Jumaat, 1 Februari 2013

13 di dungun - Google Blog Search

13 di dungun - Google Blog Search


ZAKRI ALI: Sebuah rumah orang melayu <b>di Dungun</b>, Tgnu.

Posted: 25 Jan 2013 11:30 PM PST


 

Mangsa Banjir Semakin Meningkat <b>Di Dungun</b> - Merdeka Online

Posted: 23 Dec 2012 07:06 PM PST

Mo,Dungun,24/12/2012 –  Hujan lebat yang berterusan sepanjang hari sejak malam kelmarin menyebabkan jumlah mangsa banjir di daerah ini yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat daripada 94 kelmarin kepada 144 mangsa, semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN), berkata sehingga jam 7 malam semalam, jumlah mangsa itu membabitkan 26 keluarga dari lima kampung di Dungun bertambah sembilan keluarga membabitkan 50 mangsa.

Katanya, sembilan keluarga terbabit empat keluarga dari Kampung Tok Kah membabitkan 30 orang dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah, lima keluarga dari Kampung Batu Tiong membabitkan 20 penduduk dipindahkan ke Balai Raya Kampung Batu Tiong.

Penduduk, Raihan Deraman, 48, berkata air mula mengalir masuk ke rumah dia sejak jam 7 malam, menyebabkannya sekeluarga terpaksa berpindah buat kali kedua sejak tiga tahun tinggal di rumah PPRT Kampung Bukit Gedut Pulau Serai.

"Kami sekeluarga sudah bersiap sedia sejak beberapa minggu lalu jika berlaku banjir termasuk meletakkan perabot dan dokumen penting di tempat yang selamat, " katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir SK Pulau Serai.

Jirannya, Nashimah Salleh, 47, berkata banjir kali ini diharapkan tidak seburuk tahun 2010 yang melimpah sehingga paras pinggang dan mengambil masa lama untuk surut.

Sementara itu, Ahli Parlimen Dungun, Datuk Matulidi Jusoh, berkata hujan lebat melanda daerah ini sejak jam 6 pagi kelmarin menyebabkan lima kampung berkenaan dilanda banjir sedalam 0.5 meter.
Katanya, bagi penduduk di kawasan PPRT Bukit Gedut, selain hujan faktor kediaman mereka yang berhampiran Sungai Pimpin menyebabkan limpahan air sungai memenuhi persekitaran kediaman mereka hingga paras lutut.- ( Dipetik daripada Berita Harian)

Azram Sulong: Banjir <b>di</b>-<b>dungun</b>

Posted: 27 Dec 2012 09:44 AM PST

 Pada tahun 2012 musim tengkujuh lambat terjadi,biasanya musim tengkujuh melanda pantai timur pada bulan oktober hingga bulan febuari,Tapi pada kali ini musim tengkujuh telah berlaku  agak lewat iaitu telah melanda pantai timur semenangjung malaysia pada hari ahad 23hb disember 2012..

Pada kali ini negeri yg teruk terjejas ialah pahang,kelantan dan terengganu iaitu negeri tradisi banjir,Dinegeri terengganu kawasan yg agak teruk dan lama limpahan airnya ialah didaerah dungun terengganu dengan mangsa dipindahkan agak ramai,Dewan2 dan sekolah telah dijadikan tempat permindahan,Dibawah gambar2 disekitar daerah dungun yang kawasan nya terjejas teruk...










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads