ads

Ahad, 14 Ogos 2011

13 di pulau redang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di pulau redang - Google Blog Search


<b>Pulau Redang</b> on my mind | Flickr - Photo Sharing!

Posted: 13 Aug 2011 10:53 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]photo. Pulau Redang on my mind. Some quick sketch with Wacom's Bamboo Paper. Comments and faves. Dani Irwan (24 hours ago | reply). I'm going there again after Raya jilb, insyaAllah. I miss this place very much too... ★ ...

13 di kuala terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kuala terengganu - Google Blog Search


JAWATAN KOSONG TERKINI EXXONMOBIL <b>DI KUALA</b> <b>...</b>

Posted: 27 Jul 2011 10:53 PM PDT

Kerja Kosong di ExxonMobil Terkini

ExxonMobil Corporation is the world's largest publicly traded international oil & gas company, having presence in over 200 countries. We are industry leaders in almost every aspect of the energy and petrochemical business. In Malaysia, ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc. (EMEPMI) has business activities ranging from exploration, development and production of oil and gas. We operate more than 40 offshore platforms in 17 fields off the east coast of Peninsular Malaysia with a Turbo Machinery fleet of over 700,000 horsepower. We produce nearly a fifth of Malaysia's crude oil and condensate and half of Peninsular Malaysia's gas supply.

1. Open Interview

- Visit us at an open interview session to learn more positions in the offshore Terengganu.

Jobs Requirements:

- Certificate or Degree From Technical Institute

Do not forget to bring along your resume!

Date: Jumaat, 29 Julai 2011
Location: Awana Kijal Resort, Kijal, Terengganu
Time: 10.00 pagi – 4.30 petang

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di ajil - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


Mahligai An-Nur: [KUALA BERANG] Ajal balik kampung

Posted: 10 Aug 2011 03:32 PM PDT


KUALA BERANG: "Ini dugaan paling besar bagi saya, apatah ia berlaku di bulan puasa ini," kata Shafiee Mohd Noor, 48, bapa kepada Mohd Zahid Shafiee, 20, yang meninggal dunia apabila motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi di Kilometer 37, Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang, Mohd Zahid yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Bukit Diman, Hulu Terengganu selepas belajar memandu kereta di sebuah institut latihan di Ajil, dikatakan memasuki laluan kanan jalan secara mengejut sebelum dilanggar sebuah lori dari arah belakang yang gagal mengelak.

Difahamkan, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan kepala.
Shafiee yang bekerja di sebuah bengkel besi di Kampung Tok Randok, di sini berkata, dia tidak menduga sama sekali tragedi itu kerana anak sulung daripada tujuh beradik itu tidak menunjukkan sebarang petanda pelik.

"Cuma semalam (kelmarin) dia batuk kuat dan tidak boleh tidur, itu saja dan saya pun tidak bertanya lanjut kerana ingatkan ia perkara biasa. "Kira-kira jam 8 pagi tadi (semalam), dia keluar rumah seperti biasa untuk belajar memandu kereta dan akan mengambil ujian tidak lama lagi.
"Tidak lama selepas itu, ada orang telefon saya beritahu anak kemalangan dan minta segera datang ke tempat kejadian. "Namun, apabila tiba di sana, saya jadi lemah semangat dan tidak mampu melihat arwah sebelum terus ke hospital," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Hulu Terengganu di sini, semalam.

Menurutnya, arwah yang menuntut di tahun tiga Diploma Syariah dan Bahasa di Universiti Sheikh Ahmad Kiftaro, Syria, pulang ke tanah air, Jun lalu, untuk bercuti raya selain mengelak kekacauan politik di negara berkenaan.
Katanya, sejak pulang ke kampung, anaknya yang mudah mesra sering berulang-alik ke Rusila, Marang mengikuti usrah di sana, selain mengambil kelas memandu kereta dan menjadi imam solat Tarawih di Surau Bukit Diman.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Tengku Hamzah Tengku Abdullah ketika ditemui, mengesahkan kejadian dan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kemalangan menyebabkan kematian.


SUMBER UTAMA:
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di jabor - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di jabor - Google Blog Search


Buruh maut tersepit penyodok jentolak

Posted: 20 Mar 2011 11:38 PM PDT

CHUKAI: Seorang buruh kuari di Hulu Jabor dekat Kampung Jabor Perasing Jaya di sini, maut selepas tersepit penyodok jentolak yang digunakan untuk menolak keluar sebuah lori yang terkandas dalam lumpur, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, Abdul Latif Mat Said, 46, dikatakan enggan keluar walaupun sudah diarahkan dengan alasan sudah biasa berada dalam penyodok jentolak ketika jentera itu sedang bekerja.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata sebelum kejadian, mangsa dari Kuantan, Pahang tiba di tempat kejadian jam 5.15 petang dan masuk dalam penyodok untuk mengambil minyak diesel yang diletakkan di atas sebuah para yang agak tinggi di kawasan kuari itu.

Beliau berkata, selepas selesai menurunkan minyak diesel, pemandu jentolak terbabit mahu membantu menolak sebuah lori mengangkut batu yang terkandas dalam lopak air berhampiran tapak kuari itu dan meminta mangsa turun daripada penyodok jentolak itu tetapi dia tetap enggan.

"Ketika jentolak berkenaan menolak lori itu, mangsa yang berada dalam penyodok tergelincir dan tersepit antara mata jentolak dan belakang lori itu," katanya.

Abdullah Sani berkata, pemandu jentolak dan pemandu lori serta beberapa pekerja yang berada di situ segera membantu mangsa yang parah di kepala.

Katanya, polis menahan pemandu jentolak berusia 46 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304(A) Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih dua tahun atau denda.

Berita Harian
21 Mac 2011

Pekerja kuari maut

KEMAMAN – Niat mahu membantu bertukar tragedi apabila pekerja kuari maut selepas tergelincir lalu jatuh daripada jengkaut ketika menolong pemandu lori yang kenderaannya tersangkut dalam lopak air di Kuari Bukit Ketam, Perasing Jaya, Jabor, petang kelmarin.

Insiden kira-kira jam 5.30 petang itu mengakibatkan mangsa, Abdul Latif Mat Said, 46, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami pendarahan di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, mangsa yang ketika itu berada dalam penyodok besi di bahagian hadapan jengkaut tiba-tiba tergelincir ketika dia menolak bahagian belakang lori yang tersangkut dengan mengguna penyodok besi terbabit.

"Kira-kira 15 minit sebelum kejadian, mangsa bersama pemandu jengkaut pergi ke kawasan kuari untuk mengambil tong minyak diesel tetapi ketika tiba di tempat kejadian terdapat lori yang tayarnya tersekat dalam lopak air.

"Justeru, pemandu lori terbabit meminta pertolongan daripada pemandu jengkaut dan mangsa kebetulan lalu di situ menolak lorinya menggunakan kenderaan berat itu manakala pemandu jengkaut itu mengarahkan mangsa yang berada dalam penyodok besi supaya turun," katanya.

Menurutnya, bagaimanapun, mangsa yang berasal dari Pahang dan menetap di Jabor, enggan turun kerana dia mendakwa sudah biasa dengan situasi berkenaan dan perkara itu disaksikan sendiri oleh pemandu serta kelindan lori terbabit.

"Pemandu jengkaut itu tetap mendesak mangsa turun kerana khuatir keselamatannya. Namun selepas lima minit mangsa masih berada dalam penyodok besi dan pemandu terbabit terpaksa menolak walaupun mangsa berada di bahagian hadapan jentera berat itu.

"Ketika menolak, tiba-tiba mangsa tergelincir manakala kepalanya cedera teruk kerana terhentak pada bahagian belakang lori sebelum terjatuh," katanya.

Difahamkan, pemandu jengkaut terus mengangkat lebih tinggi bahagian penyodok besi hadapan dan segera mendapatkan mangsa, bagaimanapun ketika itu mangsa sudah tidak bergerak dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat," katanya.

Susulan itu, pemandu jengkaut itu kini ditahan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda.

Katanya, kejadian berkenaan bersifat secara tidak sengaja, namun pemandu jengkaut terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut.

Sinar Harian
21 Mac 2011

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di kemaman - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di kemaman - Google Blog Search


Barangan 3M <b>di Kemaman</b> « PUSTAKA MUNIRAH ~ Kemaman <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2011 03:33 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Barangan 3M di Kemaman. July 29, 2011. pustakamunirah Uncategorized Leave a comment · Like. Be the first to like this post. Comments are closed. Facebook Pustaka Munirah ...

13 di dungun - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di dungun - Google Blog Search


Terengganu rayu agar hospital baru dibina <b>di Dungun</b> - Komunitikini

Posted: 11 Aug 2011 12:26 AM PDT

Kerajaan Terengganu merayu Kementerian Kesihatan agar mempercepatkan pembinaan hospital baru Dungun kerana ia begitu kritikal memandangkan hospital yang ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah dan kedudukan di satu lokasi yang sesak.

Menteri Besar Ahmad Said berkata cadangan pembinaan Hospital Dungun yang baru telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan tetapi sehingga kini ia belum terlaksana.

"Dua hospital yang sangat kritikal ialah Hospital Dungun dan Hospital Kemaman. Ia sudah tidak sesuai lagi beroperasi di tempat yang ada sekarang kerana pembangunan yang berlaku di sekitarnya, menjadikan ia agak sesak.

"Kita sedia memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan dengan menyediakan tapak baru untuk Hospital Dungun, kira-kira 20 hektar di Kampung Che Lijah di sini," katanya ketika menghadiri program Ehsan Ramadan di hospital itu dan menyampaikan sumbangan hamper kepada pesakit serta menghadiri majlis berbuka puasa semalam.

Ahmad berkata, keadaan Hospital Dungun yang rendah, sering dinaiki air apabila berlaku hujan lebat.

"Beberapa tahun lalu, pesakit hospital itu pernah dipindahkan ke tempat selamat akibat berlaku banjir kilat dan ia amat menyusahkan pesakit serta kakitangan hospital itu sendiri.

"Jadi kita haraplah agar Kementerian Kesihatan mempercepatkan pembinaan Hospital Dungun agar perkhidmatan yang lebih baik dapat disediakan kepada rakyat di sini," katanya.

- Bernama

Related article

The leading Malaysian website for news and information on community events, food, entertainment and community resources on education and development.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Terengganu Rayu Bina Segera Hospital Baru <b>di Dungun</b> - Teganuku..

Posted: 10 Aug 2011 09:04 PM PDT

Kerajaan Terengganu merayu Kementerian Kesihatan agar mempercepatkan pembinaan hospital baru Dungun kerana ia begitu kritikal memandangkan hospital yang ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah dan kedudukan di satu lokasi yang sesak.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, berkata cadangan pembinaan Hospital Dungun yang baru dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan tetapi sehingga kini ia belum terlaksana.

"Dua hospital yang sangat kritikal ialah Hospital Dungun dan Hospital Kemaman. Ia sudah tidak sesuai lagi beroperasi di tempat yang ada sekarang kerana pembangunan yang berlaku di sekitarnya, menjadikan ia agak sesak.

"Kita sedia memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan dengan menyediakan tapak baru untuk Hospital Dungun, kira-kira 20 hektar di Kampung Che Lijah di sini," katanya ketika menghadiri program Ehsan Ramadan di hospital itu dan menyampaikan sumbangan hamper kepada pesakit serta menghadiri majlis berbuka puasa di Dungun semalam.

Ahmad Said berkata, keadaan Hospital Dungun yang rendah, sering dinaiki air apabila berlaku hujan lebat.

"Beberapa tahun lalu, pesakit hospital itu pernah dipindahkan ke tempat selamat akibat berlaku banjir kilat dan ia amat menyusahkan pesakit serta kakitangan hospital itu sendiri.

"Jadi kita haraplah agar Kementerian Kesihatan mempercepatkan pembinaan Hospital Dungun agar perkhidmatan yang lebih baik dapat disediakan kepada rakyat di sini," katanya.

Pada September tahun lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. Abdul Rahman Mokhtar berkata pembinaan hospital baru bagi menggantikan Hospital Dungun yang sepatutnya dilaksanakan tahun lalu terpaksa ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) tahun depan.

Ini berikutan peruntukan bagi pembinaannya masih belum diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

"Kerajaan negeri mengklasifikasikan projek tersebut sebagai keperluan yang amat mendesak dan berharap permulaan RMK-10 dapat memberi keutamaan kepada projek tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian berikutan rungutan orang ramai terhadap kemudahan di Hospital Dungun yang tidak lagi praktikal kerana ia dibina berdasarkan keperluan penduduk pada sekitar 60-an.

Hospital Dungun yang mengandungi empat wad dengan 100 katil pesakit dibuka secara rasmi pada 26 Mac 1967 dan kini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 160,000 penduduk di daerah itu.

Hospital yang terletak di pusat bandar itu kini semakin sesak dan tidak dapat menampung keperluan pesakit.

Menurut Abdul Rahman, urusan pengambilalihan dan pembayaran sebidang tanah di Kampung Che Lijah sebagai tapak pembinaan hospital baru telah selesai dilakukan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

di negeri terengganu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


SPR digesa BERSIH kan senarai pemilih <b>negeri Terengganu</b>

Posted: 10 Aug 2011 10:15 PM PDT

- DUN Kijal paling ramai pengundi Myanmar yang diberi kad pengenalan
DUNGUN - Pada 21 Julai lalu, dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Setiu, PAS telah mendedahkan 44 nama pengundi tempatan yang berkemungkinan mengundi lebih dari sekali.

Menurut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, nama-nama 44 orang tersebut terdapat dalam daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR pada lebih dari saru pusat mengundi.

Wahid berkata, ekoran pendedahan tersebut, pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) negeri Terengganu menafikan dakwaan PAS dan menyatakan hanya ada dua orang dalam rekod SPR yang memiliki dua kad pengenalan.

"Saya nak tegaskan, kita tak kata seorang ada dua kad pengenalan, satu orang ada satu kad pengenalan tetapi mengundi lebih dari sekali,

"dan ini sampai sekarang dia (SPR) tidak jawab, apa kedudukan 44 orang (tersebut),"jelasnya dalam sidang media disini, Selasa 9 Julai.

Beliau berkata, PAS Terengganu akan meneruskan carian bagi membuktikan bahawa daftar pemilih yang digunapakai oleh SPR sekarang adalah tidak BERSIH.

Sehubungan itu, beliau mendedahkan pula, terdapat kes warganegara asing yang diberi kad pengenalan dengan menggunakan kod 02 iaitu kod bagi negeri Kedah.

"(terdapat) warganegara asing yang telah diberi kad pengenalan, kod 02, negeri Kedah, pusat transitnya di Langkawi,

"orang Myanmar (atau) Burma, (yang) transit di Langkawi di proses kad pengenalan kod 02 lepas itu dihantar untuk mengundi di Trengganu dan di Pahang,"kata Wahid.

Menurutnya, jumlah keseluruhan warga Myanmar yang diberi kad pengenalan untuk mengundi di negeri Terengganu adalah sebanyak 5,006 orang.

Katanya, paling ramai pengundi tersebut terdapat dalam DUN Menteri Besar Terengganu, DUN Kijal dengan tumpuan di Peti Undi Seri Bandi.

&feature=channel_video_title

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

13 di chukai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

13 di chukai - Google Blog Search


PPDC Group: Gotong Royong ganti atap <b>di</b> Kg Tuan, <b>Chukai</b>

Posted: 01 Jul 2011 12:00 AM PDT


1/7/2011 Kg Tuan- Gotong royong ganti atap zink rumah fakir miskin di kg tuan Chukai.Seramai 30 orang sukarelawan atau skuad khidmat DUN yang hadir pada hari itu. Alhamdulillah kerja-kerja dapat diselesaikan setengah hari sahaja.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved