Rabu, 7 November 2012

13 di kemaman - Google Blog Search

13 di kemaman - Google Blog Search


a Slice of &#39;Bledho&#39;: Kemalangan maut <b>di Kemaman</b> 10 Oktober 2012

Posted: 10 Oct 2012 06:04 PM PDT

Semalam Ma dan adik Neeza datang dari Kemaman naik bas. Mereka naik bas tengahari. Sampai sini dalam pukul 7 malam. Masa kami makan malam, Neeza terdengar berita di tv tentang berita kat bawah ni. Terkejut jugak. Tapi tak lah risau sebab Ma dan adik dah ada di rumah. Alhamdulillah.
Rupanya ada orang risau. Mak Lang Neeza (kakak Ma) yang risau. Bila dia dengar berita tu, dia ingat bas tu bas yang Ma naik. Lagi pulak bila nama Kemaman di sebut. Tempat kemalangan tu pulak memang dekar dengan rumah kami. Pada sape nak tahu berita tu, boleh baca di bawah (copy dari BERNAMA). Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka. Aameen...
=============================================================
KEMAMAN: Seorang ibu bersama tiga anaknya adalah antara enam yang maut dalam kemalangan yang membabitkan kereta mereka dan sebuah bas ekspres di KM129.65 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu, berhampiran Meraga Beris di sini, awal pagi tadi.

Ibu berkenaan ialah Noran Ali, 39, dan anak-anak perempuannya Nursyazleen Norizan, 12, Nur Syardiena, 9, dan Nurkhairatul Najiha, 4.

Dua lagi yang maut dalam tragedi kira-kira 4.30 pagi itu ialah saudara mara mereka iaitu Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta berkenaan.

Dua lagi anak Noran iaitu Nursakinah, 17, dan adiknya Nursyafura, 13, cedera parah dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Viva yang dinaiki mangsa hilang kawalan akibat muatan berlebihan sebelum terbabas dan merempuh bas ekspres berkenaan.

Beliau yang berada di Hospital Kemaman di mana mayat mangsa ditempatkan berkata rempuhan secara berhadapan itu menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian.

Semua mangsa berasal dari Kampung Gong Pauh kecuali Wan Aspisar dari Kampung Bukit Mentok.
"Siasatan awal mendapati kereta itu memasuki laluan bertentangan sebelum berlaku pertembungan dengan bas ekspres berkenaan," kata Abdul Marlik.

Beliau berkata pemandu bas ekspres tersebut bersama 23 penumpang yang sedang dalam perjalanan dari Kota Baharu ke Kuantan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tinjauan Bernama mendapati kawasan kemalangan terletak di laluan yang lurus berhadapan Sekolah Kebangsaan Meraga Beris dan menurut beberapa penduduk, di kawasan berkenaan memang sering berlaku kemalangan maut.

Sementara itu, suami kepada Noran, Norizan Othman, 49, berkata beliau reda dengan ketentuan Illahi dan menambah jenazah ahli keluarganya akan dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Gong Pauh selepas solat asar.

Beliau juga berkata pihak hospital memberitahu keda-dua anaknya yang sedang dirawat mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan namun berada dalam keadaan stabil.

"Saya hanya akan menziarahi mereka selepas menguruskan urusan pengkebumian adik-adiknya di sini," katanya. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads