Sabtu, 11 Ogos 2012

13 di ketengah jaya - Google Blog Search

13 di ketengah jaya - Google Blog Search


Remaja Raikan Ramadan Serentak <b>Di</b> Dua Buah Masjid <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 04 Aug 2012 01:27 AM PDT

Alhamdulillah antara program PSR 2012 ialah Remaja Raikan Ramadan (3R) dan sebanyak tiga buah masjid/surau di daerah Kemaman menjadi lokasi program 3R kali ini. Terbaru ialah di Masjid Felda Kerteh 5 di Ketengah Jaya yang melibatkan sekitar 50 orang remaja berumur 13-19 tahun dan juga di Masjid Sultan Ahmad dekat Bandar Chukai yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah menengah di bandar ini. Kedua-dua program ini berjalan serentak dan dikendalikan dibawah Jawatankuasa Pembangunan Remaja IKRAM Kemaman di bawah Cikgu Hj Norfizam Said.

Program 3R di Felda Kerteh 5 kali ini istimewa kerana inilah kali pertama program sebegini dilaksanakan IKRAM di kawasan felda di daerah ini. Terdapat tiga buah sekolah menengah di Ketengah Jaya iaitu SMK Rasau, SMK Semarak B5 dan SMK Tetra Jaya. Terdapat juga ahli-ahli IKRAM yang bertugas sebagai guru di sekolah-sekolah ini yang membantu merapatkan lagi hubungan pihak sekolah dengan IKRAM.

Seramai 15 orang fasilitator diketuai Pengarah Program Saudara Khairul Azri telah terlibat menjayakan program ini. Di dalam program ini juga diperkenalkan kelab remaja IKRAMTeens kepada semua peserta. Para peserta begitu teruja dengan pelbagai program yang disediakan. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh TYDP IKRAM Kemaman iaitu Ustaz Muzahar Hitam.



Manakala program di Masjid Sultan Ahmad pula diketuai oleh Pengarah Program Sdr Nadhir yang juga Mualim SMIAA Kemaman serta barisan fasilitator dari kalangan mahasiswa universiti yang sedang bercuti. Sekitar 80 orang remaja hadir di program ini. Ianya dirasmikan oleh Pengerusi Tetap IKRAM Kemaman Hj Che Zahari Che Nik.

Pelbagai program disajikan sepanjang program 3R ini. Mudah-mudahan segala usaha ini terus disusuli dengan program-program lanjutan tarbiah di sekolah masing-masing. Kerjasama yang sudah terjalin perlu dimanfaatkan lagi bagi melahirkan generasi kepemimpinan remaja rabbani demi masa depan ummah yang gemilang.



Program 3R yang ketiga akan diadakan di Surau Rantau Petronas dekat Kerteh pada minggu hadapan 10-11 Ogos 2012. Ini adalah program tahun keempat berturut-turut dimana pihak IKRAM (sebelum ini JIM) diberikan kepercayaan mengendalikan program remaja seumpama ini. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah SWT.

Mangsa Mercun yang pertama tahun ini

Posted: 28 Jul 2012 11:10 PM PDT

KUALA TERENGGANU: "Saya terkejut apabila jiran memberitahu, dua anak saya berada dalam kepulan asap tebal di luar rumah dan tidak lama itu saya mendengar jeritan anak sulung memanggil nama ibu dan meluru ke arah saya.
"Hancur luluh hati saya apabila melihat seluruh wajah anak berwarna merah kehitaman," kata Suhaili Che Man, 23, ibu kepada Muhammad Irsyad Sirhan Mohd Fazrul, 6, yang melecur teruk di muka dan badan selepas membakar belerang mercun bola di Kampung Felda Kerteh 4, Ketengah Jaya, Dungun, kelmarin.

Dalam kejadian jam 7 malam itu, Muhammad Irsyad Sirhan dan adiknya Muhammad Irfan Haziq, 2, menemui serbuk belerang mercun bola yang dibuang bapa saudaranya beberapa hari lalu sebelum mengajak adiknya membakar serbuk itu di depan rumah.
Malangnya, tindakan itu membawa padah apabila belerang yang dibakar pantas menyambar muka dan tangan kiri Muhammad Irsyad Sirhan yang berada di depan adiknya.

Ibu kepada dua anak yang ditemui di Wad Mata Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, berkata, sebelum kejadian itu anak sulungnya kerap meminta mercun daripada bapa saudaranya dan hanya diberikan sarung mercun bola, manakala serbuk belerang yang diasingkan disimpan dalam sebuah bekas plastik.

"Malangnya, benda itu ditemui anak dan dia merayu dengan bapa saudaranya untuk mendapatkan pemetik api pula, tetapi tidak dilayan," katanya.
Suri rumah itu berkata, hasrat anak sulungnya untuk membakar belerang itu tercapai apabila menjumpai pemetik api yang disimpan bapa saudaranya sebelum bergegas ke luar rumah untuk membakarnya.

Menurutnya, api yang terhasil daripada belerang itu menyambar seluruh muka dan tangan kirinya, manakala anak bongsu yang berada di belakang tidak cedera. Kedua-dua anaknya bergegas masuk ke rumah sebaik kejadian berlaku.
"Ketika itu saya di dapur dan terkejut mendengar Muhammad Irsyad Sirhan memanggil saya serta menunjukkan muka dan tangannya yang terbakar terkena api belerang.

"Saya bergegas membawanya ke bilik air dan memandikannya sebelum menyapu putih telur ayam di wajahnya yang terbakar sebelum membawanya ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya sebelum diminta rujuk ke Hospital Dungun.

"Disebabkan kesan lecur serius, Muhammad Irsyad Sirhan dibawa ke HSNZ dan doktor memberitahu anak melecur 40 peratus di muka, mata, tangan dan kaki," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads