Sabtu, 12 Mei 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Pelancaran Album dan Konsert Rabbani | AmeenTv News

Posted: 25 Apr 2012 08:23 PM PDT

PELANCARAN ALBUM DAN KONSERT RABBANI

http://fenomenasyid.blogspot.com/2010/01/pelancaran-album-dan-konsert-rabbani.html

Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah & Pelancaran Album Terbaru Rabbani,'Mahabbah'

Selasa lalu, bertempat di Restoran Seri Melayu, telah diadakan sidang media Rabbani Production Sdn. Bhd. yang bertujuan mengumumkan Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 Hijrah serta pelancaran album terbaru Rabbani, 'Mahabbah'.

Kumpulan nasyid paling popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Rabbani telah berjaya mencetuskan satu fenomena baru dalam industri hiburan tempatan apabila menganjurkan konsert bercirikan Islamik secara besar-besaran. Kali pertamanya ketika menyambut Malam Sinar Maulidur Rasul pada 1427 Hijrah dan diteruskan untuk kali keduanya pada tahun 1430 Hijrah.

Jika sebelum ini, konsert berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, untuk edisi ketiga, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di Terengganu menjadi pilihan. Konsert akan diadakan pada 19 Februari depan. Dan sekali lagi, pihak Telekom Malaysia Bhd tampil sebagai penaja utama.

Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul merupakan satu persembahan berkonsepkan 'edutainment', iaitu konsert yang menggabungkan unsur-unsur pendidikan dan mesej yang positif dalam hiburan melalui alunan nasyid, qasidah, pantomen dan anekdot tazkirah. Konsert itu juga akan dijalankan dengan konsep 'story-telling', iaitu persembahan melalui penceritaan daripada artis yang terlibat.
Selain Rabbani, mereka yang terlibat termasuk Datuk Sharifah Aini, Jamal Abdillah, Aishah, Yassin dan Joe Flizzow, manakala penceramah tersohor Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah menjadi pelengkap kepada konsert tersebut.
Dalam majlis yang sama, Rabbani turut melancarkan album terbaru mereka, 'Mahabbah'. 'Mahabbah' bermaksud kasih sayang dan telah berada di pasaran sejak 18 Disember lalu.Album berkonsepkan cinta dan kasih sayang ini memuatkan lapan lagu baru yang menampilkan Zulkiflee Hj. Azman sebagai vokalis utama. Lagu-lagu hit yang terdapat dalam album ini ialah "Mahabbah", "Kejora Sinar Zaman", "Syahadah", "Nurul Iman", "Bicara Hijrah", "Ya Man Satufariq" (lagu Arab), "Tanpa Agama" dan "Inikah Petanda".Lagu "Kejora Sinar Zaman" merupakan lagu yang dicipta khas untuk mengenang perjuangan Allahyarham Ustaz Mohamad Asri Hj. Ibrahim semasa hayatnya bersama Rabbani.

"Walaupun tanpa kehadiran al-marhum di sisi, namun semangatnya masih utuh bersama kami dan kami akan meneruskan apa yang telah kami perjuangkan bersama," kata Rabbani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads