ads

Isnin, 30 April 2012

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


CERAMAH PGU <b>DI</b> N-26 DUN <b>RANTAU ABANG</b> - PEMUDA PAS <b>...</b>

Posted: 07 Apr 2012 06:10 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PEMUDA PAS DUN RANTAU ABANG ... CERAMAH PGU DI N-26 DUN RANTAU ABANG ... Pemuda PAS Rantau Abang: DUNGUN, TERENGGANU, Malaysia: Solatku,Ibadatku, Hidupku,Matiku Kerana ALLAH TAALA ...

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Fasha Sandha Berbulan Madu <b>di Pulau Redang</b> Bersama Jejai <b>...</b>

Posted: 29 Apr 2012 06:10 PM PDT

gambar fasha sandha berbulan madu di pulau redangFasha Sandha akan berbulan madu di dalam Malaysia sahaja iaitu di Pulau Redang, Terengganu bersama suami tercinta, Jejai.

Sebenarnya memang dah dalam perancangan awal untuk Fasha dan Jejai ber'honey moon di dalam Malaysia sahaja berbanding dengan kebanyakkan artis lain akan berbulan madu di luar negara.

Pasangan yang baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan pada 27 April lalu akan mejadikan negeri Perlis untuk majlis perkahwinan resepsi Fasha Sandha dan Jejai pada hujung bulan Mei ini.

Jejai memang sporting dan faham mengenai karier Fasha Sandha yang akan meneruskan dunia lakonannya dan mendapat restu dari suaminya, malah Jejai memberi sokongan kepada isterinya. Oh sweeettt!

Tapi, sebelum menerima tawaran berlakon, Fasha harus merujuk dahulu kepada Jejai sama ada menerima tawaran tersebut atau tidak.

Psssttt… Menurut sumber, Fasha sudah bersedia menjadi seorang kepada bayi Fasha Sandha dan Jejai nanti. Hehehe… Family Planning… Tak sabar nak tengok gambar anak Fasha Sandha dan Jejai nanti…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kucingarong

Hi! I suka menulis mengenai hiburan yang berlaku di dalam atau di luar negara. Setiap artikel yang I tulis, mempunyai sumber dan bukannya gosip yang takde bukti yang sahih okay! Daaa...

More Posts - Website - Twitter - Facebook

Fasha Sandha Jejai Berbulan Madu <b>Di Pulau Redang</b>

Posted: 29 Apr 2012 11:20 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pasangan pengantin baru, aktres Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram (Jejai) lebih senang untuk bercuti di dalam negara iaitu di Pulau Redang, Terengganu sahaja bagi meraikan bulan madu mereka.

Aktres berusia 28 tahun itu, berkata keputusan itu diambil berdasarkan keindahan panorama kawasan itu yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini.

"Kami akan bercuti di dalam Malaysia sahaja untuk meraikan bulan madu. Saya mahu ke Pulau Redang kerana ia sebuah pulau yang sangat cantik.

"Secara kebetulan, saya tidak pernah sampai ke pulau itu sebelum ini. Jadi, tiada masalah untuk bercuti dalam negara sahaja," katanya yang merancang untuk pergi berbulan madu pada awal Mei ini.

Ditanya mengenai perjalanan karier lakonannya selepas bergelar isteri, Fasha berkata, dia akan meneruskan kerjaya seperti biasa kerana tiada halangan daripada suaminya.

"Jejai tiada halangan untuk saya terus berlakon selepas ini. Malah, saya tidak akan membataskan kerjaya lakonan cuma saya akan tahu sendiri tanggungjawab dan batas-batas seorang isteri.

"Setiap tawaran lakonan yang saya terima akan kami bincangkan bersama terlebih dahulu," katanya yang bersedia untuk bergelar ibu pada bila-bila masa sahaja.

Pasangan kontroversi ini dinikahkan oleh bapa kandung Fasha, Hassan Umbichi Moideen pada malam Jumaat lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga, teman-teman rapat dan wakil media.

Majlis resepsi perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada hujung Mei ini di Perlis. - mStar Online

Fasha Sandha Berbulan Madu <b>Di Pulau Redang</b>

Posted: 29 Apr 2012 09:19 PM PDT

KUALA LUMPUR – Pasangan pengantin baru, aktres Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram (Jejai) lebih senang untuk bercuti di dalam negara iaitu di Pulau Redang, Terengganu sahaja bagi meraikan bulan madu mereka.

Aktres berusia 28 tahun itu, berkata keputusan itu diambil berdasarkan keindahan panorama kawasan itu yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini.

"Kami akan bercuti di dalam Malaysia sahaja untuk meraikan bulan madu. Saya mahu ke Pulau Redang kerana ia sebuah pulau yang sangat cantik.

"Secara kebetulan, saya tidak pernah sampai ke pulau itu sebelum ini. Jadi, tiada masalah untuk bercuti dalam negara sahaja," katanya yang merancang untuk pergi berbulan madu pada awal Mei ini.

Ditanya mengenai perjalanan karier lakonannya selepas bergelar isteri, Fasha berkata, dia akan meneruskan kerjaya seperti biasa kerana tiada halangan daripada suaminya.

"Jejai tiada halangan untuk saya terus berlakon selepas ini. Malah, saya tidak akan membataskan kerjaya lakonan cuma saya akan tahu sendiri tanggungjawab dan batas-batas seorang isteri.

"Setiap tawaran lakonan yang saya terima akan kami bincangkan bersama terlebih dahulu," katanya yang bersedia untuk bergelar ibu pada bila-bila masa sahaja.

Pasangan kontroversi ini dinikahkan oleh bapa kandung Fasha, Hassan Umbichi Moideen pada malam Jumaat lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga, teman-teman rapat dan wakil media.

Majlis resepsi perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada hujung Mei ini di Perlis.(MStar)

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

13 di jerangau - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jerangau - Google Blog Search


Buat Laporan Jumpa Bayi Rupanya Bayi Sendiri

Posted: 29 Feb 2012 08:15 AM PST


Tolonggg..rupanya jangan terkejut dengan kebodohan Pak Pandir. Setelah hampir 100 tahun cerita Pak Pandir menjadi pengajaran. Kini kisah yang lebih kurang serupa terjadi. Mungkin Pak Pandir lebih sengal sebab tak perasan mayat bayi sendiri jatuh dari tikar semasa nak ke tanah pengebumian. Wanita ini? tidak perasan wajah anak sendiri.

Beberapa hari lepas..seorang wanita buat laporan polis jumpa bayi di depan rumah nya.. seperti dalam berita ini.



'Kalau tak nak, buang!

SAYANG... Wan Shahira memangku bayi lelaki yang ditinggalkan di hadapan pintu rumah keluarganya.

KUALA TERENGGANU: "Ambillah budak ini, kalau tak nak jaga buang je, budak ini baik, tak menangis," kata seorang wanita warga emas kepada Wan Shahira Wan Nazri, 23, ketika meninggalkan bayi lelaki dipercayai baru berusia seminggu di pintu depan rumah keluarga angkatnya di Kampung Beladau Kepong, di sini, petang kelmarin.

Menurutnya, selepas berkata demikian, wanita berusia lingkungan 70-an itu meletakkan bayi malang yang dianggarkan seberat tiga kilogram dan masih bertali pusat itu di atas pengalas kaki di depan pintu sebelum bergegas meninggalkan rumah dalam kejadian jam 6 petang.

"Saya kemudian terus mengambil bayi yang lengkap berpakaian dan berstoking itu ke bilik tidur sebelum memberitahu ayah angkat yang pulang ke rumah selepas Maghrib," katanya ketika ditemui di rumah keluarga angkatnya, malam kelmarin.

Wan Shahira berkata, kejadian berlaku ketika dia menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di ruang tamu manakala ibu bapa angkat, Rashid Sulong, 56, dan Rokiah Mohamad, 36, tiada di rumah kerana berniaga di kedai makan yang diusahakan mereka di Kampung Sungai Rengas, tiga kilometer dari rumah.

"Pada mulanya, saya mencadangkan kepada wanita terbabit supaya menyerahkan bayi itu kepada ibu angkat yang berada di kedai makan di Kampung Sungai Rengas selepas dia mendakwa mengenali ibu yang mesra dengan panggilan Mak De.

"Wanita itu juga mendakwa tinggal di Jerangau, Hulu Terengganu, di tempat di mana ibu angkat saya berasal.

"Dia datang ke rumah dengan menaiki sebuah kereta jenis Ford Laser lama berwarna merah dipandu seorang lelaki yang kelihatan berusia hampir sebaya dengan wanita terbabit dan ketika kejadian, lelaki itu hanya menunggu di dalam kereta," katanya.

Sementara itu, Rashid berkata, selepas dimaklumkan Wan Shahira mengenai kejadian terbabit, dia terus ke rumah pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Beladau Kepong untuk memaklumkan perkara itu sebelum menghubungi Balai Polis Chabang Tiga, di sini, jam 9 malam.

"Ketika kejadian, saya dan isteri berada di kedai makan yang kami usahakan, manakala Wan Shahira menidurkan adik bongsunya berusia tiga bulan di rumah sementara seorang lagi anak, Fatin Nurshafikah, 9, tidur di bilik dan dua anak lagi keluar bermain.

"Saya tidak pasti siapa warga emas berkenaan walaupun mereka mendakwa berasal dari kampung isteri di Jerangau, Hulu Terengganu," katanya.

Bagi memastikan sejauh mana kebenaran dakwaan itu, Rashid berkata, dia memberitahu kejadian itu kepada isterinya yang kemudian menghubungi saudara-mara di Jerangau, namun dimaklumkan tiada saudara mereka di sana yang bersalin dan menasihati wanita itu membuat laporan polis.

"Saya percaya mereka yang melakukan perbuatan itu mengenali keluarga saya kerana dimaklumkan mereka terus menuju ke rumah ketika menghantar bayi ini," katanya.

Bayi terbabit kemudian dibawa anggota polis ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, dengan ditemani Wan Shahira dan seorang jiran pada jam 11.50 malam sebelum mereka membuat laporan di Pondok Polis HSNZ jam 12.30 pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Abdul Halim Ishak ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi lelaki terbabit dan berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kejadian itu. -hm 26/2

 Apa yang terjadi selepas polis membuat siasatan ialah
Tanda tanya bayi siapa yang ditinggalkan atas alas kaki di depan pintu sebuah rumah di Kampung Beladau, Kepong dekat sini pada Jumaat lalu terungkai apabila bayi itu sebenarnya anak kepada wanita yang membuat laporan polis mendakwa menemui bayi itu.

GADIS yang direman pada Jumaat lalu menunjukkan alas kaki tempat seorang bayi ditemui di Kampung Beladau, Kepong, Kuala Terengganu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, K. Manoharan berkata, tembelang pekerja sebuah kedai makan berusia 23 tahun itu terbongkar selepas polis menemui beberapa bukti mengaitkan kelahiran bayi berkenaan di salah sebuah bilik di rumah yang didiami wanita terbabit.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan lanjut mendapati wanita itu baru melahirkan bayi berkenaan secara bersendirian sebelum suspek membuat laporan polis pada Jumaat lalu mendakwa bayi itu diserahkan oleh seorang warga emas.

"Siasatan mendapati sebaik bersalin, wanita itu terus menyerahkan bayinya kepada seorang kakak angkatnya untuk dijaga beberapa hari.

"Selepas itu, kakak angkat wanita terbabit memulangkan semula bayi itu kepada si ibu," kata Manoharan ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam. 



13 di pulau perhentian - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Tiga Termasuk Seorang Pelancong Lemas <b>Di Pulau Perhentian</b>

Posted: 28 Mar 2012 07:04 PM PDT

Tiga termasuk seorang pelancong asing lemas ketika sedang mandi sambil bermain ombak besar di perairan Pulau Perhentian Besar dekat kawasan Long Beach semalam.

Dua daripada mayat mangsa yang merupakan pelancong tempatan kemudian ditemui oleh pasukan penyelamat sekitar pukul 3 petang, sementara warga asing tersebut belum ditemui.


Identiti ketiga-tiga mangsa belum diketahui.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar yang mengesahkan kejadian tersebut berkata ketiga-tiga mangsa dipercayai lemas ketika sedang bermain dengan ombak bersama beberapa rakan lain di kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 1 petang.

"Mengikut laporan daripada penduduk kampung yang saya terima, sebelum kejadian terdapat kira-kira 10 lelaki termasuk tiga mangsa lemas berkenaan bermain dengan ombak laut setinggi kira-kira dua meter di situ.

 "Ketika sedang asyik bermain, salah seorang daripada pelancong tempatan itu lemas dibawa ombak sebelum dituruti oleh seorang lagi rakan tempatannya beberapa minit kemudian," katanya.

Menurutnya, apabila melihat kedua-dua pelancong tempatan itu lemas, seorang pelancong asing yang berada dalam kumpulan lelaki itu cuba membantu tetapi beliau juga gagal menyelamatkan diri dan tenggelam dibawa ombak.

Katanya sehingga pukul 4 petang tadi, dua mayat pelancong tempatan telah ditemui berdekatan kawasan kejadian sementara mayat pelancong asing itu masih tidak ditemui setakat jam 8 malam semlam.

Dua mayat itu telah dihantar ke Hospital Daerah Besut kira-kira pukul 7.20 petang untuk bedah siasat. Sementara itu,

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Perhentian, Zainuddin Mohamad, 43, berkata penduduk tempatan telah melarang kumpulan lelaki berkenaan daripada bermain dengan ombak ketika kejadian.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan itu tidak mengendahkan larangan itu. -

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Maharum Bugis Syah (MBS): Koleksi Baru <b>di</b> MBS Mini Royal Library

Posted: 30 Apr 2012 01:43 AM PDT


30.04.2012, Isnin - Inilah dia koleksi terbaru untuk Maharum Bugis Syah Mini Library di Rawang Residence Syah.  Syah beli buku-buku ini semalam sempena KL International Book Fair 2012 yang berlangsung di Putra World Trade Center bermula 27.04.2012 hingga 06.05.2012.  Bertambahlah koleksi Diraja Syah tetapi tak semuanya Syah baca serentak dan akan dibuka bila ada keperluan sahaja.
Diantara koleksi terbaru Syah adalah seperti berikut :-
  1. The Residency Years - Tunku Abdul Rahman Putra
  2. Raja Muhammad Alias - Arkitek Malaysia
  3. Sejarah Kerajaan Melayu Petani
  4. The Ottoman Sultan
  5. Umpama Sebuah Bahtera - Kajian Naskah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak
  6. Orang Biasa Diraja - Hayt dan Zaman Imam Perang Jabor
  7. Malaysia Dari Segi Sejarah
Ada tujuh buah koleksi terbaru di mini library Syah.  Satu lagi buku bertajuk Biografi Muhammad bin Abdullah yang Syah beli di Masjid Negara selepas solat Jumaat lepas tiada dalam gambar.  Cd bewarna kuning tu Syah dapat percuma daripada Arkib Negara semalam bertajuk Sebutir Permata Diatas Tahta yang mengandungi beberapa slide didalamnya mengenai Sultan Perak.  Bukunya ada dijual tetapi harganya agak mahal.


Koleksi Syah ini boleh dibaca oleh para kenalan Syah tetapi tidak boleh dipinjam kerana dari pengalaman sebelum ini Syah ada meminjamkan buku-buku koleksi mini royal library Syah kepada rakan-rakan tetapi tidak dipulangkan.  Akhirnya ketetapan telah dibuat buku-buku ini tidak boleh dikeluarkan dari MBS Mini Royal Library, Rawang Residence untuk dipinjam oleh sesiapun kecuali datang sendiri untuk membacanya/mengambil maklumat yang diperlukan sahaja.  Ada diantara koleksi Syah ini sukar untuk didapati lagi diluar sana, sebab itu Syah harus menjaganya supaya tidak hilang.

13 di pulau bidong - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau bidong - Google Blog Search


teganuku: Sultan Mizan Menyelam <b>Di Pulau Bidong</b> Bersama Coral <b>...</b>

Posted: 19 Apr 2012 02:50 PM PDT

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Bidong Underwater & Land Challenge anjuran Coral Malaysia, kerajaan negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong di Kuala Terengganu, semalam.

Baginda turut menyelam selama sejam bersama Duta Coral Malaysia iaitu artis terkenal tanahair, Fauziah Latiff dan Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar untuk menikmati keindahan terumbu karang di perairan Pulau Bidong.

Program selama empat hari yang bermula semalam  turut disertai oleh 70 penyelam skuba profesional yang turut mengambil gambar untuk pertandingan merakam keindahan dasar laut anjuran Coral Malaysia.

Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Abdul Rahin Mohd Said serta Timbalan Naib Canselor UMT Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Yahaya Ibrahim.

Shafie Nor: Sultan Mizan menyelam <b>di Pulau Bidong</b>

Posted: 19 Apr 2012 06:59 AM PDT

SETIU, KHAMIS, 19 April, 2012: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan merasmikan Bidong Underwater & Land Challenge anjuran Coral Malaysia, kerajaan negeri Terengganu dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Pulau Bidong di sini, hari ini. 
Baginda turut menyelam selama sejam bersama Duta Coral Malaysia iaitu artis terkenal tanahair, Fauziah Latiff dan Presiden Coral Malaysia, Jamhariah Jaafar untuk menikmati keindahan terumbu karang di perairan Pulau Bidong.
Program selama empat hari yang bermula hari ini turut disertai oleh 70 penyelam skuba profesional yang turut mengambil gambar untuk pertandingan merakam keindahan dasar laut anjuran Coral Malaysia.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Abdul Rahin Mohd Said serta Timbalan Naib Canselor UMT Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof Dr Yahaya Ibrahim. 
Fauziah ketika, ditemui pemberita berkata program ini adalah yang pertama kali diadakan di Pulau Bidong sempena Hari Bumi 2012. 
Sebelum ini Coral Malaysia mengadakan aktiviti selaman di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tenggol. - BERNAMA

13 di kuala berang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala berang - Google Blog Search


Thinking of Book: Apa salah Sebongkah Batu <b>di Kuala Berang</b>?

Posted: 20 Feb 2012 04:56 AM PST

Beberapa minggu lalu, usai membaca novel Sebongkah Batu di Kuala Berang oleh penulis yang saya hormati, Tuan Faisal Tehrani.

Pada hemat saya yang daif ini, tiada apa yang salah atau karut. Wacana kedatangan Islam ke Nusantara secara narasi khutbah tidak pula memesongkan akidah saya. Sebutan nama Ali bin Abi Talib dan kaum keluarga Rasulullah tidak pula menunjukkan elemen Syiah melampau.

Tidak pula penulis mengkafirkan para sahabat Rasulullah. Wacana untuk difikirkan dan ditelaah. Salahkah?

Pesan saya untuk diri sendiri dan teman-teman pembaca budiman, fikirkan sebuah wawasan kecil dan olah menjadi resepi. Kemudian hirup sup itu saban waktu bagi menjana sebuah pemikiran serta membentuk wawasan besar untuk kebaikan bersama.

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia)." (Surah al-Muddaththir, ayat 1 – 2)

Berkaitan: Budaya hedonis dicemuh dalam Advencer Si Peniup Ney
Jarum Zionis melalui liberalisme dalam Tuhan Manusia
Detektif Indigo – bukan siri penyiasatan era 80-an dan 90-an

Faisal Tehrani, ini untuk saudara!

13 di bukit besi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di bukit besi - Google Blog Search


Mengantuk petanda ajal ~ Kemalangan Jalan Raya

Posted: 29 Apr 2012 01:19 PM PDT

Inalillahi wainailaihi rojiun 

BUKIT LAT - "Petang itu, makcik rasa tak sedap hati, jantung berdebar-debar, mata pula asyik mengantuk, tak sangka ia petanda anak mak cik terbabit dalam kemalangan sehingga menemui ajal."

Demikian kata Ramlah Hamzah, 60, ibu kepada Halimaton Saa'diah Mohamad@Ariffin, 29, kerani syarikat swasta yang menemui ajal selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya, dekat sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 5.40 petang di Kilometer 8 Jalan Dungun-Bukit Besi dekat Bukit Lat itu dipercayai berlaku ketika Halimaton Saa'diah yang bekerja di sebuah syarikat di Dungun dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Besi.

Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala selepas motosikal yang dinaikinya dipercayai merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dikatakan berhenti di bahu jalan.

Menurut Ramlah, sebelum kejadian, anak gadisnya yang masih bujang itu keluar dari rumahnya di Bukit Besi kira-kira jam 8 pagi lalu menuju ke tempat kerjanya di bandar Dungun.

Ramlah berkata, sebelum pergi kerja, anak ketujuh daripada lapan beradik itu keliha-tan gembira kerana dapat memakai baju kurung baru yang siap ditempah sebelumnya.

"Ketika hendak keluar rumah, dia sempat beritahu makcik, sebaik pulang dari kerja, dia akan ambil dua pasang lagi baju kurung yang sudah siap ditempah di kedai jahit, manakala sepasang sudah dipakainya.

"Tak sangka dia tidak sempat memakai dua lagi baju baru, rupanya dia lebih dahulu menemui ajal," kata Ramlah yang masih hiba dengan pemergian anak perempuannya itu.

Ramlah berkata, pemergian anaknya itu amat dirasainya kerana arwah sebelum ini banyak membantu meringankan beban hariannya.

Katanya, setiap kali mendapat gaji, arwah yang berulang-alik ke tempat kerja dengan motosikal sejauh lebih 60 kilometer setiap hari akan menghulurkannya wang untuk belanja harian selain turut membeli keperluan lain.

"Mak cik tak sangka dia pergi terlalu cepat. Kini, dia sudah tiada, makcik hilang tempat bergantung," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Jenazah mangsa kemudiannya dituntut ahli keluarga untuk dibawa pulang ke rumahnya di Bukit Besi.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Al-Fatihah

Sumber:
sinarharian.com.my/edisi/terengganu/mengantuk-petanda-ajal-anak-1.43982

Ahad, 29 April 2012

13 di marang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di marang - Google Blog Search


Keajaiban <b>Di Marang</b>, Terengganu | MalaysiaSensasi.Net

Posted: 24 Feb 2012 12:00 AM PST

Advertorial: Pada 24-2-2012, di Terengganu akan diadakan Bengkel Menguasai Keajaiban Frekuensi Asma Ilahi, untuk Kursus Kerohanian di bawah modul Kerezekian, Energi, Kewibawaan dan Pancaindera Ke-6. 
Daftarlah sekarang, anda akan merasai sendiri pengalaman yang hebat ini. KERANA BENGKEL INI BUKAN BENGKEL KUASA MINDA, REIKI, MOTIVASI POTENSI DIRI. Tetapi bengkel amalan-amalan mustajab ulama silam yang terbukti berkesan..
Antara Modul Ilmu Yang Dikongsikan Ialah;
Akan didedahkan juga, rahsia menarik rezeki dari 4 penjuru alam. Sebagaimana amalan para ulama, dan guru pondok zaman silam. Semuanya bakal mengubah rezeki dalam hidup anda. Akan selalu datang rezeki yang tidak diduga kepada anda. Kejayaan perserta-peserta lepas telah membuktikan bahawa amalan ini sangat ampuh dan berkesan. InsyaAllah masalah sempit rezeki, kebocoran wang, putus duit, dan sebagainya akan dapat diselesaikan dengan izin Allah. Anda saksikan sendiri perubahan dalam rezeki anda!
 Multi Bio Magnetic Money
Amalan ini sangat bagus bagi mereka yang bekerja dalam MLM, bidang jualan, insuran, dan sebagainya. Hanya melalui berjabat tangan anda, insyaAllah ilmu ini akan aktif dan berfungsi secara ghaib menembus medan fikiran orang yang berjabat tangan dengan anda. Maka bakal pembeli, akan tergugah semangat dan simpatinya kepada anda, sehingga dia dengan senang hati mahu membeli produk-produk yang anda tawarkan atau menerima cadangan/proposal anda. Cara ini juga boleh digunakan ketika kita sedang terdesak dan perlukan bantuan wang dari siapapun. Insya Allah. Bagaimanapun ilmu ini tidak boleh digunakan untuk tujuan penipuan
Setelah anda melakukan Pengkatifan Daya Ghaib, dengan Tafakur Frekuensi Ilahi anda boleh melakukan pengesanan bagi mengetahui Ilmu seseorang, energi seseorang , energi rumah, mengambil frekuensi tempat-tempat yang mempunyai energi yang kuat, frekuensi kosmik, frekuensi seseorang dan lain-lain untuk keperluan sehari-hari dengan menggunakan kaedah GETARAN FREKUENSI ILAHI.
Hasil dari latihan yang anda lakukan secara istiqamah maka frekuensi yang ada dalam diri anda dapat melakukan pengesanan sehingga mencapai kebenaran 99% dan penarikan frekuensi hampir 100%. InsyaAllah
Kemudahan mendapat isyarat batin dari Allah, Meninggikan kualiti antena, batin seseorang, Meninggikan kualiti tembus pengesanan, Memekakan batin terhadap isyarat Allah, Boleh menangkap getaran batin secara tepat. Ilmu ini ada banyak lagi kegunaan rahsia yang hanya akan dirasai oleh pengamalnya. Ada boleh mengesan orang hilang, mengesan barang hilang, melihat seseorang atau benda yang jauh dengan mata batin, melihat perkara-perkara yang telah lalu dan perkara yang tidak diketahui, serta anda akan mendapat mengetahui rahsia-rahsia yang tidak diketahui orang lain. Amalan ini 100% menggunakan Asmaul Husna, dijamin!
Daya Pengasihan adalah amat penting sekali bagi yang membuat bisnes atau sering berhubung dengan orang ramai atau juga untuk meraih simpati, kasih sayang dan kewibawaan dan lain-lain. Amalan yang akan diperturunkan adalah amat ampuh(berkesan), jadi tidak dibenarkan anda menggunakannya secara salah. Anda akan diajar cara untuk membuat minyak dan air pengasih dari ayat Quran yang tujuannya hanya untuk kebaikan
- Pengaktifan daya ghaib Asmaul Husna
- Meditasi Cenderawasih (sangat bagus!)
- Amalan kod 99 Asmaul Husna
AMALAN JALBUR REZEKI 1 (ilmu secara lisan)
AMALAN JALBUR REZEKI 2 (ilmu secara lisan)
(Ilmu Kerohanian) - 24-2-2012 (Jumaat)
Lokasi: Anggulia Beach Resort, Marang
Contact Person: 019-4374417
Alhamdulillah baru 3 hari mengamalkan xxxxx xx xxxxx* (masih dlm proses mengkhatamkan xxxxxx) saya telah mndapat sesuatu yg sya inginkan sejak 7thn dulu.pengalaman nafas Frekuensi Ilahi jg menjawab persoalan keadaan yg saya pernah alami ketika berzikir tarikat dulu(seperti terkena renjatan letrik) - darius zindani @xxxxxxx.xxx>
xxx* = adalah salah satu pengisian modul yang dilakukan dengan bimbingan yang betul
Sangat bermanfaat, dan berguna pada saya. InsyaAllah saya akan amalkan,. Saya dapat merasai getaran semasa xxxxxxxx (modul MKFAI) - Nur Hidayah Mohamad Yusof
Alhamdulilah, ini adalah kursus yang saya cari selama ini. Saya bersyukur kerna dapat belajar ilmu nama-nama Allah dengan cara yang betul dan belajar dari guru yang diijazahkan. Saya merasa terharu dan bersyukur ke hadrat Allah kerana diberi peluang untuk mengikuti kursus ini. Alhamdulillah saya sekarang berasa lebih yakin untuk mengharungi kehidupan sebagai hamba Allah - Muhamad Taufiq Tajuddin
Alhamdulillah, ilmu yang amat baik untuk diamalkan untuk kejayaan di dunia dan akhirat. Ilmu yang sukar diperolehi dan dipelajari di mana-mana dan insyaAlah perlu dimiliki oleh sesiapa sahaja untuk memantapkan keyakinan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Perasaan saya sungguh terharu kerana ilmu ini dapat menyentuh kalbu dan jiwa sata tentang keagungan ilahi - Norhayati Setta

13 di rantau abang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di rantau abang - Google Blog Search


The story of me and Him.....: Damai <b>di Rantau Abang</b>...

Posted: 25 Mar 2012 02:46 AM PDT

Lamanya tak update blog....sangat lama....
- tak tau nak bukak citer apa
hari ni dengan tak semena-menanya tiba2 rindu kat blog...
utk n3 come back pertama....nak share gambar2 masa kami gi Rantau Abang hari tu....MasyaAllah...damainya di Rantau Abang....best sangat.....biarlah org lain nak cakap pi phuket lagi best or pi bali lagi best or pi mana2 lagi best...but for me.....negaraku lagi besssstttttt !!! (citer org tak berduit nak bercuti kat obersis...hehehe)
Masa kami pergi sana kebetulan off season...so tak der org pun cuma da anak beranak owner tempat tu je...serius best walaupun duk sekejap je. Chalet kami betui2 depan pantai. Bukak je pintu chalet terus nampak laut...tak terkata indahnya ciptaan Tuhan. Pantainya sangat bersih.....pasirnya bersih keemasan....air laut jernih.....memang syok sangat2.....kami plan bulan 6 or sebelum puasa nak pergi lagi ke sana ....insy kalau diizinkan....



  











kanak2 ceria....baru bangun tidoq terus gi pantai....^_^





13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


Fasha Dan Jejai Honeymoon <b>di Pulau Redang</b> | Media Hiburan Anda

Posted: 29 Apr 2012 05:43 PM PDT

fasha-jejai nikah2

Fasha Dan Jejai Honeymoon di Pulau Redang

Pasangan pengantin baru Nur Fasha Sandha Hassan dan Rizal Ashram Ramli memilih Pulau Redang sebagai destinasi bulan madu mereka. Fasha memilih Pulau Redang kerana terpesona dengan keindahan kawasan itu namun belum pernah bercuti ke pulau itu.

"Kami akan bercuti di dalam Malaysia sahaja untuk meraikan bulan madu. Saya mahu ke Pulau Redang kerana ia sebuah pulau yang sangat cantik. Secara kebetulan, saya tidak pernah sampai ke pulau itu sebelum ini. Jadi, tiada masalah untuk bercuti dalam negara sahaja,"

Fasha dan Jejai merancang untuk berbulan madu pada awal bulan Mei manakala majlis resepsi perkahwinan mereka bakal diadakan di Perlis pada hujung bulan Mei nanti.

Sumber berita mstar online

Cerita Berkaitan

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


KEMASKINI : Blogger Pas SPIN Demo Pas <b>Di Kuala Terengganu</b> <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2012 01:27 AM PDT

Kemaskini - Ini lapuran dari blog Pas buletinonline, yang melapurkan kononnya ada 10ribu pendemo yang hadir ! 10 RIBU ! ? ? Nah saya copy gambar dari blog itu yang menunjukkan paling ramai - Agak-agaklah nak spin pun ..... perhatikan barisan kenderaan dihujung kumpulan demo sebagai menandakan sempadan kelompok mereka ..... 10 ribu ? hehehe ...

Paling menarik yang ini - Kesemua wakil-wakil rakyat daripada PAS yang sedang bersidang di DUN turut sama dalam demonstrasi aman serta memberikan ucapan.

Cuba perhatikan gambar adun Pas termasuk Hadi tengah relaks minum teh dibawah... dan menurut saksi yang boleh dipercayai, dia sendiri melihat adun2 Pas ini masuk semula kedalam dewan untuk bersidang sekitar jam 11:30. 

Paling LOGIK SEKALI - Takkanlah tidak ada gambar Haji Hadi beri ceramah KALAU BENAR seperti yang didakwa ! sedangkan pemimpin bawahan diabadikan gambar mereka ?

Mengikut sumber saya - dua ADUN Pas ( Wahid Endut dan Syed Azman ) turun sekitar jam 10:30 ketika Dewan rehat, mereka berhenti diDALAM pagar untuk menjemput wakil Pas dari luar untuk sama2 mengiringi memo. Waktu itu hanya Syed Azman sahaja yang berucap pendek.

Selesai kerja menyerah memo, wakil Pas tadi keluar, cakap sekejap, baca doa dan bersurai .... sekitar jam 11:30 ketika sidang DUN bersambung.

Jadi ternyata blogger Pas MENIPU tidak berkata yang sebenarnya dalam lapuran mereka !

Senang jer nak malukan Dinturtle , keluarkan gambar atau video dimana dikatakan Kesemua wakil-wakil rakyat daripada PAS yang sedang bersidang di DUN turut sama dalam demonstrasi aman serta memberikan ucapan. Dapat tunjuk Hadi turun bersama dan berucap di demo tadi pun cukuplah !

Adeeeeh .....

ARTIKEL ASAL

Tu dia ...... ramai jugalah orang Pas yang berdemo tengah panas pagi tadi depan pintu pagar Wisma Darul Iman Kuala Terengganu. Katanya nak hantar memo soal isu rampasan tanah.

Tapi kalau mengambilkira promo tentang demo ini yang dilakukan sejak SATU BULAN supaya orang Pas seluruh Terengganu hadir, ternyata bilangan yang saya kira TIDAK LEBIH SATU ribu manusia ini sememangnya amat mengecewakan. Lebihkurang macam ceramah Mat Sabu jer ...

Gambar saya ambil dari blog Pas. Yang ada didepan pintu pagar itu, itu jelah dia. Oklah, campur dalam 100 orang kat pinggir2 duk memerhati termasuk saya tadi.


Tak percaya ramai tu jer ? Nah ni gambar wide angle, panjat bangunan pulak- Panas berdering  ! Berpeluh-peluh diorang ni tadi .....Dimanakah para pemimpin Pas Terengganu ? Adakah mereka bersama rakyat mereka ?
Tu dia ........ Baik punyer relaks ..... ish, sidang ADUN tak boleh miss, kebetulan pula waktu sama. Jadi janganlah kiranya ada perasaan terkilan dihati  mereka yang berpeluh jeruk didepan pintu pagar tu ya kalau melihat aksi pemimpin Pas pada waktu SAMA tadi ...
Jauh ke tempat bersidang DUN dengan pintu pagar tu ? Hehehehe ... itulah pintu pagarnya bangunan Wisma Darul Iman , tempat bersidangnya para ADUN ! Pukul 10:30 pagi waktu rehat sidang, MB MatSaid minta wakil pendemo untuk naik kelobi dewan untuk bertemu .....
dan menerima memo dari mereka. Tu yang pemimpin2 Pas kat atas tu tengah berehat selepas berpeluh bersidang. Sekejap jer berdemo, habis tu bersurai lah ......

PS 5:00 pm - Laa, lupa nak letak kredit pada member bloger untuk gambar2 'dalaman' diatas - teganukita                                

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


Mengapa Kuari <b>Di</b> Bukit Apit <b>Ajil</b> Diluluskan Tergesa-gesa

Posted: 24 Apr 2012 10:39 AM PDT

Saya mengambil kesempatan untuk menulis beberapa faktor yang mahu saya sebut dalam perbahasan Di Penggal Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu ke 5 tetapi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri telah menutup tempoh perbahasan yang menjadikan ramai Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu tidak mendedahkan penyelewengan UMNO dan Kerajaan BN.

Titah Diraja meletakkan hasrat yang besar demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat tapi UMNO dan Kerajaan BN tidak mempedulikan hasrat mulia ini.  Demi mencapai kesejahteraan rakyat, saya mengharapkan rakyat menilai dan membuat tindakan yang adil dalam menentukan pendirian dalam PRU 13.  Kekayaan negeri bukan milik UMNO dan Barisan Nasional tetapi satu amanah dan pinjaman sementara untuk mana-mana pemerintahan untuk diurus dengan baik dan maslahat rakyat.

Saidina Umar bin Al-Khattab yang memerintah Kerajaan Islam yang lebih luas daripada Malaysia dan Terengganu, pernah menyebut dalam khutbah di Masjid Madinah, katanya :
أنما أنا فى مالكم كوالي اليتيم
Maksudnya : "Sesungguhnya saya pada harta kamu seperti penjaga anak yatim."

Oleh itu, apabila seorang lelaki yang jahat dan dibenci oleh Saidina Umar dengan sebab buruk akhlaknya, datang menemui saidina Umar, Amir Mukminin dengan berkata : "Wahai Amiral Mukminin ! Adakah Tuanku suka kepada saya ? Jawab Saidina Umar : Tidak. Lelaki itu berkata lagi : Adakah engkau akan memberi, jika aku meminta sesuatu?. Jawab Umar : Ya kerana engkau berhak mendapatkannya.

Bagaimana sikap dan pendirian Umar Al-Khattab,  sahabat Rasulullah mengajar mana-mana Kerajaan supaya bersifat adil dan mengutamakan kesejahteraan serta kebajikan rakyatnya.

Saya mahu menyebut beberapa perkara yang kemungkinan sengaja dilakukan untuk menimbulkan  kesusahan dan kepayahan hidup rakyat.

1-    Isu Penamatan Pinjaman Taja Yayasan Islam kepada beberapa pelajar yang sedang menuntut di Pusat Pengajian Tinggi Mesir. Penamatan ini dimaklumkan kerana sikap pelajar-pelajar tersebut yang ghairah untuk menghayati tuntutan perlembagaan Malaysia dan hak-hak kemanusiaan yang dipelajarinya. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak dan kebebasan kepada rakyat jelata Malaysia untuk bercakap dan bersuara, berhimpun secara aman dan tanpa senjata, serta membentuk persatuan. Ini membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang demokratik.

Jika pelajar-pelajar tersebut dianggap salah kerana memakai baju kuning, sudah pasti  Kerajaan ini sangat marah pada rakyat yang memakai pakaian kuning. Apakah kesalahan pada warna ? Jika salah pada kalimah Bersih, sudah tentu kerajaan benci tulisan bersih yang ada kadang2 pada jalan yang tercatat Zon Bersih.

Apakah kerajaan mahu menafikan hak mereka untuk bersuara dan bercakap ? Mereka bukan Anti Kerajaan tetapi menjunjung tinggi hak-hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia. Apakah Kerajaan Terengganu tidak memperakui hak-hak yang diperuntukkan dalam perlembagaan ?.

Mungkin pihak kerajaan mahu Mahasiswa jangan berpolitik dan terlibat dalam parti politik. Tetapi pelik, kenapa pihak kerajaan bersikap tidak adil dengan membiarkan mahasiswa terlibat dengan kelab UMNO yang memang pertubuhan yang terlibat dengan parti politik ?. Jika terlibat dengan kelab UMNo boleh, kenapa dengan pertubuhan dan badan-badan lain tidak boleh. Mana kebebasan ? Mana amalan demokratik yang diamalkan ?

Perdana Menteri berucap di Majlis Perlancaran Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Amanat Perdana Menteri Bersama Warga Kampus 2012 di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, malam Rabu.

Menurut Perdana Menteri : "Apabila AUKU dipinda mahasiswa-mahasiswi berpeluang untuk ke mana pun, boleh pergi mana...boleh dengar ceramah siapa pun dan boleh juga menjadi anggota parti mana pun tapi bila dalam kampus hendaklah tumpu pada pelajaran masing-masing. Tak ada siapa boleh kata bahawa kita menutup minda pelajar kita...kita tak tutup minda pelajar kita, mereka boleh dengar siapa pun."

Mungkin pihak Kerajaan Terengganu tidak sealiran dengan Perdana Menteri atau tidak mengambil tahu janji-janji Perdana Menteri terhadap Mahasiswa.
Apakah pihak Kerajaan pimpinan Menteri Besar hari sangat tidak memberi ruang untuk Mahasiswa merayu dan memang tiada belas kasihan ? Sedangkan, pihak kerajaan mesti sedar bahawa Mahasiswa ini mungkin akan memberi khidmat  dan kebaikan pada Negeri ini pada masa depan selepas mereka pulang. Anggaplah pelajar-pelajar ini seperti anak-anak yang sedang menghadapi banyak perkara yang sedang dipelajarinya. Hadapilah mereka seperti anak-anak dengan kasih sayang bukan balas dendam.

2-    Isu Kuari Di Bukit Apit Ajil yang baru diluluskan. Kuari bukan berada dalam kawasan saya tapi untuk kesejahteraan seluruh rakyat. Kerajaan boleh beritahu kepada dewan tentang syarikat yang diluluskan untuk mengendalikan Kuari ini. Dimaklumkan bahawa ia baru diluluskan dalam tempoh beberapa minggu ini. Kelulusan pembukaan Kuari ini akan menggangu dan menggugat kesejahteraan rakyat sekitar.

-    Saya dimaklumkan Kuari ini  akan menyebabkan gegarkan yang menjejaskan keharmoniaan pendudukan-penduduk setempat. Gegaran ini kemungkinan akan menyebabkan keretakan pada rumah-rumah kediaman dan terdedah dengan keruntuhan kerana Kuari ini berada kurang daripada 500 meter daripada kawasan kediaman rakyat. Dimaklumkan, pihak JPS dan bomba tidak bersetuju untuk meluluskan pembukaan Kuari ini. Disamping itu, Kuari  ini berada kurang  satu KM daripada Tangki Air Bukit Apit, Ajil.

-    Permasalahan kedua ialah Kuari-Kuari batu sudah banyak. Syarikat2 yang mengusahakan Kuari tahu bahawa permintaan batu sangat kurang  dan mengalami kemelesetan. Bahkan ada syarikat yang dijual kepada bukan melayu kerana tidak mampu menguasahakannya lagi.

-    Apakah Kuari ini diluluskan dengan gopoh tanpa mengambil kira pandangan pihak JPS dan bomba ? Kenapa ? Persoalan, kuari diluluskan kerana kepentingan syarikat yang mempunyai hubungan erat dengan OKU (Orang Kuat UMNO).

3-    Yayasan Pembangunan Keluarga dan Yayasan Islam sudah pasti berperanan untuk menjaga kesejahteraan rakyat. Aset-aset yang dimiliki oleh YPK dan YIT semestinya diurus dan dimajukan untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat. Akhir ini, timbul beberapa persoalan yang berkaitan dengan tanah-tanah milik YPK dan YIT. Persoalannya, adakah tanah-tanah tersebut telah dijual kepada pengusaha-pengusaha ?. Kenapa ia dijual ?

Dikatakan bahawa ia dijual dengan harga murah. Tanah YPK depan Sekolah Sultan Sulaiman 1 akan dibina apartmen mewah setinggi  25 tingkat. Adakah tanah YPK di mukim Banggol, Kemaman seluas 12 hektar lebih telah dijual kepada Syarikat TOTAL MERIT Sdn Bhd. Adakah tanah Yayasan Islam sebelah bangunan Wisma Darul Iman, sebelah Sekolah Tg Ampuan Meriam juga telah   dijual ? Berapa harganya ? Tanah Yayasan Islam yang menjadi tapak tadika/kelas KAFA sebelah Sekolah Tg Ampuan Meriam akan dirobohkan.

Akhirnya, saya menyeru kepada seluruh rakyat dan pengundi agar menilai Kerajaan UMNO yang terus memerintah dengan rakus dan sombong pada PRU 13. PAS ganti UMNO.

**** Artikel di ata ada;ah Ucapan Perbahasan ADUN Bukit Payong yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ustaz Mohd Nor Hamzah

Komen:

Berita Harian Online » Portal Diskusi Malaysia » 2 anggota geng <b>...</b>

Posted: 18 Apr 2012 06:37 PM PDT

KOTA BHARU –  Dua penjenayah yang sangat dikehendaki,ditembak mati sepasukan anggota polis dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, suspek yang merupakan anggota "Geng Buyung" dikenali sebagai Elezulhelmie Ilias, 24, atau lebih dikenali sebagai 'Emi Lias', dari Bekelam, Bachok, dan rakannya, Ahmad Izzuddin Che Deraman, 24, atau 'Din Billion' dari Jalan Marican, di sini, mati di tempat kejadian.

"Polis telah membuat serbuan di sebuah bilik hotel di tingkat satu hotel bajet berkenaan selepas mendapat maklumat daripada orang awam dan apabila pintu dibuka dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis, dua lelaki Melayu terjun melalui tingkap bilik bahagian belakang hotel berkenaan.

"Polis telah cuba untuk menahan suspek, namun seorang daripada mereka telah melepaskan tembakan," katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Bagi tujuan mempertahankan diri, Jalaluddin berkata polis telah membalas tembakan dan menyebabkan kedua-dua suspek mati di tempat kejadian.

"Polis juga berjaya merampas sepucuk senjata api jenis pistol semi-automatik warna 'chrome' dan sebuah kereta jenis Proton Waja warna 'silver' yang digunakan oleh suspek.

"Semakan ke atas kenderaan ini didapati telah dilaporkan hilang pada 27 Mac lalu di Ajil, Hulu Terengganu," katanya.

Selain itu, Jalaluddin berkata polis turut merampas sepucuk pistol tiruan jenis Revolver warna 'chrome' buatan  China, dua bilah parang, empat keping kad bank, lima keping lesen memandu, satu kad pengenalan dan dua cukai jalan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan laporan kematian mengejut.

Siasatan juga mendapati kedua-dua suspek telah terlibat dengan lapan kes jenayah yang berlaku sejak awal tahun ini di mana melibatkan tiga kes di Kota Bharu, dua kes di Pasir Mas dan tiga kes di Bachok.

Jalaluddin berkata pihaknya masih memburu saki-baki geng berkenaan yang dipercayai dianggotai kira-kira 10 orang dan dipercayai bergiat aktif dalam melakukan jenayah samun bersenjata dan bersenjata api di sekitar daerah Kota Bharu, Pasir Mas dan Bachok.

Sehubungan itu, Jalaluddin berkata pihaknya memohon orang ramai menyalurkan sebarang maklumat kepada mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPK Kelantan di talian 09-7450999. – Bernama

Credit – Sinar Harian Online

Carian BHO

Baca Post Lain yang Berkaitan:

  1. Ketua kumpulan kongsi gelap Geng 08 mati ditembak polis
  2. Tiga anggota 'Geng Gondol' ditembak mati
  3. Ketua penjenayah Geng Jogang ditembak mati
  4. Perancang utama Geng Berong ditembak mati
  5. Enam lelaki anggota kumpulan samun dan ragut bermotosikal dikenali Geng LC berjaya ditumpaskan polis
  6. Lelaki cedera ditembak semasa cuba serang anggota polis
  7. Geng pecah rumah ditembak mati
  8. 3 penyamun mati ditembak polis
  9. Dulu bapa, kini anak mati ditembak
  10. Peragut mati ditembak, rakan lepas lari
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved