ads

Khamis, 27 Jun 2013

13 di jerteh - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

13 di jerteh - Google Blog Search


Buletin Online: Hentikan &#39;Operasi Pemutihan&#39; <b>Di</b> Pasar <b>Jerteh</b> <b>...</b>

Posted: 18 Jun 2013 07:40 AM PDT

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/Ustaz%20Wan%20Azhar.jpgBESUT - PAS Kawasan Besut memandang serius gerakan 'Operasi Pemutihan' yang sedang dijalankan oleh pihak Majlis Daerah Besut terhadap peniaga-peniaga di pasar Jerteh selepas pilihanraya Umum ke 13 berakhir.

Menurut Yang DiPertua PAS Besut Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad, tindakan memberhentikan mereka secara drastik dari menjalankan perniagaan bagi menampung kos dan sara hidup keluarga serta anak-anak, amat keterlaluan kerana sebagai peniaga mereka juga mempunyai hak untuk menjadi rakyat di bawah sistem demokrasi yan diamalkan di negara ini.

"Saya difahamkan tindakan tersebut ada kaitan dengan syarat dan perjanjian yang tidak diperbaharui. Juga berhubung dengan sewaan yang tidak dijelaskan.
"Tetapi situasi tersebut berlaku kepada peniaga dalam jumlah yang agak ramai. Namun tindakan tertumpu kepada sebilangan dari mereka yang dicop sebagai pro pembangkang,"ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

http://buletinonline.net/images/stories/aberita22/titah%20ucapan%20sultan1.jpgBeliau yakin para peniaga terbabit adalah rakyat yang baik, yang tidak akan 'merusuh' atau 'membuli' para pelanggan dan pembeli dengan harga jualan yang melampau.

Katanya, mereka bersaing sesama sendiri secara sihat dan berinteraksi sesama mereka amat berhemah dan oleh itu, beliau menambah, kerajaan sepatutnya berasa beruntung mempunyai rakyat dan peniaga seperti mereka.

Justeru, beliau menggesa pihak Majlis Daerah Besut menjalinkan hubungan yang baik, mengenepikan sentimen perbezaan dan tidak terbawa-bawa dengan pengaruh politik 'prejudis' Umno pada pilihanraya umum yang lalu.

"Sedikit kontra dari sudut pandangan dan pendapat sewaktu pilihanraya umum baru-baru ini janganlah dianggap biadap dan satu kesalahan kerana mereka juga mempunyai hak yang dijamin dan dibenarkan oleh perlembagaan.

"saya mendesak supaya pihak Majlis Daerah Besut mengambil pendekatan yang lebih berhemah dalam menyelesaikan kemelut ini. Tidaklah suatu yang mengaibkan jika ruang niaga itu dikembalikan kepada mereka melalui perbincangan yang terpisah dari sikap prejudis serta terpisah dari sebarang tekanan mana-mana pihak,"jelasnya.

Beliau menegaskan, PAS akan melakukan tindakan susulan jika tindakan pemurnian dan pencerahan tidak diberikan keutamaan dalam merungkai masalah tersebut.

"Dan yang lebih penting, hayatilah titah Tuanku Sultan Terengganu yang mahukan semua pihak membuang sentimen kepartian dalam mentadbirurus perjalanan kerajaan negeri,"tambahnya

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG TERENGGANU

Copyright 2010 All Rights Reserved