Jumaat, 2 Mac 2012

13 di chukai - Google Blog Search

13 di chukai - Google Blog Search


Haji Hanafiah Untuk DUN <b>Chukai</b>: JAMUAN TAHUN BARU CINA <b>DI</b> <b>...</b>

Posted: 16 Jan 2012 08:38 PM PST

KEMAMAN – Lebih 500 orang kaum Cina pelbagai lapisan hadir ke Majlis Jamuan Rapat Rakyat sempena Tahun Baru Cina yang dianjurkan PAS DUN Chukai lewat petang Selasa 16 Januari.

Menurut Pengarah Majlis Tindakan DUN(MTD) PAS Chukai, Haji Hanafiah Mat, program tersebut berjaya menjalinkan persahabatan lebih rapat dan hubungan mesra diantara pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dengan kaum Cina.

"saya rasa program hari ni lebih 500 orang yang hadir dalam petemuan rapat sempena Tahun Baru Cina, ianya lebih kepada untuk menjalinkan persahabatan,

" (dan) hubungan mesra di antara kami pemimpin PAS dan Pakatan rakyat untuk bersama menyambut (kedatangan) Tahun Baru Cina ,"katanya ketika ditemui.

Katanya, pihak MTD Chukai turut mengadakan jamuan makan malam dan memberikan buah limau mandarin satu kotak setiap keluarga yang hadir.

Beliau berkata sebanyak 300 kotak buah tradisi perayaan Tahun Baru Cina itu telah diedarkan pada majlis tersebut.

Haji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu sukacita kerana  begitu ramai yang datang, melebihi jangkaan yang dibuat pihaknya.

"Saya sangat gembira kerana kehadiran melebihi jangkaan, begitu ramai yang datang dan (mereka) memberikan komitmen kepada saya untuk memenangi pilihanraya dalam (bagi) DUN Chukai,

"mereka memberikan semangat kerja kepada saya, bukan sahaja untuk membantu orang melayu, tetapi juga masyarakat Cina,"ujarnya.

Menurutnya, kerajaan PAS yang memerintah Terengganu dari tahun 1999 sehingga 2004 telah membuktikan kesungguhan membantu masyarakat Cina dengan memberikan tanah bagi mendirikan rumah mayat kaum Cina.

Malangnya, kata beliau, tanah tersebut telah diambil kembali oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) apabila berkuasa pada tahun 2004.

Beliau turut merasa kesal kerana tapak gelanggang bola keranjang yang telah diperuntukkan tidak diganti semula setelah 'dirampas' oleh Umno/BN.

"amat mengecewakan, sampai sekarang tidak ada padang permainan bagi masyarakat Cina,

"gelanggang bola keranjang tersebut diatas tapak (yang) diambil dan dibina Dewan Seri Amar, tidak diganti (dengan kawasan berhampiran),"jelasnya.

Menurutnya, tanah gantian yang diperuntukkan oleh kerajaan Umno/BN di kawasan industri tidak mendapat sambutan kerana terlalu jauh dan tidak sesuai.

Justeru beliau menggesa kerajaan mencari dan menggantikan satu tapak yang lebh baik bagi kemudahan sukan dan rekreasi untuk kaum Cina.

Turut sama dalam Majlis tersebut adalah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat Ginie Lim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads