Sabtu, 8 Oktober 2011

13 di paka - Google Blog Search

13 di paka - Google Blog Search


MGK SMK <b>Paka</b>: 1 Guru 1 Sukan <b>di</b> SMK <b>Paka</b>

Posted: 01 Oct 2011 12:00 AM PDT

     Pada tanggal 2 Julai 2011, telah berlangsungnya Program 1 Murid 1 Sukan khusus untuk pelajar-pelajar di SMK Paka. Pada masa yang sama semua guru di sini juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama pelajar dari pagi hingga menjelang tengahari. Pelbagai aktiviti yang dijalankan. Elok juga diadakan Program 1 Guru 1 Sukan sebagai salah satu cara untuk menjaga kesihatan.

Sekitar Program 1 Sukan 1 Murid

Dari sudut kamera MGK


13 di besut - Google Blog Search

13 di besut - Google Blog Search


Lensa ALAM RIA PASTI TERENGGANU 2011 <b>di Besut</b> | PASTI <b>...</b>

Posted: 11 Sep 2011 01:40 AM PDT

Pasti Kemaman | 1:40 AM | 0 comments

Ustaz Ridzuan Hashim, Timbalan Ketua DPPNT sedang menyampaikan ucapan perasmian penutup.

Ustaz Sulaiman Sulong, Pengarah PASTI Terengganu sedang memberi ucapan alu - aluan.

Timbalan YDP Besut bersama tetamu jemputan.

Ustaz Sulaiman (kanan) bersama Badaruddin (kiri) kelihatan segak dan bergaya.

Adik Nur Anis Afiqah Rais Ahmad dari PASTI Kemaman sedang menyampaikan pidatonya.

Peserta azan suboh sedang memperdengarkan azan.

Salah sebuah pasukan nasyid PASTI Kawasan sedang mempersembahkan nyayian.

Nampak kemas dan ceria dengan warna sedondon.

Pasukan nasyid PASTI Kawasan Kemaman menyampaikan lagu 'Adab Bersyukur'.

Peserta PASTI Marang yang muncul sebagai Juara Acara Azan Suboh.

Aksi menarik dari peserta acara bercerita kategori lelaki.

Salah seorang peserta nasyid PASTI Kemaman penuh debaran menunggu saat persembahan.

Peserta nasyid PASTI Kemaman yang ini nampak 'cool and calm' saje.

Adik Nur Afifah Najihah dari PASTI Kemaman menerima hadiah dari Pengarah PASTI Terengganu.

Ustaz Ridzuan Hashim sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang acara nasyid.

Pengarah PASTI Terengganu menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Ketua DPPNT sambil diperhatikan oleh Penyelaras PASTI Kawasan Besut.

Pasukan nasyid PASTI Dungun sedang mendendangkan lagu 'Sepohon Kayu'.

Peserta acara hafazan kategori perempuan dari PASTI Kawasan Kemaman sedang beraksi.

Peserta bercerita kategori lelaki nampak bergaya dengan baju raya.

Aksi adik Nur Afifah Najihah dari PASTI Kemaman muncul sabagai Juara Alam Ria PASTI Negeri Terengganu acara bercerita kategori perempuan.

Category:

13 di pulau redang - Google Blog Search

13 di pulau redang - Google Blog Search


Papan Tanda Amaran Untuk Penyelama <b>Di Pulau Redang</b> - FreeIklan

Posted: 24 Sep 2011 04:27 PM PDT

Posted on 25/09/2011, 7:27 am, by admin.

KUALA TERENGGANU: Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) memacak papan tanda amaran 'Dilarang Sentuh' di dasar laut Taman Laut Pulau Redang semalam dalam usaha memulihara terumbu karang di pulau itu.

Follow this link:
Papan Tanda Amaran Untuk Penyelama Di Pulau Redang

13 di pulau kapas - Google Blog Search

13 di pulau kapas - Google Blog Search


SAYONARA <b>PULAU KAPAS</b> - Marang, Malaysia Travel Blog

Posted: 18 May 2011 08:01 PM PDT

Flag of Malaysia  , Terengganu,
Tuesday, May 17, 2011

Pagi di pulau kapas hari kedua dihabiskan dengan anak anak bermain di pantai dan kami bergambar sekitar resort. Dalampukul 12.30 tgh kami bertolak balik ke marang untuk destinasi seterusnya. Kami bercadang ke Pantai batu burok , Kuala Trengganu dan ke Taman Tamadun Islam.

Sungai MarangMenyusuri Sungai Marang kini merupakan salah satu produk pelancongan bagi Daerah Marang. Sungai Marang mengalir sejauh 1,206 meter dari Bukit Kor hingga ke Gunung Gajah Terom.


Bagi mereka yang berminat untuk menyusuri Sungai Marang, perkhidmatan bot boleh disewa di Jeti Marang. Apa yang menarik, di sepanjang Sungai Marang terdapat deretan Pokok Bakau, Nipah dan puluhan sangkar ternakan ikan air tawar yang diusahakan oleh penduduk. 

Anda juga berpeluang melihat sekumpulan monyet yang sedang mencari makan di pesisir sungai tersebut. Selain itu, haiwan-haiwan lain seperti Kera, Memerang, Tuntung serta spesies burung yang jarang-jarang ditemui boleh dilihat di sepanjang sungai itu.


Anda juga boleh singgah di sebuah perkampungan Melayu iaitu Kampung Jenang. Kampung Jenang terkenal dengan aktiviti seperti menangkap ikan, menganyam atap dari Daun Nipah dan menghasilkan manisan dari Air Nira.


Untuk ke kampung tersebut, pengunjung hanya perlu menaiki perkhidmatan bot selama satu jam dari Jeti Marang. Namun perjalanan selama sejam tidak terasa bosan apabila pengunjung berpeluang menikmati keindahan alam semulajadi yang masih belum terusik dengan pembangunan.


Di Kampung Jenang, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai makanan tradisional Terengganu seperti Rojak Betik, Karipap Inti Kelapa, Air Tuak, Ketupat, Keropok Lekor dan buah-buah tempatan yang jarang-jarang ditemui.


Bukan itu sahaja, pengunjung akan dibawa ke rumah penduduk bagi melihat aktiviti harian yang dijalankan seperti menganyam atap Daun Nipah, membuat manisan dari Air Nira serta memproses daun rokok.


Bagi pelancong asing, sudah pasti gelagat Kera yang dilatih untuk memetik Buah Kelapa menjadi kenangan indah memandangkan pemandangan tersebut pasti sukar dilihat di negara mereka. Bagi pelancong tempatan pula pasti seronok melihat aktiviti membuat manisan Gula Melaka dan boleh membelinya untuk dibawa pulang.

Sekiranya anda berpeluang menyusuri Sungai Marang, jangan lupa untuk singgah di Kampung Jenang bagi merasai sendiri pengalaman menarik tersebut. Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan khazanah alam, aktiviti menyusur sungai berpotensi untuk menjadi produk pelancongan yang menarik jika dimajukan secara sistematik.

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Santai <b>di</b> Hutan Lipur Chemerong « MuhamadYusri.Com

Posted: 07 Oct 2011 09:11 PM PDT

Papan tanda di hadapan pintu masuk ke Taman Rekreasi Hutan Lipur Chemerong

Pada cuti  sempena Hari Raya Puasa yang lepas, saya berkesempatan pergi bersantai ke Hutan Lipur Chemerong yang terletak tak berapa jauh dari rumah mak dan ayah saya di Bandar Ketengah Jaya,Dungun. Ini adalah pertama kali saya sampai di sini setelah sekian lama mendengar cerita dari kawan-kawan yang telah pergi ke sini tentang keindahan panoramanya terutama sekali air terjunnya.

Kejernihan airnya memang tidak dapat disangkalkan lagi kerana langsung tiada kesan pencemaran di kawasan ini. Dari jauh kita masih mampu melihat dasar sungai. Betapa jernihnya air di sini.

phota credit to www.panoramio.com

Air Terjun Chemerong merupakan salah satu air terjun yang tertinggi di Malaysia iaitu dengan ketinggian 305 meter. Di sini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat seribu satu macam jenis penyakit. Herba-herba ini boleh didapati dengan mudah oleh orang ramai yang memerlukannya. Ianya boleh diperolehi dengan sendiri ataupun membelinya daripada pembekal herba yang menetap di kawasan berhampiran Air Terjun Chemerong ini.

Air Terjun Chemerong yang sungguh mendamaikan

Saya dan isteri serta anak-anak cuma bersantai di air terjun yang paling bawah. Sejuk sungguh airnya.

Danial tersengih mandi air sungai yang sungguh sejuk dan jernih

Bersama anak-anak sebelum bukak baju untuk turut sama mandi-manda

Oleh kerana keadaan cuaca yang tak mengizinkan,kami pun berangkat pulang setelah hampir satu jam bermain-main air di sini.

Kelihatan riak wajah anak-anak saya belum lagi puas mandi di sungai Air Terjun yang sejuk dan jernih ini.InsyaAllah, jika ada kesempatan kami akan datang lagi ke sini sambil berkelah.

anak-anak saya sempat berpossing di hadapan pintu masuk sebelum balik

Bagi anda yang teringin ke sana boleh menggunakan kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam seperti teksi atau pun kereta sewa samada dari Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kemaman, ataupun Kuantan melalui jalan Jerangau-Jabor-Bandar Al- Muktafibillah Shah.

Jarak ke Hutan  Lipur Chemerong adalah 30 KM dari Bandar Al-Muktafibillah Shah (15-20 minit) ataupun 100 KM dari Kuala Terengganu (1 jam).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


Pacu negara ke 2020 | BorneoPost Online | Borneo , Malaysia <b>...</b>

Posted: 07 Oct 2011 09:31 PM PDT

Posted on October 8, 2011, Saturday

Najib bentang belanjawan RM232.8 bilion dan Dasar Transformasi Nasional ke arah bangsa bersatu, maju

NAJIB

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membentangkan Belanjawan 2012 berjumlah RM232.8 bilion, dan mengumumkan Dasar Transformasi Nasional (DTN) bagi menaungi program-program transformasi yang telah dan akan dilaksanakan ke arah menjayakan cita-cita mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu dan maju menjelang tahun 2020.

Perdana Menteri berkata dasar itu, yang menjadi kemuncak kepada semua program dan inisiatif untuk menjadi negara maju, bermula tahun ini sehinggalah tahun 2020.

Sejak mengambil alih kepimpinan negara pada 2009, Najib memperkenalkan falsafah pentadbiran 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan sebelum menyusuli dengan Program Transformasi Nasional (GTP), Program Transformasi Ekonomi dan baru-baru ini, Program Transformasi Politik untuk menjadikan Malaysia negara moden, progresif dengan demokrasi yang berfungsi.

Ketika membentangkan Belanjawan 2012 bertemakan 'Dasar Transformasi Na s i o n a l : Ba j e t Membela Rakyat, Mensejahtera Negara' di Dewan Rakyat, Najib yang juga Menteri Kewangan, menggariskan strategi merangsangkan ekonomi, sambil menyarankan program inklusif yang peka terhadap kesejahteraan rakyat dalam menangani kos sara hidup yang meningkat.

Belanjawan kali ini cuba memberi keselesaan kepada setiap lapisan rakyat, daripada golongan gelandangan, pemandu teksi, nelayan, warga emas, peneroka FELDA, penjawat awam dan pesara, golongan wanita dan belia, hinggalah kepada kalangan kontraktor dan pelabur.

Malah, Anggota-anggota Parlimen juga bakal menikmati elaun baru serta kemudahan lain.

Dalam ucapannya selama dua jam 10 minit itu, Perdana Menteri yang yakin dengan keutuhan asas ekonomi negara beserta langkah-langkah rangsangan, berkata ekonomi negara dijangka tumbuh antara 5 peratus dan 6 peratus tahun depan.

Katanya pelaburan swasta dan awam dijangka meningkat, disokong peningkatan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaksanaan projek ETP dan Rolling Plan Kedua (RP-Kedua) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Belanjawan 2012 menyediakan peruntukan RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Najib berkata defisit kerajaan Persekutuan bagi 2012 dijangka terus berkurangan kepada 4.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 5.4 peratus pada 2011.

Kutipan hasil kerajaan Pusat bagi tahun 2012 diangggarkan meningkat 1.9 peratus kepada RM186.9 bilion berbanding RM183.4 bilion pada tahun 2011.

Bagi tahun 2012, Najib berkata kerajaan akan melaksanakan sejumlah projek di bawah Pakej Rangsangan Khas berjumlah RM6 bilion.

Bajet 2012 memberi penekanan kepada lima fokus, iaitu Meligatkan Pelaburan; Mengungguli Modal Insan, Mencerna Kreativiti Dan Mencetus Inovasi; Program Transformasi Luar Bandar; Memperkejap Perkhidmatan Awam; dan Meredakan Inflasi Dan Mengimarah Kehidupan Rakyat.

Bagi meligatkan pelaburan, kerajaan akan melaksanakan Rolling Plan Kedua dengan menumpukan kepada projek pembangunan berimpak tinggi dengan peruntukan RM98.4 bilion bagi tahun 2012 dan 2013.

Antara projek tersebut ialah landasan kereta api berkembar Gemas-Johor; projek lebuh raya Pantai Timur Jabor-Kuala Terengganu, Banting-Taiping, Segamat-Tangkak dan jalan Kota Marudu-Ranau; serta pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi.

Najib juga mengumumkan cadangan menyenaraikan FELDA Global Ventures Holdings sebagai sebuah lagi syarikat 'blue chip' (saham mewah) perladangan sebelum pertengahan tahun depan.

Katanya setiap peneroka akan menerima 'durian runtuh' yang jumlahnya akan diumumkan sebelum penyenaraian dilakukan.

Bagi mengungguli modal insan, Najib mengumumkan tahun 2012 sebagai Tahun Gerakan Inovasi Nasional bagi menggalakkan cetusan idea bernilai komersial.

Beliau juga mengumumkan pemansuhan bayaran bagi sekolah mulai tahun depan, menjadikan pendidikan di sekolah rendah dan menengah kerajaan adalah percuma.

Bagi luar bandar, Najib menggariskan Program Transformasi Luar Bandar, bertujuan menarik pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan serta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat.

Bagi sektor perkhidmatan awam, Najib mengumumkan pelanjutan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun, selain kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

Kakitangan awam juga akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 manakala pesara menerima kenaikan pencen dua peratus.

Najib juga mengotakan janjinya untuk mendengar rintihan rakyat tentang kenaikan harga barang, terutama makanan.

Katanya kerajaan akan mengambil langkah bersepadu menangani fenomena itu seperti meningkatkan pengeluaran beras, daging, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Sambil memberi jaminan pemberian subsidi akan diteruskan,

Najib sempat melemparkan sindiran kepada parti pembangkang, yang menurutnya cuba menguar-guarkan konsep negara kebajikan, sedangkan kerajaan Barisan Nasional telah pun mengamalkan konsep itu selama ini.

"Kita minta mereka ada sedikit rasa keihkhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang yang pertama yang menemui formula ini," katanya.

Najib berkata Belanjawan yang beliau bentangkan itu merangkumi segenap taraf sosioekonomi rakyat.

"Ia tidak meninggalkan yang berpendapatan rendah, sekali pun menengah atau tinggi, dan tidak pula meminggir mereka yang di Bandar waima di desa," katanya.

Najib berkata usaha pentadbirannya tidak hanya membabitkan pengukuhan perpaduan nasional berasaskan prinsip kepelbagaian, menambahbaik penyampaian sektor awam, proses penstrukturan ekonomi, malah menjangkau Program Transformasi Politik "yang akan menjadi saksi menyinsingnya fajar baru Malaysia".

"Di mana, perbezaan yang sihat serta membina tidak akan lagi menjadi punca pertelingkahan tidak berkesudahan.

Di mana, tidak ada individu yang akan dihukum hanya sanya kerana ideologi berbeda.

Di mana, anak-anak muda akan bebas untuk menggilap idealisme mereka di atas bumi Malaysia ini, demi kemajuan negara," katanya. — Bernama

Santai <b>di</b> Hutan Lipur Chemerong « MuhamadYusri.Com

Posted: 07 Oct 2011 09:11 PM PDT

Papan tanda di hadapan pintu masuk ke Taman Rekreasi Hutan Lipur Chemerong

Pada cuti  sempena Hari Raya Puasa yang lepas, saya berkesempatan pergi bersantai ke Hutan Lipur Chemerong yang terletak tak berapa jauh dari rumah mak dan ayah saya di Bandar Ketengah Jaya,Dungun. Ini adalah pertama kali saya sampai di sini setelah sekian lama mendengar cerita dari kawan-kawan yang telah pergi ke sini tentang keindahan panoramanya terutama sekali air terjunnya.

Kejernihan airnya memang tidak dapat disangkalkan lagi kerana langsung tiada kesan pencemaran di kawasan ini. Dari jauh kita masih mampu melihat dasar sungai. Betapa jernihnya air di sini.

phota credit to www.panoramio.com

Air Terjun Chemerong merupakan salah satu air terjun yang tertinggi di Malaysia iaitu dengan ketinggian 305 meter. Di sini juga terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba yang boleh digunakan untuk merawat seribu satu macam jenis penyakit. Herba-herba ini boleh didapati dengan mudah oleh orang ramai yang memerlukannya. Ianya boleh diperolehi dengan sendiri ataupun membelinya daripada pembekal herba yang menetap di kawasan berhampiran Air Terjun Chemerong ini.

Air Terjun Chemerong yang sungguh mendamaikan

Saya dan isteri serta anak-anak cuma bersantai di air terjun yang paling bawah. Sejuk sungguh airnya.

Danial tersengih mandi air sungai yang sungguh sejuk dan jernih

Bersama anak-anak sebelum bukak baju untuk turut sama mandi-manda

Oleh kerana keadaan cuaca yang tak mengizinkan,kami pun berangkat pulang setelah hampir satu jam bermain-main air di sini.

Kelihatan riak wajah anak-anak saya belum lagi puas mandi di sungai Air Terjun yang sejuk dan jernih ini.InsyaAllah, jika ada kesempatan kami akan datang lagi ke sini sambil berkelah.

anak-anak saya sempat berpossing di hadapan pintu masuk sebelum balik

Bagi anda yang teringin ke sana boleh menggunakan kenderaan sendiri ataupun kenderaan awam seperti teksi atau pun kereta sewa samada dari Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kemaman, ataupun Kuantan melalui jalan Jerangau-Jabor-Bandar Al- Muktafibillah Shah.

Jarak ke Hutan  Lipur Chemerong adalah 30 KM dari Bandar Al-Muktafibillah Shah (15-20 minit) ataupun 100 KM dari Kuala Terengganu (1 jam).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 di wakaf tapai - Google Blog Search

13 di wakaf tapai - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pelatih bomba maut van terbalik

Posted: 07 Oct 2011 04:02 PM PDT

HULU TERENGGANU 7 Okt. – Seorang pelatih yang sedang menjalani latihan di Akademi Bomba dan Penyelamat, Wakaf Tapai, maut dalam kemalangan di Kilometer 396.3. Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), di Kampung Kua, Ajil di sini, malam tadi.

Nur Farhana Mohd. Mahat, 26, dari Tangkak Johor, terbunuh apabila van yang dinaikinya bersama tiga lagi anggota bomba di akademi berkenaan terbabas sebelum terbalik.

Ketika kejadian, ibu kepada dua anak itu yang menjalani latihan di akademi tersebut sejak 5 September lalu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di berek Bomba, Tangkak, Johor, selepas mengadu tidak sihat.

Mangsa dibenarkan pulang berehat oleh pihak pengurusan akademi itu selepas beberapa hari dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Nur Farhana diiringi tiga anggota lain iaitu, pemandu van terbabit, Firdaus Ahmad, 26, Wan Siti Suzana Yusof, 27, dan Shahidan A. Razak, 23, dan mereka cuma mengalami kecederaan ringan dan dirawat sebagai pesakit luar.

Mangsa yang mengalami kecederaan dalaman dikejarkan ke Hospital Dungun sebelum meninggal dunia pukul 9.45 malam ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Terengganu untuk menerima rawatan lanjut.

Jenazah mangsa dihantar ke Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan turut hadir menziarahi jenazah mangsa ialah Komandan Akademi Bomba Wakaf Tapai, Norazam Khamis.

Jenazah Nur Farhana dibawa ke Akademi Bomba Wakaf Tapai untuk dimandi dan dikafankan sebelum diterbangkan menggunakan Helikopter Bomba, pagi ini ke kampung asalnya untuk dikebumikan.

Ibu mertua mangsa, Khatijah Mat Senin, 54, yang berasal dari Kampung Cabang, Kerteh, Dungun, ketika ditemui memberitahu, menantunya itu memperoleh dua cahaya mata hasil perkahwinan dengan anaknya yang juga merupakan seorang anggota bomba.

Katanya, anaknya itu bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Johor, dan mereka sekeluarga gembira selepas arwah terpilih menyertai pasukan dan menjalani latihan di akademi itu.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Disindir Belum Hamil, Jennifer Aniston Stres? | Jevka.Com

Posted: 07 Oct 2011 10:53 PM PDT

LOS ANGELESJennifer Aniston putus asa ketika disindir untuk memiliki bayi. Janda ayu itu giat berusaha memiliki bayi sejak pacaran dengan Justin Theroux.

Namun belakangan, Aniston mengkonfirmasi dan membantah keras bahwa dia putus asa karena tak kunjung hamil.

"Ini bukan apa yang Anda baca. Tidak ada keputusasaan," tegas mantan istri Brad Pitt. Dia menambahkan, "Jika sudah waktunya hamil, pasti aku hamil. Kini, aku harus menerima apapun rencana Tuhan. Tapi apakah kalian akan membenci saya jika saya tak mau menceritakan tentang hubungan saya?."

Seperti dikutip Aceshowbiz, Sabtu (8/10/2011), dalam wawancara itu, artis berusia 42 tahun ini juga berbicara tentang film terbarunya, Horrible Boss.

"Aku melemparkan kursi ke direktur," kenangnya. "Itu bukan saat yang paling membanggakan bagi saya. Itu sangat kasar dan mengerikan. Ketika direktur masuk, saya melemparkan kursi kepadanya," kata Jen.(ang)

View full post on Sindikasi celebrity.okezone.com

Gosip Lainnya :

Arikel Terkait


Belum beroperasi sudah diserbu

MARANG – Sebuah stesen minyak di Wakaf Tapai dekat sini yang belum beroperasi diserbu kelmarinkerana menyimpan sejumlah minyak petrol dan diesel sebelum lesen runcit ...

Tulloh Facebook Gossipkan Yuk

Gossip Gossip Selebritis Terbaru ada Disini ... Mohon Maaf jika Tidak ditemukan informasi Untuk 'tulloh facebook' Coba lihat hasil pengindekan web kami dari situs lain yang ...

13 di seberang takir - Google Blog Search

13 di seberang takir - Google Blog Search


PAS <b>Seberang Takir</b> beri sumbangan pelajar

Posted: 12 Sep 2011 11:15 PM PDT

KUALA NERUS - Seramai enam orang pelajar dari DUN Seberang Takir telah menerima sumbangan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara dari Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengarah MTD Seberang Takir, Zakaria Dagang dalam satu majlis sempena Sambutan hari Raya Idul-Fitri DUN Seberang Takir di sini Jumaat lalu.

Empat orang pelajar berkenaan akan melanjutkan pelajaran ke Jordan, seorang ke Mesir dan seorang lagi ke Maghribi. Salah seorang pelajar yang akan ke Jordan serta pelajar ke Mesir dan Maghribi tidak mendapat tajaan dari pihak berkuasa. Sementara tiga pelajar ke Jordan, seorang mendapat tajaan Yayasan Terengganu dan dua lagi mendapat tajaan Maidam.

13 di rantau abang - Google Blog Search

13 di rantau abang - Google Blog Search


<b>RANTAU ABANG</b> - <b>Rantau Abang</b>, Malaysia Travel Blog

Posted: 14 Mar 2011 09:37 PM PDT

Flag of Malaysia  , Terengganu,
Monday, March 14, 2011

OTW BALIK KE KUALA LUMPUR DARI KUALA TRENGGANU SINGGAH SEBENTAR DI RANTAU ABANG DAN BERGAMBAR DI TEPIAN PANTAI NYER...SAMBIL TGK PENYU

At 22km north of Kuala Dungun and 80km south of Kuala Terengganu, it is probably the most talked about tourist spot in Terengganu. There was a time when a great number of giant leatherback turtles came to Rantau Abang to lay their eggs between May and August. (Peak egg laying months are June and July).

Rantau Abang beaches are well-known for its turtles. In fact, the state of Terengganu's penchant to associate itself with turtles started here in Rantau Abang. Nonetheless, this beautiful beach makes up for it. The water is crystal clear and enticing enough for a swim. You could also climb the giant boulder rock, admiring its geological formation of different sedimentary layers throughout millions of years

. Also it provides an amazing bird's eye view of the beach.

For more information on the leatherbacks, there is a Turtle Information Centre managed by the Department of Fisheries at Rantau Abang. The rangers have been patrolling the beaches to ensure safety for the turtles when they come onto shore to lay their eggs. The centre is open every day except Friday and public holidays.

By Car:

From Kuantan, drive north for about 2 hours, passing through the oil town of Kerteh, Paka and Dungun. From Dungun town, head further north for another 5 minutes. You should be passing over the Dungun river bridge. After the bridge, passing by the exit to Teluk Bidara recreational beach, you will see a curve on the road and giant rock boulders which marks the beginning of Rantau Abang beaches on your right.

By Bus:

Buy a bus ticket at Hentian Putra Bus Station, Kuala Lumpur to Dungun, Terengganu.

By Air

There are flights Kuala Terengganu by Malaysia Airlines. From the airport, grab a taxi to Rantau Abang.

ads