ads

Isnin, 20 Jun 2011

di negeri terengganu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri terengganu - Google Blog Search


Pesta <b>Negeri Terengganu di</b> Menara Kuala Lumpur | Sensasi Selebriti

Posted: 20 Jun 2011 05:32 AM PDT

PESTA NEGERI TERENGGANU @ MENARA KUALA LUMPUR

Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu akan mengadakan Pesta Negeri Terengganu @ Menara Kuala Lumpur di Kampung Budaya 1Malaysia, Menara Kuala Lumpur dari 18 Jun 2011 hingga 26 Jun 2011.

Ianya akan dibuka secara PERCUMA kepada pengunjung mulai jam 10.00 pagi hingga 8.00 malam.

Pesta Negeri Terengganu ini diadakan bagi memperkenalkan kebudayaan, kesenian, permainan tradisonal dan pelbagai produk keluaran tempatan.

"Di samping memberi peluang kepada rakyat tempatan dan antarabangsa mengetahui dengan lebih mendalam mengenai seni dan budaya negeri Terengganu, ianya secara tidak langsung dapat membantu mempertingkatkan lagi usaha mempromosikan warisan dan destinasi pelancongan di Malaysia khususnya di Terenganu" kata Puan Zuraidah Mohd Said, Ketua Pegawai Eksekutif, Menara Kuala Lumpur.

"Marilah kita bersama-sama memartabatkan produk tempatan dan saya mengambil kesempatan ini menjemput semua rakyat Malaysia ke Menara Kuala Lumpur bagi bersama-sama memeriahkan lagi Pesta negeri Terengganu ini", tambah beliau lagi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian 03-2020 5454 / 03-2020 5448 dan layari laman sesawang di www.menarakl.com.my

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Pesta Negeri Perak Di Menara Kuala Lumpur
  • Kempen Kurang Gula Kurang Belanja
  • Promosi Cuti Sekolah Menara Kuala Lumpur
  • MUSIC AGAINST RACISM CONCERT MENARA KL
  • Explorasi Warisan Menara Alor Setar 2009
  • 09.09.09 Lucky Number Wedding at Kuala Lumpur Tower
  • The Fabulous Cats ABP Berita Harian Road Tour Kuala Terengganu
  • Gambar Jamal Abdillah di Sidang Media Minggu Setiausaha Menara KL
  • Majlis Perasmian Tower Beach Soccer Langkawi 2009
  • PESTA JORAN TAHUN MELAWAT KEDAH 2008
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ucap utama Pengarah Pelajaran <b>Negeri Terengganu di</b> Majlis Taklimat <b>...</b>

    Posted: 13 Jun 2011 11:01 AM PDT

    KOTA  BHARU - Seramai 87 orang Guru Besar terpilih dari seluruh negeri Terengganu telah mengikuti Taklimat Profesional Guru Besar Terengganu di Perdana Resort ,Kota Bharu mulai 13 hingga 15 Jun 2011.Mereka ini terdiri daripada gabungan barisan Guru Besar yang baru dilantik dan juga kalangan yang telah lama memimpin sekolah. 

    Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu,En.Razali bin Daud semasa menyampaikan ucap utama  melahirkan rasa bersyukur kerana wujudnya kerjasama yang amat erat antara Majlis Guru Besar Terengganu dengan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sehingga program taklimat ini berjaya diadakan. 

    Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta kerana terpilih menyertai taklimat ini yang julung kali dirancang oleh MGB pada tahun ini. Seterusnya beliau berasa yakin bahawa semua Guru Besar yang terlibat mengikuti taklimat ini akan menunjukkan kesediaan dan kesanggupan untuk meneruskan kecemerlangan sekolah. 
    Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu mengajak para Guru Besar membuat pengakuan ikhlas bahawa kerja Guru Besar tidak terlepas daripada menerima kegagalan khususnya pada ketika mula-mula melaksanakan kerja dalam bidang pengurusan. Ini merupakan lumrah kerana tidak ada individu biasa yang dilahirkan lengkap dengan pakej diri sebagai pemimpin. Aspek kepimpinan perlu dipelajari dan dihayati. Konsep yang harus ada pada diri seorang pemimpin ialah 'attitud' yang tepat dan nilai yang positif dalam mencapai hasil produk yang tinggi.
    Beliau juga menegaskan bahawa dalam kepimpinan pendidikan di sekolah, pemikiran seorang Guru Besar harus berfokus kepada kepentingan pendidikan negara dan dasar-dasar kerajaan. Sebagaimana sasaran NKRA yang turut dipikul oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, Program LINUS semestinya menjadi agenda utama di sekolah. Kedudukan data LINUS Tegar juga membimbangkan kepimpinan di jabatan. Oleh itu Guru Besar perlu memikul Program LINUS ini secara jujur dan bertanggungjawab. Aspek pengajaran guru-guru di dalam bilik darjah (kepimpinan instruksional) perlu dijadikan keutamaan pengurusan di sekolah.
    Pengarah Pelajaran juga menjelaskan bahawa  faktor kepimpinan Guru Besar merupakan nadi kecemerlangan sesebuah sekolah. Seorang Guru Besar bukan menjadi 'bos'. Sebaliknya menjadi 'leader' yang ada kuasa untuk mempengaruhi orang lain menuruti visinya dan disegani oleh orang bawahannya. Selain itu, seorang pemimpin juga perlu menjadi pakar rujuk dalam semua aspek kerja di sekolah. Tidak kurang penting ialah pemimpin perlu bijak menguruskan perubahan semasa. Oleh itu, seorang Guru Besar yang baru dilantik hendaklah mendalami aspek kepimpinan. Paling mudah dalam meletakkan asas kepimpinan yang berkesan, Guru Besar perlu mengutamakan tiga aspek berikut:-

    a)    Pengurusan sumber manusia – Guru Besar perlu bangunkan kumpulan proaktif. Tangani kumpulan 'alienated' secara berhikmah.

    b)    Pengurusan Kewangan – Guru Besar perlu belajar membina kemahiran mengurus kewangan dan akaun secara 'legal'. Contoh paling klasik ialah prosedur pembelian dan pembayaran menggunakan wang kerajaan. Buku Tatacara Pengurusan Kewangan perlu dijadikan rujukan.

    c)    Pengurusan Produk – Guru Besar perlu mempertingkatkan 'hasil' daripada kerja buat  tahunan. Contoh yang dikemukakan ialah jabatan mensasarkan Gred Purata Sekolah 2.0, maka sekolah perlu membetulkan sasaran GPS masing-masing agar seiring dengan sasaran jabatan.

    Lima Cabaran Tugas Guru Besar

    a)    Memperbaiki 'Delivery System' di sekolah bagi melahirkan bangsa Malaysia.

    b)    Melahirkan modal insan yang beriman dengan cara membangunkan ketenangan hati dan emosi para pelajar.

    c)     Menyediakan pendidikan berkualiti kepada anak-anak dengan menyesuaikan dengan era kecemerlangan. Cemerlang bermaksud melampaui sasaran.

    d)    Banyakkan perbincangan bersama Guru Penolong Kanan dan guru-guru kanan mata pelajaran dengan cara mempraktikkan QTT (quality thinking time) bersama mereka.

    e)    Usahakan inovasi dalam pemikiran dengan berfikir secara destruktif dan analitikal.

     

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    0 ulasan:

    Catat Komen

     

    BLOG TERENGGANU

    Copyright 2010 All Rights Reserved