ads

Sabtu, 7 Disember 2013

13 di kijal - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di kijal - Google Blog Search


Dia buat dah: Remaja dikhuatiri lemas <b>di</b> Padang Kubu, <b>Kijal</b>

Posted: 02 Dec 2013 07:32 PM PST

Remaja dikhuatiri lemas di Padang Kubu, KijalKampung Gong Limau di Chukai turut ditenggalami air.
KEMAMAN – Bencana banjir yang melanda Kemaman turut menyebabkan seorang remaja berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika pulang dari memukat ikan dalam kejadian di Kampung Banggol, Ladang Pelatoh,Padang Kubu, Kijal, di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, mangsa, Mohd Asraf Mohd Nor bersama ayahnya dan seorang lagi ahli keluarga mereka pergi menjala dengan menaiki bot.

Namun ketika dalam perjalanan pulang, tiba-tiba bot mereka terbalik dan ketiga-tiga mereka jatuh ke dalam air banjir menyebabkan mangsa dihanyutkan arus deras.

Bapa mangsa yang panik melihat kejadian cuba menyelamatkan anaknya tetapi gagal, dan hanya sempat menyelamatkan adik perempuan mangsa yang berusia 8 tahun.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Cheneh Abdullah Embong berkata, operasi mencari dilakukan dengan bantuan penduduk dan pihak polis.

Bagaimanapun, sehingga jam 10 malam tadi mangsa masih belum dijumpai.

Sementara itu, sehingga jam 9 malam tadi, sebanyak lapan buah pusat pemindahan dibuka di daerah Kemaman bagi menempatkan 171 mangsa banjir di daerah itu. susulan hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu.

Beberapa kawasan terjejas teruk termasuk Kampung Teluk Kalong yang menjadi kampung paling awal berpindah ke pusat pemindahan.

Turut terjejas kawasan bandar Chukai dekat Kompeks Centre Point Kemaman yang turut digenangi air selain beberapa kawasan rendah lain di seluruh daerah ini juga ditenggelami air.

Mangsa dari Kampung Teluk Kalong, Norihan Mohamad, 49, berkata, air yang naik mendadak ke dalam rumah menyebabkan anak bongsunya, Muhammad Halif Izhan Mazlan, 10, yang berkhatan pada 16 November lalu terpaksa mengharung air ke pusat pemindahan walaupun luka masih belum sembuh.

"Selepas air mulai masuk ke dalam rumah, kami mulai berpindah tetapi jiran tetangga yang rumah mereka pada kedudukan rendah lebih awal berpindah jam 2 petang.

"Air yang naik bukanlah air dari limpahan sungai tetapi limpahan air dari Bukit Kuari yang terletak berdekatan kawasan perumahan kami ekoran hujan lebat sejak jam 8.30 pagi lagi," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Kalong, Kijal, malam tadi.

Sehingga jam 9 malam, seramai 46 mangsa dari 20 keluarga di sekitar Teluk Kalong berpindah ke pusat pemindahan.

Dalam pada itu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Terengganu turut memaklumkan Bilik Gerakan Daerah Kemaman di Pejabat Daerah Kemaman telah dibuka jam 10.38 pagi semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved