ads

Rabu, 8 Januari 2014

13 di besut - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di besut - Google Blog Search


VIDEO: Rompakan Bersenjata <b>Di Besut</b> | Terengganu Today

Posted: 06 Jan 2014 04:09 PM PST

Dua lelaki merompak kedai telefon di Besut.

28 Disember lalu, seorang pemuda nyaris maut selepas ditembak salah seorang daripada dua perompak  di Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu.

Kejadian berlaku selepas Nor Hasmadi Mohd Noor, 29, yang berada di kedai makannya miliknya bergegas menuju ke kedai 'handphone' berhampiran bila melihat dua lelaki mencurigakan sedang berlari keluar menuju ke motosikal mereka dari kedai terbabit.

Pertanyaan Nor Hasmadi tentang apa sedang berlaku kemudiannya dibalas dengan tembakan daripada salah seorang lelaki berkenaan yang baru sudah merompak.

Menurut Ketua Polis Daerah Besut, kedua-dua suspek sedang diburu.

Mereka terdiri daripada lelaki mengacukan pistol yang berbadan kecil, kurus, berkulit gelap dan ketinggian dianggarkan 165 sentimeter selain memakai cermin mata hitam; serta seorang lagi suspek yang berperanan memasukkan telefon bimbit ke dalam plastik beg. Dia memakai baju T hitam dan berseluar jeans warna biru, kurus, berkulit gelap dan ketinggian dianggarkan 178 sentimeter.

Berikut adalah rakaman kejadian rompakan pada hari berkenaan.-mnh

" ); (function() { var nn = document.createElement('script'); nn.type = 'text/javascript'; nn.src = 'http://synad2.nuffnang.com.my/lr.js'; var s = document.getElementsByTagName('script')[0]; s.parentNode.insertBefore(nn, s.nextSibling); })();

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved