Khamis, 22 November 2012

13 di jabor - Google Blog Search

13 di jabor - Google Blog Search


4 sekeluarga maut nahas <b>di</b> Jerangau-<b>Jabor</b>

Posted: 24 Oct 2009 03:51 PM PDT

CHUKAI: Lima sekeluarga maut, termasuk tiga daripadanya rentung dalam satu kemalangan ngeri membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 123 Jalan Jerangau – Jabor dekat Kampung Padang Kubu, di sini kira-kira jam 7.20 malam tadi.

Mereka yang maut ialah pemandu Proton Iswara Aeroback, Baharuddin Taib, 45, isterinya, Maimun Ibrahim, 40, anak bongsu mereka, Mohamad Nor Firdaus ,2, serta ibu Baharuddin, Esah Salleh, 80.

Semua mereka dari Kampung Kesom, Manir, Kuala Terengganu.

Empat lagi anak Baharuddin yang duduk di tempat duduk belakang iaitu Aidil Shahidan 12; Aishah Nabila 10; Ekma Rizal, 8 dan Aishah Natasha, 4, bagaimanapun dapat dikeluarkan dari kereta yang terbakar.

Aidil Sahidan yang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan selepas kejadian itu, bagaimanapun meninggal dunia jam 3 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, berkata Baharuddin yang tersepit di tempat duduk hadapan dan isterinya yang memangku Mohamad Nor Firdaus di tempat duduk hadapan, rentung.

Beliau berkata, Esah yang tersepit meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Baharuddin dari arah Kuala Terengganu ke Kuantan melanggar belakang sebuah Proton Saga sebelum berpusing beberapa kali dan melanggar sebuah lagi kereta Proton Gen2.

"Akibat perlanggaran itu, kereta Baharuddin terbakar dan beberapa orang awam yang berhenti di tempat kejadian cuba mengeluarkan mangsa tetapi gagal," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads