Selasa, 13 November 2012

13 di pulau wan man - Google Blog Search

13 di pulau wan man - Google Blog Search


Masjid Kristal Terangganu Malaysia | Beliafun Blogging 2010 - 2012

Posted: 12 Nov 2012 11:56 AM PST

cyristal-mosque-kuala-ter.jpg 

Ia dikatakan adalah antara masjid yang tercantik di Malaysia kerana keunikannya dibina daripada kaca dan keluli bermutu tinggi malah masjid ini lengkap dengan segala prasarana yang berteknologi tinggi dan liputan WIFI untuk memudahkan pengunjung untuk mengakses internet.
Kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini pastinya mengagumi keindahan masjid kristal ini. Bila masjid ini terkena sinaran pancaran matahari, masjid ini berubah warna kekuningan yang berkilau-kilauan. Lebih indah juga bila dilihat pada waktu malam.Cahaya terang-benderang menghiasi masjid ini dan berwarna biru ..Masjid yang siap dibangunkan pada tahun 2008 ini terletak di Pulau Wan Man.
Kedudukannya juga terletak berhampiran dengan Muzium negeri Terengganu dan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu iaitu kira-kira 10 minit perjalanan dari bandaraya Kuala Terengganu. Oleh itu, ia adalah satu destinasi wajib bila anda melancong ke Terengganu. Bukan sekadar untuk melihat keindahannya dan melakar kenangan disini tetapi juga digalakkan menunaikan solat di masjid ini bagi umat islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads