagi dah??? Ape cerita???

Ditulis dengan seikhlas ♥ Sheeszshira Shiraz

13 di setiu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di setiu - Google Blog Search


Wakaf Chagak: Sehari Kakitangan Ibu Pejabat <b>Di Setiu</b>..

Posted: 18 Sep 2012 10:20 PM PDT

DSC06533
BATU RAKIT – Seramai 7 orang kakitangan Ibu Pejabat, Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu (APMT), telah turun ke parlimen Setiu pada 17 September 2012 baru-baru ini. Penolong Pengarah APMT, Fauzi Muda telah mengetuai rombongan mewakili pengarah. Program ini telah dirancang oleh pihak Pengarah APMT, Haji Roshali Taha sebagai tanggungjawab ibu pejabat sambil beramah mesra dengan semua anggota di bawahnya di setiap parlimen (8 parlimen). Perancangan awal bagi parlimen Setiu ialah pada 8 Ogos yang lalu, tetapi terpaksa dibatalkan di saat akhir kerana pertembungan tugas yang tidak dapat dielakkan.


DSC06534DSC06536

13 di besut - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


jmc kota bharu: Jawatan Kosong <b>Di Besut</b> Terengganu

Posted: 23 Sep 2012 12:24 AM PDT

Jawatan Kosong Di Besut Terengganu
Majikan 1:         Nasz Unggul Ent
Alamat :           Simpang Tiga Kuala Besut, 22300 Besut
Telefon :          014-8121494 (En. Nik)
Jawatan :         Kerani Komputer
Kekosongan :    L = 0, P = 1, L/P = 0
Kelayakan :       SPM
Gaji :               RM 500.00
•      Mahir Dalam Microsoft Office
•      Mahir Dalam Penggunaan Internet
•      Pengalaman kerja 1 tahun
•      Tarikh Tutup : 29 September 2012
Majikan 2:         Mbm Dagang Sdn Bhd
Alamat :           Lot 1116 Batu 8, Seberang Kastam, 22200 Besut
Telefon :           09-6953959 (Zaharah)
Jawatan :         Operator Mesin
Kekosongan :    L = 100, P = 0, L/P = 0
Kelayakan :       PMR
Gaji :               RM 900.00
•      Tarikh Tutup : 10 November 2012

teganuku: Kampus UniSZA <b>Di Besut</b> Dijangka Beroperasi Jun 2013

Posted: 18 Sep 2012 03:52 PM PDT



Pembinaan kampus Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) cawangan Besut yang kini masih dalam pembinaan dijangka beroperasi menjelang Jun 2013.

Naib Canselor UniSZA, Datuk Profesor Dr Alias Daud berkata kampus yang menelan belanja RM270 juta itu kini telah hampir 50 peratus siap, bakal menempatkan kira-kira 1,000 pelajar daripada empat fakulti.

"Apabila siap kelak, kesemua pelajar empat fakulti ini akan berpindah ke kampus Unisza cawangan Besut," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian kad diskaun Siswa 1Malaysia di Gong Badak dekat Kuala Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Empat fakulti tersebut yang bakal dipindahkan ke kampus cawangan ialah Fakulti Pertanian dan Bioteknologi, Fakulti Teknologi Makanan, Fakulti Sains Haiwan dan Fakulti Teknologi Maklumat.

Pembinaan kampus baharu itu adalah sebahagian usaha universiti berkenaan menaik taraf kemudahan untuk warganya.

Sementara itu, kehadiran Menteri Besar, ke UniSZA malam kelmarin bagi menyempurnakan program Ramah Mesra Bersama Menteri Besar nyata mengembirakan pelajar yang rata-ratanya belum pernah bersua muka.

Bertambah gembira apabila pemimpin utama Terengganu itu mengagihkan Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia kepada semua pelajar.

Kad itu memberi faedah potongan lima hingga 60 peratus terhadap setiap pembelian di rangkaian perniagaan terpilih seluruh negara.

Pelajar semester tiga, Aida Dalilah Marwani, berkata dia gembira dapat bersua muka dengan Menteri Besar yang sememangnya dilihat mesra dan peramah dengan semua pelajar.

Katanya, jika tiada program seumpama ini mungkin sukar untuk kami mendengar amanat dan pesanan dari pemimpin utama kerana sibuk dengan kelas dan tugasan pensyarah.

"Terima kasih juga diucapkan kepada Menteri Besar kerana sudi menyampaikan kad diskaun siswa yang memberi manfaat cukup besar bagi membeli buku dan pelbagai barangan lain," katanya.

Pelajar jurusan reka bentuk perindustrian, Darmini A/P Yohanathan dari Kampung Pulau Kambing, Kuala Terengganu, berkata pemberian kad diskaun siswa bukan saja dapat membantu pelajar dalam pelbagai perkara malah mampu mengurangkan bebanan ibu bapa dan keluarga.

"Penerimaan kad ini nyata mengembirakan kami sekeluarga terutama ayah yang hanya berkerja sendiri. "Saya tidak akan mensia-siakan pemberian cukup berharga ini, hanya menggunakannya apabila perlu," katanya.

Pelajar dari Batu Pahat, Johor, Hong Bee Ping, berkata dia lihat pemimpin-pemimpin Terengganu banyak beza dengan pemimpin negeri lain.

"Pemimpin negeri ini, terutama Menteri Besar sanggup turun padang jumpa rakyat, termasuk pelajar macam kami bagi mengetahui masalah dan perkara yang boleh dibantu.

"Dengan kehadiran Menteri Besar ke Unisza banyak maklumat boleh kami ketahui di mana sebelum ini hanya membacanya dalam akhbar dan mendapatkan sumber melalui laman sesawang saja,"katanya.

Pelajar semester tiga dari Kuching Sarawak, Voon Mei Hui, berkata dengan adanya kad diskaun siswa, dia tidak akan membazir, sebaliknya hanya menggunakan kepada perkara berfaedah.

 "Saya berharapa yang yang diterima ini terus diperluaskan lagi kepada semua pelajar termasuk yang masih berada di bangku sekolah menengah dan rendah," katanya.

Bernama & Teganukita

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


Sop pengguna Happy <b>di Kuala Terengganu</b> - Sop Nama Saya | SOP <b>...</b>

Posted: 22 Aug 2012 10:26 PM PDT

Selamat sejahtera kepada semua rakan. Salam Aidilfitri.

Hari ini adalah hari ke 3 Sop berada di kampung selepas balik pada Selasa lepas. Sejak dari lebuhraya pantai timur, Sop terus sambungan internet kerana U Mobile hanya setakat Kuala Lumpur sahaja.

Berada di Kuala Terengganu dengan U Mobile hanya boleh menggunakan perkhidmatan 2g sahaja iaitu call dan SMS. Hari pertama masih ok, hari kedua agak janggal dan hari ketiga terpaksa beli talian lain yang ada liputan.

Pada asalnya Sop mencari staterpack DiGi kerana di kampung Sop telah ada liputan 3g. Jika sebelum ini hanya kelajuan E sahaja tetapi telah dinaiktaraf. Terbaek! Pergi ke kedai tengok tiada jual DiGi. Rupanya di Pantai Timur tiada DiGi tetapi Happy. Aduhai, tidak tahu lah pula!

Bila sudah beli staterpack Happy, bila hendak tukar perlu guna micro sim. Hari itu semasa beli S3, kedai Samsung yang buatkan. Malam tadi terpaksa memotong sim card untuk dijadikan micro sim. Pakai belasah sahaja, kalau tidak jadi buang sahaja sim tersebut.

Mula-mula masih tidak berjaya. Walaupun telah dimasukkan sim tetapi masih tidak kesan network. Terpaksa potong dan potong lagi. Rasanya esok perlu ke kedai beli sim kad baru dan minta kedai tolong potong :)

Namun akhirnya berjaya berkat usaha dan tawakal. Network Happy berjaya dipaparkan. Lega (tarik nafas)

Ikuti pengalaman menggunakan talian Happy dalam entry seterusnya.


Description: Sop pengguna Happy di Kuala Terengganu, Rating: 5, Reviewer: Sop Nama Saya, ItemReviewed: Sop pengguna Happy di Kuala Terengganu

13 di batu rakit - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di batu rakit - Google Blog Search


<b>Batu Rakit</b> Homestay: PAKEJ PERCUTIAN <b>DI</b> TERENGGANU / MAS <b>...</b>

Posted: 26 Aug 2012 05:07 PM PDT


Hari Pertama
- Jemput di Lapangan Terbang
- Melawat  Terengganu
          - Air Panas LA Hot Spring Besut
          - Lata Tembakah
          - Pantai Bukit Keluang Besut
          - Air Terjun Sekayu
          - Pantai Penarik / Pantai Merang
          - Kerepok Lekor

Hari Ke Dua
- Melawat Sekitar Kuala Terengganu
          - Menaiki Bot dari Seberang Takir ke Kuala Terengganu
          - Pasar Payang
          - Muzium Negeri
          - Batik di Chendering
          - Pantai Batu Buruk
          -Taman Tamaddun Islam
          - Pulau Wan Man/ Taman Warisan
          - Sekitar Kuala Terengganu
- Hantar Ke Lapangan Terbang

Pakej Keluarga sahaja 2 Hingga 4 Orang
Penginapan RM 150.00/ Malam
Pengangkutan RM 150.00 /Sehari (kereta bersama pemandu)
Tidak termasuk harga makanan

2 Hari 1 Malam = RM 450.00 (Kapasiti Maksima 4 Orang)
3 Hari 2 Malam = RM 600.00 (Kapasiti Maksima 4 Orang)

13 di hulu terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Pembantu Jualan Lemas Ketika Berkelah <b>Di Hulu Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jul 2012 02:21 AM PDT

HULU TERENGGANU: Hasrat seorang pembantu jualan untuk menghabiskan cuti bersama keluarganya tidak kesampaian apabila mati lemas ketika berkelah di Sungai Perkelahan Belukar Bukit, di sini petang Ahad.

Nurfar Ain Mohd Nor, 19, yang berasal dari Kampung Kubang Kura, Kuala Terengganu lemas kira-kira pukul 4 petang ketika sedang mandi bersama lapan lagi anggota keluarga yang lain.

Bapa Nurfar Ain, Mohd Nor Mamat, 56, berkata 16 anggota keluarganya pergi berkelah berikutan anaknya itu yang bekerja di Johor pulang bercuti.

Menceritakan detik cemas itu, katanya tiba-tiba dia terdengar jeritan daripada Nurfar Ain dan seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan seorang daripada cucu lelakinya yang terkapai-kapai meminta tlong.

"Saya tergamam dan bingung sekejap tidak mampu berbuat apa-apa kerana saya tidak tahu berenang. Namun saya gagahkan diri diri terjun ke sungai dengan menyelamat salah seorang mereka namun saya tidak sempat menyelamatkan Nurfar (Ain)," katanya yang kemudian turut dibantu menantu lelakinya, ketika ditemui di tempat kejadian.

Cucunya pula diselamatkan orang kampung yang berada di situ, katanya.

Mayat Nurfar Ain ditemui penduduk kampung kira-kira 5.33 petang semalam dan dihantar ke Hospital Daerah Hulu Terengganu untuk bedah siasat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, ASP Mohd Rosli Mohd Amir ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

- BERNAMA

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


badruddin ghazali: Terengganu Century Ride

Posted: 17 Sep 2012 03:51 PM PDT


apa itu century ride? kenapa orang beriya-iya nak habiskan century ride? ha... century ride itu maksudnya kayuhan sejauh 100 batu/ lebih kurang 160km. century ride ni juga merupakan acara yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat sukan berbasikal amatur/tak berapa pro macam saya ni lah. kalau dah pro team, continental team ke ape diorang masuk tour lah. tapi harus diingat, menghabiskan 160km dalam masa yang ditetapkan (dalam 7-8 jam cut off time) bukan sesuatu yang mudah yang semua orang boleh buat.

sejarah century ride di malaysia ni bermula kira-kira 7 tahun lepas dengan penganjuran acara tahunan Century Ride Malaysia di Ipoh. kemudian Kuantan pun menganjurkan Kuantan Century Ride pada 25 Mei 2012 yang lepas dimana saya jadi AJKnya. dan seterusnya Terengganu pula anjurkan TCR 2012 pada 16 September baru-baru ini. kalau dah masuk dan habis century ride ni kami panggil centurion lah.

geng sepeda malaysia

pre-TCR 2012

saya dan teman-teman berbasikal dari kuantan (Geng Sepeda Malaysia) sepakat untuk join TCR ni sejak sebelum puasa lagi. so dah register bayar apa semua, bulan puasa tu rajinlah training. memandangkan TCR ni jatuh pada hujung raya, maka saya ni tak berapa nak training lah raya-raya ni. dapat sekali je training Kuantan-Jabor-Neram-Kuantan (lebih kurang 60km rolling dan bukit) dan beberapa siri training kat bypass. dengan weekend kena balik rumahnya, weekdays sibuk nak habiskan puasa 6 nya, petang hujan sampai ke malamnya, memang tak training lah. haha.

Road To Terengganu

dari rumah

kami sepakat bertolak dari kuantan pada hari sabtu selepas dah buat adjustment kereta mana nak naik. sebab cuti 3 hari dan masih raya, so ramai jugaklah terpaksa tarik diri sebab hal keluarga dan lain2. jadi dari kuantan kami gerak 2 kereta dengan 6 bijik basikal, dan beberapa kereta lagi yang kesana dengan famili.

Pitstop Nasik Dagang Mat Jeri

alhamdulillah mat jeri, bos kayuh dari maran jemput kami semua dari kuantan, KL, raub dan maran singgah makan nasik dagang di rumah beliau di jerangau. jadi kat jerangau tu kami kumpul lah semua kawan2 kayuhan makan nasik dagang sama-sama sambil bincang strategi nak bagi habis Sub 4. apa2 pun nasik dagang mat jeri memang best!

dari Jerangau kami shoot terus ke KT untuk ambil goodie bag dan beli powerbar. ingatkan nak bawak snickers je buat bekal sebab biasanya lepas 100km konfirm lapar. tapi sebab ramzi kata snickers tak jalan, kena powerbar jugak, maka terbelilah beberapa bijik powerbar.

Rumah Tumpangan Kermit

alhamdulillah lagi setel lagi hal penginapan. kami singgah bermalam di rumah kermit kat KT, tak sampai 1km pun dari tempat starting point. so memang puas hati lah. dah tu Engku dari geng rangka KL jemput makan nasik dagang dengan laksam lagi malam tu kat homestay diorang. makan lagi lah untuk carbo loading nak kayuh jauh esok ni.

TCR 2012

kami start jam 7 pagi lagi berkayuh. jalan dia mmg awesome, polis jaga semua traffic light biar kami lepas dulu. tempat pun cantiklah view menarik. saya ikut peloton sampai lepas bandar KT je lepas tu tak larat dah nak ikut peloton. meter pulak tak detect masa tu so clueless lah berapa speed dan jarak dah ditempuhi. so guna meter pernafasan jelah. kayuh setakat tak mengah je, dalam 30kmj gitu. then slowly cari orang untuk kita "cangkuk" dapat 2-3 orang jadi dah. saya ni memang tak larat kalau kayuh sorang, at least kena ada orang lain yang kayuh sekali baru larat nak kayuh.

selepas 6 jam 9 minit akhirnya sampai jugak ke finishing line. perasaan bila lalu bawah timing sensor, bila sensor tu berbunyi beep beep adalah sangat best. tak terucap dengan perkataan. alhamdulillah.


alhamdulillah

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Lantak HANGPA la...: Cuma kerana RM50

Posted: 24 Sep 2012 09:05 PM PDT

Tidak berbaloi! Gara-gara merompak beg tangan seorang wanita yang hanya mengandungi wang tunai RM50, seorang penganggur berdepan hukuman 14 tahun penjara dan sebatan atau denda jika disabitkan kesalahan selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Bagaimanapun, tertuduh, Mohd Zulkifli Hamzah, 29, dari Felda Kerteh 4, Ketengah, Jaya, Dungun, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak.

Tertuduh mengaku tidak bersalah telah merompak beg duit milik Salina Mohd Rafi, 25, yang turut mengandungi kad pengenalan pada 10 November 2010 kira-kira jam 10 malam di Jalan Limbong Paka, Dungun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurliyana R.Azmi di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus pengakuan tidak bersalah tertuduh direkodkan, Rozianti membenarkan dia diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula di Mahkamah Sesyen.

PSR REMAJA : REMAJA RAIKAN RAMADAN SERENTAK <b>DI</b> DUA <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2012 08:18 PM PDT

Alhamdulillah antara program PSR 2012 ialah Remaja Raikan Ramadan (3R) dan sebanyak tiga buah masjid/surau di daerah Kemaman menjadi lokasi program 3R kali ini. Terbaru ialah di Masjid Felda Kerteh 5 di Ketengah Jaya yang melibatkan sekitar 50 orang remaja berumur 13-19 tahun dan juga di Masjid Sultan Ahmad dekat Bandar Chukai yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di bandar ini. Kedua-dua program ini berjalan serentak dan dikendalikan dibawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja IKRAM Kemaman di bawah Cikgu Hj Norfizam Said.

Program 3R di Felda Kerteh 5 kali ini istimewa kerana inilah kali pertama program sebegini dilaksanakan IKRAM di kawasan felda di daerah ini. Terdapat tiga buah sekolah menengah di Ketengah Jaya iaitu SMK Rasau, SMK Semarak B5 dan SMK Tetra Jaya. Terdapat juga ahli-ahli IKRAM yang bertugas sebagai guru di sekolah-sekolah ini yang membantu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dengan IKRAM.

Seramai 15 orang fasilitator diketuai Pengarah Program Saudara Khairul Azri telah terlibat menjayakan program ini. Di dalam program ini juga diperkenalkan kelab remaja IKRAMTeens kepada semua peserta. Para peserta begitu teruja dengan pelbagai program yang disediakan. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh TYDP IKRAM Kemaman iaitu Ustaz Muzahar Hitam.

Manakala program di Masjid Sultan Ahmad pula diketuai oleh Pengarah Program Sdr Nadhir yang juga Mualim SMIAA Kemaman serta barisan fasilitator dari kalangan mahasiswa universiti yang sedang bercuti. Sekitar 80 orang remaja hadir di program ini. Ianya dirasmikan oleh Pengerusi Tetap IKRAM Kemaman Hj Che Zahari Che Nik.

Pelbagai program disajikan sepanjang program 3R ini. Mudah-mudahan segala usaha ini terus disusuli dengan program-program lanjutan tarbiah di sekolah masing-masing. Kerjasama yang sudah terjalin perlu dimanfaatkan lagi bagi melahirkan generasi kepemimpinan remaja rabbani demi masa depan ummah yang gemilang.

Program 3R yang ketiga akan diadakan di Surau Rantau Petronas dekat Kerteh pada minggu hadapan 10-11 Ogos 2012. Ini adalah program tahun keempat berturut-turut dimana pihak IKRAM (sebelum ini JIM) diberikan kepercayaan mengendalikan program remaja seumpama ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah SWT.

13 di pulau wan man - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau wan man - Google Blog Search


teganuku: Penduduk Wakaf mempelam Gembira Sambut <b>...</b>

Posted: 23 Sep 2012 08:18 PM PDT


Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam menyambut baik kunjungan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin ke DUN itu sempena lawatan rasmi sehari ke Terengganu,esok (25 September).

Selaku `tuan rumah' DUN berkenaan, Wan Mahyuddin Wan Ngah, berkata kunjungan orang nombor dua negara itu diharap mampu membawa gelombang perubahan kepada penduduk DUN Wakaf Mempelam menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Lawatan beliau bukan sahaja memberi mesej bahawa Terengganu negeri yang cukup mendapat tumpuan pemimpin tertinggi, malahan kehadiran ke Wakaf Mempelam mencerminkan pemimpin nombor dua negara itu optimis untuk membawa angin perubahan yang dibentuk kepimpinan Barisan Nasional dan Umno," katanya kepada Teganukita, semalam.

Wan Mahyuddin selaku Pegawai Pembangunan DUN berkata, Badan Perhubungan Umno Terengganu sedang melakukan persiapan rapi dan mengatur segala keperluan berkaitan sambutan dan juga perjalanan sepanjang lawatan sehari TPM itu.

Pada masa yang sama, beliau meminta orang ramai supaya menyertai setiap program yang dijadualkan sebagai tanda sokongan terhadap kehadiran pemimpin negara itu. Tan Sri Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dijadualkan meluangkan masa bersama rakyat semua golongan di majlis 'Sepetang Bersama TPM, di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad, Kuala Terengganu, kira-kira jam 2.30 petang.

Pada sebelah malamnya, beliau dijangka akan merasmikan Seminar Pendidikan Negara yang membabitkan penyertaan semua pegawai pelajaran negeri dan daerah seluruh negara bertempat di Taman Tamadun Islam (TTI) Pulau Wan Man.

Sementara itu, seorang kakitangan kerajaan, Puan Anisa Awang, 28, dari Kampung Kubang Parit, berkata kehadiran TPM sesuatu yang ditunggu-tunggu dan mungkin membawa berita gembira kepada rakyat di kawasan yang sudah sekian lama dinaungi pembangkang itu.

"Lawatan ini bukan sahaja bakal membawa dimensi baru kepada rakyat, malah membuktikan negeri dan kawasan kita menjadi pilihan pemimpin negara yang sentiasa cakna dan prihatin, malah membawa pelbagai pembangunan untuk dinikmati seluruh penduduk tanpa ada yang terpinggir," katanya.

Seorang ibu tunggal, Puan Zuraidah Awang, 40, yang turut dijemput ke majlis bersama TPM di SMK Sultan Ahmad berhasrat memenuhi jemputan itu sebagai tanda sokongan dengan kepimpinan yang dibawa Umno dan BN. "BN dan Umno yang menjaga kebajikan rakyat termasuk golongan ibu tunggal selama ini.

Pelbagai dana dan juga kemudahan disediakan yang membuktikan mereka menunaikan janji sebagaimana slogan `Janji Ditepati'.

" Jadi, sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada pucuk pimpinan, tidak salah kita meluangkan masa menghadiri majlis itu nanti. Bukan perlu menghabiskan wang ringgit dan tenaga sebaliknya hanya meluangkan sedikit masa sahaja," katanya lagi.

Teganukita

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


KMN Fisher: PACKAGE MEMANCING <b>DI KEMAMAN</b>.

Posted: 05 Sep 2012 01:32 AM PDT

PACKAGE MANCING/SEWA BOT DI KEMAMAN,TRG :-

SEBARANG PERTANYAAN DAN KETERANGAN LANJUT 

BOLEH LAH HUBUNGI SAYA  :-

TEL: 019-2427252

EMAIL: udangs@gmail.com

FB: udang_abe

SPESIFIKASI BOT :-

-PANGJANG BOT 23FT

-LEBAR BOT 7FT

-ENGINE 60HP

-IDEAL UNTUK 4 0RG PEMANCING

- MAX SPEED 27 KNOT

-LIFEJACKET 4 PCS

-DRY BOX

-SIAP TEMPAT SIMPAN UMPAN HIDUP

-SEWA RM500 DARI PAGI SAMPAI PETANG

-PACKAGE TERMASUK PENYEDIAN UMPAN UDANG HIDUP

-PACKAGE AVAILABLE FOR ALL TYPE FISHING TECHNIC 

-YAAAAA..BAGI YG GEMAR DRIFTING /CASTING TENGGIRI

-UTK YANG BERMINAT UTK BOTTOM 

-TAK LUPA JUGA UTK YG SUKA JIGGING


13 di kemasik - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemasik - Google Blog Search


Pantai <b>Kemasik</b>, Terengganu « MMM&#39;s “Everything is Possible”

Posted: 15 Sep 2012 05:05 PM PDT

Pantai Kemasik or Kemasik Beach is a wonderful place to visit if you travel to Terengganu, in the West Coast of Penisular Malaysia.  It is located about 10 km from the town of Kijal, off the main road from Kuantan to Kuala Terengganu.  View of the beach with rocks and river estuary is irresistible for photography enthusiasts.

Kemasik beach derived its name from the Sungai (River) Kemasik,  Kemasik estuary which extends to the beach located in the South China Sea.  Beach of golden sand, sea breezes and ocean roar gives peace to the visitors.  

Sungai Kemasik estuary is also the place of fishing boats to lands;  a unique and colorful draws a beautiful scenery.  Fishermen would raise sea catches and sold to people who come here.

mamadou

0.000000 0.000000

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Penjenayah Mati Ditembak | Kamaluddin&#39;s Blog

Posted: 20 May 2012 01:43 AM PDT

- May 20, 2012 16:43:08.

Seorang lelaki yang diburu polis kerana terbabit dalam pelbagai jenayah termasuk kes bunuh di Taman Melawati, ibu negara baru-baru ini, mati ditembak di Lebuh Raya Pantai Timur, LPT awal pagi tadi.

Dalam kejadian di susur masuk tol Jabor itu, seorang anggota polis Unit Peronda Lebuh Raya LPT turut cedera terkena tembakan.

DATUK SHARIFUDIN ABDUL GHANI/KETUA POLIS PAHANG
"Suspek ini apa yang ada pada dia adalah sejenis pistol semi auto 9mm jenis Bareta dan juga lesen memandu, alamatnya di bandar Sentul."

Suspek dikenali sebagai Chang Hong Kim, 39 tahun dari Bandar Sentul, Kuala Lumpur.

Dia sebelum itu bertindak menembak dua anggota polis yang memeriksa keretanya di susur masuk tol Lanchang menghala ke Kuantan.

Tembakan itu bagaimanapun tersasar.

Dia kemudian merampas kenderaan polis dan bertindak melarikan diri.

Sebuah kereta peronda lebuh raya yang kebetulan melalui kawasan kejadian bertindak mengejar suspek.

Ketika tiba di KM 113.6, suspek sekali lagi merampas sebuah kereta Waja dan melarikan diri ke arah tol Jabor.

Suspek bagaimanapun berpatah balik arah Kuala Lumpur selepas menyedari polis membuat sekatan di tol Jabor.

Sebaik tiba di KM 249.2, penjenayah berkenaan menghentikan kenderaan dan melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah polis.

Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohd Jarizan Md Jid cedera di tangan kanan akibat terkena tembakan.

Suspek yang turut terkena tembakan di lengan kanan, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.


Kongsi / Share Laman Sosial/Social Network

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


AQILAHAIQAL : OurPrideOurJoy: expo <b>di Kuala Berang</b>

Posted: 16 Jun 2012 08:31 AM PDT

Weekend kalau x pegi mana2 memanglah boring sangat2
so, petang tadi ibu ajak ayah ke Kuala Berang sebab ada expo
dah seminggu pun expo tu, cuma ibu je xtau..
Kak G (anak sedara) yang bagitau...
Lepas asar kita bertolak ke Kuala Berang...
Sampai2 je, big wheel yang along & farah nampak dulu..
terus kata nak naik big wheel tu...
nak naik, kena beli token..1 token berharga RM3 
So, ibu, along & farah naik kena charge RM9..
nampak kecut je kan muka along masa round pertama naik atas
 adik pun takut jugak
ibu pun sama
tingginya...seram gak masa mula2 naik..

lepas 2,3 round x takut dah..

 siap nyanyi pulak..

pas naik big wheel, nak naik train pulakkk...another 2 token..

ayah menunggu anak2 naik train
ibu shoot tudung2 kat belakang tu sebenarnya
anak2 ibu yang sihat dan bulattt

 
pas naik train, nak naik benda ala ni pulakkk...another 2 token.. along naik motor 
adik naik kuda

basikal pun ada jual kat expo nih..
berkenan sungguh ayah kat basikal2 nih...
tp nak beli x boleh sbb anak2 x pandai main lagi...
sabar ye ayah....
 mainan apa ntah lagi...
jumpa lak permainan nih...another RM6 untuk 2 orang..





penat main, nak mainan lak..bukannya nak air..haisshh..
siap testing tuh..akhirnya dapat gak mainan telepon nih..
itu dia mainan along...
adik pun dapat gak...
 sampai umah, sambung main..mandi x lagi...
ibu pun x lepas peluang cari2 yang berkenan...RM50 sehelai..ok la..saje nak try pakai..
tengok orang pakai canteekk...


 juga tudung bawal patern baru ni...RM15 sehelai..

lepas maghrib, anak2 pun keletihan dan tido sudah.....
sekian....

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved