ads

Sabtu, 7 Disember 2013

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di hulu terengganu - Google Blog Search


Gambar Keadaan Banjir Semakin Buruk <b>Di Terengganu</b>, Pahang <b>...</b>

Posted: 03 Dec 2013 03:55 AM PST


Keadaan banjir di Terengganu, Pahang dan Johor semakin buruk petang ini dengan kebanyakan kawasan rendah terus dinaiki air berikutan hujan sejak semalam.

Banjir yang melanda Kemaman, Terengganu juga meragut nyawa seorang remaja lelaki berusia 17 tahun setelah lemas di Kampung Padang Kubu di Kijal semalam.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang juga Anggota Parlimen Kemaman berkata seorang kanak-kanak (masih belum diketahui jantinanya) pula dikhuatiri hilang di Kijal akibat limpahan air pasang besar.



Di KUALA TERENGGANU, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 905 orang berbanding 452 orang pagi ini apabila Dungun dan Hulu Terengganu pula dilanda banjir petang ini.

Portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyatakan setakat 4 petang ini Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dilanda banjir dengan Kemaman mencatat peningkatan mangsa yang dipindahkan.    

Di Kemaman 761 orang daripada 195 keluarga dipindahkan ke 24 pusat pemindahan berbanding pada sebelah pagi hanya 13 pusat dibuka dengan 452 mangsa banjir.



Di Hulu Terengganu, 94 mangsa daripada 18 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sejak 2 petang manakala di Dungun, 50 orang daripada 12 keluarga dipindahkan sejak 12 tengah hari.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan bacaan pada 4 petang menunjukkan paras air di Pasir Raja dan Kuala Jengai di Dungun melebihi paras bahaya masing-masing setinggi 37.84m dan 23.21m.



Sungai Kuala Berang, di Kampung Menerong di Hulu Terengganu juga melebihi paras bahaya iaitu setinggi 25.13m (bahaya 24.5m) manakala Sungai Kemaman pula, Sungai Cerol di Banho dan Jambatan Air Putih berada dalam kedudukan bahaya iaitu masing-masing setinggi 19.78m dan 15.06m.

Di KUANTAN, sebanyak 5,561 mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Kuantan, Pekan, Rompin dan Maran setakat 3 petang.

Bandar Kuantan juga dilaporkan hampir lumpuh apabila kebanyakan laluan jalan raya di sekitar bandar itu dinaiki air melebihi 1 meter.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata Rompin mencatatkan jumlah pemindahan banjir paling ramai iaitu 2,595 orang dari 23 kampung dan ditempatkan di 13 pusat pemindahan di daerah itu.

Di Pekan, 341 mangsa dari enam kampung dipindahkan ke enam pusat pemindahan manakala di Kuantan 1,824 mangsa dari 23 kampung dipindahkan ke 23 pusat pemindahan.

Di Maran, 801 mangsa banjir dari sembilan kampung ditempatkan di tujuh pusat pemindahan.

Beliau berkata keadaan banjir dijangka bertambah buruk berikutan hujan lebat masih berterusan sehingga kini.    

"Jambatan Sungai Charu di Km28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan ditutup kepada semua kenderaan berikutan air naik melebihi satu meter," kata jurucakap itu.

Beberapa jalan lain juga kini ditutup kepada kenderaan ringan berikutan kawasan berkenaan dinaiki air antara 0.5 hingga 1 meter termasuk Batu 3 Jalan Kuantan–Gambang, Km16 Jalan Pekan–Nenasi, Km9 Jalan Pekan–Nenasi dan Km64 Jalan Maran–Jerantut.

Di JOHOR BAHARU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan petang ini meningkat kepada 5,659 orang berbanding 4,765 orang pagi ini.

Setakat 3 petang, Segamat mencatatkan mangsa banjir tertinggi yang dipindahkan iaitu 1,116 orang, mangsa banjir di Kluang juga meningkat iaitu 187 orang manakala di Kota Tinggi meningkat kepada 74 orang.

Portal MKN menyatakan Muar menjadi daerah terbaharu yang memindahkan mangsa banjir iaitu 35 orang manakala jumlah mangsa di Mersing kekal 4,247 orang.

Sebanyak 42 pusat perpindahan dibuka berbanding 27 pusat pada sebelah pagi iaitu 18 di Mersing (kekal), 18 di Segamat (meningkat 12), tiga di Kluang (meningkat satu), dua di Kota Tinggi (meningkat satu) dan sebuah pusat dibuka di Muar.

Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca hujan sekejap-sekejap di satu dua tempat di Mersing dan Segamat manakala ribut petir di satu dua tempat di Kluang dan Kota Tinggi hari ini. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved