ads

Sabtu, 21 April 2012

13 di ajil - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di ajil - Google Blog Search


Polis Tembak Mati 2 Anggota Geng Buyung

Posted: 18 Apr 2012 01:17 AM PDT

KOTA BHARU – Dua penjenayah yang sangat dikehendaki, ditembak mati sepasukan anggota polis dalam satu serbuan di sebuah hotel bajet di Jalan Sri Cemerlang, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata dalam kejadian pada jam 8 malam itu, suspek, anggota "Geng Buyung" dikenali sebagai Elezulhelmie Ilias, 24, atau lebih dikenali sebagai 'Emi Lias', dari Bekelam, Bachok, dan rakannya, Ahmad Izzuddin Che Deraman, 24, atau 'Din Billion' dari Jalan Marican, di sini, mati di tempat kejadian.

"Polis membuat serbuan di sebuah bilik hotel di tingkat satu hotel bajet berkenaan selepas mendapat maklumat daripada orang awam dan apabila pintu dibuka dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis, dua lelaki Melayu terjun melalui tingkap bilik bahagian belakang hotel berkenaan.

"Polis cuba untuk menahan suspek, namun seorang daripada mereka berjaya melepaskan tembakan," katanya pada sidang berita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini, hari ini.

Bagi tujuan mempertahankan diri, Jalaluddin berkata, polis membalas tembakan dan menyebabkan kedua-dua suspek mati di tempat kejadian.

"Polis juga berjaya merampas sepucuk senjata api jenis pistol semi-automatik warna 'chrome' dan sebuah kereta jenis Proton Waja warna 'silver' yang digunakan oleh suspek.

"Semakan ke atas kenderaan ini didapati dilaporkan hilang pada 27 Mac lalu di Ajil, Hulu Terengganu," katanya.
Selain itu, Jalaluddin berkata, polis turut merampas sepucuk pistol tiruan Revolver warna 'chrome' buatan China, dua bilah parang, empat keping kad bank, lima keping lesen memandu, satu kad pengenalan dan dua cukai jalan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan laporan kematian mengejut.

Siasatan juga mendapati kedua-dua suspek terbabit dengan lapan kes jenayah yang berlaku sejak awal tahun ini di mana membabitkan tiga kes di Kota Bharu, dua kes di Pasir Mas dan tiga kes di Bachok.

Jalaluddin berkata, pihaknya masih memburu saki-baki geng berkenaan yang dipercayai dianggotai kira-kira 10 orang dan dipercayai bergiat aktif dalam melakukan jenayah samun bersenjata dan bersenjata api di sekitar daerah Kota Baharu, Pasir Mas dan Bachok.

Sehubungan itu, Jalaluddin berkata pihaknya memohon orang ramai menyalurkan sebarang maklumat kepada mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan IPK Kelantan di talian 09-7450999. – BERNAMA

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved