13 di kemaman - Google Blog Search |
Kerana BN Kalah <b>Di</b> Dun Chukai Kepada Pembangkang, <b>Kemaman</b> <b>...</b> Posted: 12 Jan 2014 08:51 PM PST Robin Hood apa macam neh? Main sebarangan aje keluarkan kenyataan. Tak fikir ka kenyataan ini menguris perasaan rakyat yang menetap di Kemaman? Dan tak fikir ke bahawa sekarang neh bukan setakat tempat yang BN kalah aje banjir, tempat yang bn menang pun ada yang banjir juga. Apa citer? Aduh. Ahmad Said. Aku setuju dengan kenyataan dari YB PAS, Adun Chukai, Hanafiah. Ucapan MB Terengganu terlalu angkuh dan ego. Meninggi diri. Banjir neh musibah. Tak dapat dinafikan punca kepada musibah neh ada berbagai2 sebab. Samada sistem perparitan yang tidak tersusun ke, tidak kemas ke, ataupun ban sungai yang tidak tinggi ke, apa ke. Namun dalam masa yang sama juga kadang2 kita tak boleh melawan ujian Allah. Mungkin selama neh kedalaman longkang2 yang kita bina mampu menampung air tetapi sejak air2 neh ia tak mampu nak tampung lagi disebabkan air hujan yang turun adalah lebih banyak dari luar biasa. So ini hukum Allah yang kita tak boleh predict. Kita bukan tuhan. Bila kita dah tahu kelemahan kita, kita repair la. Lagipun, selama neh, banjir memang berlaku tiap2 tahun di negara neh. Pengalaman sudah ada. Pengajaran sudah jelas terbentang. Kenapa tidak kaji bagaimana nak mengurangkan kesan kerugian akibat dari banjir tersebut? Baik fikir bab tue. Dari sibuk menyalahkan pembangkang dalam hal neh. Lagipun. Apa kaitan nya pula samada PEMBANGKANG menang atau KALAH, samada BN menang atau kalah, dengan BANJIR? Takde kaitan kot. Ia soal bagaimana kita mampu tanggani musibah banjir dengan lebih effisen je. Kalau cekap, cekap la. Kalau tak cekap, tak cekap la. Kalau nak aniaya orang sebab kawasan tue PR, aniaya la, kalau sengaja lambat bagi bantuan sebab tue kawasan PR, lambat bagi bantuan la.. atau kalau sebab itu kawasan PR sengaja taknak naik taraf kemudahan2 tertentu untuk mengurangkan risiko banjir teruk, ia maksudknya sengaja taknak naikkan tarafkan la. Untuk balas dendam. Tak gitu ke Ahmad Said? Tarik balik la Robin Hood. Kenyataan angkuh tue tak sesuai la dengan ciri2 Robin Hood. Ke Robin Hood Malaysia memang jenis angkuh? HAHAHA.. Baca ; BTW, kepada sesiapa yang ada rakaman asal ucapan MB Terengganu itu, mohon disalurkan kepada aku. Best gak dapat dengar sendiri. Oke bai. |
Kedahkini: BANJIR <b>DI KEMAMAN</b> BAGAI TSUNAMI Posted: 29 Dec 2013 04:26 PM PST Kemaman dilanda banjir terburuk dalam tempoh 50 tahun Keadaan banjir di Kemaman beberapa minggu lalu.Kemaman menjadi lumpuh apabila dilanda bencana banjir baru-baru ini yang kesannya masih terasa sehingga kini. Bekalan elektrik dan air bersih terputus, pencawang dan loji terjejas sementara perhubungan telefon turut terganggu. Balai polis, balai bomba dan penyelamat, sekolah serta pusat kesihatan dinaiki air sehingga mencecah 1.5 meter. Pergerakan pengangkutan banyak yang terhalang sehingga menyukarkan pihak berkuasa untuk memasuki kawasan yang terputus hubungan bagi memindah atau menghantar bekalan keperluan terutama makanan kepada mangsa. Bencana bah di Kemaman kali ini disifatkan sebagai yang terburuk dalam tempoh 50 tahun dan ada yang menganggapnya ibarat dilanda tsunami kecil. Kawasan yang tidak pernah terjejas sebelum ini turut tenggelam seperti Felda Neram Satu, Cheneh, Binjai dan Geliga. Apabila banjir mula melanda pada 2 Disember, ia hanya membabitkan 133 mangsa, namun jumlah itu meningkat secara mendadak dan melepasi angka 1,000 orang pada keesokan harinya dan melebihi 8,000 orang pada hari ketiga. Kemuncaknya ialah pada 7 Disember, apabila lebih 19,000 mangsa terpaksa berpindah. Seorang mangsa Rohana Bakar, 52, dari Kampung Air Putih masih dapat mengingati bagaimana beberapa buah rumah malah kedai makan miliknya sendiri dihanyutkan air. Beliau sekeluarga terpaksa meredah air banjir di tengah malam akibat air naik secara mendadak. "Air yang mengalir deras melanda kampung saya tidak ubah seperti tsunami yang pernah melanda negara ini satu masa dahulu," katanya. Keadaan banjir luar biasa turut melahirkan semangat pengorbanan luar biasa dalam kalangan pasukan keselamatan dan penjawat awam. Pada satu ketika, enam petugas termasuk seorang doktor dan jururawat serta kakitangan pejabat daerah terpaksa menyabung nyawa apabila bot yang mereka naiki terbalik dalam perjalanan ke sebuah kampung. Mereka berpaut pada bot berkenaan sehingga mereka diselamatkan sebuah lagi bot pasukan keselamatan. Anggota polis dan bomba serta kakitangan kesihatan masih sanggup bertugas walaupun keluarga dan rumah mereka sendiri terjejas akibat banjir. |
You are subscribed to email updates from di kemaman - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan