Isnin, 30 April 2012

13 di pulau perhentian - Google Blog Search

13 di pulau perhentian - Google Blog Search


Tiga Termasuk Seorang Pelancong Lemas <b>Di Pulau Perhentian</b>

Posted: 28 Mar 2012 07:04 PM PDT

Tiga termasuk seorang pelancong asing lemas ketika sedang mandi sambil bermain ombak besar di perairan Pulau Perhentian Besar dekat kawasan Long Beach semalam.

Dua daripada mayat mangsa yang merupakan pelancong tempatan kemudian ditemui oleh pasukan penyelamat sekitar pukul 3 petang, sementara warga asing tersebut belum ditemui.


Identiti ketiga-tiga mangsa belum diketahui.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut, Dr A Rahman Mokhtar yang mengesahkan kejadian tersebut berkata ketiga-tiga mangsa dipercayai lemas ketika sedang bermain dengan ombak bersama beberapa rakan lain di kawasan berkenaan pada kira-kira pukul 1 petang.

"Mengikut laporan daripada penduduk kampung yang saya terima, sebelum kejadian terdapat kira-kira 10 lelaki termasuk tiga mangsa lemas berkenaan bermain dengan ombak laut setinggi kira-kira dua meter di situ.

 "Ketika sedang asyik bermain, salah seorang daripada pelancong tempatan itu lemas dibawa ombak sebelum dituruti oleh seorang lagi rakan tempatannya beberapa minit kemudian," katanya.

Menurutnya, apabila melihat kedua-dua pelancong tempatan itu lemas, seorang pelancong asing yang berada dalam kumpulan lelaki itu cuba membantu tetapi beliau juga gagal menyelamatkan diri dan tenggelam dibawa ombak.

Katanya sehingga pukul 4 petang tadi, dua mayat pelancong tempatan telah ditemui berdekatan kawasan kejadian sementara mayat pelancong asing itu masih tidak ditemui setakat jam 8 malam semlam.

Dua mayat itu telah dihantar ke Hospital Daerah Besut kira-kira pukul 7.20 petang untuk bedah siasat. Sementara itu,

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Perhentian, Zainuddin Mohamad, 43, berkata penduduk tempatan telah melarang kumpulan lelaki berkenaan daripada bermain dengan ombak ketika kejadian.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan itu tidak mengendahkan larangan itu. -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads